CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18007|Reply: 84

Ana Dahlia cedera kemalangan?

[Copy link]
Post time 12-2-2013 12:11 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 11 Februari - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 12:12 AM | Show all posts
Alhamdullilah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:42 AM | Show all posts
Baru balik dari shooting or clubbing?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:48 AM | Show all posts
hujan la............. jalan licin.. bawak sorang lak tu... PA lari ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:51 AM | Show all posts
mujur lah xd paper...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:53 AM | Show all posts
dah sah2 dia x cedera..awat TT nak taruk tanda soal yg dia cedera tu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2013 12:56 AM | Show all posts
nasib baik x cedera ape2..alhamdullilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:59 AM | Show all posts
berhati2 selalu. antara orang lain jd mangsa kita, ataupun kita jadi mangsa  org lain.... nasib baik selamat, bolehla citer kejadian sebenar, kalau tak, mcm2 la spekulasi, fitnah seme keluar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 01:14 AM | Show all posts
hambaallah1709 posted on 12-2-2013 12:42 AM
Baru balik dari shooting or clubbing?

think positive. baru balik shooting
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:18 AM | Show all posts
hambaallah1709 posted on 12-2-2013 12:42 AM
Baru balik dari shooting or clubbing?

Baru nak ckp bnda yg sama.....   
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:44 AM | Show all posts
kereta rosak teruk x?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 02:25 AM | Show all posts
kesian ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 03:39 AM | Show all posts
Syukur Alhamdulillah selamat.. masih diberi peluang untuk bernafas
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 04:19 AM | Show all posts


Ana Dahlia nyaris maut
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan NASRUL FAIZ ABU AZAL

BEGINILAH keadaan kereta Toyota Vios milik Ana Dahlia yang rosak selepas dirempuh di Jalan Genting Klang semalam. Gambar kanan menunjukkan kecederaan yang dialami pelakon itu.

berita@kosmo.com.myKUALA LUMPUR - Pelakon Ana Dahlia yang juga bekas isteri Chef Riz nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Genting Klang di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Iswara dipandu A. Chandran Segaran, 30, Toyota Vios yang dipandu Ana Dahlia dan sebuah van dinaiki tiga lelaki.

Kereta Ana Dahlia tersadai di atas benteng pembahagi jalan akibat dirempuh dengan kuat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Chandran Segaran terbabas ketika dalam perjalanan dari Gombak ke pusat bandar lalu merempuh dua lagi kenderaan.

"Ketiga-tiga kenderaan itu rosak teruk namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ana Dahlia memberitahu, dia masih trauma dengan kejadian yang mengakibatkan dia cedera ringan di kepala dan tulang rusuknya retak.

Mengimbau semula kejadian itu, pelakon filem Mantra itu memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas hingga membuatkan dia tidak sempat hendak bertindak apa-apa.

"Saya cuma nampak cahaya lampu yang datang dari arah depan dan kemudian merempuh van yang berada lebih kurang 300 meter di hadapan saya.

"Kereta itu kemudian melanggar pula sebelah kanan kereta saya sebelum ia berpusing beberapa kali dan tersadai di atas pembahagi jalan," ceritanya ketika dihubungi.

Ujar Ana Dahlia, dia dimaklumkan kereta Proton Iswara yang melanggarnya itu tidak mempunyai cukai jalan sekali gus menyukarkan dia untuk membuat tuntutan insurans.

"Saya diarahkan oleh doktor supaya berehat dan tidak boleh banyak bergerak," katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 4.htm#ixzz2KcjqCr16
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 04:32 AM | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 10:41 AM | Show all posts
mesti Chef Wan belikan kereta baru nanti....
chef wan kan sayang gila kat Ana Dahlia ni wa;aupun dah tak jadi menantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 10:42 AM | Show all posts
mesti Chef Wan belikan kereta baru nanti....
chef wan kan sayang gila kat Ana Dahlia ni walaupun dah tak jadi menantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 10:51 AM | Show all posts
nasib baik xde apa2.....cuma kete je teruk sikit.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:12 AM | Show all posts
Alhamdulillah selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:16 AM | Show all posts
Alhamdulillah..tiada kecederaan serius berlaku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.206231 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list