CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 2

KUMPULAN SMASH BUBAR?@!

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2013 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Ampun ya..jika sudah ada berita ni...minta dicantas aja...
Apa, kumpulan SMASH Akan Dibubarkan?[url=]Tweet[/url][url=][/url]









Mengikut cerita yang Murai Batu dengar daripada peminat tegar kumpulan SMASH dari Indonesia, kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda yang tampan ini sepatutnya datang ke Malaysia sekali lagi pada 31 Ogos yang lalu.
Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa dibatalkan di saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Apa masalahnya tidak pula diketahui Murai Batu.
Pun begitu, SMASH yang diwarnai wajah tampan Rafael, Ilham, Morgan, Bisma, Reza, Rangga dan Dicky ini pasti bakal muncul kembali ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminat setianya di sini.
Namun, Murai Batu terkejut apabila diberitahu, batalnya mereka ke Malaysia disebabkan kumpulan ini mengalami krisis besar yang manakah dikhabarkan mereka akan dibubarkan.
Dengar, gosip pembubaran SMASH akan dibubarkan sudah menjadi panas di Indonesia. Sungguhpun, kebenaran cerita ini masih belum dapat disahihkan lagi, Murai Batu diberitahu kes perpecahan ini berlaku kerana ada campur tangan kuasa dari keluarga ahli SMASH.
Menurut sumber, ibu bapa kepada semua ahli SMASH kini telah mengambil tindakan untuk menjadi pengurus anak mereka sendiri sehingga menyebabkan pengurusan SMASH kacau bilau.
Campur tangan ibu bapa ahli SMASH ini juga berpunca dari duit yang diterima ahli SMASH tidak sekata. Senang cerita, ada yang dapat lebih dan tidak sama rata, padahal show yang dihadiri sama saja.
Selain akan berpecah, mereka juga dikhabarkan bakal bertukar nama selepas mereka akan pindah pengurusan.
Apapun, Murai Batu tidak mahu percaya dulu kisah ini dan ingin bertanyakan sendiri dengan mereka apabila mereka sekali lagi ke Kuala Lumpur.

sumber - MURAI BATU: Morgan sudah bernampilan baru dengan wajah bergoti dan rambut pendek. Nampak lebih maskulIn.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 05:59 PM | Show all posts
owh smash...nape aku igt group smashing pumpkin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 07:46 PM | Show all posts
ermmm...baru setahun jagung dah nak berpecah .cuba ikut otai2 yang sedia ada nie.siap reunion lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052253 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list