CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pailang

Bahasa Melayu Zaman Sekarang Semakin PELIK ?

[Copy link]
Post time 16-5-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade posted on 16-5-2014 01:29 PM
Interesting. English memang pun root dia Germanic. Tu sebab struktur dan lenggok bahasanya lain da ...

Info baru bagi saya.
Adakah kesamaan root tu seperti root tulisan jepun dgn korea pada tulisan cina.
Dulu pernah belajar tulisan jepun. Dlm kelas ada budak korea jugak. Asal subjek tulisan jepun, dia masuk kelas khas belajar convert tulisan korea ke jepun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 09:36 AM | Show all posts
"Korunk, saia da ta kuad".

"cayunk cayunk sangat kat awwa"

Aduhai, nak muntah kalau jumpa surat cinta budak-budak zaman sekarang. Kurang mengajarkah cikgu Bahasa Melayu zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Awwaa..saia taa kuaad
Awaa??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Muahciked
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:11 PM | Show all posts
dapat kat bapa aku, dia eja ikut ejaan lama. boleh jadi bulih. tak tahu kenapa ejaan dulu dengan sekarang lain padahal benda yang sama je
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 04:24 PM | Show all posts
Edited by tatin_pink at 3-12-2015 04:27 PM

perkataan yg viral skg ni..#KimK..tp bahasa inggeris lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cayunk..
aqew
korunk
Titeww
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress aku tgk bahasa bdk2 skrg::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tatin_pink replied at 3-12-2015 04:24 PM
perkataan yg viral skg ni..#KimK..tp bahasa inggeris lah..

Hahaha...

trending internasional katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 04:50 PM | Show all posts
The word "Tui" (mandarin) or "thuuk"(Thai), Thik (Hindi), "teok" (Hokkien) or "true" universally mean "right', "yes" or agreement.

addition of "ba" or "be" usually means "negation".

so "betui" or be"teok" or "batil" mean 'not right' or cannot be right relatively.

Thus "betul" is actually "salah" (salah in Arabic mean right? eg. Salahuddin)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 02:37 PM | Show all posts
Baru Bahasa Melayu dah Pening2....Bahasa Jawa pon ade lain2 gak.....Bugis ade lain2...Banjar ade lain2....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:07 PM | Show all posts
Bahasa berevolusi sesuai peredaran zaman. Dialek serta loghat mengikut kawasan setempat dan suku ras serta adat budaya.

Jika diukur Bahasa Melayu Moden, Bahasa Melayu Klasikal dan Bahasa Melayu Kuno lagilah berbeza antara satu sama lain, malahan Bahasa Melayu Pasar pula berubah mengikut peredaran semasa mengikut budaya / hatta teknologi komunikasi.

Bahasa perosak adalah seperti bahasa rempit, bahasa sms / FB / watsapp yang disalahgunakan remaja terutama dari segi ejaan. Tapi bahasa perosak ini adalah bahasa trend, sebahagian sub-set Bahasa Melayu Pasar.

Bahasa Melayu Moden adalah berakar umbi dari Bahasa Melayu Johor Riau yang menjadi lingua franca golongan ilmuan, agamawan dan bangsawan Melayu era 1850an - 1950an. Bahasa Melayu Johor Riau menjadi semakin masyhur di alam Nusantara (Indonesia / Malaysia / Brunei / Singapura) dalam 1900 - 1950an disebabkan popularnya sastera penulisan, karya pendidikan, makalah alam Melayu, teater bangsawan, dan paling penting, industri hiburan dan perfileman Melayu di Singapura.

Bahasa Melayu Moden yang asasnya Bahasa Melayu Johor Riau mula terkesan dengan era kemerdekaan Tanah Melayu, Indonesia dan akhir sekali pembentukan Malaysia. Tanah Melayu (seterusnya Malaysia / Singapura / Brunei) menggunapakai Bahasa Melayu Moden Johor-Riau yang didasari pengaruh B. Inggeris manakala Indonesia pula menggunapakai Bahasa Melayu Moden Johor-Riau yang didasari pengaruh Belanda. Perbezaan ketara antara Bahasa Melayu Moden terlihat dengan Malaysia / Brunei / Singapura mengamalkan Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia) manakala Indonesia pula menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Indonesia.

