CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12338|Reply: 29

bangunan pencakar langit kuala terengganu (midrise & highrise)

[Copy link]
Post time 6-2-2013 03:46 PM | Show all posts |Read mode
BANGUNAN PENCAKAR LANGIT SEDIA ADA DI KUALA TERENGGANU (MIDRISE & HIGHRISE),10 TINGKAT KEATAS:-


1. WISMA DARUL IMAN -18 TINGKAT (setara dengan 25 tingkat),tertinggi.
2. HOTEL FELDA RESIDENT -20 TINGKAT,kedua tinggi.
3. PB SQUARE - 20 TINGKAT
4. APARTMENT LADANG GEMILANG II - 19 TINGKAT
5.PPR PADANG HILIRAN - 18 TINGKAT,3 BLOK.
6. APARTMENT LADANG GEMILANG I -17 TINGKAT
7. MENARA PERMINT -15 TINGKAT
8. HOTEL TANJONG VISTA -15 TINGKAT
9. FLAT KAMPUNG TIONG -15 TINGKAT
10. WISMA MAIDAM -14 TINGKAT
11. WISMA NEGERI -12 TINGKAT
12. WISMA PERSEKUTUAN -12 TINGKAT
13. HOTEL GRAND CONTINENTAL -12 TINGKAT
14. HOTEL HOTEL PARK ROYAL -12 TINGKAT
15. HOTEL SUMAI -12 TINGKAT
16. WISMA TENANG -12 TINGKAT
17. APARTMENT KUALA IBAI GOLF RESORT -12 TINGKAT
18. FLAT SERI KOLAM -12 TINGKAT
19. HOTEL PRIMULA - 12 TINGKAT
20. MENARA YAYASAN ISLAM -10 TINGKAT
21. APARTMENT SEBELAH APARTMENT LADANG GEMILANG -10 TINGKAT
22. BANGUNAN MAHKAHMAH TINGGI TRG -10 TINGKAT
23. APARTMENT POLIS GONG BADAK -10 TINGKAT
24. WISMA PERMINT -10 TINGKAT
25. HOTEL YEE TIN -10 TINGKAT
Last edited by kibbas91 on 6-2-2013 04:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2013 03:55 PM | Show all posts
BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI KUALA TERENGGANU (DALAM PEMBINAAN)
update 06/02/2013

1)Apartment dekat Ladang Pelam1 - 31 tingkat,1 blok
2)PB Square - 19 tingkat,2 blok
3)PPR Padang Hiliran - 18 tingkat,3 blok.





Last edited by kibbas91 on 6-2-2013 04:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 04:30 PM | Show all posts
CADANGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI KUALA TERENGGANU.
update 06/02/2013

1) PANGSAPURI SERVIS JLN SULTAN SULAIMAN -32 TINGKAT
2) APARTMENT LADANG PELAM1 - 31 TINGKAT
3) APARTMENT LADANG PELAM II – 31 TINGKAT
4)APARTMENT @ PASAR PAYANG - 30 TINGKAT
5) MENARA MBKT - 30 TINGKAT
6) MENARA PMINT SQUARE-30 TINGKAT
7) KONDOMINIUM AUSTIN HEIGHT,MUARA SELATAN – 25 TINGKAT
8)HOTEL 5 BINTANG @ PASAR PAYANG - 23 TINGKAT
9) YTL HOTEL @ KG TIONG– 21 TINGKAT
10) YTL OFFICE BUILDING
@ KG TIONG – 21 TINGKAT
11)BANGUNAN SOHO KUALA TERENGGANU - 20 TINGKAT
12) HOTEL YAYASAN ISLAM TERENGGANU - 20 TINGKAT
13) MENARA PELANCONGAN 20 TINGKAT
14) MENARA IBU PEJABAT POLIS KUALA TERENGGANU - 20 TINGKAT
15)MENARA JKR - 20 TINGKAT
16) VST APARTMENT – 20 TINGKAT
17) YTL SERVICE APARTMENT @ KG TIONG – 19 TINGKAT
18) HOTEL KOKITAB - 18
TINGKAT
19) BANGUNAN BERCAMPUR (HOTEL, APARTMENT) - 18 TINGKAT
20) KUALA IBAI SERVICE APARTMENT – 16 TINGKAT
21) MING STAR HOTEL II JALAN SULTAN ISMAIL– 15 TINGKAT
22) APARTMENT MEWAH TG MAHAMAT
BUKIT BESAR – 12 TINGKAT
23) BANGUNAN PARKING BERTINGKAT PB SQUARE – 10 TINGKAT
24) MERANA TINJAU,KTCC MUARA SELATAN - 10 TINGKAT
25) HOTEL ACIA INN – 10 TINGKAT


Last edited by kibbas91 on 6-2-2013 04:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 04:46 PM | Show all posts
05 Februari 2013
Pasar Kedai Payang bakal berubah wajah
Oleh: Esah Abdullah

Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai barangan tradisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan.


“Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 secara one-off kepada Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran ATM, Dato’ Zulkifli Mazlan dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu, Encik Alias Razak serta 975 orang bekas tentera dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala kerja-kerja menyiapkan pasar sementara di Pulau Warisan memakan masa antara empat hingga enam bulan,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja memindahkan peniaga di Pasar Payang hanya boleh dilakukan apabila pasar sementara siap dan berharap peniaga bersabar kerana kerajaan akan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa kepada mereka.

Katanya, kerajaan akan memilih satu antara tiga syarikat yang memohon mengendalikan projek berkenaan dan akan memilih yang terbaik bagi melancarkan perjalan projek berkenaan.

Menurutnya, nama Pasar Kedai Payang akan dikekalkan kerana ia sudah sinonim dengan pelancong dan pelawat ke negeri ini dan semua lot kedai akan dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di situ.

Begitu juga dengan kemudahan tempat letak kereta akan ditambah menjadikan 400 petak kesemuanya bagi memudahkan orang ramai yang datang ke pasar berkenaan.

Menteri Besar kemudiannya menyerahkan cek RM1,000 seorang kepada 975 orang bekas tentera dari Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan kuala Nerus membabitkan kos keseluruhan RM975,000.







Last edited by kibbas91 on 6-2-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 10:40 PM | Show all posts
flat sri kolam 12 tngkat?cam rendah je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 05:12 PM | Show all posts
perlu ke pencakar langit bagai nih??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2013 06:57 AM | Show all posts
none88 posted on 14-2-2013 05:12 PM
perlu ke pencakar langit bagai nih??

perlu sangat..takde pencakar langit tak bandaraya ok
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 08:37 AM | Show all posts
cicakgemok posted on 15-2-2013 06:57 AM
perlu sangat..takde pencakar langit tak bandaraya ok

pencakar langit banyak tapi rakyat miskin..tak cukup makan buat apa...
membazir je sume....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 12:02 PM | Show all posts
none88 posted on 15-2-2013 08:37 AM
pencakar langit banyak tapi rakyat miskin..tak cukup makan buat apa...
membazir je sume....:shake ...

perlu sebab macam apartment, flat sume nak menampung pertambahan penduduk.. kalau tak bina rumah keatas, tanah xcukup nak buat umah banyak2...

lagi satu, kalau tahu miskin pergi la keje.. tak cukup 1, buat 2, tak cukup buat 3... rezeki ade mane2 cume kene pandai cari dan ikhtiar je.. bukan tunggu orang datang tolong bagi makan and tolong suapkan... perbelanjaan pon ukur la dompet dulu besar ke tak...

just my personal opinion..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 12:23 PM | Show all posts
syahfiq posted on 15-2-2013 12:02 PM
perlu sebab macam apartment, flat sume nak menampung pertambahan penduduk.. kalau tak bina rumah k ...

kalo tuk umah ape sume tu masih bole lagi diterima..tapi ni kalo bangunan tinggi2 tuk bershopping..tuk saja2 tarik perhatian org yg tu membazir ok...
ooo..cakap senang laa cari keja banyak2 ek...kamu ingat banyak ka kerja kat trganu tu?
gaji tinggi ka?
kalo banyak dan tinggi tak ada la ramai yg berhijrah ke tempat lain
kamu ni org ganu ka??
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 02:54 PM | Show all posts
none88 posted on 15-2-2013 12:23 PM
kalo tuk umah ape sume tu masih bole lagi diterima..tapi ni kalo bangunan tinggi2 tuk bershopping. ...

kalau kat trg tak banyak boleh je keluar pergi negeri lain... mmg kene cari kerja yang gaji tinggi je ke? kalau banyak shopping mall lagi banyak la peluang kerja patutnya.. yang penting usaha nak or tak tu je.. kalau keje nak dekat keluar rumah terus sampai tempat kerja memang susah la..

