View: 2861|Reply: 7
|
Berbalah Dengan Suami Kerana Harga Pakaian Dalam
[Copy link]
|
|
Adakah suami benar atau saya perlu mengubah mengikut caranya? Inilah persoalan yang bermain di minda saya hingga mendorong saya mengutus surat ke ruangan ini. Untuk makluman, sejak habis sekolah, di awal usia 20 tahun, saya bekerja dan memiliki gaji yang agak lumayan. Lebih dari cukup untuk saya seorang malah saya juga menyimpan 20 peratus daripada gaji. Namun selepas berumah tangga sejak enam bulan yang lalu, suami cuba menukar gaya hidup dan perbelanjaan yang sudah terbiasa ketika bujang sekali gus ia mendatangkan dilema dalam hubungan kami. Biasanya daripada gaji diperoleh, saya peruntukkan RM300 sebulan untuk membeli buku dan majalah. Dua kali seminggu ke salon dengan kos RM400 sebulan. Saya bebas menghadiri hi-tea, membeli pakaian, beg tangan, melancong ke luar negara saban tahun dan di akhir bulan, baki gaji masih bersisa antara RM200 ke RM250. Saya tidak punya kereta, hanya menaiki bas atau teksi. Saya juga pantang keluar rumah tanpa duit di tangan, paling kurang RM3000 di tangan (manalah tahu ada kawan ajak makan atau karaoke). Perang besar berlaku antara kami suami isteri pada malam sebelum saya bertolak untuk melancong ke luar negara. Suami telah memasuki bilik ketika saya sedang berkemas. Dia telah melihat harga baju dalam yang saya beli mencecah RM300 sehelai dan beg tangan berharga ribuan ringgit. Keadaan ini menyebabkan dia terus memarahi saya dan mempersoalkan mengapa saya perlu membazir wang untuk semua itu.
Katanya tiada siapa yang mahu melihat baju yang dipakai di dalam dan dia menyuruh saya membeli baju dalam pada harga kurang RM10 sahaja di pasar raya murah. Sejak itu suami juga menyiasat harga baju dan skaf saya. Katanya saya boros malah menyuruh saya membeli baju kurung pada harga RM70 sahaja, bukannya ribuan seperti sekarang. Semua barang keperluan saya yang beli sendiri dan bila suami menyekat, ia menjadi satu tekanan. Keadaan itu menyebabkan saya tidak berhubung dengannya sepanjang saya bercuti. Adakah salah saya berbelanja begitu dan salahkah jika saya membeli baju dalam pada harga RM300? Jika saya mampu beli baju kurung pada harga RM1300, tidak logik jika baju dalamnya berharga RM8 sahaja? Saya terfi kir bagai mana kalau orang lain ternampak di ampaian baju atau seluar dalam yang murah harganya. Selain itu secara jujurnya, saya juga tidak selesa memakai baju dalam yang murah malah malu memakai pakaian yang bukan original. Suami pula tidak kisah hal ini. Dia boleh memakai jam tangan pada harga RM50 asalkan waktunya betul. Keadaan ini menyebabkan saya pernah tertanya-tanya adakah kami tidak serasi kerana saya dan dia bintang berbeza. Adakah cara saya salah dan suami yang betul? Adakah baju dalam pada harga RM300 itu mahal walhal gaji saya mencecah RM10,000 sebulan? Tidak patutkah saya berbelanja sedemikian? Bagi saya, apalah gunanya bekerja jika wang yang ada tidak dapat digunakan untuk membeli apa yang kita kehendaki. Logiknya, duit tak boleh dibawa masuk ke kubur. Saya juga tidak mengabaikan tugas sebagai isteri malah setiap malam saya memasak selain melakukan pelbagai tugasan lain. Untuk makluman, suami anak orang berada dan usianya ketika ini hampir mencecah 50 tahun manakala saya baru di awal 30-an. Dia merupakan saudara saya, sungguh pun kacak tapi pada saya dia agak kedekut. Semasa baru berkahwin banyak rungutan yang saya dengar daripada mulutnya termasuklah tentang hal yang remeh seperti harga kuih yang mahal. Di sebalik sikap kedekutnya itu, suami seorang yang bertanggungjawab, baik hati dan suka menolong . Bila saya keluar dengan tak kira lelaki dia tidak kisah menjemputnya. Satu lagi perkara suami saya seorang yang suka duduk di rumah malah jam sembilan sudah tidur. Akan tetapi saya berasa tertekan dengan sikap suami yang melarang saya berbelanja mengikut cara saya. Saya tidak bagaimana keadaan hidup saya jikalau terus dikongkong dan dilarang berbelanja terutama bab makanan. Bantulah saya mencari penyelesaian masalah ini.
ASSALAMUALAIKUM WRT
Puan yang dimuliakan..