Era kini menyaksikan Singapura meng-identifikasikan Bahasa Melayu Singapura yang dipengaruhi Bahasa Melayu Baku, Malaysia yang dulunya pernah mengangkat Bahasa Melayu Baku kini menggunakan kembali Bahasa Melayu Moden berdasar Dialek Johor-Riau manakala Brunei berpegang pada Bahasa Melayu Moden dialek Johor Riau.

Hanya Indonesia dan Brunei yang konsisten dalam polisi penggunaan Bahasa Melayu Moden. Indonesia kekal dengan Bahasa Indonesia (subset Bahasa Melayu Moden berpaksi pengaruh Belanda) dan Brunei dengan Bahasa Melayu Brunei (Bahasa Melayu Moden Johor-Riau).

Malaysia mengalami kecelaruan identiti Bahasa Melayu Moden / Bahasa Malaysia apabila pada 1950an-1970an kekal dengan Bahasa Melayu Moden (Johor-Riau) dan pada 1980an - 1990an ditukar kepada Bahasa Melayu Baku. Akhirnya Malaysia kembali semula melestarikan Bahasa Melayu Malaysia mengikut acuan Bahasa Melayu Moden berpaksi B. Inggeris bergalur Johor-Riau.

Singapura pula setelah sekian lama seperti Malaysia / Brunei menggunapakai Bahasa Melayu Moden (Johor Riau) tetapi mengambil langkah drastik pada akhir 1990an hingga kini menjadikan Bahasa Melayu Singapura berteras Bahasa Melayu Baku.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 05:33 PM | Show all posts
aku lagi pelik tengok thread ni pasal bahasa tapi poll pasal astro
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:22 AM | Show all posts
pittjie replied at 16-5-2014 10:40 AM
sebenarnya penggunaan bahasa yang betul ni .. media massa terutama tv dan radio yang patut gunakan b ...

aku kalau dapat sms atau whatsapp guna ayat macam ni "aq, wat pe" memang aku ignore delete... tak kuasa nak penat kan kepala otak aku fikir apa benda la yang dia cuba tulis ni... sakit kepala dan jiwa aku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 04:32 PM | Show all posts
GAIS sana, GAIS sini. macam tak boleh nak tulis GUYS elok-elok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 12:35 PM | Show all posts
satu lagi aku rasa pelik dgn lirik lagu melayu sekarang yang ikut bahasa Indon..sebagai contoh..'Jgn pernah tinggalkan aku'...

Perkataan 'pernah' meununjukkan sesuatu kejadian yang telah berlaku..mana mungkin tambah perkataan 'jangan' depan tu yang menggambarkan kejadian yang telah/sudah berlaku..

adoi aiii pening aku

Ada sesiapa yang boleh terangkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 01:11 PM | Show all posts
itu dialek baru la meriah sket nak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 04:41 PM | Show all posts
pelik memang pelik..kewwww...yunk....maceh...ehhh kesian tau cikgu bahasa melayu ajar mengeja elok2 pandai2 pergi tukar...tembak kang!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:33 AM | Show all posts
meklalala replied at 2-11-2016 04:41 PM
pelik memang pelik..kewwww...yunk....maceh...ehhh kesian tau cikgu bahasa melayu ajar mengeja elok2  ...

titew indu (rindu) awk
titeww nak mam (makan)
titwee tak au (taktau)


haishhhh!!! titewwww rasa nak SEPAK je yang tulis camni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2018 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun nk jadi topik persoalan ke.
Standard la rakyat biasa ikut gaya masing2 nak sembang mcm2 style. No rules apply. Golongan bangsawan yg mulia2 je yg sembang penuh protokol berbudi pekerti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073245 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list