CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Sejarah Status NEGARA milik Sabah dan Sarawak yg cuba dipadamkan..!

  [Copy link]
Post time 5-12-2013 05:31 PM | Show all posts
sorry ye bro. tapi aku tak pernah lihat lagi prejudis warga semenanjung pada sabahan dan sarawakian. cukuplah 3 bulan aku di bumi Sarawak dan aku boleh katakan separuh Sarawakian di sana anti pada org Semenanjung. Dan sepanjang aku hidup di KL yg melihat kebanyakan warga Sabah yg bermastautin disini juga masih menebal semangat kenegeriannya dan juga prejudisnya.

Engkau baru 3 bulan, aku duduk di Sarawak selama 10 tahun, keluarga aku bermastautin di sana lebih 15 tahun, adik aku berkahwin dengan gadis bangsa Iban. Memandangkan aku orang Semenanjung yang lama mendiami bumi Borneo, maka perspektif aku lebih unik berbanding kamu.

Jika orang Sarawak anti Semenanjung pun, banyak sebabnya. Tentang isu Allah, tentang pengagihan hak hasil pendapatan negeri kepada Persekutuan, dan juga apa yang disaksikan warga Sarawak terhadap Sabah.

tak perlu nak katakan Kelantan. kerana Kelantan itu pernah ke menyalahkan Sabah Sarawak atas kekurangan mereka? tidak. mereka menyalahkan kerajaan persekutuan.

Cuba fikir, sapa kontrol Semenanjung? Sapa kontrol Persekutuan? Orang Malaya gak kan? Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau orang Semenanjung fikir Sarawak pasal Taib aje, apa salahnya orang Sabah Sarawak fikir Persekutuan = Semenanjung.

okay tentang isu kerajaan pula. umum tahu bahawa Sabah Sarawaklah yg memainkan peranan terbesar terhadap kejayaan terhadap kerajaan yg telah lama ingin kami, majoritinya ingin tukar di Semenanjung ni.

Oh please. Aku pun PR juga. PAS dowh. Otai poremer smua tau. Tanya sekor2 puak PR kat Semenanjung pasal Sarawak, tak habis2 isu Taib. Itu saja.

Habis tu, kalau tak dapat tukar Gomen kat Semenanjung, nak salahkan Sabah Sarawak jugak ke? Padahal politik mereka jauh berbeza dari Semenanjung. Sedangkan parti PR drp Semenanjung gagal nak menawan hati penduduk Sabah Sarawak, malahan di Sabah PR sendiri bercakaran sebab gagal berkompromi, macamana orang nak sokong?

Aku ada ramai kawan yg berasal daripada Sabah dan Sarawak. Dan aku berpendapat bahawa mereka lebih terbuka dan tidak menyalahkan org Semenanjung atas kesilapan majoriti org di negeri mereka.

Bang oii, sebab tu kat Semenanjung ada geng Felda, geng PPRT, geng kampung, geng urban yang mana tahap pemikiran berbeza. Sama la Sabah dan Sarawak, orang pedalaman, orang bandar pun berbeza pemikiran. Apa nak heran?

Di Semenanjung, boleh dikatakan semua orang di negeri lain tak berkenan dengan orang Kelantan, tambah2 lagi kat KL kental sikit prejudisnya. Orang Kelantan pula tak hirau orang negeri lain klau dia jumpa set Kelantan sama.

Terutamanya Sarawak yg terkenal dgn keangkuhan Taib.

Biarlah Sarawak dengan Taibnya. Pasal apa nak heran. Bukan jejaskan Semenanjung pun.
Aku pun tak faham kenapa kau seperti sangat terasa, telah aku katakan sindiran aku itu kepada mereka yg anti semenanjung dan asyik menyalahkan org semenanjung.

Kau kena duduk, fikir skit pasal apa mereka ni anti-Semenanjung. Bukan main pukul rata macam tu. Kna dengar pandangan mereka. Perhatikan isu dari kacamata mereka. Aku pun tak setuju dengan prejudis mereka, tapi aku boleh paham mengapa mereka berpandangan sedemikian.

