nasib baik umah aku ada air..aku dok ampang jgk...
pernah merasa putus bekalan air tanpa notis, gila sakit jiwa dibuatnya..dgn anak2 demam cirit birit air lak takder nak cebok , terpaksa plak tahan lapar sbb nak masak pon tak boleh..tpaksa call suami tgh keje suh balik beli air mineral byk2 then tapau makanan kt luar.
Cuai posted on 2-1-2013 09:16 PM
Ape bangang la statement ko nih..jgn jadi bodoh sgt lah nak libat kan state kat sinih..ko tau ker ...
tau ...ayaq tak ada kat selangor.....ko sentap ke???
aku bagi contoh Penang negeri kecik tapi pengurusan ayaq dia paling bagus kat Malaysia..tapi bukan hasil khalipak LGE...
dah dari dulu Pihak Berkuasa Air P.Pinang mantop gitu...
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.
Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju.
“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.
“Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki,” katanya dipetik Selangorku.
Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.
Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.
Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
“Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.
“Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA),” tegasnya.
Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:
- gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.
- gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna
- gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut
- gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.
ada sumber dalam bitau sebenarnya bukan masalah pam..tapi air terawat yang tak cukup...demand dah lebih dari supply kekdahnya, apa pun sebabnya diorang ni pusing2 je, masalah pam la, nak tunggu air tangki penuhla apa la, takkan la bongok sangat masalah pam tak reti2 nak solve sampai macam dah darurat kl ni takde air seminggu...ni msti ada kaitan dgan projek langat tu kot...perasan x syabas ni semedang je update status water disruption kat page fb diorang...aku rasa kalau masalah air kat tempat2 yang problem skrg dah selesai nanti mesti jangkit kat tempat lain pulak...dah mcm catu air pun ada
bluecrystal posted on 4-1-2013 08:42 PM
ada sumber dalam bitau sebenarnya bukan masalah pam..tapi air terawat yang tak cukup...demand dah le ...
yang peliknya seminggu nak betul kan? bukan 1st time rosak.masuk 2x rosak.. tak kn x geti nak amik pengajaran masa 1st time tu rosak. tension aku air xde..terpaksa minta simpati mandi kat rumah kawan..