CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Ini Takdir Cinta Kita (U)

[Copy link]
Post time 15-4-2013 02:01 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-4-2013 11:20 AM
banyk ni jeh tuan umah..tambah ler lg...

kannnnnnnn....x puas nk baca...hehehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 02:06 PM | Show all posts
suria74 posted on 15-4-2013 02:01 PM
kannnnnnnn....x puas nk baca...hehehehhe

Itulah pasal...agaknya time coti tuan umah dalm simut jek kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 08:32 PM | Show all posts
Kali ini sudah masuk empat kali Sarah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dari tadi jugalah dia melihat Damia hanya memandang sepi makanan di hadapannya. Langsung tak terusik nasi yang berlaukkan ayam goreng dan telur dadar itu.

“Apsal dari tadi kau tenung je nasi ni?” soal Sarah hairan. Selalunya temannya itu cukup berselera apabila tiba waktu makan. Tak pernah pun berperangai begini.

“Tekak aku ni..mual je rasa” balas Damia perlahan sambil mengurut tekaknya. Sejak dalam bilik kuliah lagi perutnya terasa sebu.
Tengok makanan pun tak berselera langsung.

“Laa yeke? Dah kenapa pulak ni?” soal Sarah lagi. Dia memandang wajah Damia yang kelihatan agak tak bermaya.

“Entahlah Sarah. Aku rasa pening..loya..macam-macam lah” Damia mengadu. Memang sejak kebelakangan ni dia tak sedap badan.

“Loya?? Ermm..Jom aku bawak pergi klinik. Jangan-jangan kau mengandung tak?” teka Sarah apabila mendengar keluhan temannya itu. Kebiasaannya itu memang symptom orang yang sedang berbadan dua.

Damia menggeleng perlahan. Terlalu awal lagi untuk dia fikir semua itu.

“Dah..kita pergi klinik cek ye Puan Damia” ujar Sarah dan terus bangun. Dia mencapai beg dan buku kuliahnya.

Damia mengangguk dan menurut saja. Malas hendak mendengar bebelan rakannya itu.

Pulang saja dari klinik, Damia terus pulang ke rumah suaminya. Malas pula hendak pulang ke kolej memandangkan tiada kelas keesokan harinya. Sakit peningnya itu membuatkan dia mahu berehat di rumah sahaja.



Malam itu selepas mereka selesai makan malam bersama, Damia mengemas dapur seperti biasa. Air diisi penuh ke dalam cerek kemudian dijerang. Dia mengusap perutnya yang masih kempis dan tersenyum. Tak sabar hendak memberitahu berita gembira itu kepada si suami. Moga zuriat pertama mereka membawakan kebahagian dalam rumah tanggganya.

“Naz..nah air kopi”

Mug berisi air kopi itu dihulurkan kepada lelaki itu. Kemudian Damia melabuhkan punggungnya disebelah Nazirul yang sedang leka membaca mejalah.

“Erm..Mia nak beritahu something ni..tak lama lagi Naz akan jadi ayah” ujar Damia. Bibirnya menguntumkan senyuman manis. Pastinya Nazirul akan suka apabila mengetahui perkara ini.

Nazirul yang sedang menghirup kopi tersedak. Agak terkejut mendengar kata-kata Damia sebentar tadi. Bakal jadi ayah??

“kenapa tersedak nii..mesti Naz gembira kan..Mia dah dua bulan mengandung” Damia mengurut tubuh suaminya tetapi ditepis Nazirul.

Nazirul terus bangun dan mencekak pinggang.

“Aku tak nak anak tu..gugurkan budak tu !” tempik Nazirul. Wajahnya yang redup tadi sudah bertukar menjadi bengis.

Damia tercengang dengan perbuatan suaminya itu. Kenapa tiba-tiba saja lelaki itu berubah? Damia merapati tubuh Nazirul.

“Naz..kenapa ni? Ini anak kita..tak mungkin Mia akan gugurkan kandungan Mia” ujar Damia bersungguh-sungguh. Ibu mana yang mahu membunuh anaknya. Hanya orang yang tak siuman saja akan melakukan perkara itu.

“Aku taknak anak tu dan aku takkan bertangunggjawab” balas Nazirul dengan nada geram. Sakit pula hatinya bila melihat perempuan itu merayu kepadanya.

“Ya Allah..kenapa Naz dah berubah ni??” soal Damia sambil memandang tepat ke arah wajah Nazirul. Dia mahukan penjelasan. Lelaki yang dulunya begitu penyayang sekali tetapi kini sudah berubah.

“Aku langsung tak cintakan kau. Semua tu hanyalah lakonan untuk aku bolot semua harta orang tua tu. Aku ceraikan kau dengan talak satu, Damia Arissa !” Nazirul terus melafazkan cerai ke atas isterinya. Mungkin ini masa yang sesuai. Dia tak mahu hidup dalam berpura-pura lagi.

