CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Cintaku Hanya Untukmu (U)

[Copy link]
Post time 30-1-2013 11:16 AM | Show all posts
Jeng jeng dah mula dah nak mengganaz si zarul nih....mesti nk rebut balik si rania nih...aduhaiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 02:07 PM | Show all posts
suria74 posted on 30-1-2013 11:16 AM
Jeng jeng dah mula dah nak mengganaz si zarul nih....mesti nk rebut balik si rania nih...aduhaiiii
...

haha jeng2. apalah agaknyaa muslihat die tu ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 12:59 AM | Show all posts
Rania mencapai baju tidurnya itu selepas selesai membersihkan diri. Perjalanan yang mengambil masa selama lapan jam itu betul-betul memenatkan dirinya. Dia memakai wangi-wangian untuk meningkatkan lagi aura penarik dirinya itu. Malam itu secara rasminya bermulalah kisah bulan madu mereka.

Dia melangkah ke balkoni chalet apabila melihat Hafizi sedang membaca buku. Segera dia meletakkan tangannya menutupi mata suaminya itu.

"Wanginyaaaaaaaa" ujar Hafizi apabila terbau wangian yang dipakai isterinya itu.

"Tangkaplah kalau dapat" bisik Rania perlahan ke telinga Hafizi. Dia melarikan diri ke ruang tamu chalet itu.

Hafizi lekas menuruti langkah isterinya itu. Mereka mengacah-acah dan bergurau senda. Seketika kemudian, Rania melangkah pula ke dalam bilik tidur. Hafizi segera mendapatkan isterinya itu. Wajahnya didekatkan dan merenung mata redup milik isterinya itu. Dia membuat simbol berbentuk hati yang bermaksud saya cinta kamu. Rania tersenyum panjang. Dia menghadiahkan satu ciuman di pipi Hafizi.

"I love you sayang" bisik Hafizi romantis. Dia membawa Rania ke dalam pelukannya.

"I love you more abang" balas Rania. Dia membalas pelukan suaminya itu. Tiada apa lagi yang dia mahu dalam dunia ini melainkan kasih sayang dari orang yang dia amat cintai.




"Aku nak kau intip dua orang ni. Update aku apa rutin diaorang ni" Zarul berkata kepada seorang pemuda berbadan besar dan tegap itu. Dia menghulurkan dua keping gambar kepada pemuda yang bernama Roy itu.

"Kau nak aku intip atau habiskan je diaorang ni?" soal Roy sambil menatap kedua-dua gambar itu. Cantik. Itu yang tergambar di hatinya apabila melihat wajah Rania.

"Untuk masa sekarang ni, kau intip and update je ke mana mereka ni pergi. Aku bayar kau lagi 50% lepas aku dapat apa yang aku nak" perintah Zarul. Dendamnya semakin meluap-luap. Lelaki yang merampas kekasih hatinya itu juga musuh dalam perniagaan. Dia harus bertindak menyingkirkan lelaki itu supaya dia boleh menguasai dunia perniagaan dan juga memilik cinta Rania.






Rania berlari anak ke muka pintu. Dia segera menyambut kepulangan suaminya itu. Selesai mencium tangan, dia mengambil briefcase Hafizi dan meletakkannya di atas sofa.

"Abang pergi mandi dulu ya. Sayang masakkan lauk favorite abang malam ni" Rania bersuara. Hafizi mengangguk dan terus menuju ke bilik mereka di atas.

Selesai mandi, Hafizi bergegas ke arah Rania yang sibuk menghidangkan makanan untuk mereka.

"Lemak udang sayang ni memang nombor satulah. Abang nak tambah lagi" Hafizi berkata sambil menghulurkan pinggannya kepada Rania. Meminta isterinya itu untuk meletakkan nasi tambah di pinggannya.

Rania tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Sejak dia menerima Hafizi sebagai suami sepenuhnya, dia sudah berazam untuk mengambil hati suaminya itu setiap hari. Belajar masak dengan mamanya. Kata orang tua, nak pikat suami mestilah dengan air tangan kita sendiri.

"Abang, sayang ingat nak bukak butik baju pengantinlah. Bosan jugak duduk rumah ni. Lagipun dah dua bulan sayang asyik terperap je kat rumah sejak kita balik honeymoon haritu" ujar Rania. Idea itu dah lama dia fikirkan. Kalau bukak butik sendiri, pada masa yang sama dia boleh menguruskan rumah tangganya juga.

