CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 19

[Tempatan] Janji ditepati: Rakyat diminta jangan kecewa

[Copy link]
Post time 29-1-2013 03:54 PM | Show all posts |Read mode

KOTA KINABALU: Rakyat di Sabah jangan cepat berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat di negeri ini perlu menyuarakan permintaanmereka agar kerajaan tahu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Tidak ada pemimpin di negara ini yang tidak membantu rakyat. Kita tidaksama dengan negara lain kerana kita menjaga rakyat sama ada diminta atau tidak,"katanya pada majlis malam mesra bersama pengundi luar kawasan Parlimen Kimanisdi sini malam Isnin.

Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis meminta rakyat di Sabah supaya jangan mendengar hasutan dan janji kosong pembangkang.

Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyakyang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh membankrapkan negara.

Bagaimanapun, beliau kesal terdapat rakyat, khususnya di luar bandar, yang percaya dengan kata-kata pembangkang.

"Sekarang kita dapat lima peratus royalti minyak. Tetapi bila dicampurkan dengan pelbagai bantuan yang kerajaan beri sudah melebihi 20 peratus yang diharapkan," jelasnya.

Pada majlis itu, Anifah mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk membanturakyat di Kimanis dari aspek kesihatan.

Beliau turut mengumumkan RM50,000 lagi untuk membantu persekolahan anak-anakpengundi luar yang mengundi di Kimanis tetapi tinggal di luar daerah itu.BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 03:56 PM | Show all posts
Anifah Aman ni memang nak kena terajang dengan Najib lah. Perosak majelis btol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 04:01 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 29-1-2013 03:56 PM
Anifah Aman ni memang nak kena terajang dengan Najib lah. Perosak majelis btol.

mungkin dia tak tercalon
tu sebab berani bercakap mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:05 PM | Show all posts
R2D2 posted on 29-1-2013 04:01 PM
mungkin dia tak tercalon
tu sebab berani bercakap mcm tu...

Aku ada baca lupa thread mana tah, najib cakap dia cukup pantang dengan orang yang mungkir/tak tepati janji ni.
Masa tu dia tujukan pada pembangkang laa, tak sador ropanya kena batang idung sendiri lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:06 PM | Show all posts
bagi lebih 20% tapi masih ramai rakyat Sabah yang tak dapat merasa nikmat 20% tu..

sebab yang dapat lebih 15% tu kroni diaorg...baki 5% tu laa diagihkan utk rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:14 PM | Show all posts
dia ni mmg lembam kaa terlepas cakap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2013 04:17 PM | Show all posts
Nah...buat sisipan minda.

Shah Alam: “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....
“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:17 PM | Show all posts
Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyakyang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh membankrapkan negara


trunkn tol aritu x bangkrup negara ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 04:18 PM | Show all posts
bg rakyat 500 duit BRIM x membangkrapkan negara ka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:19 PM | Show all posts
bg budak2 sekolah 100 x membangkrapkan negara ka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:19 PM | Show all posts
pacit anifah wei..........
rakyat sabah komplen, kata ramai orang asing masuk sabah sesenang hati dapat mykad biru. haaaaaa...
opsssssssssss, aku suarakan dari rakyat sabah jer ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:20 PM | Show all posts
bg pelajar ipta beli buku 200 x membangkrapkan negara kaalahaaiiiii akai..ayat serupa jah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:20 PM | Show all posts
Tang dia ckp jgn kecewa...tang pembgkg ckp sy xske org mungkir janji etc...aptb
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:47 PM | Show all posts
Najib cakap;

"Saya pantang orang mungkir janji......sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah...."
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:54 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 29-1-2013 04:05 PM
Aku ada baca lupa thread mana tah, najib cakap dia cukup pantang dengan orang yang mungkir/tak tep ...

umpama najib ckp.... die mmg pantang tgk ahkak pink makan byk.... tp kita tahu hasilnya....
motif tetiba meratib ahkak pink....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 05:16 PM | Show all posts
@dino dan Ahkak berpisah teda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 07:26 PM | Show all posts
masa pilihanraya kecil hulu selangor, janji nak bagi RM100,000. Sebelum undi dah bagi RM50,000 pastu dah menang terus hilang.....Janji Ditepati ??? 50 ribu lagi mana ??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 08:18 PM | Show all posts
mana nak percaya mana tak percaya hermm
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 08:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 08:22 PM | Show all posts
Anifah aman ni nk tanding kt mana plak lepas ni haha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078073 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list