CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11845|Reply: 15

KES PENIPUAN BARANGAN JENAMA AOWA DARI SYARIKAT ANZATEC

[Copy link]
Post time 8-2-2013 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, sayabersama anak keluar dari pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai bukuberhampiran.  Dalam perjalanan, sayadisapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui identitinyasebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi borangkajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu begkitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukankerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada inginbekerjasama dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awalidentiti dan tujuan mereka sudah tentulah saya tolak.  Setibanya di petak jualan mereka, saya diyakinkanhanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu membuatapa-apa pembelian. Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan olehkumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya inginmemenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, sayaditanya bermacam-macam soalan seperti ‘adakah saya tahu kebaikan jenama danproduk mereka dan impak kepada alam sekitar’, ‘adakah barang mereka mahal’ danpelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberipilihan, tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka.Antara produk-produk mereka yang saya perasan:
Microwave
Induction Cooker
Water Filter Energy System
Water Filter Vacuum
Rice cooker
Secara jujur saya memang tidak mahu membeli barangan merekakerana pada pendapat saya harganya agak mahal dengan jenama yang masih tidakdikenali itu. Hal itu saya nyatakan kepada penjual-penjual tersebut, tetapidengan taktik mereka, mereka masih mempunyai hujah yang barang-barang merekaitu dijual dengan harga yang murah. Lebih-lebih lagi mereka menawarkanpenurunan harga yang melampau dan pada saya tidak munasabah; dari lebih kurangRM6,000 kepada RM2,000 sahaja untuk pembelian 3 barang yang jelas sekali barangmurahan dari China. Tidak mahu bergaduh, saya terangkan yang saya mungkintakkan membeli hari ini, kerana saya nak berbincang dengan emak saya di kampungdahulu memandangkan saya memang berniat menghadiahkan penapis air kepada emak.Namun, penjual-penjual tersebut seperti tidak ingin melepaskan saya pergi, sayaditawarkan pula ansuran bulanan dan melalui kad-kad bank. Pada tahap ini, sayasudah mula hampir hilang sabar dan terus menolak. Mereka nampak terdesak bila melihatsaya seperti tak makan umpan mereka , penjual yang ‘berpromosi’ dengan sayanampak sedikit marah kerana mungkin sebab saya ‘tak makan saman’. Akhirnyamereka seperti memaksa saya membayar duit deposit RM50 yang saya DIJANJIKANSECARA MULUT dan ditulis secara umum pada resit bayaran, boleh dipulangkan padabila-bila masa seumur hidup jika saya ingin batalkan pembelian/tempahan saya. Memang salah saya waktu itu sayatandatangan tanpa baca dahulu keseluruhan syarat-syarat yang dikenakan. Memangtertera di situ, wang deposit tidak akan dikembalikan jika belian dibatalkan,tetapi terdapat syarat lain seperti barang tempahan dianggap lupus jika bakibayaran tidak dibuat dalam tempoh masa 3 bulan yang mana syarat itu dibatalkanoleh penjual tersebut, jadi saya diberi peluang seumur hidup untuk menjelaskanbayaran tersebut.
Lebih kurang seminggu selepas itu, saya kembali bersamasuami untuk menuntut semula wang deposit. Saya bercakap dengan penjual yanglain dari yang saya jumpa sebelumnya. Menurut dia, saya hanya boleh dapatkanduit itu pada hari bekerja sebelum pukul 6 petang dan perlu datang semula padahari bekerja sebelum 6 petang. Pada 31 Januari (lebih kurang seminggu selepasitu) saya kembali pada waktu yang bersesuaian dan bercakap dengan gadis yangmenyapa saya pada hari pertama itu. Katanya, memang duit saya kira hapus sebabkalau saya nak tuntut semula duit deposit itu, hanya boleh dibuat dalam hariyang sama bayaran dibuat, satu syarat baru yang amat tidak lojik jika mahumenjanjikan deposit dipulang semula. Saya mula naik angin dan minta penjelasanlanjut. Menurut dia, duit saya hanya akan diganti dengan sejenis barang merekayang saya kurang kenal pasti (seperti termos) yang nilainya menurut merekaRM199. Saya beritahu barang itu tak bernilaipun bagi saya sebab saya tidak adakeperluan untuk itu. Tak cukup dengan itu, saya diminta untuk menghabiskan lagimasa dan duit minyak untuk kembali semula sekali lagi pada hari lain kerana vanyang kononnya tempat termos itu disimpan dibawa ‘bos’ mereka ke tempat lainketika itu. Kemudian suami saya masuk campur dan menyuruh mereka hantar sendiribarang tersebut ke rumah (rumah kami tak jauh dari situ) kerana tidak mahumembuang masa dan minyak berulang kali datang ke tempat itu sedangkan alasanmereka sentiasa berubah-ubah. Namun, sampai ke hari ini kami masih tidakdihubungi oleh mereka.
Di rumah, saya membuat carian internet dan dapatirupa-rupanya saya bukan mangsa pertama, malah ada lagi yang lebih teruk ditipudengan jumlah wang yang banyak melibatkan jurujual produk jenama sama. Malahada lagi kes seumpama ini di negara jiran Indonesia. Ini link-link yangberkaitan:
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-harga-produk-jenama-aowa
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=319754
http://bizniz87.wordpress.com/2009/07/25/kisah-penipuan-jenama-aowa/
http://bizniz87.wordpress.com/2011/02/03/kisah-penipuan-aowa-dari-sabah-awas-penipuan/
http://www.sabahforum.com/forum/kaunter-aduan-isu-pengguna/topic16583-15.html
http://mengkuangberduri.blogspot.com/2011/06/awas-penipuan-jualan-barangan-aowa.html
http://nurriz3120.blogspot.com/2012/09/taktik-penipuan-aowa.html

