CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2349|Reply: 7

Kebaikan yang tidak akan putus

[Copy link]
Post time 9-1-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt

Untuk dipertimbangkan dan disebarkan.. seelok-eloknya jangan berkira-kira untuk membuat kebaikan.. Peringatan utk diri sendiri dan kawan2 yang membaca..Insya Allah

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.


2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.


3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.


4.Bantu mendidik seorang anak.


5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.


6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.


7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.


8.Tempatkan pendingin air di tempat umum


9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.


10.Kongsikan dan sampaikan pesanan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 06:27 PM | Show all posts
salam

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ

6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:14 PM | Show all posts
NorAddin posted on 9-1-2013 06:27 PM
salam

إِلَّا ٱلَّذِ&#1 ...

paling tepat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:36 PM | Show all posts
“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]


“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka." ( Imam Muslim )
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 03:24 PM | Show all posts
bintang posted on 9-1-2013 09:14 PM
paling tepat

salam

paling tepat ayat nya .. bukan orang nya ..
orang nya belum lagi aah .. hehe


wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:35 AM | Show all posts
i like it ...

"seelok-eloknya jangan berkira-kira untuk membuat kebaikan.."

1 2 3 4 ... 30 31 32 ... dah lom!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 08:36 PM | Show all posts
salam

d'kira 4 .. d'bilang 1 ..
kira nya kamu ..?
subtract .. add .. maultiply .. divide .. all in bracket
tersusun terhimpun ..

tidak kira cina melayu india ..
asalkan hati berseh ..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:00 PM | Show all posts
insha Allah.. tp kene niat wakaf... niat tu penting... "semua amalan dimulai dengan niat" (hadis)

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu.

manakala wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.192366 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list