CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19428|Reply: 103

[Pelbagai] PBAKL 2013 [26 April - 5 Mei 2013]

[Copy link]
Post time 10-3-2013 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Hoyeh, pesta buku kembali lagi.

Tarikh : 26 April - 5 Mei 201
Tempat : PWTC
Masa : 9 pagi - 7 malam (hari bekerja)
          9 pagi - 9 malam (hujung minggu)

Jadi, sila 'block' tarikh ini dalam planner anda.
jumpa di sana. Last edited by mijot on 10-3-2013 02:04 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2013 02:04 PM | Show all posts
Bagaimana ke PWTC?

1. Komuter
- berhenti di stesen putra. jalan kaki dalam 5-10minit

2. LRT
- berhenti di stesen PWTC. jalan kaki dalam 5 minit

3. Kenderaan Sendiri
- boleh parking di The Mall atau parking di depan PWTC
Last edited by mijot on 29-3-2013 03:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 02:05 PM | Show all posts
diskaun yang dioffer (berdasarkan pengalaman tahun lepas) :

jemari seni : 25%
karangkraf : 15-20% buku baru, sehingga 70% buku lama dan beli ikut pakej
kaki novel : ptongan rm4 setiap buku
karya seni : potongan rm5 setiap buku
karnadya : diskaun mengikut jumlah pembelian, diskaun biasa 20%
PTS : mengikut pembelian, diskaun biasa 15%
cesb : 10-20% buku baru, sehingga 70% buku lama
fajar pakeer : 20%


tips (ikut pengalaman tahun lepas)

1. untuk sesiapa yang ingin membeli buku keluaran Kaki Novel (KN) dan Karya Seni(KS), bagi yang berharga RM20 ke atas, sila cek dulu buku yang anda ingin di booth Fajar Pakeer...sebab FP bagi diskaun 20% berbanding KN potongan rm4, dan KS rm3 setiap buku.

2. tahun lepas, booth Karnadya ada buat happy hour, pukul 2 petang kalau tak silap. elok beli novel keluaran karnadya masa happy hour.

3. nak elak sesak, sila pergi waktu hari bekerja.

4. kalau yang ada baby, tidak digalakkan bawa.kesian tengok baby tak selesa dgn keadaan sesak pesta buku.lagi satu stroller baby juga tak digalakkan bawa. mengganggu perjalanan dalam dewan.

5. untuk yang naik kenderaan awam, sila beli tiket return ataupun guna touch n go...q untuk beli tiket punyalah panjang.

6. sila bawa air sendiri.segala makanan kat pwtc agak mahal.nak makan boleh pergi ke The Mall seberang pwtc.

7. sebelum pergi, sila buat senarai buku yang hendak di beli dan no booth.bukannya baru nak cari info bila sampai di pwtc

8. bagi yang bawa kanak-kanak, sila pastikan anda tak lalu kat booth jualan untuk pendidikan kanak2 seperti groiler. mereka ni jenis yang main tarik anak2 anda. sila bertegas sedikit dengan diorg jika anda tidak mahu membeli produk mereka.
Last edited by mijot on 29-3-2013 03:40 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 02:05 PM | Show all posts
simpan untuk info terkini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 10:38 AM | Show all posts
booth Jemari Seni
dewan Tun Hussein On
H21-H23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 12:39 PM | Show all posts
Masa cuti sekolah ni.... tempted nak bawak anak2... tapi tulah... padat dgn manusia... huhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 03:38 PM | Show all posts
pelicano posted on 12-3-2013 12:39 PM
Masa cuti sekolah ni.... tempted nak bawak anak2... tapi tulah... padat dgn manusia... huhu...

cuti skolah hujg bln 5 kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:54 PM | Show all posts
cikmouse posted on 12-3-2013 03:38 PM
cuti skolah hujg bln 5 kan....

ya ampunnn.... ingatkan 26 mac tadi...huhu....my bad...

tulah akibatnya multi tasking....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 06:59 PM | Show all posts
mijot posted on 11-3-2013 10:38 AM
booth Jemari Seni
dewan Tun Hussein On
H21-H23

TQ, byk list utk JS kali ni sbb last year..last bajet dpt sikit jeee


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:47 AM | Show all posts


Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

PBAKL kembali lagi....

