Melihat kepada penampilan dan personaliti yang ada padanya, tentu ramai yang tidak menyangka yang Adlin Aman Ramlie adalah seorang yang romantik. Suami kepada aktres Emelda Rosmila ini dikatakan sering dilihat sebagai seorang individu yang bermulut lantang dan tegas dalam menyuarakan pendapat dan isi hatinya. Namun di sebalik ketegasannya itu, Adlin Aman Ramlie merupakan seorang insan yang mempunyai jiwa yang lembut dan sering tertarik kepada karya-karya yang mempunyai nilai artistik tersendiri. Perkara ini diakui sendiri oleh isterinya Emelda Rosmila yang bercerita tentang sebuah lukisan yang telah mengikat kasih mereka. Emelda juga akui disebalik sifat serius Adlin, suaminya itu merupakan seorang yang amat caring dan gemar melakukan ativiti-aktiviti keluarga seperti BBQ demi mengukuhkan ikatan kasih antara mereka. Pasangan itu juga sering berbasikal bersama untuk mengisi waktu lapang dengan aktiviti riadah. Anak kepada seniman Allahyarham AR Tompel dan Ruminah Sidek ini, bertemu jodoh dengan pelakon cantik, Emelda Rosmila pada 22 Mei 2009 di Masjid An-Nur, Chemor, Perak. Sudah empat tahun pasangan romantis ini bergelar suami isteri, tapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana Adlin dan Emelda boleh terpikat di antara satu dengan yang lain. Itu semua akan terjawab dalam siri Romantika yang akan ke udara malam ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134). Romantika sebuah program yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumahtangga untuk berkongsi tentang kisah perkahwinan dan kehidupan mereka yang disiarkan setiap Selasa, secara ekslusif di Astro.
![](http://photo.murai.com.my/3122013_adlinbasikal-a.jpg)
Last edited by skymania on 21-3-2013 11:00 AM
|