"alahaii kesiannya isteri abang ni. Bosan ye? Ermm okey jugak tu sayang. At least sayang ada benda nak buat" Hafizi setuju. Kesian juga kalau Rania asyik duduk di rumah keseorangan sewaktu dia bekerja. Kalau ada anak, lain ceritanya. Jauh di sudut hati dia menginginkan seorang cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.

"Betul boleh ni abang? Yesss. Thanks love. Sayang lebihlah macamni" Rania gembira. Dia mengenyitkan mata kepada suaminya itu tanda berterima kasih. Dari dulu dia bercita-cita untuk mempunyai butik sendiri.

"Time nilah baru nak sayang abang. Nanti abang suruh p.a abang settlekan pasal ni ye. Abang pun sayang sangat kat isteri abang yang comel nii" balas Hafizi sambil tersenyum. Lega dapat menggembirakan hati isterinya itu.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 11:33 AM | Show all posts
aduhhhh dah mula nampak kejahatan si zarul nih....minta-2 rania dan suami ok sentiasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 12:20 AM | Show all posts
suria74 posted on 31-1-2013 11:33 AM
aduhhhh dah mula nampak kejahatan si zarul nih....minta-2 rania dan suami ok sentiasa...

hihi. teruskan membace ye ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 01:30 AM | Show all posts
Selesai mendirikan solat isyak, Hafizi menoleh ke arah isterinya yang sedang terbaring di atas katil. Penat agaknya. Mana taknya petang tadi majlis perasmian butik pengantin Rania selepas sebulan urusan mereka untuk mempunyai butik sendiri selesai. Selepas melipat sejadah dan meletakkannya di tempat asal, Hafizi melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan tubuh Rania.

"Sayang..letih sangat ke?" soal Hafizi sambil mengenggam lembut jari jemari isterinya itu. Malam itu dia rasakan janggal kerana kebiasaannya Rania selalu ceria walaupun penat sekalipun.

"Entahlah, rasa macam tak larat je abang. Kaki ni pun bengkak-bengkak." balas Rania lemah. Dia menuding ke arah kakinya yang kelihatan sedikit membengkak. Dia sendiri tak faham dengan tubuhnya itu. Terlalu penat sehinggakan dia terpaksa berbaring saja.

"Aah la sayang. Bengkak kaki sayang ni. Abang urutkan ye" ujar Hafizi sambil mula mengurut lembut kaki isterinya.

Rania mengangguk perlahan. Matanya dipejam untuk seketika.

"Sayang banyak berdiri ni tadi. Mana tak bengkak. Sayang belum solat kan? Apa kata sayang solat dulu..nanti boleh tidur terus" kata Hafizi lagi. Dia memandang wajah Rania yang lesu itu.

Rania mengangguk lagi. Malas hendak memberikan respon. Letih sungguh tubuhnya itu. Dia hanya menuruti kata suaminya itu. Dia menggagahkan diri untuk melangkah ke bilik air. Hafizi lekas memimpin isterinya itu berjalan. Tiba-tiba Rania pengsan dan terkulai layu dalam pelukan Hafizi.

"Sayang !!!"




"Bos, saya ada info terbaru pasal perempuan ni" ujar Roy sambil menuding jari ke arah gambar Rania.

Zarul mengangguk dan membiarkan pemuda itu menyambung kata-katanya. Sambil itu, dia menghirup secawan kopi panas.

"Dia baru bukak butik pengantin kat Taman Ria. Kedai paling hujung sekali" Roy berkata sambil tersengih. Tak sabar nak dapat habuan yang seterusnya. Memang lumayan buat kerja senang macam ni.

"Yeke? Okey good. Senanglah aku nak jumpa dia nanti. Gerenti laki dia takde kat sana" Zarul yakin tentang itu. Biasalah waktu pejabat mesti suami Rania sibuk bekerja dan dia akan berpeluang untuk berjumpa wanita idaman hatinya itu.






Yana menatap gambar dia dan Rania di henfonnya. Sudah tiga bulan dia tak berjumpa bffnya itu sejak diaa berpindah ke Kelantan sejak berkahwin dengan Daniel pilihan hatinya itu. Rindu nak bergosip dan meluangkan masa bersama. Mereka hanya berhubung sekali sekala saja. Maklumlah masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Tanpa disedari, suaminya memerhatikannya yang sedang leka menatap henfonnya itu.