Anti semenanjung ni dah lama dah. Dari datuk turun ke cucu. Mesti ada sebab. Bukan2 buta2 nak benci orang Semenanjung.

mungkin kau adalah salah seorang daripadanya? Jika kau menyalahkan kerajaan kerana Sarawak seperti sekarang, ya aku setuju.

Tak, tapi aku di posisi yang jauh lebih baik daripada kamu untuk menyentuh isu ini. Sebab aku orang Semenanjung yang bekerja lebih sedekad di Sarawak, ahli keluarga aku pun ada yang berdarah anak Sarawak, bekas pelajar2 aku semuanya orang Sabah & Sarawak, kerja aku dlu membawa aku ke serata Sabah dan Sarawak, membolehkan aku bercampur gaul dengan masyarakat Borneo tanpa kira agama, bangsa dan bahasa.

Tetapi jika kau menyalahkan keseluruhan semenanjung dan inginkan Sabah Sarawak keluar dari Malaysia. Bagi aku cetek sangat pemikiranmu itu.

Pemikiran kau yang belum berkembang bila kau gagal memahami mengapa pihak anti-Persekutuan menjadi sedemikian. Pandangan kamu hanya terhad pada ruang lingkup orang Semenanjung. Otak masih sempit. Bila kamu mula melangkau pemikiran sebagai Melayu Semenanjung, atau orang Semenanjung dan mula berfikir secara Malaysiana, iaitu menyelami pemikiran dilema kaum2 lain bukan sahaja di Semenanjung malah isu Sabah & Sarawak, baru kau boleh dapat anjakan minda ...

Ini pengalaman peribadi, setelah aku balik semula ke Semenanjung ...

Lebih menyedihkan, mana2 orang Semenanjung yang aku jumpa, taktau mende apa sangat pasal Sabah dan Sarawak.

Padahal itu negeri2 sebahagian daripada Malaysia. Dok komplen masuk Sabah Sarawak ada had la apalah, padahal buta sejarah mengenai hak2 autonomi Sabah & Sarawak. Macam benor sakainya pengetahuan pasal Sabah Sarawak. Please ye, ramai dah aku jumpa orang Semenanjung dok tanya kat aku ada lagi tak orang Sarawak duduk atas pokok.

Itu baru sikit je. Last edited by robotech on 5-12-2013 05:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
robotech posted on 5-12-2013 05:31 PM
Engkau baru 3 bulan, aku duduk di Sarawak selama 10 tahun, keluarga aku bermastautin di sana lebih ...

oh perspektif kau yg bermastautin sana? tapi lain pula dgn ramai kawan aku yg mmg asal sana. mereka tidak menganggap persekutuan tu semenanjung, sebab mereka adalah malaysian. dan mereka bangga. mereka juga tidak meletakkan kesalahan itu dan lantas menyebar kebencian masyarakat negeri Sarawak dan Sabah malah menentang segala usaha utk mengeluarkan negeri mereka dari Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka sedar dimana pun ada org jahat, pemimpin korup. Bukan terletak pada negerinya.

Bercakap pasal Kelantan lagi? Haha. Sama ke isu nya sekarang? Pernah ke Kelantan mahu jadi negara? Atau soalan lebih tepat pernah ke Kelantan itu menyalahkan Sabah Sarawak walaupun jelas Sabah Sarawak adalah penyumbang terbesar kejayaan Sarawak sekarang. Okay cukup aku rasa isu Sabah Sarawak ni lain daripada Kelantan. Sebab ini isu anti sehingga meniupkan dakyah2 ingin membenci Malaysia. Ya! Malaysia. Bukan perihal Semenanjung lagi.

Aku bukanlah marah pada pengundi Sabah Sarawak atas kejayaan kerajaan baru2 ni. Aku cuma marah kenapa perlu dipersalahkan org Semenanjung atas apa yg berlaku di Sabah Sarawak? Jika Sarawak itu begitu bagus di bawah Taib, so kenapa perlu ada sentimen anti semenanjung dan negara Sarawak? Apa lagi yg tak puas hatinya?