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:57 AM | Show all posts
Karya Seni open booth tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 02:47 PM | Show all posts
kna amik cuti sehari arr tuk g sanaaa....sesak kalo turun time wiken smpi xle nk bnafas dbuatnyaa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 04:05 PM | Show all posts
terbaik..setiap kali pesta buku aku akan bercuti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 09:04 PM | Show all posts
nightwinkle posted on 13-3-2013 10:57 AM
Karya Seni open booth tak?

semua penerbit buka booth cuma diorg belum war-warkan lagi kt FB.
setakat ni JS jer yg dah update pasal booth diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 12:38 PM | Show all posts
ok..kaki novel pun ada rasa nyer sbb Aciklana dh bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 06:09 PM | Show all posts
dah berbulan bulan tak mengupdate diri pasal novel bebaru nih... nak gak wat list buku yang best utk dibeli kat pbakl nanti..
nak minta jasa baik la.. leh tolong rekomen buku novel yang patut dibeli tak?  dulu ada gak list buku recommended.. tapi cam dah tak de lak.. ke aku yang tak perasan/nampak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 12:48 AM | Show all posts
Bersua lagi, 'hari raya' untuk ulat buku!
Tabung ayam dah penuh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:02 PM | Show all posts
Upacara pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke 31 ini akan diadakan pada 27 April 2013 pada jam3.00 petang di Pentas Utama, Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tahun lepas aku x pi...sbb busy dlm n luar negara...

tahun ni Insya-Allah...............nak shoping dua    hari membeli buku2...................                                      
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:03 PM | Show all posts
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIBF2013) bakal menampilkan pelbagai elemen baru yang mampu menarik lebih ramai pengunjung terutama generasi muda.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dalam program seumpama itu, penganjur bukan sahaja perlu memikirkan strategi meramaikan pengunjung, namun perlu juga membudayakan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
Beliau berkata, dunia hari ini terdedah dengan pelbagai kemajuan teknologi, sehubungan itu penganjur juga perlu bawakan kelainan untuk menarik minat orang ramai khususnya generasi muda.

"Penerbit-penerbit buku juga perlu mendekati kumpulan ini dengan mengenal pasti kehendak semasa, contohnya menterjemahkan buku terbitan mereka secara atas talian seperti e-book dan sebaginya," katanya ketika berucap di Majlis Pra Pelancaran KLIBF2013 semalam.

Beliau berpendapat, terbitan buku hari ini perlu lebih kontemporari sejajar dengan tuntutan zaman.
"Dengan cara itu bukan saja dapat melahirkan buku tersebut tetapi mampu menarik minat lebih ramai pembaca," katanya.
Saifuddin turut mengumumkan akan bekerjasama dengan KLIBF2013 untuk mempromosikan pesta buku itu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada program debat di institut pengajian tinggi (IPT) dan di pertandingan bola keranjang.
Pada majlis itu, Saifuddin turut melancarkan hashtag #KLIBF2013 di Twitter sebagai satu trend dan promosi awal program ini.
Sementara itu Pengarah Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abd Wahab Ibrahim berkata, pihaknya mensasarkan 1.7juta pengunjung akan memeriahkan KLIBF2013.
"Pada pesta buku yang lalu kita telah berjaya mencatatkan 1.6 juta pengunjung dan saya yakin pada tahun hadapan akan lebih ramai dan meriah.
"Kita tampilkan pelbagai unsur-unsur baru seperti ruang pameran warisan, program pengkaryaan dan akan ada satu dewan khas untuk jualan e-book," katanya.
Abd Wahab juga optimis yang KLIBF akan menarik lebih ramai peserta antarabangsa mengambil bahagian, sekaligus menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat ilmu dan buku di rantau Asia Tenggara seperti ibu kota Frankfurt bagi rantau Eropah.
Pada Pesta buku kali ini, Arab Saudi dipilih sebagai negara kehormat (country of honour) bagi mempromosikan lagi KLIBF2013.


SINAR HARIAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 03:41 PM | Show all posts

Booth Kaki Novel
L022-L025 (Ruang Legar)
M34-35, M44-45 (Bilik Mawar)



Last edited by mijot on 29-3-2013 03:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.557538 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list