saya bukan orang trg tapi parent tinggal kat trg and pernah duk trg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 03:05 PM | Show all posts
none88 posted on 15-2-2013 08:37 AM
pencakar langit banyak tapi rakyat miskin..tak cukup makan buat apa...
membazir je sume....:shake ...

pencakar langit tu keperluan la ingat buat suka2 ke?takkan tengah bandaraya nak buat bangunan kecik satu2..
tengah bandar perlu la buat percakar langit untuk jimatkan ruang..pernah tengok ke tengah bandaraya buat bangunan kecik2?satu pembaziran tanah kalau buat macam tu..

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 03:06 PM | Show all posts
none88 posted on 15-2-2013 12:23 PM
kalo tuk umah ape sume tu masih bole lagi diterima..tapi ni kalo bangunan tinggi2 tuk bershopping. ...

mana ada buat bengunan tinggi untuk shopping...shopping kat bawah kecik je atas bangunan tinggi tu bangunan pejabat dan hotel..bila tengok sesebuah tempat tu membangun banyak bangunan pencakar langit naik maka makin banyak la peluang kerja...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 03:57 PM | Show all posts
ermmmm ikut laaa....
kite tgk je laa ada ka tak bangunan pencakar langit uolss tu k...
n nak tgk sgt ape kebaikan nya okeh....

case closed..daaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
syahfiq posted on 15-2-2013 02:54 PM
kalau kat trg tak banyak boleh je keluar pergi negeri lain... mmg kene cari kerja yang gaji tinggi ...


u know what, in reality nya, kite ckp mmg la sng suh pegi cari keja lain je...tp hakikatnya kt kg.ladang tu, yg tanah org melayu org2 tua duk umah kg asalnya dah kna amek oleh gomen pastu dpt rumah apartment sebiji,dorg xda duit pn nk byr bil letrik tu semua...ada yg pkai lilin je...so what for klu pmbangunan tggi2 bleh buat tp lebajikan rakyat x terjaga?? jgn ckp plak suh la anak2 dorg keja n hntr duit kt org tua plak..

my 1st ever post komen kt dlm bod t'ganu ni.. Last edited by aechae on 15-2-2013 07:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:37 AM | Show all posts
aechae posted on 15-2-2013 07:20 PM
u know what, in reality nya, kite ckp mmg la sng suh pegi cari keja lain je...tp hakikatnya kt k ...

tu la susah kalau kite sentiase harap kebajikan dari orang lain even dari keluarga sendiri.. kalau sendiri nak senang, sendiri kene usaha...

yang nasib baiknya trg ni tempat pelancongan ramai orang luar datang sini melancong or jalan-jalan... dari situ boleh cari peluang nak cari rezeki... kalau cakap pasal dpt apartment tak mampu, cari rumah yg kecik sikit then bleh bagi sewa... elektrik pon kalau pakai ikut kemampuan, boleh nyer asalkan bende2 tak penting tak perlu guna macam tv or kalau tak guna tutup suis tu..

bukan ckp kat trg susah, even kat kl kalau tak pandai cari peluang walau peluang banyak pon tak guna.. saya ade tgk orang yang dah pencen still tak ade rumah sendiri tu pon asyik kene halau sebab asyik tak bayar sewa rumah.. bayangkan dah kerja berpuluh tahun tak ade financial mangement yang baik... kalau yang tua2 tu mungkin susah la sebab dah terlambat tapi yang muda2 pon mengharap kebajikan mmg tak kena la tu..

saya sokong pencakar langit ni sbb tu menunjukkan pembangunan sesebuah bandar... nanti boleh tarik pelabur, boleh tarik orang luar datang... bile orang luar datang, local yang untung sebab lagi banyak peluang kerja dan sebagainya.. tapi ambil mase la untuk semua ni.. tapi at least kene la ade starting point..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 09:00 PM | Show all posts
syahfiq posted on 18-2-2013 10:37 AM
tu la susah kalau kite sentiase harap kebajikan dari orang lain even dari keluarga sendiri.. kalau ...

