JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
21169
View
50
Reply

[Album Baru 2013] Dapatkan Album Terbaru Hafiz Suip Di Pasaran Sekarang!

[Copy link]

Author: Along_XX       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-3-2013 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Senarai lagu di dalam album :

1. Bahagiamu Deritaku (Single Pertama) - LY / Baiduri



2. Hanya Ingin Kau Cinta - Mega Pandawa



3. Patah Hati - Satriya Anggun



4. Matahari - Ajai



5. Deklamasiku - Kunci Demak / Hafiz

6. Mungkinkah - Hafiz & Sepupu Hafiz

7. Muara Hati - Manusia Putih



8. Kesimpulan

9. Satu Cerita - Zul 2 By 2





Berehat sebulan

2013/03/27 - 20:35:35 PM Oleh Fatin Farhana Ariffin



Beberapa hari lalu, kedengaran khabar mengatakan penyanyi terkenal, Hafiz Suip, 23, akan berehat daripada aktiviti nyanyian selama enam bulan akibat sakit tekak. Kononnya, dek terlalu banyak menerima tawaran mengadakan persembahan, ia memberikan kesan kurang baik kepada kesihatannya.

Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia 7 yang memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak tiga kali pada Anugerah Juara Lagu itu menafikan perkara terbabit. Biarpun mengaku akan bercuti selama sebulan, namun ia bukanlah akibat kesakitan tekak seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, Hafiz memberitahu, dia akan berehat kira-kira empat minggu pada Jun depan untuk memberikan tumpuan kepada konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur. Konsert berkenaan akan berlangsung pada 3 Julai nanti.

Ditemui ketika menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Johor Bahru, Ahad lalu, Hafiz yang juga calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira) nyata teruja apabila bercerita mengenai persembahannya di DFP kerana ia menjadi impiannya sejak mula bergelar penyanyi.

Jaga vokal

"Saya akan berehat selama sebulan saja pada Jun nanti. Saya mahu menumpukan sepenuhnya pada persiapan untuk konsert itu dan juga bagi menjaga vokal.

"Sudah lama saya merancang untuk mengadakan konsert terbabit. Malah, saya percaya semua penyanyi menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo di pentas berprestij itu, sama seperti Datuk M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza.

Konsert ini pula saya ingin hadiahkan kepada keluarga dan peminat. Begitupun saya enggan mendedahkan butiran lanjut awal-awal. Tunggu benda sudah nak siap, baru saya nak kongsi. Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert itu nanti dan selebihnya adalah kejutan. Kalau nak tahu, datanglah ke konsert saya itu nanti, katanya bersemangat.

Sebagai persiapan awal, Hafiz akan menghadiri kelas vokal seminggu sekali bersama Cikgu Shafi manakala persembahan pentas nanti mendapat tunjuk ajak daripada pereka tari, Pat Ibrahim. Katanya juga, bagi arahan muzik, ia diletakkan di bawah kuasa Aubrey Suwito.

Album baru April depan

Sementara itu, artis kelahiran Kuching, Sarawak, ini akan muncul bersama album ketiga pada April nanti. Kali ini, dia memilih judul Hafiz Suip, Luahan Hati Seorang Anak Seni.

Memuatkan sembilan lagu, Hafiz turut menyatakan beberapa lagu daripada album berkenaan ialah karyanya sendiri. Komposer berpengalaman lain yang turut menghulurkan karya termasuk Ajai, Kuncidemak, LY dan Baiduri.

"Ada lagu yang saya hasilkan bersama Kuncidemak dan ada juga yang saya cipta dengan sepupu. Saya cukup berpuas hati apabila dapat sama-sama terbabit dalam penulisan lagu untuk album kali ini.

"Lebih menarik apabila saya menggunakan konsep berbeza untuk album ini, yang dirasakan belum dicuba penyanyi lain di Malaysia. Saya mengetengahkan konsep majalah, supaya orang ramai yang membeli album ini menyimpannya, bukannya dibuang selepas beli.