"Honey...hujung minggu ni kita pergi KL taw. B ada kerja sikit kat sana dalam dua tiga hari. Nanti kita bawa ibu sekali." Daniel bersuara. Selain menguruskan hal kerja, boleh juga mereka menziarahi keluarga isterinya.

"Betul ke B? Serious?" Yana bertanya sekali lagi. Sengaja mahu memastikan apa yang didengarinya itu betul. Dia terus mendapatkan suaminya itu.

"B serious lah. Lagipun honey dah lama kan tak jumpa family dengan Rania. Kesian isteri B yang comel ni" balas Daniel. Dia membelai lembut pipi isterinya itu. Dia berasa serba salah kerana terpaksa membawa Yana menetap di Kelantan kerana tiada siapa yang akan menjaga ibunya nanti jika dia tinggal di KL.

"Yesss ! Suka..suka..suka !" ujar Yana sambil melompat. Gembira kerana akhirnya dapat juga melepaskan rindu kepada keluara dan rakannya itu.

"Hah..jangan nak lompat sangat honey. Ingat anak kita dalam perut tu" risau pula Daniel apabila melihat Yana melompat. Takut terjatuh pula nanti.

"Sorry. Honey terlupa honey mengandung" balas Yana sambil mengusap lembut perutnya yang masih lagi kempis. Dia tersengih sendiri. Memanglah tak ingat sebab tak rasa apa-apa alahan pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2013 11:41 AM | Show all posts
Rania disahkan hamil tiga bulan. Berita gembira itu dikongsikan bersama dengan keluarga mereka. Masing-masing berkumpul di rumah Tan Sri Halim. Makan malam bersama malam itu.

"Alhamdulillah..tak sabar mak nak tengok cucu mak yang pertama" ujar Puan Sri Linda. Teruja bila mendengar berita yang disampaikan anak tunggalnya itu.

"Ada rupa atuk dia tak agaknya?" Datuk Yusof pula menyampuk dan tergelak. Dia cuba membayangkan wajah cucunya itu. Mesti cucunya itu comel.

Serentak itu masing-masing tergelak dengan senda Datuk Yusof. Rania tersenyum. Bila dirinya disahkan hamil, dia terasa dialah wanita yang paling gembira di dunia ini. Akhirnya dia akan melahirkan zuriat suaminya yang tercinta setelah sekian lama menunggu.

"Nanti Nia jangan buat kerja berat-berat tau. Fizi jaga isteri kamu ni baik-baik ye" pesan Datin Milah pula. Dia tak mahu peristiwa itu berulang lagi. Cukuplah sekali mengundang kesedihan pada anaknya itu. Tak sanggup nak melihat anaknya itu bersedih.

Hafizi mengangguk sambil tersenyum ke arah Rania. Kali ini dia berazam untuk menjaga isterinya sehingga selamat melahirkan.

"Lepas ni Diana dapat kawan baru la kan?" soal Lea pula yang sedang mendokong Diana yang sedang tidur. Kata-katanya itu disambut oleh gelak tawa mereka sekeluarga. Perasaan bahagia menyelubungi keluarga itu.





Rania tersedar dari tidur. Hujung minggu begini memang kadang-kadang terbangun lambat. Dia mengerling ke arah jam dinding. Tepat jam 9 pagi. Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah katil. Kelihatan suaminya tiada disebelah. Dah bangun ke?

Aroma nasi goreng menusuk hidungnya. Suami aku ni memasak ke? Soalnya lagi sendirian.  Lekas dia mencapai tuala dan segera membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, dia melangkah menuju ke bawah untuk melihat aktiviti suaminya itu.

"Sayang..kejap" Hafizi yang sedang menghidangkan makanan di atas meja bergegas berlari menuju ke arah isterinya yang baru hendak menuruni tangga.

Langkah Rania terhenti. Tak jadi hendak turun tangga. Dia menunggu kedatangan suaminya itu.

"Lain kali nak turun tangga beritahu abang tau" ujar Hafizi sambil mencapai tangan dan memimpin isterinya itu menuruni tangga. Risau juga jika Rania tersilap langkah.

"Kelakarlah abang ni. Sayang tahu turun tangga sendiri. Takkan setiap kali nak turun dengan abang" bantah Rania manja. Geli hati juga dia melihat gelagat suaminya itu.

