CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: shana85

SETULUS CINTA...

[Copy link]
Post time 18-2-2013 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
uiks! mana sambungan nye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2013 09:51 PM | Show all posts
semoga gembira dengan n3 ni... maaf jika agak membosankan anda semua. sorry klu lambat update coz hana busy n emosi agak terganggu dua tiga hari ni.. moody memanjang.....

Nazrina merenung sayu wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu bagaikan hidup dalam dunianya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi. Yang pasti sejak lelaki itu pulang bersama Nurin Alia si kecil yang amat comel di matanya, sikap lelaki itu perlahan-lahan berubah. Irfan semakin menjauh. Sering termenung malah adakalanya bila merenung si kecil Nurin, mata lelaki itu berkaca-kaca. Ada kepiluan yang terpamer di wajah itu.

“Mama, papa kenapa?” soal Nurin Alia. Si kecil itu kadang kala keliru dengan sikap papa. Kadang-kadang papa sangat mesra dan memanjakannya tapi adakalanya papa berubah dingin. Sangat dingin. Langsung tak pedulikannya.

“papa sakit sayang. Nurin dah makan?” soal Nazrina memandang wajah comel di hadapannya.

“Dah... dengan opah,” jawab Nurin Alia ceria. Terpamer lekuk di pipi Nurin Alia bila si kecil itu tersenyum. Nazrina tergamam. Sering kali bila melihat si kecil itu tersenyum, dia terbayangkan wajah Irfan. Persis sekali terutama lesung pipit di kedua belah pipi Nurin Alia. Malah iras wajah Alia sangat mirip wajah Irfan kecuali sepasang mata bewarna hazel milik si kecil. Cantik sekali. Malah Nazrina sedar Irfan sangat suka memandang mata Nurin Alia. Malah dia sedar adakalanya Irfan merenung mata si kecil seperti melepaskan kerinduan pada seseorang. Siapa?

Curiga? Ya adakalanya hatinya di pagut curiga juga. Benarkah Nurin Alia hanya anak angkat yang di serahkan seseorang kepada mereka? Entah mengapa jauh di sudut hati ada rasa tak enak yang bertamu. Adakalanya dirasakan Irfan seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia cuba bersabar. Cuba berfikiran positif namun rasa curiga itu tetap bertamu. Apa lagi yang harus dia lakukan.

“mama..mama...” panggilan Nurin Alia mengembalikan Nazrina ke alam realiti.

“mama kenapa? Tak sihat erk?” soal Nurin Alia. Tangannya di letakkan di dahi mamanya. Sama seperti yang di lakukan mama bila dia demam.

“mama sihat. Mama Cuma berfikir je... mama fikir anak mama ni dah makin besar. Seronok tak pergi sekolah?” Nazrina bersuara ceria. Tak mahu si kecil bimbang.

“seronok. Nurin ada banyak kawan mama....” Nurin Alia terus bercerita. Gembira. Nazrina hanya ketawa mendengar celoteh si jantung hatinya. Terbang segala babanan perasaan kala mendengar hilai tawa suara si manjanya. Biarpun anak angkat, bukan dia yang mengandung dan melahirkan Nurin Alia tapi Nurin Alia tetap anaknya. Nyawanya. Tak dapat di bayangkan hidupnya tanpa Nurin Alia. Permata hatinya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:52 PM | Show all posts
stars83 posted on 18-2-2013 06:39 AM
harap citer ni ada penamatnya,tak mau lah sekerat2 je jalan citer..

Insyaallah..... samaada lambat @ cepat jer..

doakan hana cepat2 habiskan cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:54 PM | Show all posts
kikiharris posted on 18-2-2013 03:40 AM
jalan cerita yang menarik

terima kasih sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:54 PM | Show all posts
nallepooh posted on 18-2-2013 01:30 PM
best...tak sabar menanti entry baru..

n3 baru dah ada... maaf klu x best

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 01:18 PM | Show all posts
shana85 posted on 25-1-2013 10:29 PM
hana akan sambung esok. Insyaallah. hari ni busy sikit. buat kenduri arwah utk my mom


Selamat kembali ke forum cari.....
lama menghilang.........
Hana buat kenduri arwah untuk emak..... Innalillah...
bila mak hana meninggal.... (maaf jadi tukang cibuk pulak)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2013 03:25 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 01:18 PM
Selamat kembali ke forum cari.....
lama menghilang.........
Hana buat kenduri arwah untuk emak ...




hana ada jer tp jd SR jer.... dah lama x menaip so cerita jd slow sikit.

hari tu buat kenduri 40 mak... mak hana meninggal 7/12 hari tu...

sekarang busy sikit sebab banyak nak di uruskan. jadi klu cerita ni slow sikit maaf ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:09 PM | Show all posts
shana85 posted on 20-2-2013 03:25 PM
hana ada jer tp jd SR jer.... dah lama x menaip so cerita jd slow sikit.

hari tu buat ken ...

