Minat menulis? Ingin menjana pendapatan? Jom sertai kami sebagai penulis freelance. Daftar sekarang > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
935
View
8
Reply

[Tempatan] Negara bankrap jika bayar royalti 20 peratus

[Copy link]

Author: gaara_X       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-1-2013 11:43 AM | Show all posts |Read mode


Rakyat di Sabah jangan cepat berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran BN, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat di negeri ini perlu menyuarakan permintaan mereka agar kerajaan tahu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Tidak ada pemimpin di negara ini yang tidak membantu rakyat. Kita tidak sama dengan negara lain kerana kita menjaga rakyat sama ada diminta atau tidak," katanya pada majlis malam mesra bersama pengundi luar kawasan Parlimen Kimanis di Kota Kinabalu malam tadi.

Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis meminta rakyat di Sabah supaya jangan mendengar hasutan dan janji kosong pembangkang.

Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyak yang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh membankrapkan negara.

Bagaimanapun, beliau kesal terdapat rakyat, khususnya di luar bandar, yang percaya dengan kata-kata pembangkang.

"Sekarang kita dapat lima peratus royalti minyak. Tetapi bila dicampurkan dengan pelbagai bantuan yang kerajaan beri sudah melebihi 20 peratus yang diharapkan," jelasnya.

Pada majlis itu, Anifah mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk membantu rakyat di Kimanis dari aspek kesihatan.

Beliau turut mengumumkan RM50,000 lagi untuk membantu persekolahan anak-anak pengundi luar yang mengundi di Kimanis tetapi tinggal di luar daerah itu.

- Bernama

P/s : Orang dok cakap pasai perjanjian yang berpuluh taun wei........ROYALTI

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 11:57 AM | Show all posts
try dulu bagi PR menjadi pemerintah utk 5 tahun. klu gagal tunai janji tukar balik. takut apa, BN rasuah, PR pun ada yg rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:10 PM | Show all posts
betul tu...kalau bayar royalti nanti negara bangkrap,
kalau negara bangkrap, kroni tak dapat keuntungan
kalau kroni tak dapat keuntungan, negara jadi huru hara
susah kalau kroni berleluasa
lagi satu
rakyat kena la paham
dok suka sangat minta
tengok kak mah,
menabung dari kecik
tak de dok harap duit melayang dari langit
cincin puluhan juta boleh beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:43 PM | Show all posts


FAKTA: GAS KELANTAN SEJUMLAH 1.7 TRILLION KAKI PADU AKAN DIDARATKAN KE KERTEH TAHUN INI (2013)


rakyat kelantan akan berputih mata kali kedua, slps kali pertama di khianati pd tahun 2004, dimana gas Kelantan didaratkan ke Songkhla, Thailand.

Pengeluaran dr BLOK PM302, PM325, PM326B berada hanya 150km dari Kota Bharu.

LANUN sanggup daratkan ke Kerteh sejauh 300km, semata2 nak diskriminasi rakyat Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:48 PM | Show all posts
bp banyak la thread pasal royalti ni nak bukak.

http://eforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=679314
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:52 PM | Show all posts
malas nak cakap but 20% royalti means good to the sabahan ppl..in term of providing better infrastucture and good life to the ppl..

tapi kalo dia jadi musa aman, entah2 dia yg sokong 20% royalti tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:53 PM | Show all posts
rempt duit msuk kocek anak branak xbnkrap
bnkrap jika di bg pd rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 02:29 PM | Show all posts
dulu kata kalo PR perintah abis bankrap negeri/negara..pelabur cabut lari katanya...skg skrip sama diulang takotkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 02:37 PM | Show all posts
saya punya anak mau karaja di sana bah..bulih kah tuan parintah..ini saya nampak urang luar yang karja di sana..bukan tampatan sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060567s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list