CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28602|Reply: 145

Artis wanita tunjuk lagak lepas kahwin

[Copy link]
Post time 1-1-2013 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Soseh Soseh: Tunjuk lagak lepas kahwin



APABILA seseorang wanita berkahwin, dia bukan saja mengahwini lelaki yang dicintainya, malah dia juga mesti menerima ahli keluarga suaminya. Bahkan sesiapa yang sudah berkahwin juga kena terima saudara-mara pasangan kita tanpa mengira mereka orang senang ataupun susah.
Namun ada segelintir wanita yang berkahwin tidak dapat menerima kehadiran ahli keluarga suaminya seperti yang berlaku pada artis wanita ini. Artis ini baru saja berkahwin. Dia dan suaminya kelihatan sama cantik serta sangat sepadan ibarat kata pepatah, seperti pinang dibelah dua dan seperti cincin dengan permata.
Sesiapa pun yang melihat kepada pasangan ini, pasti berkata bertuah betul si suami dapat isteri yang cantik dan popular. SS juga dapat tahu selepas berkahwin, artis ini juga semakin cekap di dapur. Kalau dulu nak pegang periuk belanga pun kekok, tetapi sekarang dia dah boleh menyediakan apa saja juadah buat suami tercinta. Bertuah si suami. Tak rugi beri hantaran mahal-mahal.

Bagaimanapun, khabarnya artis ini kurang menyukai anggota keluarga suaminya dan pada masa sama, ahli keluarga suaminya juga semakin tidak berkenan dengannya. Nak kata keluarga artis ini jutawan, tak juga, tetapi hidup mereka agak senang.


Keluarga suami dan saudara-mara belah mentuanya pula biasa-biasa saja, taklah senang sangat, tetapi tidaklah susah sangat sehingga terpaksa meminta-minta.

Sejak awal perkenalan mereka, keluarga suami menerima artis itu dengan baik kerana mereka tak tahu lagi perangai sebenar artis itu, tetapi sejak dah jadi ahli keluarga, terkeluarlah satu persatu sikap buruk artis itu sehingga timbul rasa menyampah terhadap artis itu.

Nak dijadikan cerita, suami artis itu membawanya ke rumah ibu saudaranya yang terletak di pinggir ibu kota. Menyambut kedatangan tetamu, tuan rumah menyediakan pelbagai juadah dan mempelawa mereka minum, tetapi artis itu dengan wajah sombong mengatakan dia dah kenyang dan tak menyentuhnya langsung. Terus ibu saudara si suami terasa hati kerana hina sangatkah dia sehingga artis itu tidak sudi menjamah juadah yang disediakan.

Adat orang Melayu yang kaya budi bahasa, kalau tak suka pun, rasalah sikit. Apa salahnya ambil hati orang tua. Bagi SS apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita juga berkahwin dengan seluruh keluarganya.


SS: Segala apa yang ada di dunia ini adalah pinjaman saja.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2013 11:27 AM | Show all posts
aku nak speku scha boleh tak?;
kan dia sekarang rajin masak
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:31 AM | Show all posts
Senaraikan yg baru berkahwin......aku pun lupa....

Ella
Irma
Schak
Apek artisah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2013 11:34 AM | Show all posts
pasangan tu sama cantik sama padan dibaratkan bagai cincin dgn permata
bukan ella la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:40 AM | Show all posts
tak mungkin kaka Ell..
kaka ell kalo buat perangai cam ni.. saje la tu...
aku bkn tomboi la tu....







p/s...speku jahat di tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:40 AM | Show all posts
scha ke? dia sekarang da ngaku yang dia da semakin pandai masak sejak kawen

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2013 11:42 AM | Show all posts
family Awal ramai kat Kg Baru (pinggir ibu kota)
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 11:43 AM | Show all posts
Ella,Scha,Diana Danielle,Irma,Betty Benafe...lagi sape??umm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 11:47 AM | Show all posts
Bkn ahkak Ell kot... Ada tgk gmbo kat thread artis & IG tu... Selamba jer panjat pokok buah dgn sedara mara hubby nyer
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:07 PM | Show all posts
logik jugak scha . family awal org senang . scha pon mkin rajin masak katenye .
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:11 PM | Show all posts
HAHAHA .. KAKA EL X BUAT CAMTUH EH ,.. DIA NGADA2 JE TERUS .. HEHE
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:15 PM | Show all posts
krukx posted on 1-1-2013 11:42 AM
family Awal ramai kat Kg Baru (pinggir ibu kota)



Kg baru tu bukan ker tgh2 kl.. Tang mananya yg pinggir?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:29 PM | Show all posts
metro ahad...

demi awal

SELEPAS mendirikan rumah tangga, karier Scha Al-Yahya, 29, bergerak perlahan. Jarang dia muncul di kaca TV, kalau ada pun dalam drama atau program hiburan ulangan.

Perkara itu diakui pelakon ini, malah menegaskan ia dilakukan atas kehendak sendiri, bukan atas desakan sesiapa. Kata Scha, itu bukan petanda dia mahu berundur daripada dunia seni, cuma sekadar mahu menikmati keindahan alam perkahwinan bersama suami, Awal Ashaari.


Scha juga akui masih dalam mood bulan madu dan baru saja bercuti bersama ke Istanbul, London dan Paris. Jelasnya, sepanjang tujuh bulan melayari bahtera perkahwinan, banyak perkara baru dipelajari, bahkan hidupnya rasa lebih sempurna apabila dapat melaksanakan tugas isteri seperti wanita lain.

Justeru, dia tidak kisah mengorbankan kariernya buat sementara waktu dan memutuskan untuk kembali aktif bulan depan.