"Abang tahu..tapi kalau abang ada kat rumah sayang kena turun sekali dengan abang. Tak boleh sendiri tau. I dont want anything bad happen sayang" pesan Hafizi tegas. Bukan apa, dia cuma mahu isterinya itu dalam keadaan baik sahaja.

"Dont worry abang..sayang tahu jaga diri. Lagipun sayang baru tiga bulan belum sarat lagi. Perut pun tak nampak lagi tau" Rania tergelak lagi sambil menuding jari ke perutnya.

"Haihhh degilnya isteri abang ni kan. Okeyy promise dengan abang you will take care of yourself okey? Abang ada masak nasi goreng untuk sayang. Jom makan" Hafizi malas hendak berleter lagi. Dia memimpin Rania ke meja makan dan menghidangkan nasi untuk isterinya itu.

"Wahhh rajinnya suami sayang ni. Kalau macam ni lah sayang nak mengandung selalu lah. Macam anak raja dalam rumah ni" senda Rania sambil memuji suaminya itu. Perangai suaminya itu betul-betul berubah sejak mengetahui dia sedang hamil. Layanan tak ubah seperti tuan puteri dalam istana.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:48 AM | Show all posts
indah91 posted on 1-2-2013 11:41 AM
Rania disahkan hamil tiga bulan. Berita gembira itu dikongsikan bersama dengan keluarga mereka. Masi ...

wahhhhhhhhhh detik2 gembira mewarnai semua orang yeee...terkena tempias sekali pd su....happy forever....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
suria74 posted on 1-2-2013 11:48 AM
wahhhhhhhhhh detik2 gembira mewarnai semua orang yeee...terkena tempias sekali pd su....happy fore ...

Tak lama lg ade pengacau la nie..ingat zarul tu mesti x biarkan..cubaan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BahGia dan membahgia kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 11:22 PM | Show all posts
suria74 posted on 1-2-2013 11:48 AM
wahhhhhhhhhh detik2 gembira mewarnai semua orang yeee...terkena tempias sekali pd su....happy fore ...

hehe. terima kasih atas sokongan.  teruskan mbace ye~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 11:23 PM | Show all posts
kakZue posted on 1-2-2013 12:37 PM
Tak lama lg ade pengacau la nie..ingat zarul tu mesti x biarkan..cubaan..

cubaaan. hehe. hidup ni penuh dgn dugaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 01:44 AM | Show all posts
Rania menghamburkan segala isi perutnya ke sinki. Kemudian dia mengelap mulutnya dengan tuala. Rania melangkah ke katil dengan longlai. Jam tepat menunjukkan satu pagi. Dah berapa kali tekaknya merasa loya dan mual. Mungkin ini yang mamanya rasa semasa mengandungkannya. Penat jugak jadi perempuan mengandung ni. Dia mengeluh perlahan. Loya lagi tekak ni.

Hafizi tersedar dari tidurnya apabila mendengar Rania muntah. Dalam keadaan mamai, dia segera bangun mendapatkan isterinya. Dia membantu Rania melangkah ke katil semula. Dia mengurut lembut belakang tubuh isterinya.

"Okey tak sayang? Asyik muntah je..kita pergi klinik ye?" soal Hafizi apabila melihat wajah Rania yang kelihatan pucat. Bimbang dia melihat keadaan isterinya. Maklumlah first time experience, tak berapa nak tahu sangat.

"Okeyy. Penatnya. Memang mengandung macam ni ke? Tak larat sayang" balas Rania lemah. Beberapa kali muntah menyebabkan dia tak larat. Hampir setiap malam dia begini berlainan pula dengan waktu siang, lasak sentiasa.

"Sabarlah sayang. Sayang kena kuat. Sekejap je ni. Sayang sabar ye" pujuk Hafizi. Kesian pula dengan isterinya yang sedang mengandungkan zuriatnya itu.

"Hurmmm. Ni sebab abanglah. Tak pasal-pasal bulat perut sayang lepas ni. Hehe" Rania berlawak walaupun penat. Sempat lagi dia menggayaka perut ibu mengandung sembilan bulan.

Hafizi tergelak. Kelakar jugak wife aku ni.

"Amboi, isteri abang ni..tekak tengah loya pun boleh buat lawak lagi ye. Love you sayang" Hafizi tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuma di bibir dan juga di perut Rania.

"Haaaa nak muntah lagi !!!" jerit Rania sambil berlari ke bilik air. Hafizi terhibur dengan gelagat Rania. Hilang penat seharian bekerja.