Pada mulanya saya ingin kemukakan hal ini ke TribunalPengguna. Memandangkan tribunal memaklumkan hanya boleh kembalikan sahaja wang RM50itu tetapi tidak boleh mendedahkan nama syarikat tersebut, ia tidak menyampaikantujuan saya yang mahu masyarakat tahu tentang kaedah penipuan ini dan nama syarikatitu (juga penjual-penjual tersebut) agar rakyat boleh menjauhkan diri sementarapihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bagi saya, melihatkankes-kes/aduan-aduan yang tersebar di internet yang bukan sahaja di Malaysiatetapi sampai ke negara jiran sudah cukup membuktikan syarikat dan jenama terbabit harus disiasat dan diambiltindakan segera. Jika tidak, memang jelaslah pihak mereka ada ‘kabel’ denganpihak berkuasa. Bayangkan kes-kes yang kita ketahui hanyalah melalui internet,bagaimana pula dengan mereka yang masih tidak ada ‘online’ akses untuk mengetahuihal-hal seperti ini, atau ‘worst case scenario’ golongan-golongan tua  dan kurang berpelajaran  ditipu duit simpanan mereka oleh syarikat yangtidak bertanggungjawab seperti ini. Saya juga pernah menimbangkan untuk membuatlaporan polis sebelum dedahkan perkara ini di media tetapi khuatir jikakumpulan ini mempunyai kaitan dengan samseng dan gangster sehingga bolehmengancam keluarga saya. Oleh itu, saya menghantar kisah ini sebagai rujukanuntuk pihak berwajib serta mampu menyebarkan kisah penipuan ini kepada semuarakyat dengan segera.
Kiraan mudah, jika mereka mampu menipu seorang pembeli sudahmendapat sehingga RM6,000 atau lebih, tiga mangsa seminggu sudah dapat membolotRM18,000 atau lebih. Jika dalam kes saya, deposit RM50 seorang, jika tiga orangsehari sudah RM150 atau lebih RM1,000 seminggu tanpa perlu menyerahkan sebarangbarangan. Apabila pelanggan datang menuntut kembali deposit, konon mahu gantidengan barang tetapi barang itu pula di tempat lain dan mangsa perlu datangkembali hari lain. Dengan sifat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yangrata-rata tidak suka membuang masa atau menyusahkan diri, tambahan pula untukjumlah deposit yang agak kecil, akhirnya kumpulan penipu ini mendapat duitpercuma hampir setiap hari dengan hanya menjual air liur. Ini tiada bezanyadengan skim cepat kaya, skim piramid, gores dan menang atau mana-mana carapenipuan yang menjadikan penjenayah-penjenayah ini jutawan segera, memudahkanlagi mereka membuat penipuan lebih besar kelak.
Saya berharap kisah ini dapat dikongsi dengan seramaimungkin rakyat Malaysia dan bagi media atau pihak yang mampu menyiasat danmendedahkannya, tolonglah lakukan dengan segera agar tiada lagi antara kitamenjadi mangsa. Bukan sahaja pihak berkuasa perlu bertindak, pihak pasar raya yangmenyewakan tapak juga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menyiasat latarbelakang penyewa agar pelanggan mereka tidak menjadi mangsa, seterusnyamencalit arang ke muka pemilik pasar raya itu sendiri. Di mana-mana pasar rayakini begitu mudah kumpulan penjenayah ini menapak, menahan orang ramai denganhadiah picisan dan pamplet sebelum 'memukau' dengan bermacam taktik dan ayatmenggoda. Ini sudah menjadi isu besar dan perlu tindakan segera. Walaupun kisahsaya tidak seteruk mereka yang ditipu ribuan ringgit, diharap cukup untukmengukuhkan harapan agar media, pihak berkuasa dan masyarakat setempat bersatumengekang dan menghapuskan taktik penipuan di tempat-tempat kita membeli barangkeperluan mahupun tempat membawa keluarga bersiar.