“Sejak dulu lagi, kalau buat sesuatu, saya mesti fokus dan bersungguh-sungguh. Tak kira sama ada kerja atau urusan peribadi. Selepas diijabkabulkan pada 4 Mei lalu, fokus saya hanya pada Awal dan keluarga.


“Hidup bujang dan berkeluarga tak sama. Jika dulu saya hanya uruskan diri sendiri tetapi bila berkeluarga, saya kena siapkan keperluan suami.

“Setiap kali bangun awal pagi, saya pasang niat untuk jadi lebih baik daripada hari sebelum dan sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan yang ada.


“Puas rasanya bila dapat masak untuk Awal, basuh dan lipat bajunya dan mengemas rumah. Pendek kata, apa saja tugas isteri, saya mesti buat. Kalau tak buat, rasa tak sempurna pula.

“Semakin lama, saya semakin seronok menempuh alam perkahwinan dan tertanya-tanya apa lagi yang boleh saya buat untuk pastikan suami senang hati,” katanya.


Tambah Scha, sebelum ini skil memasak tidak sehebat mana, namun sejak beberapa bulan lalu, ada peningkatan apabila dia boleh menyediakan pelbagai jenis juadah.


Selain mendapat tunjuk ajar ibu dan ibu mentua, dia menjadikan buku dan YouTube sebagai sumber rujukan.


“Orang tua selalu berpesan, kalau mahu pikat suami, ikat perutnya dulu. Saya tidak kisah habiskan masa di dapur untuk belajar memasak. Sebenarnya, seronok kalau kita cuba resipi baru. Bila menjadi, rasa puas sangat. Lebih-lebih lagi kalau suami suka.


Alhamdulillah, saya kini boleh masak apa saja yang Awal mahu makan dan tidak kekok lagi di dapur. Kalaupun juadah yang dia sebut saya tak pernah buat, saya akan usahakan sampai menjadi. Selalu juga kami ajak keluarga dan rakan makan di rumah,” kata bintang filem Awan Dania dan Papadom 2 ini.


Mengakui hari dilaluinya kini bertambah tenang, Scha bahagia dikurniakan teman hidup yang penyayang, memahami dan bertanggungjawab. Ikatan suci yang terjalin membuka mata hatinya untuk melihat kehidupan menerusi dimensi berbeza.


Andai sebelum ini dia berdikari, malah semua perkara mahu dilakukan sendiri, namun sejak adanya Awal, segala urusan dan keputusan akan dilakukan bersama-sama.


“Dulu saya gila kerja. Kalau tak cukup tidur pun, saya tak ada masalah untuk fokus dengan kerja. Kini keluarga jadi keutamaan dan kerja jatuh nombor dua. Kiranya, kini hidup saya lebih ‘sentimental’.


“Bagaimanapun, saya tak nak identiti saya hilang. Saya masih seorang yang berdikari dan kuat bekerja seperti dulu, cuma kena pandai memilih supaya sesuai dengan status saya.


“Selepas lama ‘berehat’, saya akan kembali aktif berlakon dan dalam masa mengintai peluang muncul sebagai hos. Insya-Allah, 1 Januari ini saya akan sibuk dengan penggambaran drama Jodoh untuk Astro Ria.


“Selain saya, drama rantaian 13 episod ini dibintangi Dazrin Kamarudin dan Cristina Suzzane,” katanya yang turut memaklumkan bisnes yang diusahakan, Shcapoholic kini ada cawangan baru di Wangsa Walk dan akan mula beroperasi 1 Januari ini.


Berbicara perihal azam tahun baru, wanita ini berharap dapat menunaikan umrah bersama ibu bapanya dan akan lebih prihatin soal kesihatan, lebih-lebih lagi penjagaan pemakanan, selain mahu mengukuhkan kerjaya serta ekonomi.


Mengenai cahaya mata, Scha akui dia dan suami sedia menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka sebaik saja berkahwin kerana usianya kini mencecah 30 tahun. Bagaimanapun, kata Scha, buat masa ini belum ada rezeki dan berharap Tuhan memberi rezeki itu tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:33 PM | Show all posts
tetap nak speku schak....xberkenan i tgk gaya sombong dia tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:39 PM | Show all posts
Diana danielle ?
Haritu tunjuk dia masak nasi goreng
Dia tarik muka n taknak makan sbb peknen n loya kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:45 PM | Show all posts
Sesiapa pun yang melihat kepada pasangan ini, pasti berkata bertuah betul si suami dapat isteri yang cantik dan popular. SS juga dapat tahu selepas berkahwin, artis ini juga semakin cekap di dapur. Kalau dulu nak pegang periuk belanga pun kekok, tetapi sekarang dia dah boleh menyediakan apa saja juadah buat suami tercinta. Bertuah si suami. Tak rugi beri hantaran mahal-mahal.

Iols pon rasa scha, sbb kawin aritu awal bg hantaran memang sema designer brand...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 12:46 PM | Show all posts
Sesiapa pun yang melihat kepada pasangan ini, pasti berkata bertuah betul si suami dapat isteri yang cantik dan popular. SS juga dapat tahu selepas berkahwin, artis ini juga semakin cekap di dapur. Kalau dulu nak pegang periuk belanga pun kekok, tetapi sekarang dia dah boleh menyediakan apa saja juadah buat suami tercinta. Bertuah si suami. Tak rugi beri hantaran mahal-mahal.

Iols pon rasa scha, sbb kawin aritu awal bg hantaran memang sema designer brand...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:49 PM | Show all posts
Org kata scha tu sombong...org kata..so aky teka based pd org kata sbb aku x penah kenal beliau personeli
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:55 PM | Show all posts
haha...aku pun terpikir scha...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 01:30 PM | Show all posts
scha la tu

i dont think so irma
dia kelihatan baik and tak eksyen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068876 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list