Abang, sayang nak pergi butik. Dah dua hari tak jenguk. Love you

Sebelum beredar meninggalkan rumah, Rania menghantar mesej kepada suaminya. Setiap pergerakannya mesti diketahui Hafizi. Bimbang mengundang fitnah pula nanti.

Take care. Jaga anak kita baik-baik. Love you too

Rania tersenyum membaca mesej yang dikirim Hafizi. Tak dapat dinafikan yang suaminya itu seorang yang prihatin. Tak pernah mengabaikannya walaupun seketika.

Ketika Rania sedang sibuk melakarkan design gaun pengantin terbarunya, seseorang datang ke butiknya.

"Wahh beb, kau dah ada butik sendiri? Bestnyaaaaa" tegur Yana sebaik saja melangkah masuk ke dalam butik kepunyaan rakannya itu.

Rania mengangkat muka melihat siapa yang datang. Teruja bila dia melihat bffnya itu datang menjenguknya. Mereka saling berpelukan kerana sudah lama tak berjumpa.

"Ya Allah Yana..rindunya aku dekat kau" Rania memulakan bicara.

"Aku pon beb. Nasib baik laki aku ada kerja sikit kalau tak tunggu raya lah jawabnya baru aku balik sini. Eh..Aku tengok lain macam je kau ni. Berisi sikit. Tak macam dulu kering gila" ujar Yana selamba. Bahagia sungguh kawannya itu sehingga kelihatan berisi.

"Kali ni berisi bukan sebarang berisi. Memang dah ada isi." balas Rania seperti berpantun. Sengaja berkias dengan Yana. Entah faham ke tak tu.

"Maksud kau..kau pregnant lagi? Alhamdulillah. Aku pun. Three months" balas Yana sambil menunjukkan angka tiga. Tak sangka pula mereka sama-sama mengandung. Memang bff sejatilah.

Rania mengangguk dan teruja dengan kata-kata Yana. Memang tak terjangka semua ni. Segera dia memanjatkan syukur kepada Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 04:01 AM | Show all posts
not bad.. makin menarik...
waiting 4 next 3try
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2013 01:10 AM | Show all posts
umi_qaz88 posted on 2-2-2013 04:01 AM
not bad.. makin menarik...
waiting 4 next 3try

Thanks. Teruskan membace ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2013 01:47 AM | Show all posts
Rania menyediakan secawan air kopi panas untuk suaminya yang sedang leka menonton tv. Cawan yang penuh berisi air kopi diletakkan. Dia segera melabuhkan punggungnya disisi Hafizi.

"Sayang...susah-susah je. Abang boleh buat sendiri kalau abang nak" Hafizi mula bersuara. Serba salah dibuatnya bila isterinya itu menghantar air kepadanya. Dia tak mahu menyusahkan isterinya yang sedang hamil itu. Waktu siang seharian dihabiskan di butik jadi waktu malam biarlah isterinya itu berehat.

"Its okey abang. Sayang sendiri yang nak buat. Yelah kan dah tanggungjawab sayang. Tak susah mana pun" bantah Rania pula. Dia tak mahu menjadikan mengandung sebagai  alasan untuk dia malas.

"Tapi sayang kan penat..kalau abang haus abang boleh pergi dapur sendiri. Sayang just kena teman kat sebelah abang je" Hafizi tersenyum.

Rania membalas kembali senyuman itu. Bahagia mula terasa. Sambil itu, Hafizi mula baring di riba isterinya. Rania mula mengengam jemari milik suaminya itu.

"Sayang..actually esok seminggu abang kena pergi Jepun. Uruskan bisnes ayah dengan klien dari sana. Sayang tidur rumah mak okey?" berat hatinya untuk mengatakan hal ini. Kalau boleh dia tak mahu sesaat pun berjauhan dari Rania.

Air muka Rania berubah. Matanya tiba-tiba berkaca. Sejak dia mengandung, emosinya tak pernah menentu. Mungkin dia tak mahu berpisah dengan suaminya.

"Sayang..jangan macam ni. Abang promise abang pergi kejap je. Tidur rumah mak ye, abang dah beritahu ayah tadi. Abang risau kalau sayang sorang kat rumah" air mata yang berlinang dikesatnya. Timbul rasa kesian pada isterinya itu.

