jom bace interview selebs2 yg korang dah mention tadi..ihsan dari Kosmo
Mukjizat cahaya Islam
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
hiburan@kosmo.com.my
Wani Wendy Wong Abdullah
Nama bukan Islam: Wendy Wong
Tarikh masuk Islam: 28 November 2008
“Terasa seperti bayi yang baru lahir,” Itulah perasaan saudara baru Islam di kalangan artis yang terbaru. Perasaan seperti baru saja menjengah dunia itu dirasakan selepas dia mengucap dua khalimah syahadah baru-baru ini. Satu pengorbanan besar baginya, kerana banyak perkara yang biasa dilakukannya sebelum ini mungkin tidak boleh lagi dibuatnya lantaran arahan agama yang suci. “Sebelum masuk Islam, saya dikir dua kali sebab banyak perkara yang boleh dan tidak boleh kita buat perlu saya fahami. “Saya bersyukur sangat kerana menganggap ini sebagai takdir saya untuk meneruskan kehidupan ke arah yang benar. “Kak Chah (Habsah Hasan) juga banyak menjelaskan tentang Islam sebelum ini dan ia membuatkan hati saya lebih terbuka untuk bertukar agama,” ujarnya yang agak segan untuk menceritakan transisi hidupnya itu. Tambahnya sebelum ini, Wani pernah diajak untuk berhijrah kepada Islam bersama-sama teman-teman yang lain, cuma mungkin pada ketika itu, hatinya belum terbuka. “Sepuluh tahun yang dulu, Eddie Pak serta kawan-kawan yang lain yang sudah memeluk Islam mengajak saya untuk bersama dengan mereka. Masa itu saya tak bersedia lagi. “Sekarang ini saya sudah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang Islam. Hidup saya memang berubah dan saya berharap agar lebih banyak yang dapat saya pelajari tentang agama ini. Saya sedar banyak yang perlu saya belajar,” katanya yang akan ke China untuk membuat dokumentari khas mengenai Islam di sana.
|