Terima Kasih,

Tambahan

Dan pada 12 Febuari 2013, saya ke Giant Batu Caves sekalilagi dan dapati kumpulan penjual penipu ini sudah berpindah ke tapak lain.Dengar cerita dari 'jiran' penjual mereka ke Ampang Point (entah betul atautidak saya tidak pasti) Tapi yang saya pasti mereka ini memang penipu dan sudahtentulah selepas ini mereka ingin mencari mangsa baru untuk dikenakan. Jadikita sebagai pengguna haruslah berhatihati agar tidak termakan taktik dan tipuhelah mereka ini di mana sahaja.



Last edited by narahashim82 on 15-2-2013 04:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 06:29 PM | Show all posts
klau kita pergi shoping market ke, memana shopping kompleks ke, kat stesen minyak ke, kat kedai ke, jauhkan diri cepat, cepat2 lari dari salesman/girl yg panggil kita tuk benda2 camni, mostly diorg ni scam....penipu je lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 12:02 AM | Show all posts
aku wt xtau je dgn diorg ni.
diorg ni,mulut mmg manizzzz
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 12:23 AM | Show all posts
Ada satu kejadian di mana pejabat mereka ini di serang oleh sekumpulan orang ramai yang tertipu dengan cara yang sama ...
Kena belasahlah mereka sehingga mendatangkan kecederaan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2013 09:27 PM | Show all posts
Terima kasih atas semua "feedback" dan pendapat. Tadi baru ke Giant Batu Caves dan dapati kumpulan penjual penipu ni dah tak ada di situ. Dengar cerita mereka dah berpindah tapak ke Ampang Point (betul atau tidak tak dapat ditentukan), cuma orang ramai perlu berhati-hati saja dengan tipu helah mereka ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:08 AM | Show all posts
Bukan di kawasan TT sahaja. Si sabah nie pun ada juga. Officenya satu barisan dgn giant.

Kisah ni berlaku dua tahun yang lepas. macam biasa saya dan wife pergi shooping di giant 1 Borneo, K.Kinabalu. Biasanya budak2 yg promoter ni akan duduk di pintu masuk giant takpun di pintu keluar. saya kena selepas selesai membayar. masa tu dia kata dia minta masa 5 minit untuk buat tinjauan kaji selidik dan akan beri satu bekas air secara percuma. wife saya nak sgt tahu padahal masa tu saya mmg rimas dgn bende2 mcm nie semua. yelah pada pendapat saya mana ada bende free dalam dunia nie. nak masuk peraduan pun kena beli brg kan. so saya ikutkan sahaja kehendak wife saya nie walaupun saya tahu kejap lagi pasti saya akan terkena.

jadi kami dibawa ker tempat jualan mereka dan menjemput kami duduk. mula2 tu mmglah dia tanya mcm2 soalan. lepas tu dia keluarkan satu katalog. dalam hati berkata...dah terkena dah. masa tu dia offer brg jualan (penyedut vakum, penapis air, dan dapur yg tak guna gas) dgn harga 3 ribu ringgit dengan mengatakan ini harga promosi. harga sebenar bagi kletiga2 brg tersebut adalah dlm 7 ribu lebih. wife saya seperti masih teruja tapi sedikit terganggu apabila kami perlu membayar bagi ketiga2 brg tersebut untuk mendapatkan sebuah kereta(saya dah lupa kereta apa).