Siapa yg pukul rata? Lagi lawak. Dah aku katakan sindiran itu pada org disana yg anti semenanjung serta ingin mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. Yg kau gatal nak terasa kenapa? Yg okay tu okaylah. Sedangkan aku berdiskusi perkara ni dgn kawan aku yakni saudara Taib pun dia tak seemosi dan menganggap dirinya lebih berpengetahuan dari sesapa. Even pasal Sarawak dan Taib.

Ayat aku senang je. Pada yg asyik nak menyalahkan org semenanjung atas apa yg berlaku di Sabah Sarawak sana serta nak sangat Sabah Sarawak ni keluar dari Malaysia. Itu tak perlu. Anjakan pemikiran itu yg perlu diubah dahulu. Harus diulang ye pada sesiapa yg ada sentimen sebegitu. Nanti kau kata aku pukul rata plak. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak faham dgn org yg boleh memahami org yg nak mengeluarkan Sabah Sarawak dari Malaysia dan Anti Semenanjung.

Tetapi tak boleh faham org yg terasa susah hati akibat pemikiran anti semenanjung dan juga ingin menyelamatkan kesepakatan yg terjalin antara Borneo dan Semenanjung selama ini.

Yg sibuk nak mengeluarkan negeri menjadi negara dan juga menyebar sentimen anti semenanjung didiam saja. Yg hanya meluahkan kegusaran salah faham yg terjadi antara Sabah Sarawak dan Semenanjung ditembak pula. Oh ye lupa dia kan lebih layak, dah lama duduk sana. Kenal ramai org, bergaul. So buatlah sesuatu. Cukup ke dgn ayat "aku faham kenapa mereka anti begitu". So kau leh faham tak kenapa aku begitu emosi sekali kenapa patut berfikiran sebegitu? ke kau faham dan ambil kisah perasaan org mcm tu je?  wahai @robotech
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:23 AM | Show all posts
benadzam posted on 6-12-2013 12:01 AM
oh perspektif kau yg bermastautin sana? tapi lain pula dgn ramai kawan aku yg mmg asal sana. merek ...
mereka tidak menganggap persekutuan tu semenanjung, sebab mereka adalah malaysian. dan mereka bangga. mereka juga tidak meletakkan kesalahan itu dan lantas menyebar kebencian masyarakat negeri Sarawak dan Sabah malah menentang segala usaha utk mengeluarkan negeri mereka dari Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka sedar dimana pun ada org jahat, pemimpin korup. Bukan terletak pada negerinya.

Macam ni la, try tengok balik geng semangat anti-Persekutuan ni .... set belah mana? Aku berani cakap, golongan ni tak pernah kluaq dari negeri mereka sendiri, kalau adapun mungkin geng mata sepet tongkang yang lebih sudu daripada kuah. Daripada 10 orang, mungkin hanya 1 je anti-Malaysia.

Cuba tengok rakan2 Borneo kamu yang Malaysiana ... mereka ni pastinya ada pengalaman belajar luar dari negeri sendiri, atau bekerja luar daripada Borneo.

Bercakap pasal Kelantan lagi? Haha. Sama ke isu nya sekarang? Pernah ke Kelantan mahu jadi negara?
Sebab ada kaitan kat situ. Sebab kamu mungkin tak nampak. Isu royalti minyak, isu disekat bantuan ... semua ni dibaca oleh orang kat Borneo. Terutama Sabah. Negeri kaya raya hasil sumber alam tapi rakyat masih merempat lagu tu, bangsa pendatang ditatang bagai minyak yang penuh. Sapa tak marah ... dulu Kadazandusun majoriti, tiba2 mendadak tak masuk di akal jadi minoriti bila bangsa Suluk, sah2 memang minoriti pun, tiba2 naik berkali ganda jadi macam majoriti. Habaq sat?

Mana la tak panaih hati Bumiputra Sabah ...

Atau soalan lebih tepat pernah ke Kelantan itu menyalahkan Sabah Sarawak walaupun jelas Sabah Sarawak adalah penyumbang terbesar kejayaan Sarawak sekarang.