"Hurm...lamanya..okeyy nanti sayang tidur rumah mak. Tapi kalau sayang rindu abang macamana? Seminggu tu sayang rasa macam lama sangat" rintih Rania. Suaranya lemah. Mungkin sebab pembawakan budak dia menjadi terlampau sensitif. Namun apakan daya dia harus menurut saja.

"Abang promise, everyday abang kat sana abang call sayang ye. Jangan sedih-sedih. tak elok untuk anak kita" janji Hafizi sambil meletakkan tangan di perut Rania yang sudah mula membuncit.


Last edited by indah91 on 4-2-2013 01:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2013 01:54 AM | Show all posts
Enjin kereta dimatikan. Handbag dan beg pakaian dikeluarkan dari kereta. Rania melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya dan terus menuju ke dapur mencari ibu mertuanya.

"Emak...apa khabar? Ayah mana mak?" ujar Rania selepas mencium tangan wanita itu. Segaris senyuman terukir di wajahnya.

"Ayah kamu tu kat atas tengok tv..kejap lagi turunlah tu..Mak macam ni lah Nia..kamu pulak sihat?" balas Puan Sri Linda sambil melabuhkan punggung di meja makan. Sebelum kedatangan menantunya itu, dia sedang sibuk menyediakan makanan tengahari untuk mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah mak.. Sorry menyusahkan mak sebab terpaksa stay kat sini sementara abang Fizi dekat Jepun" risau juga jika dia menyusahkan orang tua suaminya itu. Kalau mengikut dia, nak saja dia balik rumah keluarganya tapi Hafizi mengarahkannya untuk tinggal dengan mertuanya. Bila lagi nak merapatkan diri dengan mertua kalau bukan sekarang.

"Eh apa susahnya Nia..kamu tu bukannya orang lain..keluarga mak jugak. Lagipun kalau kamu tinggal sorang-sorang seminggu ni risau juga mak" Puan Sri Linda menyatakan kebimbangannya. Apa-apa pon boleh terjadi jika menantunya itu berseorangan di rumah. Ada juga kawan untuk berbual dalam tempoh seminggu ni.

Rania tersenyum. Ada betulnya kata-kata ibu mertuanya itu.

Puan Sri Linda bangun dan mengacau kuah asam pedas yang sudah mendidih. Seketika kemudian dia mengambil sudu untuk merasa kuah tersebut.

"Ada apa-apa yang Nia nak tolong mak?" soal Rania sambil merapati tubuh mertuanya itu. Segan juga kalau dia hanya memerhati ibu Hafizi sibuk menyiapkan makanan mereka sekeluarga.

"Dah nak siap dah..takpelah Nia. Duduk je..lagipun kamu kan tengah mengandung. Tak elok berdiri lama-lama. Nanti bengkak pulak kaki tu" balas wanita tua itu. Pengalaman ketika mengandungkan Hafizi membuatkan dia memahami penat yang dialami Rania ketika ini.

Rania tergelak kecil. Memang dia tak nafikan perkara itulah yang selalu didengari sejak dia hamil. Dia kembali duduk.

"Mak rasa anak kamu ni nanti lelaki.." Puan Sri Linda menukar topik perbualan. Suaranya kedengaran teruja. Teruja hendak menyambut kelahiran cucu pertamanya itu.

"Kenapa pulak mak? Macam mana mak tahu?" soal Rania. Pelik jugak macamana ibu mertuanya itu boleh mengetahui jantina anak yang dikandungnya. Dia dan suaminya sudah berjanji untuk tidak pergi ke klinik untuk mengimbas jantina anak mereka. Suprise sikit nanti.

"Alaaa..tengok pada gaya kamu melaram pun mak dah boleh agak. Berseri-seri je. Biasanya lelaki yang keluar nanti" Puan Sri Linda memberitahu. Itu fahaman orang dulu-dulu. Kebiasaanya memang tepat dan tak salah.  

"Yeke mak.. Nia tak kisah mak asalkan baby ni sihat pun dah cukup" ujar Rania. Dia memang tak kisah tentang jantina anak mereka. Asalkan sihat dan cukup sifat itu sudah memadai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 04:37 PM | Show all posts
Usai membersihkan diri, Rania mencapai sehelai baju ibu mengandung yang dibeli bersama dengan bffnya bulan lepas. Dia mengenakan baju tersebut dan melihat imejnya didalam cermin. Kandungannya yang sudah berusia empat bulan memaksanya untuk memakai baju tersebut. Pakaian biasanya sudah tidak selesa untuk dipakai kerana perutnya kian membesar. Dilihat imejnya sekali lagi dan perutnya yang buncit itu sudah kelihatan.