Setiap pasangan suami isteri diciptakan oleh Allah SWT untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Jarang pasangan suami isteri mempunyai personaliti yang sangat serupa melainkan apa yang ada pada pasangan akan melengkapi, meneutralkan, memperbaiki atau membuatkan pasangan berfikir untuk membuat perubahan terhadap sikap rutin yang sukar untuk dirungkaikan. Memahami perbezaan antara pasangan serta menerima perbezaan ini amat memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Ini disebabkan pembinaan nilai bagi kedua-dua insan ini telah lama bertapak dalam diri mereka dan amat sukar untuk dicairkan serta diadun semula menjadi perlakuan yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Oleh itu akan terhasil hubungan yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpuasan hati, keraguan, tidak bertanggungjawab serta ada pasangan yang tidak sabar serta tidak positif menerima perbezaan ini akan bertindak untuk keluar dari perkahwinan. Namun ramai pasangan yang masih cuba untuk sesuaikan keadaan ini serta menerima pasangan seadanya. Menerima perbezaan ini akan mencipta perubahan tingkah laku serta menyesuaikan diri dengan tingkah laku yang baru yang mampu diterima kedua-dua pihak. Mengikut dapatan kajian pasangan hanya akan memahami,menerima dan menyesuaikan diri dengan pasangan setelah lebih kurang empat tahun berkahwin dan tinggal bersama pasangan. Penerimaan ini akan menjadi positif jika pasangan saling bekerjasama dalam menyesuaikan diri dengan pasangan serta menganggap semua perbezaan dan teguran adalah ingatan yang boleh disesuaikan mengikut penerimaan. Jika pasangan mempunyai ego yang tebal maka proses penerimaan perbezaan akan lambat dan penuh dengan kebencian. Jika pasangan bertindak positif dan menerima semua sebagai satu perubahan yang perlu disesuaikan mengikut kemampuan maka perbezaan adalah satu rahmat yang membahagiakan. Ini yang berlaku pada diri puan yang mana puan telah terbiasa dengan cara hidup puan yang “fokus kepada diri dan kesempurnaan diri”. Akan tetapi suami puan tidak memikirkannya sebagai keutamaan. Dia lebih menumpukan kepada pengumpulan aset dan menganggap fokus kepada gaya dan jenama adalah satu pembaziran. Perbezaan ini telah mencipta pelbagai persoalan dalam diri puan dan bertindak menyesali perbezaan ini kerana puan tidak sanggup untuk menyesuaikan perbezaan tersebut dan mencipta perubahan tingkah laku. Mungkin puan perlu untuk menimbang perbezaan ini dalam banyak aspek untuk membantu puan menerima perbezaan ini. Beri masa kepada puan dan suami untuk saling memahami personaliti masing-masing memandangkan kedua-duanya bari mendirikan rumah tangga. Pasangan yang baru berkahwin akan sentiasa bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan kerana masing-masing sudah selesa dengan rutin hidup yang dilalui selama ini. Perbezaan akan mencetuskan “gangguan” yang menyusahkan serta kejutan kepada gangguan ini akan mencipta helah bela diri yang lebih tebal. Sesuaikan keinginan puan dengan keperluan puan pada masa ini. Keinginan adalah sesuatu yang selalu diimpikan di mana akan didapati atau tidak didapati manakala keperluan adalah sesuatu yang mesti di laksanakan atau didapati untuk ‘survival’ diri. Oleh itu bezakan keinginan dengan keperluan puan. Contohnya jika membeli harga baju dalam dengan harga RM 300 adalah keperluan maka puan perlu teruskan dengan menyesuaikan kemampuan diri puan dan keperluan itu. Namun jika ia adalah satu keinginan yang berlandaskan nafsu maka puan perlu seimbangkan agar tidak berlaku pembaziran. Oleh itu mungkin ada masa puan perlu beli yang mahal dan ada masa pula perlu beli yang sederhana, mengikut kemampuan dan keperluan bukan sebagai platform untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Alihkan pandangan puan kepada mencari redha Allah SWT dalam menjalani semua aspek kehidupan puan. ini termasuk dalam hal memilih pakaian, makanan, belanja kawan, kenduri dan sebagainya. Jika puan mencari redha manusia puan akan kecewa kerana manusia sentiasa berubah dan mempunyai seribu satu macam ketidakpuasan hati yang minta dipenuhi mengikut persepsi masing-masing. Oleh itu sangat susah bagi puan untuk selaraskan semuanya mengikut apa yang dikatakan oleh persekitaran daripada menjadi realiti diri puan sendiri. Belajar untuk menerima realiti diri puan bahawa puan sudah berkahwin, menerima suami seadanya, menyesuaikan diri dengan persekitaran berumah tangga serta positif dengan perubahan yang berlaku. Bantu diri puan untuk sesuaikan rutin puan dengan keperluan puan dan keluarga puan bukan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Bantu suami untuk memahami diri puan dan menghargai ketelitian puan dalam membuat pemilihan. Cuba berikan justifi kasi yang munasabah serta tidak membazir agar suami puan memahami apa yang cuba puan lakukan. Puan yang dimuliakan, Allah SWT telah menciptakan manusia agar saling melengkapi diri masing-masing. Muhasabah semula diri puan agar puan dapat melihat perkara yang positif kepada diri suami dan suami puan juga perlu muhasabah agar tidak terlalu “kedekut”. Yakinlah bahawa Rasulullah SAW meminta umatnya agar sentiasa bersedekah dan tidak membazir serta memudahkan orang lain bukan menyusahkan. Oleh itu puan perlu berbincang semula dengan suami dalam keadaan yang lebih terbuka dan positif dengan meletakkan limitasi yang munasabah dan mendapat keredhaan Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kopipes dr mana |
|
|
|
|
|
|
|
ekau tanyo..ekau bg jwpn...huhu,,.