Kelantan takkan persalahkan Sabah Sarawak sebab takde kena mengena. Tapi Kelantan salahkan kerajaan Persekutuan. Set ynag kat Sabah & Sarawak ni, bagi mereka Persekutuan = Semenanjung. Jadi kalau salahkan Persekutuan, sama ja salahkan Semenanjung. Yang ini pun sebenaqnya pukul rata juga bagi pihak mereka. Alah, apa nak heran. Kita pun sama, asal isu Israel = Amerika Syarikat. Kita pun dok pukul rata. Benda ni kira biasa la.

Okay cukup aku rasa isu Sabah Sarawak ni lain daripada Kelantan. Sebab ini isu anti sehingga meniupkan dakyah2 ingin membenci Malaysia. Ya! Malaysia. Bukan perihal Semenanjung lagi.

OK, kita tak sentuh isu Kelantan. Ni aku nak tanya, kau reti beza tak isu di Sabah dengan isu di Sarawak? Sebab aku nampak kau pukul rata orang Sabah & Sarawak yang anti Malaysia. Mat, sini aku nak bagitau, isu anti-Persekutuan berbeza di Sabah dan juga Sarawak. Malah aku berani jamin, geng anti Malaysia di Sabah jauh lebih kuat gerakannya.

Aku bukanlah marah pada pengundi Sabah Sarawak atas kejayaan kerajaan baru2 ni. Aku cuma marah kenapa perlu dipersalahkan org Semenanjung atas apa yg berlaku di Sabah Sarawak? Jika Sarawak itu begitu bagus di bawah Taib, so kenapa perlu ada sentimen anti semenanjung dan negara Sarawak? Apa lagi yg tak puas hatinya?

Kau kena paham la ... bila bercakap pasal Sarawak dan Sabah masa lepas PRU, sikit2 dari mulut orang Semenanjung ... Sikit lagi dah kita PR nak menang, tapi orang Sabah Sarawak masih dok pangkah BN lagi. Masih menyalahkan Sabah & Sarawak sebab gagal membentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan.

Satu lagi, semak sejarah. Sarawak hanya dijajah British selepas perang dunia kedua sehinggalah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963. Masa itu Sarawak adalah sebuah negara sehingga dimasukkan ke Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963. Dan sebelum perang dunia kedua, Sarawak hanya jajahan takluk Brunei yang akhirnya diserahkan kepada James Brooke yang menubuhkan dinasti Diraja Puteh Sarawak (White Rajahs of Sarawak). Jadi Sarawak adalah sebuah negara yang berinstitusi Raja, walaupun Raja bangsa England. Sebab tu, waris2 Rajah Brooke sampai sekarang boleh guna Royal Title sperti Dayang atau Abang pada pangkal nama (untuk tujuan rasmi).

So, masih ada orang2 tertentu yang mungkin rasa, Sarawak ni sepatutnya dah boleh diurustadbir oleh pribumi sendiri tanpa perlu masuk ke dalam Persekutuan Malaysia.

Siapa yg pukul rata? Lagi lawak. Dah aku katakan sindiran itu pada org disana yg anti semenanjung serta ingin mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. Yg kau gatal nak terasa kenapa? Yg okay tu okaylah. Sedangkan aku berdiskusi perkara ni dgn kawan aku yakni saudara Taib pun dia tak seemosi dan menganggap dirinya lebih berpengetahuan dari sesapa. Even pasal Sarawak dan Taib.
Kau ada pukul rata. Sebab cara kau tak pandai membezakan antara isu anti-Malaysia di Sarawak, dan anti-Malaysia di Sabah. Cuba perhalusi isu one by one, state by state.

Ayat aku senang je. Pada yg asyik nak menyalahkan org semenanjung atas apa yg berlaku di Sabah Sarawak sana serta nak sangat Sabah Sarawak ni keluar dari Malaysia. Itu tak perlu. Anjakan pemikiran itu yg perlu diubah dahulu. Harus diulang ye pada sesiapa yg ada sentimen sebegitu. Nanti kau kata aku pukul rata plak. Haha
Tapi puak2 anti Malaysia hanya terkinja2 sahaja. Yang Sabah dan Sarawak mahu, Persekutuan perlu menghormati & menunaikan janji2 Perjanjian Malaysia Perkara 18 (Sarawak) & Perkara 20 (Sabah). Tapi Persekutuan banyak tak ambil peduli sangat. Sebab tu rakyat Sabah & Sarawak ada makan hati. Malahan dengan jelas pun, Perjanjian Malaysia Perkara 18 & 20 ada menyatakan Sabah & Sarawak tak boleh keluar dari Malaysia (yang ni puak anti Malaysia buat2 tak nampak).

