CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1932|Reply: 8

[Jenayah] 2 mesin ATM dipecah penjenayah

[Copy link]
Post time 5-3-2013 09:38 AM | Show all posts |Read mode

PONTIAN - Sekumpulan penjenayah bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bangunan Tabung Haji di sini dan berjaya melarikan wang tunai RM456,000 awal pagi semalam.


Mengulas kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada empat orang itu memasuki premis berkenaan.


Katanya, mereka telah menutup televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum bertindak memecahkan dua daripada mesin ATM yang terdapat di dalam premis berkenaan.


"Mereka turut memotong mesin ATM. Ia berdasarkan kepada kesan habuk besi yang dijumpai.


"Selain itu, penjenayah terbabit juga bertindak meletakkan sebuah lori berhampiran CCTV bagi mengelakkan identiti mereka diketahui," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini semalam.


Menurut Zahaliman, hasil siasatan awal polis mendapati, kumpulan penjenayah tersebut terdiri daripada empat orang atau lebih berdasarkan kepada kesan cap jari yang ditemui pihaknya.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, dalam satu kes berasingan yang terjadi kira-kira pukul 2 pagi semalam, Zahaliman berkata, sekumpulan penjenayah gagal melarikan wang tunai daripada sebuah mesin ATM di sebuah pejabat pos di Benut dekat sini.


Polis percaya, katanya, insiden itu membabitkan lebih daripada dua orang penjenayah yang berjaya memasuki premis berkenaan dan menyembur cat ke arah CCTV yang ada di dalam premis itu.


"Terdapat kesan terbakar pada mesin ATM berkenaan dan polis berjaya menjumpai dua kesan cap jari dipercayai milik suspek.


"Justeru, kita akan siasat sama ada kedua-dua kes berkenaan dilakukan oleh penjenayah yang sama kerana kedu-dua kes itu berlaku pada waktu dan modus operandi hampir sama," katanya.


Kes berkenaan, jelasnya disiasat mengikut Seksyen 379/5 (11) Kanun Keseksaan iaitu samun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2013 09:39 AM | Show all posts


SEORANG anggota polis memeriksa kamera CCTV dalam kejadian penjenayah memecahkan dua buah ATM di bangunan Tabung Haji di Pontian semalam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 09:47 AM | Show all posts
pak guard takda ke jaga bangunan ni?

org tengah sibuk pasal kes LD...masa ni laa diorg sibuk curi duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 09:47 AM | Show all posts
adoyai...camnelah nak rsa nikmat hidup kalo makan duit rompak camni
seriously aku x faham people who would live rich with stolen money mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 10:04 AM | Show all posts
sanggup berpenat lelah pecahkan ATM tuk wang, org len susah payah simpan duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 10:14 AM | Show all posts
takpa. ini hanyalah kes terpencil.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2013 10:27 AM | Show all posts
adakah penjenayah nie nak membalas dendam atas kecuaian kerani tabung haji...

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
duit ade insurans, jd xde mslh pon owg rompak. Sebb tu atm atm ni xupdate security system. (dgr mmber sembang)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2013 10:41 AM | Show all posts
byknya kes pecah atm skang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075542 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list