Rania tersenyum. Inilah saat bahagia yang dinantikan olehnya. Mengandung dan melahirkan zuriat untuk suaminya. Bibir yang pucat dihiasi dengan warna merah jambu. Kelihatan ayu sekali wajahnya itu. Handbag dan kunci kereta dicapai apabila dirinya sudah siap untuk ke butik.  

Di butik, Rania sibuk meneliti beberapa tempahan yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Ada beberapa darinya sudah siap untuk diberikan kepada pelanggannya. Dia melangkah ke bilik yang menempatkan pakaian pengantin yang sudah disiap jahit oleh beberapa pekerjanya. Jahitan yang kemas itu diteliti lagi agar tiada kesilapan yang dilakukan. Rania mahu reputasi butiknya itu dijaga dengan baik.

"Puan..saya nak beli makanan untuk lunch.. Puan tak pergi lunch ke? Dah pukul satu ni" pembantu kedainya, Zara bersuara. Sudah menjadi rutinnya membeli makanan tengahari bila jarum jam sudah menunjukkan pukul satu. Memang itu waktu rehat yang ditetapkan oleh Rania.

"Eh dah pukul satu.. Banyak kerja lagi ni saya nak buat.. Takpe, awak pergi je lunch" balas Rania. Bila sibuk memang dia lupa pasal semua benda. Memang sejak dari dulu lagi kalau buat sesuatu kerja memang dia akan fokus sepenuhnya.

"Ohh..okeyy tapi puan rehatlah dulu..kejap lagi sambung.. Puan taknak kirim apa-apa? Kesian baby puan dah lapar tu" ujar Zara lagi. Hubungannya dengan Puan Rania agak rapat. Dia akui yang Raniaa memang seorang bos yang baik.

"Oh ye..patutlah pedih je rasa perut ni. Kesian anak mama tak makan lagi ye. Awak belikan saya nasi ayam lah. Teringin lah pulak" pinta Rania sambil meletakkan tangan di perutnya. Kesian anak dalam kandungannya itu sudah lapar. Dahlah tak sempat nak sarapan pagi tadi.

Zara tersenyum dan berlalu pergi. Rania pula kembali ke biliknya dan duduk untuk seketika sebelum menyambung kembali tugasnya. Haihhh sejak perut makin besar ni..cepat pulak terasa penat. Kaki pun asyik membengkak. Rania mengeluh. Kemudian dia mengambil frame gambar milik suaminya dan menatap gambar itu. Rindunya dekat abang..cepat-cepat lah balik sini.

Malas hendak melayan perasaan rindunya, Rania bangun semula dan pergi menghias patung di butiknya itu. Sedang dia leka memperagakan patung itu, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam butik dan menegurnya.

"Heyy Rania sayangku..." Zarul memulakan perbualan. Dia bergegas ke sini setelah mendapat tahu yang Hafizi outstation ke luar negara. Terlalu rindu kepada wanita idamannya ini setelah berbulan-bulan tak berjumpa.

"Zarul?"

"Apa awak nak?"soal Rania lagi apabila melihat Zarul hanya tersengih memandangnya.

"I datang nak jumpa youlaa.. I rindu sangat dekat you. Kita keluar makan jom. You mesti belum makan kan?" Zarul meluahkan perasaan rindunya itu.

"Rindu? Awak gila ke? Saya ni isteri orang. Saya banyak kerja and takde masa nak layan rindu awak tu" tegas Rania berkata. Malas hendak melayan lelaki gila itu. Isteri orang pun nak kacau ke?

Rania melangkah pantas ke kaunter. Sengaja membuat dirinya sibuk dengan membuka dan meneliti fail. Zarul mengikutnya dari belakang.

"I ajak you keluar makan je. Itu pun susah sangat ke?!" bentak Zarul. Panas hatinya bila Rania tidak melayannya.

"Tolonglah faham. Saya ni dah bersuami. Apa awak nak lagi?" balas Rania sambil meninggikan suaranya. Biarlah pekerja lain mendengarnya asalkan Zarul tidak lagi mengacaunya.

"I nak you. That's all. Simple kan" Zarul masih tidak mahu mengalah. Dia yakin satu hari nanti wanita ini akan menjadi miliknya. Cuma cepat atau lambat.

