CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6951|Reply: 52

TOLONG CUBA JANGAN KETAWA!

[Copy link]
Post time 31-12-2012 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Adnan – ‘Semua calon kita tak ada rekod rasuah dan jenayah’

PUTRAJAYA  -  Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bebas rasuah dan jenayah, kata  Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata, bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan  505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui proses saringan teliti  termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon itu ‘bersih’ dan bebas masalah.

“Semua calon BN yang bakal bertanding sudah melalui proses saringan  yang teliti,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian  sumbangan persekolahan, uniform RELA, ramah mesra bersama pemimpin dan  pesta jom makan durian di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata  latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk  memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang  dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya.

Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU-13 nanti, Tengku Adnan berkata “itu rahsia parti”.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah  SPRM, Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar  senarai calon yang akan bertanding dalam PRU-13 untuk ditapis SPRM.

Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.

Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) akan terus  menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan  keselesaan kepada penduduk.

“Saya juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada  kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara  yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan.

“Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk  negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari,” katanya.
- BERNAMA


jom arr pangkah beendamenok...parti bersih u...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2012 03:20 PM | Show all posts
saya sgt kewl...x perlu ketawa guling2... he he he he

cuma nak muntah darah jer nih.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 03:23 PM | Show all posts
cuma nk tahu lah kan...apa cara yg depa buat utk menilai calon2 tu bersih?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 03:27 PM | Show all posts
Don Henley posted on 31-12-2012 03:23 PM
cuma nk tahu lah kan...apa cara yg depa buat utk menilai calon2 tu bersih?

diorg kan ade assessment cara baru mase kat PAU tempoh hari..so diorg nilai based on saper yg menangis paling kuat time lagu "Anak Kecil Main Api" so dah kire bersih dari rasuah dahh...kalo yg siap kuat hingus tuh..yg tuh lagi BERSIH ala2 naive gitewwwww.....wkwkwkwkkwk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 03:33 PM | Show all posts
Cuai posted on 31-12-2012 03:27 PM
diorg kan ade assessment cara baru mase kat PAU tempoh hari..so diorg nilai based on saper yg mena ...

kalau yg kata sy tk tau laki sy buat apa atau tkkan sy nk pantau kelakuan anak saya camana?

gitu kira bersih la yer..?

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 03:38 PM | Show all posts
Don Henley posted on 31-12-2012 03:33 PM
kalau yg kata sy tk tau laki sy buat apa atau tkkan sy nk pantau kelakuan anak saya camana?

git ...

uiksss..itu dah kire maksum dahhhh...anak/laki sendiri yg dijaga dgn didikan agama sampai ke Unibersiti...TAKKKANNN LARRR nak buat benda2 mcm tuh....x baikkkk lahh ko tabuq fitnah...anak/laki sendiri knnnn...kelab mlm pon x penah jejak uoolllsssss,.....wkwkwkwkwkw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2012 04:15 PM | Show all posts
certified halal BN.
tapi KuNan dah nmintak maap tu.. maknanya sesaper yang tak tercalon di PRU nanti adalah pemimpin BN yang korup. Tangkap la!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 04:22 PM | Show all posts
Cuai posted on 31-12-2012 03:38 PM
uiksss..itu dah kire maksum dahhhh...anak/laki sendiri yg dijaga dgn didikan agama sampai ke Unibe ...

mana de aku taboq pitenah...tu depa yg cakap sendrik tuh...

tk mau la weiii...tajam dr mata pedang tu pitenah2 nih...takoootttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2012 04:23 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 31-12-2012 04:15 PM
certified halal BN.
tapi KuNan dah nmintak maap tu.. maknanya sesaper yang tak tercalon di PRU nant ...

ku nan tu konpom bersih ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 04:31 PM | Show all posts
Dengan isu "penamatan kontrak" Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang tidak berganti sejak beberapa bulan lalu.. dengan isu KSN baru yang terang-terangan menyokong BN.... 1.4 juta penjawat awam akan buat kejutan besar dalam PRU kali ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 05:06 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 31-12-2012 04:31 PM
Dengan isu "penamatan kontrak" Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang tidak berganti sejak beb ...

45000 jawatan kontrak sambong 6 bulan bro...ahakssss...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 05:22 PM | Show all posts
kalau nampak cam tahan ketawa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 05:35 PM | Show all posts
bkn setiap kali pilihanraya dah letak syarat BEBAS RASUAH ka? tapi mcm mana dgn dr khir toyo
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 05:47 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 31-12-2012 05:35 PM
bkn setiap kali pilihanraya dah letak syarat BEBAS RASUAH ka?  tapi mcm mana dgn dr khir toyo

Tuh sorang lagi....Rahman Sabak Bernam.....per citer ek???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 06:09 PM | Show all posts
perumpamaan dari dulu sampai sekarg...masok ameno pasti akan buat duit...

camano nk hilangkan persepsi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 07:48 PM | Show all posts
hameno dan rasuah ibarat irama dan lagu !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2012 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pr jeolous kot...sebab pr tak boleh buat, ketua mereka ada rekod pesalah rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 02:10 AM | Show all posts
rashiman posted on 31-12-2012 11:22 PM
pr jeolous kot...sebab pr tak boleh buat, ketua mereka ada rekod pesalah rasuah...

nak tgk najib maksum kaa tidak..ada record rasuah ker tidak.. rompak duit 500 jota komisen kapal selam kaa tidak.. mai kasi jatuh UMNO BN sepenggal jerk... masa tuh tgk sendiri maksum kaa tidak.. amacam...??
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 02:51 AM | Show all posts
tak boleh tahan...
lawak menjelang PRU....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 09:02 AM | Show all posts
lawak ni wat ak sakit perut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059840 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list