CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15945|Reply: 60

Sharifah Amani Cerita Tentang Nafsu.. eh?

[Copy link]
Post time 13-3-2013 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, karyanya sering menerima kritikan hebat oleh peminat industri seni tanah air kerana mengetengahkan isu-isu sensitif dalam masyarakat. Namun, bagi pelakon yang kini mula mengorak langkah sebagai pengarah, Sharifah Amani atau lebih selesa dipanggil Nani, 27, dia hanya ingin berkarya.

“Saya ingin menjadi sutradara dan menghidupkan watak-watak yang saya tulis. Saya tak mahu perhatian yang lebih daripada masyarakat dan tak kisah orang boleh terima atau tidak dengan hasil penulisan saya. Paling penting saya dapat berkarya,” ujar  Nani ketika ditemui di majlis pra tonton filem-filem pendek, Ikal Mayang.

Tambah Nani lagi, dia pernah menerima nasihat daripada pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, bahawa untuk membuat filem yang baik, haruslah dengan niat yang baik.
“Arwah Yasmin kata, apabila niat kita untuk menghasilkan sesuatu filem itu baik, maka cerita yang ingin disampaikan pun jelas,” ujar Nani.

Terlibat dengan projek filem-filem pendek Ikal Mayang yang mengisahkan tentang kehidupan wanita, Nani menjelaskan, dia selalu ingin menghasilkan filem yang menunjukkan wanita sebenarnya kuat, berdikari dan mampu berpijak di atas kakinya sendiri.

“Dalam filem dan drama sering menunjukkan bahawa wanita seorang yang lemah, dan terlalu bergantung hidup dengan lelaki. Saya sering tertanya , kenapa kita tidak tunjuk hakikat sebenar yang wanita tidak selemah yang disangka?  Untuk projek Ikal Mayang ini, saya tampil dengan karya berjudul ‘Hawa’ yang memaparkan beberapa isu yang mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak,” ujar Nani lagi.

Oleh kerana cerita yang disampaikan Nani agak sensitif, jadi  karyanya itu tidak akan ditayangkan di kaca televisyen. Biarpun begitu, pelakon ini tidak terkilan kerana faham dengan situasi.

“Saya lebih selesa ‘Hawa’ tidak ditayangkan di kaca televisyen.  Saya bercerita tentang seorang gadis yang cuba melawan nafsu dengan imannya. Namun, saya faham sekiranya penonton tidak dapat menerima isu yang saya ketengahkan inI. Saya lebih selesa filem pendek ini tidak ditayangkan di TV”, ujar Nani.

'Hawa' berkisar tentang seorang gadis yang tahu bahawa keinginannya tidak akan mengubah takdir Tuhan. Walaupun hatinya terlalu ingin menuruti nafsunya, namun Hawa cuba melawan keinginannya itu dengan solat dan berdoa kepada Allah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 09:51 AM | Show all posts
Cerita pasal diri semdiri ek......jahatnya aku di pagi yang mulia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 09:51 AM | Show all posts
dia comel berambut pendek...
karya dia tu..ermm....harap tak melampai apa yg sepatutnya la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 09:55 AM | Show all posts
nafsu tu nafsu seks aje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:04 AM | Show all posts
yup... dia memang ada mentioned yg cerita dia tuh sedikit sebanyak ada kena mengena ngan diri dia
dan pada aku, cerita dia itu jujur memang terjadi kepada majoriti wanita sekarang...
tak perlu kata pasal diri dia sahaja, cerita tentang nafsu melawan akal ni berlaku pada semua orang
bezanya cuma kita akan mengikut kata nafsu ataupun bertindak dengan akal dan iman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2013 10:04 AM | Show all posts
ai speku nafsu makan.mungkin hawa overweight
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:09 AM | Show all posts
Isu yg bagus. Remaja2 n mudamudi zaman sekarang patut belajar dari filem macam ni. Bukan belajar bercinta macam filemfilem zaman sekarang, tup tup termengandung, tuptup ada je baby kat tepi longkang sinun. walaupon isu agak sensitif, tapi hakikatnye tu la, zaman sekarang ni itu yg berlaku. A least dia cuba sampaikan yg this is what is happening nowadays tapi ada jalan yg lebih baik iaitu kembali kepada ajaran Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 10:10 AM | Show all posts
schmashion11 posted on 13-3-2013 10:04 AM
ai speku nafsu makan.mungkin hawa overweight

hehe. ai suka spekulasi u nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:11 AM | Show all posts
Nafsu shopping.
Nafsu makan.
Nafsu ngumpat.
Nafsu bilik tido.
Nafsu buat jenayah.
Etc.
Last edited by sunshinelady on 13-3-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:14 AM | Show all posts
umur 27 tahun tapi mcm budak sekolah je lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:22 AM | Show all posts
tak sangka dia dah umur 27 imajin bila 40 mesti still muda
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:23 AM | Show all posts
so??????
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:29 AM | Show all posts
alphawolf posted on 13-3-2013 09:55 AM
nafsu tu nafsu seks aje ke?

kan?
asal ckp napsu je mesti nak pikior ke situh...
byk lagi napsu lain..seperti napsu mengadap porem cari setiap hari tanpa henti
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:22 AM | Show all posts
suka tengok dia.. kiut-miut je
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:26 AM | Show all posts
Tak berapa minat dia ni, berlakon sepesyen jer langsung tak ada variety.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 11:58 AM | Show all posts
jgn lupa..nafsu nak berporem pon antara satu nafsu yg korang alami skrg
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:04 PM | Show all posts
nape x boleh tayang kat tv?????  hemm citer bodoh dari seberang tu boleh pulak tayang kat TV
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:04 PM | Show all posts
Dia ni nampak macam awet muda
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:11 PM | Show all posts
Laaaaaaaa dah 27... Ingatkn masih remaja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055674 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list