Rania mendengus. Tak faham bahasa betul la mamat ni. Dalam keadaan marah, Rania melangkah ke pintu butik.

"Tolong keluar dari sini.. Saya takkan dan takkan pernah sayang awak. Cinta saya hanya milik suami saya. Itu muktamad. Again, tolong keluar" kata Rania sambil membuka pintu untuk lelaki itu keluar. Bengang dengan perlakuan Zarul yang tak menghormati statusnya sebagai isteri Hafizi.

Zarul mengenggam buku limanya. Malu diperlakukan sedemikian. Cintanya ditolak mentah-mentah. Malunya semakin bertambah apabila perkerja butik itu memerhatikannya.

"You ingat ni betul-betul. One fine day you akan jadi milik I. Itu janji I !" tengking Zarul sebelum keluar dari butik itu.

Rania lega apabila Zarul sudah keluar dari butiknya. Namun kata-kata lelaki itu sebentar tadi masih terngiang-ngiang di ingatannya. Apakah Zarul menyimpan dendam terhadapnya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 10:43 AM | Show all posts
Ya Allah..kau ampunkan lah segala dosa kami..jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka dan kau murahkanlah rezekim kami. Amin.. Doa dipanjatkan setelah memberi salam kedua ketika menunaikan solat isyak. Telekung ditanggalkan dan dilipat. Perkara yang berlaku siang tadi betul-betul menganggu fikirannya. Dia bimbang jika Zarul melakukan perkara yang boleh membahayakan dia dan suaminya untuk memiliki cintanya.

Rania merebahkan dirinya di atas katil. Ingatannya masih lagi teringat kepada kata-kata lelaki itu. Patut ke aku beritahu abang? Rania masih memikirkan sama ada dia perlu atau tidak memberitahu perkara itu kepada suaminya. Arghhh... buntunya.

Dia pergi ke beranda rumah itu yang menghadap kolam renang untuk menenangkan diri. Ingatannya teringat kepada layanannya kepada Zarul dulu. Memang sejak dari dulu dia malas hendak melayan kerenah mamat itu. Entah kenapa dia tak tahu. Tak hairanlah jika Zarul menyimpan hasrat untuk membalas balik semuanya.

"Nia...tak naik atas tidur lagi? Pukul 10 lebih dah ni" suara mak mertuanya itu mematikan lamunannya. Puan Sri Linda yang turun ke dapur untuk mengambil air terlihat menantunya itu sedang termenung di luar.

"Eh..mak..tak boleh nak tidur..tak tau kenapa" luah Rania kepada wanita yang sudah dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri.

"Menantu mak ni fikir apa? Mak tengok Nia macam stress je. Masa makan tadi pun Nia tak berapa nak selera.." ujar wanita itu lagi. Dari tadi dia memerhatikan kelakuan gadis ini. Macam ada yang tak kena.

Rania mendiamkan diri. Memang betul apa yang dikatakan Puan Sri Linda. Sedikit tekanan apabila dia mengingatkan Zarul. Takut diapa-apakan lelaki itu.

"Nia tak boleh macam ni nak..Bila kita mengandung ni, kita tak boleh stress..makan kena cukup..kalau tak nanti effect pada baby dalam perut nii" Puan Sri Linda menasihatkan Rania apabila tiada jawapan dari menantunya. Apalah yang difikirkan menantu aku ni??

"Mak..jangan lah risau. Nia okey. Cuma rindu pada abang je. Yelah..dah tiga hari dia kat sana" Rania berdalih. Malas hendak membuka cerita sebenar. Biarlah dia selesaikan sendiri nanti.

"Yeke..betol ni? Biasalah tu nak..dalam keadaan macam ni memang Nia perlukan Fizi. Sabar nak ye. Mak naik atas dulu. Jangan lama-lama kat sini" pesan Puan Sri Linda sebelum berlalu ke tingkat atas.

Rania tersenyum pendek. Sayang betul mak mertuanya itu kepada dirinya. Beruntung dapat mak mertua macam tu. Seketika kemudian, Rania menutup pintu dan naik ke atas untuk tidur. Dia membuang jauh-jauh perasaan bimbangnya itu


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:38 AM | Show all posts
erkkkk...zarul dah mula kaco rania...takutnya jika rania diapa2kan....nk plak suami kt oversea....harap2 semua ok jee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.530552 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list