U mmg asal T'ganu ke???
i bg contoh kt Kg.Ladang tu jelah ye...my dad ckp zmn dlu2, Kg.Ladang tu mcm chinatown yg dkt dgn hotel seri m'sia tu...kira mcm warisan laa...kerajaan nk hapuskn semua warisan org melayu kt ctu...kt ctu ada tmpat org buat tembaga, buat keris yg i tau la..now kerajaan amek tanah, bg pampasan x setimpal 1 hal...org melayu dipinggir 1 hal, tanah yg diambil tu buat bngunan tggi2,jual kt org luar, rakyat sndri kna la tanggung susah..

oh ya, in my opinion, nmpk mcm hbt la tempat pelancongan, nsb baik ke?, pelancong mai jalan2, tp klu bnda2 yg buat tarik pelancong mcm pakcik yg keja buat tembaga n keris tu pn kena tutup kedai, xda bisnes so pelancong mai tgk pantai, tgk bngunan tggi2 yg not sure lg penuh mcm kt KL ni..kna sedar, org kt area ctu, org tua2, pelajaran pn x tggi mna...org tua, what do u expect nk keja suh bwa pelancong bagai??penah tgk x org2 tua yg duk umah2 kayu kg pkai kain x pakai baju, xda gigi lg yg duduk area sna??

jgn samakn keadaan kt KL n T'ganu...org2 nya x sama mentaliti...sorry to say...org berumur kt KL ada yg keja jd guard, drive cab, meniaga....tp kt t'ganu klu u prasan, dorg lepak je kn, main dam...

oh ya, klu u dgr talk by Raja Kamarul Bahrin,then bleh nmpk kot sbb apa dia sndri yg terlibat msa awal2 planning utk majukn town KT bleh bangkang dgn apa yg jd skang...btw, for me KT x sesuai di cop as bandaraya...sbb nama bandaraya tu la, they look desperate nk ada bangunan tggi2 ni wlupn x kena gaya..

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 07:09 AM | Show all posts
aku setuju je dengan pembangunan yang ada sekarang..dulu KT dah ketinggalan..bagi ruang KT jadi bandaraya yang maju,kampung kat teganu masih terpelihara lagi cuma dalam kawasan bandar tu terpaksa dikorbankan...perkara ini berlaku di mana-mana..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:59 AM | Show all posts
aechae posted on 18-2-2013 09:00 PM
U mmg asal T'ganu ke???
i bg contoh kt Kg.Ladang tu jelah ye...my dad ckp zmn dlu2, Kg.Ladang tu  ...

saya bukan asal trg tapi pernah duduk trg dulu and parent pon lepas pencen stay kat trg skrg so kadang2 balik trg..

memang saya setuju mentaliti tak sama tapi sebab ape tak sama? sebab pembangunan tempat tak sama tapi sampai bila..? dunia ni makin hari makin maju kite kene la kejar so that tak ketinggalan... sebab tu saya cakap kalau orang tua tu memang tak boleh buat ape sebab dah terlambat tapi orang muda yang kene main peranan...

pasal keris dan tembaga tu, kalau tahu tu warisan kenapa tak teruskan.. takkan hilang kedai terus hilang bakat dan warisan keris dan tembaga tu.. kalau u tengok luar negara or mana2 yang pentingkan warisan mereka, mereka kekalkan warisan tu walupon kedai kecik and tak sempurna... nanti lama2 konfirm kerajaan or sape2 akan support kalau bende tu bagus..
sebab ape? mereka pentingkan warisan tu bukan duit semata2...

and sebab ape orang tua kat KL boleh kerja guard sume tapi orang tua kat Trg tak boleh..? kalau nak cakap pasal sihat or tak, kat KL ni udara lagi teruk dari kat Trg.. takkan u tak setuju langsung pembangunan ni beri advantage langsung kat rakyat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 12:53 PM | Show all posts
aechae posted on 18-2-2013 09:00 PM
U mmg asal T'ganu ke???
i bg contoh kt Kg.Ladang tu jelah ye...my dad ckp zmn dlu2, Kg.Ladang tu  ...

lebih baik diamlah....menteliti orang tolok pembangunan gini la....diam lah....tak payah ckap apa-apa....orang sini semua nak tengok KT membangun sesuai denan taraf bandaraya....once again,please diam boleh tak? diam,listen! listen!listen!listen!listen!listen!listen!listen!listen!

v Last edited by kibbas91 on 19-2-2013 12:56 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.141397 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list