View: 6233|Reply: 3
|
Perkhemahan di Taman Negara Pahang
[Copy link]
|
|
Sempena cuti Hari Raya Cina yang akan tiba tak lama lagi ni aku bercadang nak pergi berkhemah ke Taman Negara Pahang selama 3 hari 2 malam.Aku memilih untuk berkhemah daripada tinggal di lodge,hotel atau hostel.bukan kerana budget xcukup tetapi aku nak merasai pengalam berkhemah bersama keluarga.Sebabnya aku akan pergi dengan suami dan 3 orang anak yang berusia 13,10 dan 6 tahun.Semua anak2 aku ni lelaki so mereka memenag lasak.|Aku nak tengok macam mana mereka dalam hutan ni nanti.
So aku nak tanya dengan forumer semua yang ada pengalaman berkhemah di Taman Negara Pahang atau tempat yang sewaktu dengannya.Kalau boleh berkongsilah pengalaman di sini.Sbb ini adalah kali pertama aku nak ke sana.Dan sepanjang hidup aku ini adalah kali ke 2 aku nak pergi berkhemah.Kali pertama dulu masa tingkatan 5 ikut perkhemahan badan berunifom sekolah.
Aku nak tahu barangan apa yang korang bawa untuk berkhemah ni.Maklum la aku tak berpengalaman sangat berkhemah.untuk pengetahuan aku ambil pakej ni dengan bayaran RM632 untuk bayaran permit masuk ke taman negara, bayaran guide,boat, kamera,tiket conopy walkaway,mandi di lata berkoh dan juga ke kelah santuary.Harga ni tak termasuk makan tetapi disediakan dua buah khemah untuk aku dan anak2.Pada korang harganya berpatutan ke?
Lagi satu yang menjadi masalah pada aku sekrang ni sekrang cuaca hujan dan beserta dengan angin.Aku tengok ramalan cuaca di internet sampai hari Ahad hujan.So perlu ke aku batalkan pergi ke Taman Negara.Dan untuk makluman juga aku belum membuat sebarang pembayaran pada agen.
Harap korang sudi bagi cadangan pada aku ya sbb kalau ikutkan perancangan aku nak pergi pada 10.2.13.
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat khemah disediakan lampu dan tandas ke tak? berdekatan dengan sungai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wow..bestnya TT |
|
|
|
|
|
|
|
h@i posted on 5-2-2013 09:01 AM
tempat khemah disediakan lampu dan tandas ke tak? berdekatan dengan sungai ke?
Katanya berkhemah berdekatan dengan sungai.Sambil berkhemah boleh memancing sekali.Cuma ikan dapat tak dapat tu tak tau la katanya.Tandas ada disediakan.Lampu tak pasti pulak.Tapi jurupandu tu tak suruh pula bawaq lampu.Cuma nnt aku sendiri yg akan bawa lampu takut lampu tak disediakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|