saya bangun dan ckp terima kasih dan tarik wife saya. kami segera beredar dari premis tu. yg lucunya budak2 promoter tu masih cuba untuk memujuk tapi akhirnya mengalah dgn mengatakan yg saya pasti akan menyesal jika tak masuk peraduan untuk mendapatkan kereta tu. banyak canti muka. aku yg kena bayar.....kalo confirm dpt takpe. bodoh sgt ke aku?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2013 05:01 PM | Show all posts
Bagi yang ingin membuat aduan secara online bolehlah ke:
KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan melalui e aduan
(silacatat nombor aduan)
atau
melaluiNational Consumer
Tapi kenafollow up aduan ( e mail atau telefon) supaya pihak penyiasat lebih ambil berat
nak buattuntutan boleh melalui Tribunal Pengguna di sini:
Melibatkanpergi ke mahkamah, mungkin boleh dapat wang tuntutan
Tapidalam kes ini, RM50 tu saja dah cover fee untuk filing aduan dan duit minyakpergi ke mahkamah, lagipun pihak Tribunal tiada kuasa nak ambil tindakan keatas kumpulan penipu ni, jadi serve no purpose juga. Last time saya buat aduanmelalui e aduan, saya orang pertama yang buat aduan pasal syarikat ni. Terkejutjuga sebab kegiatan jenayah mereka berleluasa bukan saja di Semenanjung danSabah Serawak, malah negara jiran Indonesia. Last case saya baca 7tahun, pelik kenapa tiada orang buat aduan rasmi pasal kegiatan syarikat ni.Agaknya dah millionaire pemilik syarikat ni dengan hasil menipu titik peluhorang ramai.
Oh dan jangan lupa st.gov.my (Suruhanjaya Tenaga) sebab mereka yang keluarkan permit kemasukan baranganelektrik ke Malaysia.

Boleh jugak tengok pandangan-pandangan lain di:





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 06:52 PM | Show all posts
Pada mulanya saya ingin kemukakan hal ini ke TribunalPengguna. Memandangkan tribunal memaklumkan hanya boleh kembalikan sahaja wang RM50itu tetapi tidak boleh mendedahkan nama syarikat tersebut, ia tidak menyampaikantujuan saya yang mahu masyarakat tahu tentang kaedah penipuan ini dan nama syarikatitu (juga penjual-penjual tersebut) agar rakyat boleh menjauhkan diri sementarapihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.
mengarut betul bahagian ni... sampai situ saja ke kuasa pihak berwajib...? kalau bukan tribunal pengguna pun, takkan tak ada mana2 pihak yang boleh ambil tindakan..?

patutlah makin lama makin berleluasa penipuan macam ni... hak pengguna tak terbela kalau semua pihak main lepas tangan..
seronok lah penipu kalau macam tu boleh tipu banyak kali...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 10:44 AM | Show all posts
~boolean posted on 27-2-2013 06:52 PM
mengarut betul bahagian ni... sampai situ saja ke kuasa pihak berwajib...? kalau bukan tribun ...

mmg betul pun.....
saya and wife pernah terkena.....ni semasa kami berpindah dr semannajung ke sabah. ejen shiiping nie yg menipu. mula2 janji lain tapi bila brg samapi...kena bayar extra lagi. sbbnya brg tiba awal tapi tak inform kami. brg tak boleh keluar sebab dah kena caj sewa gudang. rupa2nya dia takde ejen kat sabah nie untuk release brg2 kami.

bawa kes nie ke tribunal rayuan pengguna. tapi sekarang nie KPDNKK tak dpt buat apa2. yelah masa dlm tribunak pihak yg didakwa (ejen yg menipu) tu tak dtg k.kinabalu. Samapi sekarang tuntuan duit yg lebih duit tak berbayar tu senyap jer.

