|
salam semua. anak saya sekarang umur 9 bulan.
sejak dia 6 bulan sehingga sekarang kena pergi follow up kat inst. Pediatrik HKL sbb neutrofil (sel darah putih) rendah.
sblm ni check up dengan doktor pakar bhgn general shj sehingga la dia refer kan kami kepada doktor pakar di bhgn onkologi/hema.
doktor mention kat dalam buku biru anak, neutropenia.
Setakat ni, dah 3 kali buat Full Blood Test (FBC), tgk pada tren ANC nya meningkat tapi masih rendah.
Bulan depan doktor dah setkan date untuk run FBC ,
kalau baby masih dalam level neutropenia, dia akan jalankan bone marrow aspiration.
Ada sapa2 pernah deal atau ada kwn yg ada pengalaman dgn kes macam ni x..
tq..
Last edited by ummi_NRA on 10-2-2013 04:40 AM
|
|