Damia terduduk mendengar segalanya. Hari yang sepatutnya gembira kini bertukar duka. Serta merta statusnya kini bukan lagi seorang isteri. Talak sudah dijatuhkan oleh suaminya tanpa rasa bersalah. Dia hanyalah dipergunakan untuk kesenangan Nazirul.

Nazirul ingin berlalu meninggalkan ruang tamu. Dia mahu keluar dari rumah saat itu. Malas hendak memikirkan apa yang terjadi. Damia terus bangkit dan melutut di kaki suaminya.

“Apa salah Mia..tolonglah jangan buat Mia macam ni” rayu Damia lagi. Air matanya laju mengalir.

“Tepilah…kau kemas baju kau semua! Bila aku balik nanti aku dah taknak tengok muka kau lagi” jerit Nazirul sambil menolak Damia ke tepi. Dia terus melangkah ke luar rumah dan terus berlalu meninggalkan Damia.

Damia terjelepok ke atas lantai. Apalah nasibnya kini..semuanya dusta belaka. Kasih sayang yang diimpikan hanyalah lakonan semata-mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 08:33 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-4-2013 02:06 PM
Itulah pasal...agaknya time coti tuan umah dalm simut jek kot...

Busy skit time cuti ni. Maaf lah yeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:10 PM | Show all posts
lempang juga si Naz ni..nanti jgn nak gila talak pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 11:22 PM | Show all posts
suria74 posted on 15-4-2013 02:01 PM
kannnnnnnn....x puas nk baca...hehehehhe

Alahaiii..indah cuba ye update pnjg2 ckit
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2013 11:23 PM | Show all posts
nallepooh posted on 15-4-2013 09:10 PM
lempang juga si Naz ni..nanti jgn nak gila talak pulak...

kalau dia gila talak nt..sepak je. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 08:32 AM | Show all posts
indah91 posted on 15-4-2013 08:32 PM
Kali ini sudah masuk empat kali Sarah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dari tadi jugalah dia melih ...

Semoga damia berjumpa ngan insan lain.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 09:19 AM | Show all posts
dah agakkk...jahanam punya naz....dah buntingkan isterinya....di lepaskan gitu shj...harap damia berjumpa dengan org yang lebih sesuai dan yang lebih menyayangi dirinyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 12:02 PM | Show all posts
mencinya dengan naz tu... kalo aku jd si damia memang x hadap dh mamat tu lepas ni...
mintak2 damia jd kuat dan x lemah dah lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 12:43 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-4-2013 12:02 PM
mencinya dengan naz tu... kalo aku jd si damia memang x hadap dh mamat tu lepas ni...
mintak2 dami ...

Betul tuh...akak pom x hadp somi yg zalim macm tuh...kalu sampai nak mintk gugurkn darah daging sendiri...aka x leh terima laki camtu...

damia...carilah lelaki lain yg sudi jaga awak ngan ank bakl lahir tuh... ikutkn haram suami jatuhkn talak pada isteri yg sedang ngandung...melainkn akan jatuh talak bila isteri selmt melahirkn anak....mau gila talak si naz tuh nnt...nengoklah balsn Tuhan...

Emo lak tetiba...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 01:59 PM | Show all posts
lama dah xjenguk kat sini.  banyak ketinggalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 03:44 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-4-2013 08:32 AM
Semoga damia berjumpa ngan insan lain.......

Waaaaa sedeh kannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 03:46 PM | Show all posts
suria74 posted on 16-4-2013 09:19 AM
dah agakkk...jahanam punya naz....dah buntingkan isterinya....di lepaskan gitu shj...harap damia ber ...

Sabar..sabar..dia mmg x btanggungjwb lgsung kannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 03:47 PM | Show all posts
indah91 posted on 16-4-2013 03:44 PM
Waaaaa sedeh kannnn

Mmg sedih...silap2 damia berkelana bawa diri entah ke mana...mau menghilgkn diri tanpa sapa pom tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 03:48 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-4-2013 12:02 PM
mencinya dengan naz tu... kalo aku jd si damia memang x hadap dh mamat tu lepas ni...
mintak2 dami ...

hahahaha. Betoi3. Kejammm kan die tuuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2013 03:50 PM | Show all posts
uda08_za posted on 16-4-2013 01:59 PM
lama dah xjenguk kat sini.  banyak ketinggalan

hihi. jenguk jgn tak jenguk. Slmt mbaca ~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 03:54 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-4-2013 03:47 PM
Mmg sedih...silap2 damia berkelana bawa diri entah ke mana...mau menghilgkn diri tanpa sapa pom ta ...

huhuuuu...nak bwk diri kat manaa..dah takdak sape2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 04:15 PM | Show all posts
adalah insan yg baik hati menolong Damia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 07:14 PM | Show all posts
cpt sambung tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066037 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list