CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8935|Reply: 73

[Tempatan] TERKINI: Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Dihempap TV 29"

[Copy link]
Post time 23-1-2013 12:07 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas set televisyen berukuran 29 inci jatuh menghempapnya di rumahnya di Teluk Chengai, Kuala Kedah, dekat sini.
Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan dipercayai menggerakkan sebuah rak logam yang mengakibatkan televisyen itu jatuh menghempapnya.
Ayahnya, Lazzuan Ishak, 37, pemandu bas, berkata, dia ketika itu baru hendak mandi apabila mendengar satu bunyi jatuh yang kuat dari arah ruang tamu.
“Saya bergegas ke ruang tamu di mana menjumpai anak lelaki saya dihempap dengan televisyen itu dengan rak logam di sebelahnya.
“Ibu saya, Eshah Abdullah yang berusia 70 tahun bersama dengan anak saya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana insiden berlaku begitu pantas.
“Apabila saya mendengar bunyi jatuh berdebap yang kuat, saya dapat mengagak televisyen itu jatuh dari rak itu, tetapi tidak dapat membayangkan ia menghempap anak saya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Selasa.
Lazzuan berkata, dia melihat kepala anak lelakinya itu berdarah, dan bersama-sama dengan abangnya, yang turut berada ketika itu, mengangkat televisyen itu.
Dia menambah, mereka bergegas membawa Luqhman ke hospital swasta berdekatan, tetapi kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia.
“Insiden itu berlaku pada pukul 10 malam pada Isnin sejurus selepas isteri saya, Waidah Kasim, 26, dan saya pulang ke rumah dari makan malam bersama anak lelaki kami.
“Isteri saya ke bilik tidur untuk menunaikan solat Isyak manakala saya menjaga satu-satunya anak lelaki kami. Selepas menonton televisyen bersamanya selama kira-kira 30 minit, saya pergi mandi,” katanya.
Lazzuan berkata, anak lelakinya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan kadang-kadang akan menggerakkan rak logam itu, sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 04:08 AM | Show all posts

jadikan pengajaran dan iktibar supaya anak korang tak jadi macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 06:15 AM | Show all posts
Lazzuan berkata, anak lelakinya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan kadang-kadang akan menggerakkan rak logam itu, sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu


kecuaian sendiri .. "sudah beberapakali"
kalau dah tau rak tu boleh bergerak oleh anak yang sekecil tu ..
tak kan la tak reti2 nak letak kat tempat yang betol2 stabil
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 06:42 AM | Show all posts
takziah untuk keluarga budak kecik ni. Next time letak aje atas lantai, gerenti tak boleh terhempap sape2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 06:55 AM | Show all posts
Adoi la wartawaannnnn sayanggg.....boleh tak korang tulis benda yang relevent je dgn apa yang korang nak sampaikan???

Ada kah logik korang tulis dlm artikel berita tu, "sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran" ? Dah budak DUA TAHUN.....apa la yg budak tu faham bila kena marah pun????

Okey la mmg betul bapak budak tu cakap macam tu.....tapi perlukah korang tulis dlm artikel korang semata2 untuk memanjangkan artikel korang? Tak perlu pun statement nie.....

Last edited by Leo_Tigris on 23-1-2013 07:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah ler
Lain kali TV tu gantung jer kat atas ajer xdelah dibuat main dan dihempap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2013 07:01 AM | Show all posts
betul. baik letak tv atas lantai saja kalau dah tahu rak logam tu tak stabil dan anak pulak hiperaktif. apa2 pun, benda dah jadi, harap keluarga mangsa sabar dan redha. innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 07:14 AM | Show all posts
kalau tak tulis macam tu pendeklah beritanya nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 07:20 AM | Show all posts
hmmmm....takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 07:40 AM | Show all posts
Bebudak 2 - 5 tahun dlm proses pembesaran.
Proses pembelajarannya berdasarkan sentuhan dan pergerakan terhadap apa yg dia minat..

Nak harapkan mak yg dah berusia 70 tahun mmg tak larat...

Sepatutnya yg terbaik adalah ajak anak tu skali ke bilik dgn bapaknya... Solat skali pun tak pe..
Mak dah usia 70 tahun mmg masanya utk berehat..

Apa apa pun sesamalah kita ambik pengajaran..

Safety first!!
Observe n analyze the potential risk as well as hazardous area...


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg bela kucing ni pun dok pikir nk gantung tv kt dinding.riso bulus2 ni main kt tv tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 07:58 AM | Show all posts
sedihnya......moral of d story...
haruskah smua rmh perlu TV "leper"...utk krgkn risiko...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:00 AM | Show all posts
* sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran.

statement pelik...ank baru 2 tahun..
knpa x mrah diri sdiri pergi mandi & biarkan ank sdirian...da tahu ank tu aktif..
da takdir nya cam2..redha je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:05 AM | Show all posts
yang penting meja tue..jangan la beli yang ringan letak tv yang berat..adoi..nie mmg kasi anak free je memain ngan meja tue
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:08 AM | Show all posts
anak besar nie mmg tengah aktif..anak inai yang umur setahun 3 bln pun suka tarik2 kipas meja 2, panjat kerusi semua tapi mmg xpernah tinggalkan dia main sorang2 kalau nak mandi mesti bukak pintu biar dia main dpn mata kite sambil mandi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:10 AM | Show all posts
apa punye statement sengal "anak tak mendengar teguran"???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 08:10 AM | Show all posts
dah ajal.. nak wat cam ner ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:16 AM | Show all posts
takziah.. kesian kat adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:17 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 08:22 AM | Show all posts
dah mmg ajal dia camtu. maybe utk ibu bapa dan kita ni muhasabah diri...

maybe sbb ramai org dah asyik 'menyembah' TV 24/7 sekarang ni. Solat & amal ibadat sbg seorg hamba Allah SWT dilupakan.

TV hempap anak tu sbg asbab utk Tuhan tegur. Budak tu mati takpe, dah confirm syurga. Mak Bapak yg masih hidup tapi leka camner la besok kt sana?

Aku ckp ni sbb based on kisah dr mulut kwn aku yg anak dia mati kena hempap tv ari tu. hal tu berlaku dpn mata bini dan dia sendiri yg dekat aje dgn TV dan rak pakaian anak dia masa tu. TV tu mmg dah lama kat situ sejak dulu, tak pernah plak nak jatuh. Kalau ikut logik TV besar tube tu, amat berat dan sepatutnya lebih stabil dan susah nak jatuh berbanding flat TV. Tapi nak jadi asbab, anak member aku kena hempap dgn TV berat tu depan dia aje... sampai sekarang depa masih bersedih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.119418 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list