Pada pertengahan bulan Dsember yang lalu, seorang jurugambar amatur dari Australia, Stuart Harris berjaya merakam foto seekor labah-labah unik yang mirip seperti seekor burung merak. Penemuan luar biasa itu dijumpai ketika dia berada di Taman Negara Namadgi, Australia.
Menceritakan saat penemuan itu, Harris pada waktu tersebut berada di sebuah lokasi yang dikenali sebagai Boromba Rocks untuk menguji lensa mikro barunya. Ketika sedang asyik merakam gambar , Harris telah dikejutkan dengan kelibat sejenis serangga yang pelik. Dia hampir tidak percaya serangga aneh ini mempunyai pelbagai warna di seluruh bahagian badan. Apa yang menarik, labah-labah ini turut mempunyai ekor seolah-olah sama seperti seekor burung merak. Kisah mengenai penemuan spesies labah-labah itu akhirnya mendapat liputan luas media tempatan dan juga luar negara. Sesetengah orang menggelar serangga unik ini sebagai "Peacock spider".
Hal ini menarik minat seorang Pakar Entomologi Australia yang bernama Dr. Jurgen Otto's. menurut beliau nama saintifik serangga ini adalah Maratus Harrisi. Spesies ini tergolong dalam kumpulan soesies labah-labah yang dikenali sebagai Salticidae. Spesies ini merupakan spesies labah-labah yang hidup berkumpulan. Labah-labah jantan biasanya mempunyai ton warna lebih cerah berbanding labah-labah betina. Habitat utama bagi serangga ini selalunya di celah-celah kawasan berbatu, pokok dan daun. Berdasarkan sejarah, spesies ini mula dijumpai pada tahun 1874. Setakat ini hanya 11 jenis sahaja yang berjaya dikenal pasti.