CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hawaq

[Tempatan] Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan

[Copy link]
Post time 10-1-2013 02:04 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 10-1-2013 01:39 PM
Motip ada muka Suhaimi Tablet...?

ko baca dia nye stmt 2,3 hari lepas....ngo GPRS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 02:09 PM | Show all posts
Parit.Hilton posted on 10-1-2013 01:55 PM
ohhh mamat sohaimi tu gak ke yg buat 1malaysia pad tu?

laluan pejalan kaki berbumbung kat Maha ...

beliau dikatakan Pakar Air oleh TV3
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:10 PM | Show all posts
an2toncit posted on 10-1-2013 02:04 PM
ko baca dia nye stmt 2,3 hari lepas....ngo GPRS

Ngo GPRS? Persatuan JKKK mana neh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:11 PM | Show all posts
Parit.Hilton posted on 10-1-2013 01:55 PM
ohhh mamat sohaimi tu gak ke yg buat 1malaysia pad tu?

laluan pejalan kaki berbumbung kat Maha ...

Tu laa namanya Umno. Ko tatau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:17 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 10-1-2013 02:09 PM
beliau dikatakan Pakar Air oleh TV3

What can we expect from them..?

Kata-kata mokcik belah Ampang mengeluh pasai air takdak susah naaa mokcik nak basuh kain kaa apa suma tu pun dorang boleh konar tajuk warga Selenger menyampah dengan pimpinan MB Selenger kerna tidak pandai menangani krisis air.

Interbiu 3-4 pastu pukul sama rata semua orang Selenger marah MB.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:20 PM | Show all posts
Mahathir dah berjaya menjadikan malaysia mcm sebuah felem hindustan...protege protege dia pun ramai jd mcm badut..tipu rakyat sana sini pastu bg stetment berbelit cam keling..


Penswastaan yg paling berjaya yeayyyyyyyyy...inilah wawasan yg dinanti nantikan oleh penjilat jubuq dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 02:27 PM | Show all posts
seb_baik posted on 10-1-2013 01:49 PM
aku setuju. mana rumah dia wei. dh xtahn aku. msk 2 mggu rumah aku kering kontang. aku heret sekal ...

sesuai kan...nak2 lg hat ada anak ramai tu..jenuh laaaa nak mencuci bagai..campak jer segala pampers depan umah dia..hahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:31 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 10-1-2013 02:17 PM
What can we expect from them..?

Kata-kata mokcik belah Ampang mengeluh pasai air takdak susah  ...

pastu bila nak saman Syabas ,TV3 kata adakah patut Kerajaan Negeri menyuruh pengguna saman Syabas sedangkan Kerajaan Negeri turut memegang 30 % saham Syabas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 02:47 PM | Show all posts
mmg naik menyampah tgk berita TV3. mmg ada je silap negeri pembangkang. lepas 1-1. mula2 ckp yang bagus2 je psl krjn. lepas tuh condemn habis2 pembangkang. nyampah btl!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:32 AM | Show all posts
Klu MB Sgor sain Langat2 kejap2an jer pam air dah pulih....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 08:59 AM | Show all posts
Pagi ni Bandar Baru Bangi plak takde air...choyy sungguh...bile kah masalah ni akan selesai...camne nak mandi wajib uolss
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 09:02 AM | Show all posts
Dulu mlake dilanda krisis air disebabkan oleh jin toncit mate satu mengamuk sebab pulau besar dinodai...kini jin toncit mate satu mane plak yg mengamuk uolss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 09:13 AM | Show all posts
Lima lagi kawasan alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Belumpun reda kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu, Syabas mengumumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di lima kawasan lain yang disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan operasinya berikutan pencemaran di sungai itu.

Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Ir Lee Miang Koi berkata kawasan terlibat ialah Petaling membabitkan 118,000 akaun, Hulu Langat (125,000), Sepang (65,000), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000).

"Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass, terpaksa dihentikan operasi sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi kerana mengesyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.

"Pada masa ini, Syabas sedang mengenal pasti kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan ekoran langkah menghentikan operasi loji itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya mengurangkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Lee berkata Syabas juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih diurus oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata kerjasama itu juga perlu kerana aset Syabas masih terikat dengan insiden gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju.

"Memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Seangor (LUAS), maka adalah wajar untuk Syabas mendapatkan kerjasama ini," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 24 jam 1800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222 selain menggunakan laman Twitter dan Facebook yang disediakan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:15 AM | Show all posts
an2toncit posted on 10-1-2013 01:06 PM

Mamat tu anak Shahidan Kassim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:08 AM | Show all posts
Sapa la pi buang minyak kelapa sawit tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 12:18 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 30 dan 31 Januari ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air sementara di kawasan itu disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kerja-kerja ini membabitkan pengalihan paip Syabas di jambatan baharu dari Jalan Bangi Lama ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk JKR Selangor.

“Gangguan bekalan air sementara dijangka berlaku pada 30 Januari ini bermula pukul 8 malam hingga pukul 6 pagi keesokan hari melibatkan 26,470 akaun pengguna,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, antara kawasan terlibat adalah beberapa kawasan kampung dan perumahan di Bangi, Bandar Baru Bangi, Semenyih dan Beranang.

Justeru, katanya, orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan berkenaan.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) ditalian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my. – mynewshub.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 12:22 PM | Show all posts
kueh_kueh posted on 15-1-2013 08:59 AM
Pagi ni Bandar Baru Bangi plak takde air...choyy sungguh...bile kah masalah ni akan selesai...camne  ...

Syabas kata tak dpt kerjasama Kerajaan negeri Selangor, Kerajaan Selangor Kata, Syabas yg salah........yg teraniaya: RAKYAT.
Bandar Sri Permaisuri Cheras dan sekitar dan 2 minggu....tiada bekalan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:59 PM | Show all posts
share dari ex-lecturer aku...

Saya ingin berkongsi kata-kata dari sahabat saya Hj Mohmad Asari Daud, seorang pakar air yang di hormati..

"Inilah akibatnya apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya... kami tidak bermaksud bukan ahli pada teknologinya atau ongkosnya. Kami bermaksud ahlinya di sini adalah ahli yang ada kasih sayang kepada apa yang diamanahkan kepada mereka. The PASSION for uninterrupted water to the people and not the oppportunist for event of crisis.

Kenyataan MB Selangor bahawa ada pam di Wangsa Maju tidak dibaiki setelah rosak selama lebih setahun amat memeranjatkan dan boleh membuat kami menitiskan air mata kesedihan apabila melihat penderitaan yg telah ditanggung orang ramai.

Ingat masa jadi JD dulu, kami tidak akan tidur kalau ada orang komplen tak ade air walhal dulu ongkos nya amat terbatas.

Air kena dijaga oleh orang hatinya suci seperti air. Air hendaklah diuruskan oleh orang yang perasaan nya mendinginkan seperti air. Air perlulah ditadbir oleh org yang jiwa dan raganya bersih seperti air. Air perlulah dikendalikan oleh orang yang punya kasih sayang yang sentiasa ingin memberikan manafaat kepada orang lain seperti air...

"dan Allah jadikan daripada air itu segala kehidupan" (maksud al-Quran)

Moga kita dapat menolong orang-orang yang dizalimi dan menzalimi. Menolong orang yang dizalimi ialah mengeluarkan dia dari keadaan dizalimi manakali menolong orang yang menzalimi adalah menghalangnya dari terus melakukan kezaliman."

JD. = jurutera daerah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:04 PM | Show all posts


siapa kata Selangor takada air YB Jamban mandi 7 kali sehari

[youtube]XPgz5y-kM-k[/youtube]



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072166 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list