So bila Persekutuan tidak mengotakan janji atau berdalih dalam beberapa isu dalam Perjanjian Malaysia, maka geng anti-Malaysia beranggapan, mengapa perlu kekal dalam Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:44 AM | Show all posts
benadzam posted on 6-12-2013 12:17 AM
aku tak faham dgn org yg boleh memahami org yg nak mengeluarkan Sabah Sarawak dari Malaysia dan Anti ...
Semenanjung.

Tetapi tak boleh faham org yg terasa susah hati akibat pemikiran anti semenanjung dan juga ingin menyelamatkan kesepakatan yg terjalin antara Borneo dan Semenanjung selama ini.

Bro, kau cuba pikir, kau posting kat bod mana? Bod Sejarah kan? Sesiapa yang nak mengkaji sejarah, hatta amatur mahupun profesional adalah non partisan, perlu memahami konteks sejarah dari kacamata dua belah pihak. Yang aku tengok, kau pun secara umum, masih melihat isu ini secara ruang lingkup orang Semenanjung sahaja.

Aku memang terasa, sebab aku dah lama jadi warga Sarawak. Adik beradik tiri aku orang Sarawak. Ipar aku orang Sarawak. Dalam kalangan mereka ada pro Taib, anti Taib, pro Persekutuan & anti Persekutuan. But they're family, anything goes. So that's why I can understand their views and concerns on various issues.

Yg sibuk nak mengeluarkan negeri menjadi negara dan juga menyebar sentimen anti semenanjung didiam saja.
Sebab golongan anti Malaysia hanya di pinggiran sahaja. Gerakan mereka tak kemana. Bukan dapat banyak sokongan. Lain la macam Hindraf la ...

Puak ni cuma menyalak di FB. Suara mereka hanya kat Internet, itupun mana sangat orang amik peduli. Cuma, bila golongan ekstremis fasis rasis kat Semenanjung macam PERKASA malaun tu, media semua bagi liputan meluas.

Yg hanya meluahkan kegusaran salah faham yg terjadi antara Sabah Sarawak dan Semenanjung ditembak pula.

Kegusaran kau tak bertempat. Sebab kau hanya dengar cakap2. Ini bod sejarah, facts matters, not hearsays. In fact, if this is CI board, I'm sure as hell many would come into the discussion with guns ablazing from both sides.

Isu ni dah banyak kali ditimbulkan di bod CI. Dua2 pihak tibai satu sama lain. Cakap semua pakai kepala lutut. Stendet la, CI.

Tapi ni bod Sejarah. So kau juga kena expect, jika ditibai, tibai itu ada sebab. Contohnya, kurang fakta.

Oh ye lupa dia kan lebih layak, dah lama duduk sana. Kenal ramai org, bergaul. So buatlah sesuatu.
Aku masih dalam proses belajar. It took me 3 years to adjust back to Malayan-mindset. In fact, coming back to West Malaysia is a culture shock for me & it was difficult process to fit in when you're acclimatised, acculturated, assimilated with the Borneo cultural collectives.

For me, anti-Malaysian sentiments are a waste of time to ponder. The most important thing is, the Federal Govt MUST recognised and honored the Malaysia 18 & 20 Points Agreement. As simple as that. And stop imposing Federal values to Borneo cultural sensitivities. Start recognising the unique demographic & cultural diversity from the Borneo cousins.

Cukup ke dgn ayat "aku faham kenapa mereka anti begitu".
Ya, sebab aku pengkaji Sejarah. Kau bagaimana?