Takziah dari akak.... samalah kita 2012 meninggalkan kita dgn kenangan sedih.....
mak akak meninggal 04/08/12 @ 15 ramadhan.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 04:31 PM | Show all posts
permulaan yang best.. sila sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:53 PM | Show all posts
sambung lagi... banyak2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:10 AM | Show all posts
shana85 posted on 19-2-2013 09:52 PM
Insyaallah..... samaada lambat @ cepat jer..

doakan hana cepat2 habiskan cerita ni{:1_152: ...

kan...x kesah lambat ke cepat ke,janji habis...x sbr nak baca n3 tbaru shana....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 02:53 AM | Show all posts
lambat ke cepat ke..setia menunggu..best cite ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 07:49 AM | Show all posts
bila cerita best..terpaksalah kita menunggu entry terbaru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:48 PM | Show all posts
redsentra posted on 20-2-2013 04:31 PM
permulaan yang best.. sila sambung ye

terima kasih... nanti hana sambung.

sekarang busy sikit.. sorry klu cerita nie lambat update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:50 PM | Show all posts
qimi08 posted on 20-2-2013 04:09 PM
Takziah dari akak.... samalah kita 2012 meninggalkan kita dgn kenangan sedih.....
mak akak mening ...

takziah untuk akak jugak... ya tahun 2012 memang banyak dugaan. tambahan pula arwah pergi mengejut. tak sakit. pergi dlam tidur....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:51 PM | Show all posts
nallepooh posted on 24-2-2013 07:49 AM
bila cerita best..terpaksalah kita menunggu entry terbaru..

terima kasih kerana stia mengikuti cerita hana yg x seberapa nieh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2013 08:52 PM | Show all posts
semoga terhibur dengan n3 yg x seberapa nieh


Irhan Nadim ketawa riang. Leka bermain dengan rakan-rakannya sementara menanti kehadiran Alia untuk mengambilnya. Dalam leka berlari tanpa sedar dia melanggar seseorang. Anak kecil itu terjatuh. Pantas si kecil bangun. Tangannya mengusap perlahan seluar yang kotor.

“maaf Auntie, Irhan tak nampak auntie...” ucap Irhan Nadim sopan.

“Tak apa sayang. Sakit tak?” Soal Nazrina. Matanya merenung wajah kecil yang sangat comel itu. Mata sikecil seakan memukaunya. Persis Nurin Alia. Mata yang sama.

“Tak, Irhan kan hero. Setakat jatuh ni Irhan dah biasa,” balas Irhan dengan penuh gaya apatah lagi bila menyedari Nurin Alia yang di sukainya berada di sisi auntie cantik di hadapannya itu.

“Irhan kenapa ni?” soal satu suara dari belakang. Suara itu kedengaran cemas. Irhan pantas menoleh. Matanya bersinar melihat susuk tubuh itu.

“Daddy....” jerit Irhan. Pantas dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu. Lelaki itu menyambut terpaan Irhan pantas tubuh kecil itu di dukung. Kucupan-demi kucupan dihadiahkan pada pipi montel kesayangannya.

“miss u... daddy..” Irhan bersuara manja.

“Daddy miss u to... really miss u...” bisik lelaki itu. Tubuh kecil itu di dakap erat. Seminggu tidak mendengar celoteh dan melihat gelagat si comel itu benar-benar membuatkan dia kerinduan.

“Hhmm... maaf. Tadi anak encik terlanggar saya dan jatuh. Maafkan saya. Kalau anak encik ok saya pergi dulu..” tutur Nazrina. Ingin meminta diri. Rasanya tidak perlu untuk dia melihat drama sebabak antara anak dan ayah itu.

“maaf kan anak saya. Memang nakal dan aktif Irhan ni. Asyik berlari aja. Puas saya dan mama dia pesan. Langsung dia tak kisah. Maaf kalau Irhan menyusahkan puan...” bicara lelaki itu terhenti sebaik mata bertentang.

“Naz... U Naz kan?” soal lelaki itu teruja. Nazrina mengangguk. Bagaimana lelaki di hadapannya itu mengenalinya. Wajah itu langsung tiada dalam memorinya.

“ U tak kenal I? I Fikri. Ingat budak nerd kelas 5 sains 2..”

“Jap... U Fikri yang pakai cermin mata tebal rambut belah tengah tu?” Soal Nazrina teruja. Ya Allah kacaknya makhluk tuhan dihadapannya itu. Bagaikan langit bila diingatkan wajah dihadapannya dengan Fikri yang dikenalinya waktu sekolah menengah dahulu. berubah habis. Nazrina turut teruja.

“Semestinya... sekarang I dah hensomekan? Lebih hensome dari Irfan boyfriend U tu...” balas Fikri sambil ketawa.

“Hensomelah sangat... Irfan tu sekarang my husband tau... so please jangan kutuk-kutuk dia. Irhan ni anak U ke? Comel anak U,”

“Yes, my boy. My lovely boy.. n ci cantik manis sebalah U ni anak U ke?” balas Fikri.

“Yes my daughter. Nurin Alia. Nurin salam uncle sayang,” Nazrina memperkenalkan buah hatinya. Dengan tertib Nurin Alia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan Fikri. Fikri tersenyum. Tangannya mengusap kepala si kecil. Nurin Alia... ada rasa aneh bila mendengar nama itu. Nama yang selalu didengarinya tapi tak mungkin....

“Hhmm apa yang U fikirkan? Tergoda dengan ank I ke?” soal Nazrina bergurau. Fikri sekadar tersenyum.

“Daddy jom balik. Irhan miss mama...” tiba-tiba si kecil Irhan bersuara. Bosan mendengar perbualan yang langsung dia tak faham. Baik dia balik. Mesti mama masak sedap-sedap. Yummy... Irhan lapar la daddy...

“ni kad I. Jangan lupa contact I. Banyak yang I nak bualkan dengan U n Your lovely hubby. My boy ni dah rindu mama dia. Kami balik dulu. Kirim salam I pada Irfan...” Fikri meminta diri. Nazrina sekadar mengangguk dan ketawa. Mesti share dengan BFF dia nieh. Mesti mereka terkejut. Fikri si nerd dah jadi prince charming. Berita hangat nieh.




Last edited by shana85 on 24-2-2013 11:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:57 PM | Show all posts
ohh masing2 dah bekeluarga la yep... takkan la bercerai berai nanti
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:51 AM | Show all posts
Nanti bocor rahsia. Rasanya irhan n nurin tu kembar la
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060824 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list