biasanya ia lebih berkesan kepada syarikat2 yg establish berbanding dr syarikt2 cap ayam nieh.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 08:51 PM | Show all posts
pernah terkena jugak.. terbang 200... choiii betul... mulut manis bak madu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:57 PM | Show all posts
saya pernah beli barangan aowa kebetulan mmg saya yg serah diri sbb nk beli induction cooker tu. tp saya beli induction cooker n diberi hadiah pressure cooker + set stainless stell(kononnyer la hadiah padahal dah satu price). lps byr semua tu diorg buat buat mcm saya layak untuk mendapat satu cabutan bertuah.
lepas tu mereka pun semua berpura pura begitu gembira kononnyer saya satu satu nyer  customer dapat cabutan yg begitu best iaitu duit sebyk 1k  tetpi kena tebus nganbeli brng mereka....nak menipu tu biar la btl skit, sampul tu pun dah nk naik lnyai mcm ramai dah pegnag kot....hahhahahhaha
sy trs kata , sy disini sbb sy tertarik ngan induction cooker je, bukan ngan citer mengarut anda yea , just give me the resit n my thing."
itu pun still sibuk sibuk lagi pujuk.. ishhh xpe xpe tah

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 05:18 PM | Show all posts
dulu2 aku tak sampai hati nak ignore diorang2 ni. tapi lama-kelamaan, aku makin 'kejam' bila aku angkat tangan (ala2 talk to my hand) bila diorang suka sekat2 aku nak jalan.

ada sekali aku jalan2 kat utara (tak silap aku kat kulim yg sebelah Tune Hotel). Anak aku pegang resit beli barang dari Giant. Masa tu beli apa tak ingat tapi resit aku tu more than 200MYR nilai belian. Si penjual2 (AOWA) ni terus grab resit tu dari tangan anak aku dan terus kata dapat hadiah mug dari giant. Anak aku umur 10 tahun. apa laa yg dia tahu. kihkih

terus budak AOWA tu tarik anak aku masuk kedai dia (ada shoplot). Aku yg terpinga2 apasal anak aku boleh ada dalam kedai tu, pergi laa turut dia dalam kedai. pastu penjual tu explain la blablablablabla.. (ada laa scene penjual A bagi kad gores hadiah percuma. Dapat laa ntah benda apa..pastu penjual B (supervisor laa konon) buat2 terkejut tanya sure ke ni kad anak aku gores sebab ini hadiah besar)

Aku diam. Anak aku plak buka mulut, "mana mug tadi? kata nak bagi mug.." terus penjual tu terdiam. anak aku tarik tangan aku sambil ngomel2.

budak kecik pun tahu marah kena tipu tak bagi mug. kihkihkih



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:22 PM | Show all posts
Ni mmg biasa... dulu mak aku penah kene offer dgn org2 dr AOWA ni... suroh gores laa pastu biler menang derang ramai2 pun sorak konon mak aku menang besar mlm tu... pastu biasa laa dengan taktik derang suroh mak aku beli aper mende ntah... baru leh dpt hadiah... aku time tu dah agak dah... tp since kitorang dh kene kepung so tak leh nak escape.... last2 mak aku byr 10hengget ajer... pastu dpt mug then blah... hahaha!!

mende scam gini biasa ada kat GIANT.... Carrefour... tp masalahnyer hypermarket2 ni sumer lepaskan pulak derang ni bukak bisnes dlm building derang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 01:49 PM | Show all posts
lagi satu barang nama arezzo... sama je modus operandinye... camne tah aku boleh kasik kad kredit aku untuk derang swipe... habis rm3k... barang memanglah dapat tapi valuenye tu langsung xmacam yang diwarwarkan... kalau beli benda yang sama dari jenama yg bagus boleh dapat lagi jauhhh lebih murah tau e.g brand samsung ke... panasonic ke... last2 tak pakai pun water ovennye tu yg konon rege beribu... sampai hati derang menipu aku yg tgh sarat mengandung masa tu... sob sob sob...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 02:22 PM | Show all posts
arezzo....aku pernah kena tahan kt giant sek 13, shah alam...
memang menyesal dengar ceramah diorang...'
modus sama je...
masa tu aku baru penat drive blk dr kampung, kena dengar penerangan diorang..
diorang tak berjaya pujuk aku, coz aku banyak bagi alasan..
aku pun tgk berkenan induction cooker & microcave (terpegun tgk leh masak keropok tanpa minyak dlm oven)..
tapi mahal dgt..lagipun kt sini aku sewa umah..mana nak letak barang semua..
diorg kata leh simpankan..
tp aku sempat grab paper beg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:39 PM | Show all posts
mmg xlayan pun.ada jumpa diorg wat promo kat tesco
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059699 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list