So kau leh faham tak kenapa aku begitu emosi sekali kenapa patut berfikiran sebegitu? ke kau faham dan ambil kisah perasaan org mcm tu je?  wahai @robotech
Ya, aku faham kau emosi. Tapi pakai emosi tanpa fakta ialah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tak boleh macam tu sebab kita di bod Sejarah. Ini bukan bod Politik atau CI boleh gitu2 sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
robotech posted on 6-12-2013 10:44 AM
Bro, kau cuba pikir, kau posting kat bod mana? Bod Sejarah kan? Sesiapa yang nak mengkaji sejara ...

terima kasih bro. mungkin emosi telah menguasai diri sehingga lupa ni bod Sejarah. Bukanlah pandangan, tetapi fakta yg patut dipostkan.

cuma apa yg aku ckp bukanlah dari ruang lingkup pemikiran dan pandangn aku sahaja. tetapi juga sahabat2 aku dari Borneo. tapi apa pun 'pandangan' bukanlah sesuatu yg perlu di bod ni kan. jadi itu aku minta maaf.

apa pun sentimen anti malaysia ni perlu juga ditangani. ia ibarat barah. tak mustahil boleh merebak. ttg perbezaan sebab kebencian itu diantara negeri itu aku setuju. kadang2 tk berasas pun. tapi kita kena tahu juga, apa pun perbezaan, mereka bersatu ttg 1 perkara. utk menyebarkan semangat kebencian itu walau apa pun isunya.

sekian saja aku tamatkan dekat sini, beri laluan pada yg berkongsi fakta daripada yg berkongsi rasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 03:40 PM | Show all posts
nobito posted on 24-3-2013 08:20 PM
Untuk orang Melaya..Dokumen perjalanan Terhad/ Pasport Biru..hanya pas sebagai pelawat(social pass)  ...

Baru ler aku paham..ngapa aku kena amik visa masa keja dgn shell kemarin.
Aku dok pelik gak ngapa aku org malaysia kena wat visa keja.
immigration singapore pun pelik..
masa nak cop passport aku dia dok kata
aik org malaysia nak keja kat negara sendiri pun kena amik visa keja.


byk pekara perlu dia ketengah kan mengenai
perjanjian nie
untuk kebajikan masyarakat sabah n sarawak

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 01:53 PM | Show all posts
handsomeboy posted on 6-12-2013 03:40 PM
Baru ler aku paham..ngapa aku kena amik visa masa keja dgn shell kemarin.
Aku dok pelik gak ngapa ...

aku punya permit keje belum buat lagi....so...pergi immigration minta cop 90 hari....kalau dah lebih 2 kali cop penyambungan mesti keluar 24hrs pada due date...kalau tak kat clearence immigresen nanti kena tahan dia bawak ko pergi soal siasat sebab orang semenanjung adalah pendatang asing di Sarawak walaupun dalam HR kat HQ status kita Local....

Kita ni sebenarnya lebih kurang cam Indon sebenarnya...indon lebih beruntung di Sarawak berbanding orang Semenanjung...
Indon tak payah ada gaji minimum untuk dapat permit kerja di sarawak tapi orang Semenanjung mesti gaji RM2500> dan professional baru boleh keje kat Sarawak...

Masa mula2 aku datang Sarawak kat immigrasen airport Kuching derang siap ada kaunter khas ditulis beso2 SARAWAKIAN gitu...jijikan...baru2 ni aku tengok dah tak da lagi kaunter khas untuk Sarawakian tu...mungkin Chinese Semenanjung ada komplen kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 02:01 PM | Show all posts
benadzam posted on 5-12-2013 03:46 PM
sorry ye bro. tapi aku tak pernah lihat lagi prejudis warga semenanjung pada sabahan dan sarawakia ...
sorry ye bro. tapi aku tak pernah lihat lagi prejudis warga semenanjung pada sabahan dan sarawakian. cukuplah 3 bulan aku di bumi Sarawak dan aku boleh katakan separuh Sarawakian di sana anti pada org Semenanjung. Dan sepanjang aku hidup di KL yg melihat kebanyakan warga Sabah yg bermastautin disini juga masih menebal semangat kenegeriannya dan juga prejudisnya.
Betul tu..asa aku mula2 sampai sarawak aku tak prejudis ngan orang Sarawak...tapi bila nampak kat kaunter Immigrasen dia tulih  SARAWAKIAN aku dah rasa pelik...bila sampai sini dan keje kat sini tiba2 derang siap direct bagi nasihat 'How to respect Sarawakian?'...padahal aku tak kacau apa2 pon....

