Nah....
hasil godek2 cari nama jumpa jugak....hensem kan.?...tapi ada juga yg versi lagi hensem dlm Image ( ada rambut)..
cc : Tapibukanaku..
Muncul selepas setahun
Harian Metro | 17 Jul 2009
Oleh Sakini Mohd SaidKalau diimbau kembali, kemunculan pelakon ini sentiasa menjadi igauan gadis remaja kerana wajahnya yang sangat comel serta kacak. Bagaimanapun, selepas menjalin ikatan perkahwinan dengan ElaniSherin Sulaiman, 30, populariti pelakon ini sedikit demi sedikit kabur.
Biarpun begitu, senario berkenaan langsung tidak mematahkan semangat pelakon ini kerana percaya dia berbakat sebagai pelakon dan bukan bergantung paras rupa sahaja.
Justeru, selepas setahun menyepikan diri daripada dunia lakonan tempatan, nama Shahrul Nizam Arifin, 35, atau lebih dikenali dengan panggilan Shahrul ingin kembali aktif merancakkan karier seninya.
Hilangnya di persada glamor itu bukan disebabkan sudah tidak menerima apa-apa tawaran berlakon daripada mana-mana pengarah atau serik membabitkan diri dalam dunia berkenaan tetapi Shahrul ingin mempelbagaikan pengalaman yang ada menerusi kerja belakang tadbir.
"Saya masih lagi dalam industri ini. Selalunya, apabila seseorang pelakon itu menghilangkan diri atau senyap seketika, pelbagai spekulasi timbul.
"Kalau bercerita mengenai tawaran berlakon, hingga hari ini saya masih menerima undangan menjayakan drama, teater mahupun filem. Tetapi, disebabkan komitmen kerja belakang tadbir, saya terpaksa menolak baik tawaran berkenaan.
"Bukan apa. Saya lebih suka menumpukan satu kerja dalam satu masa kerana inginkan kualiti. Jadi, apabila mengambil keputusan menimba pengalaman bekerja belakang tadbir, saya beri sepenuh perhatian.
"Lagipun, kerja belakang tadbir ini saya bekerjasama dengan rakan seperjuangan untuk merealisasikan satu projek penting. Tetapi, saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam peringkat menyiapkannya.
"Disebabkan terlalu sibuk dengan projek itu, saya terpaksa melupakan minat berlakon selama setahun. Bagaimanapun, projek itu sudah hampir siap dan memberi peluang kepada saya untuk kembali aktif berlakon," ujarnya. Kata pelakon yang pernah membintangi filem Abang 92 ini, minatnya dalam dunia lakonan tidak pernah luntur malah sentiasa membara. Apatah lagi, pembabitannya dalam pentas seni bermula sejak tahun 1991 lagi dan sedikit pun tidak pernah kecewa memilih kerjaya lakonan sebagai karier. Justeru, Shahrul begitu berharap lakonannya dalam filem Skrip 7707 arahan Prof A Razak Mohaideen diterima ramai.
"Selepas tiga tahun terperap, akhirnya filem ini berjaya juga ditayangkan kepada umum. Sesungguhnya, saya memang tidak sabar menanti reaksi peminat terhadap filem ini.
"Jadi amat besarlah harapan saya agar filem ini mendapat sambutan memberangsangkan dari semua peminat kisah-kisah seram. Dalam filem ini, saya memegang watak Zaki, seorang pelajar yang suka membuat kerja gila iaitu mencari hantu.
"Biarpun masa lakonan untuk babak saya hanya 10 minit, namun saya yakin sedikit sebanyak ia mampu mengubati kerinduan peminat. Sebelum ini, saya begitu ternanti-nanti bila filem ini akan keluar ditayangkan. Rupanya, setiap yang berlaku terselindung hikmah di sebaliknya. Saya menganggap kemunculan filem ini sebagai tanda bahawa saya akan kembali aktif berlakon," kata Shahrul yang sebelum ini pernah membintangi filem Kembara, Burung Besi dan beberapa puluhan drama seperti Jaguh-jaguh, Dari Maisara Ke Qistina dan banyak lagi.
|