Penganjur baru nak tanya, belum berbincang apa-apa lagi tetapi dengan gelojohnya isteri yang juga merangkap pengurus kepada artis ini bertanya, pihak penganjur ada duit ke nak bayar persembahan suaminya nanti. Amboi... lambang seorang wanita yang tamak dan tak sedar diri siapa dia dulu sebelum berkahwin dengan artis itu. Penganjur ini bukan calang-calang orang kerana pasukan mereka pernah menganjurkan konsert artis luar negara dan setahu SS segalanya berjalan lancar. Tak ada sebarang rungutan pun daripada mana-mana artis yang pernah bekerjasama dengan penganjur itu termasuklah dalam soal bayaran kerana mereka tahu menilai tahap kemampuan dan profesionalisme seseorang artis itu.
Khabarnya penganjur konsert ini bercadang nak mengadakan konsert untuk artis ini kerana dia sememangnya mempunyai peminat yang ramai. Artis ini pula walaupun sudah sangat popular, tidak begitu cerewet orangnya dan dia sangat menghargai peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.
Bagaimanapun, ada beberapa pihak yang pernah bekerja dengan artis itu kurang senang dengan sikap si isteri yang agak mata duitan. Sebelum sebut soal bayaran, duduklah berbincang dulu, tanyalah konsert nak buat di mana, bila tarikhnya dan adakah artis lain terbabit sama sebagai membuka tirai konsert.
Ini belum sempat penganjur mengatakan apa-apa, si isteri dah tanya pasal bayaran, terus penganjur angkat kaki. Duit itu memang keperluan penting dalam kehidupan kita tetapi janganlah terlalu bersikap gelojoh dan gopoh. Janganlah terlalu mengambil kesempatan di atas populariti suami.
SS: Jangan bersikap tamak kerana ia boleh memakan diri sendiri.
Last edited by babyridz on 22-3-2013 09:13 AM
|