so cuba bayangkan macam mana nak handle orang bawahan kita dari pada ummah Sarawak ni?...pastu boleh ke derang terima globalisasi padahal integrasi Nasional hanya 40% je diterima
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:16 AM | Show all posts
sarawak? susah lah....

even apa2 projek or tender nak masuk sarawak pun kena kasi suap kaum kerabat bg kenyang dulu br leh masuk.

x caya? lantak ko lah labu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:32 AM | Show all posts
Well, komplen tak guna. Bagi orang Malaya yang baru datang Sarawak, memang la leceh beb. Bila permit kerja / permit belajar dah setel, maka makin kurang la perasaan 'alienated' tu. Bila dok lagi lama, dah jadi macam local.

Itu belum lagi kawin orang sana atau jadi pemastautin untuk jangkamasa yang cukup lama. Bagi aku, Sarawak mengajar aku erti 1Malaysia sebelum Najib dok promosi masa dia jadi PM. Belajar toleransi bangsa lain, agama lain dan yang pasti, duduk semeja dengan Dayak, Cina hatta Indon dalam kopitiam Cina hari2.

Itu namanya integrasi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:20 PM | Show all posts
otai_g posted on 9-12-2013 12:16 AM
sarawak? susah lah....

even apa2 projek or tender nak masuk sarawak pun kena kasi suap kaum kerab ...

kalau ko orang semenanjung nak berniaga kat sarawak ko kena cari share partner sarawakian...pelikkan...rasa peraturan mcm ni lebih kurang Yindon pon ada gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:31 AM | Show all posts
Sabah pun dah tak jadi negeri yang berdaulat..senang-senang je orang luar ceroboh masuk dan boleh claim jadi warganegara..projek i.c yang selalu digembar-gemburkan tu pun memang betul sebab seorang rakan saya yang ibu bapanya memang asal dari filipina mengaku tentang tu..bapanya yang datang bekerja dalam bidang pertanian n perburuhan ke sabah dapat taraf warganegara dan kumpulan pekerja filipina ni digelar manila hired..deorg dapat ni pun senang..cuma bayar kepada pbt mase tu dan terus dapat warganegara..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 07:12 PM | Show all posts
pasal kelab golf negara subang tu acong yg betul. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 03:36 AM | Show all posts
maltase posted on 12-2-2014 07:12 PM
pasal kelab golf negara subang tu acong yg betul. sekian.

Kelab Golf Negara, Subang.... nampak tak sengkang... macai UMNO MMg bodo tapi tunjuk pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn posted on 13-5-2014 03:36 AM
Kelab Golf Negara, Subang.... nampak tak sengkang... macai UMNO MMg bodo tapi tunjuk pandai...

Kan? Aku tak sangka yg sorang tu 'bijaksana' sgt sampai mati2an perbidohkan tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 02:13 PM | Show all posts
unoryah posted on 14-5-2014 01:14 PM
Kan? Aku tak sangka yg sorang tu 'bijaksana' sgt sampai mati2an perbidohkan tt.

Macai kxnxkpeted tuh pandai selak buku kat arkib dan tangkap gambar dan tepek kat sini pastuh declare juara sejarah, akal kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 02:52 PM | Show all posts
satu2nya persoalan sejarah yg takbleh dipadam
"kenapa menteri kita bersungguh2 ajak dorang masuk tanpa halangan??"

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 03:19 PM | Show all posts
totokreturn posted on 14-5-2014 02:13 PM
Macai kxnxkpeted tuh pandai selak buku kat arkib dan tangkap gambar dan tepek kat sini pastuh decl ...

kesian dia
tapi ada ketikanya aku enjoy juga dengan tepekannya itu..
Last edited by unoryah on 14-5-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 03:22 PM | Show all posts
bangcak posted on 14-5-2014 02:52 PM
satu2nya persoalan sejarah yg takbleh dipadam
"kenapa menteri kita bersungguh2 ajak dorang masuk ta ...

hasil risikan juga mendapati kumpulan penyerang tu memang bukan orang asing tapi mereka yang dah berkurun menempati tempat itu



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.092098 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list