bkn masalah ko kan TT..so abaikan...
byk lg benda lain ko nk fikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam Islam, kena ikut tingkatan Maslahah; keperluan Dharuriyah dulu (maqasid yang asas), lepas tu Hajiyyah, dan diikuti Tahsiniyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku, pakai lingerie mahal2 tu satu kepuasan oo.. aku x tau la org lain, tapi bg aku..banyak sgt beza makai 'dalaman' antara yg murah dgn yg mahal..
tapi in this case, kalau bini dia mampu dan x menyusahkan/mintak duit dari laki dia, yg si laki nak sentap apa kes kan... ? |
|
|
|
|
|
|
|
gaji rm10k, tak ada kereta.. tapi balance tinggal rm200 - rm250 hujung bulan?? obviously, ko memang dalam kategori boros.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...first time saya ngar story gini..coz selalunya story gini tuk lelaki yang kaya raya..
well saya tak nak komen lebih2 dalam hal ni takut puan terasa hati ...tapi sekadar bagi pandangan x salah kan ??
emm firstly saya nak tahu mcmana puan dan dia boleh berkahwin dan bersatu?? .sedangkan sudah jelas..kalian berdua berbeza dari segi kemampuan kewangan... well berbeza "bintang atau zodiak" x apa kerana...kadang2 kerana perbezaan zodiak...ia bisa melengkapi antara 1 sama lain dari pelbagai segi...janji kalian berdua ada keserasian .
secondly,memang x dinafikan bila puan dah bergaji lebih 5 angka or mybe 6 angka, kita sebagai wanita inginkan kepuasan dalam apa jua barang yang kita beli..bukan kerana nak menunjuk2 tapi kerana kita mampu membeli nya ...dan off couse la kita nak yang terbaik...emm nak yang terbaik...pasti harganya juga yang terbaik dari harga2 yang biasa2 ...huhu
thirdly, pasal suami puan marah puan pasal harga pakaian dalam puan yang mahal gitu...n gelarkan puan tu boros...rasanya dia bukan marah ..cuma secara indirect dia mungkin terasa hati kerana dia mungkin x mampu nak beli pakaian dalam yang beratus2 or beribu2 ringgit....huhu so secara halusnya tercabar gak ..coz dia kan lelaki dan berstatus suami..tapi hanya mampu beli yang harga biasa2 je... so renung2kan lah...
akhir sekali...rasanya ada baik nya puan dan suami puan duduk semeja ..berbincang dari hati ke hati. ..luahkan dan bagitau la apa yang puan ingin kan...dalam masa yang sama x salah kan..gaji puan yang banyak tu..sharing together bayar apa2 tunggakan,bayaran septi rumah ke kerte ke...coz puan mampu...wlupun pada hakitkatnya...itu semua terletak di tangan suami coz ia ketua keluarga..tpi dalam kes puan..puan lebih mampu dari dia..so x salah sharing share together ...tolong suami ni dapat pahala kan..niatkan je dalam hati...janji dia x mengungkit di kemudian hari..
lastly n forever.. emm ada baiknya duit puan yang banyk lebih tu...dari puan membazir beli baju yang beratus2 tue ada baiknya puan sumbangkan sedikt pada badan2 kebajikan, atau rumah2 anak yatim..sebagai sedekah jariah...moga dengan cara itu puan dapat pahala dan rezeki puan akan lebih melimpah ruah dan berkat (tapi x perlu la nak habaq kat orang berapa kita nak bagi ...bagi setakat yang kita mampu...janji ikhlas...)
n lastly...huhu ada lagi eh.. apa kata puan guna lebihan wang...tu beli rumah tuk pelaburan puan akan datang...andai ada anak nanti leh jdi harta pusaka heheh..x pun beli rumah sebagai aset masa hadapan.. selain rumah rsanya beli tanah pun ok gak..coz saya ada ramai kawan2 busines yang gaji berpuluh2 ribu...beli rumah, beli lot kedai , beli tanah sebagai aset masa hadapan.. coz baju yang mahal2 ni x leh bawa ke kubur...tapi sedekah jariah nie lah akan bantu puan nanti...wallahualam...
p;/s : sya mohon maaf adai ada kta2 yang menghiris atau menyentuh kalbu..bukan niat saya ... sekada bagi pandangan dan terpulang pada puan ...coz puan lebih mengetahui keadaan puan ketika ini...wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
pd aku mungkin isteri nie tak rs dia boros sebab dia tak da anak lagi...pd aku nie boros...beli brg branded2 tp kete tak de lagi...lebih baik duit yg beli brg2 mewah di dilaburkan membeli aset seperti rumah,tanah atau emas...nie pendapat aku... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|