"Idea itu hasil perbincangan bersama Astro. Saya sudah lama merancangnya, iaitu sejak tahun lalu. Kini, tiba masanya untuk album itu menemui peminat," katanya yang merakam album terbabit dalam tempoh kurang daripada setahun.



~~~ bharian.com.my ~~~
Last edited by Along_XX on 1-6-2013 04:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 05:36 PM | Show all posts
Akan datang!!!







~~~ Fanpage Hafiz AF7 ~~~


Last edited by blackberry90 on 2-4-2013 05:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 05:43 PM | Show all posts
Senarai lagu.....


1.  Bahagiamu Deritaku
2.  Mungkinkah
3.  Hanya Ingin Kau Cinta
4.  Deklamasiku
5.  Kesimpulan
6.  Patah Hati
7.  Satu Cerita
8.  Muara Hati
9.  Matahari
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 09:40 PM | Show all posts
akhirnya...dah lama tunggu 2nd album hafiz ni...ada 9 lagu je..ingatkan sepuluh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:22 AM | Show all posts
wow..cant wait.. apsal tajuk album sgt tak komersial? cuba imagine kat award mcm AIM pengacara announce album terbaik jatuh pada LUAHAN HATI SEORANG ANAK SENI--OMG sgt tak best..huhu..

LUAHAN HATI je dahla.. semua org pun tahu HAFIZ tu seorang anak seni.. kan ada tajuk lagu DEKLAMASIKU tu..sangat sesuai jadi tajuk album..

apapun aku suka sebab album ni macam personal album..maksudnya semua lagu dalam album ni memang ada kena mengena dengan penyanyi itu sendiri..jarang kat Malaysia ni ada album yg personal macam TRANSKRIPSI dan juga DAYANG SAYANG KAMU..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:20 PM | Show all posts
Maknanya lagu Bahagiamu Deritaku dapat la bertanding di Muzik-Muzik kan....  
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 06:53 PM | Show all posts
KoSe posted on 9-4-2013 10:22 AM
wow..cant wait.. apsal tajuk album sgt tak komersial? cuba imagine kat award mcm AIM pengacara annou ...

Setuju - DEKLAMASIKU sangat sesuai jadi tajuk Album.
Maybe nak sesuaikan konsep Majalah tu kot..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2013 10:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 02:31 PM | Show all posts
Bahagiamu Deritaku versi live.....

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-4-2013 04:29 PM | Show all posts
Gambar2 dari Album terbaru Hafiz.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 01:02 AM | Show all posts
Sudah dengar keseluruhan lagu dari album baru hafiz. Paling suka lagu 'satu cerita'. Suara hafiz sangat mantap dalam lagu ni...
Lagu 'kesimpulan yang tak nampak' pun best, cuma ketara sangat lagu tu ajai punya... Last edited by invader97 on 25-5-2013 04:49 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-5-2013 02:41 PM | Show all posts
Dah beli album......dah pernah dgr lagu Mungkinkah versi 4 tahun sudah tapi versi 2013 ni jauh lebih mantap music arrangementnya.....maybe coz yg arrange AG coco? Hehehe......lagu yg lain belum sempat nak masuk dlm hati coz baru dgr sekali lalu.....lom boleh nak komen....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagiamu deritaku tu best
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:21 PM | Show all posts
hepi besday bobo!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:59 AM | Show all posts
tak sangka buah tangan LY untuk hafiz ni lain sangat2....
selalu melodi lagu2 LY ni sepesen jer especially lagu2 90an dulu...
terbayang lagu ni kalau Dayang bawak...sesuai jugak dan pasti meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 10:02 AM | Show all posts
tajuk album tu agak choii la...so yesterday bunyinya...kalau album2 zaman sudirman, uji rashid dulu boleh la terima kan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2013 11:36 PM | Show all posts
Beli la album baru Hafiz di pasaran skrg.....semua lagu best!! Tapi aku paling suka lagu Kesimpulan Yang Tak Nampak......lagu Ajai lor.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 01:56 PM | Show all posts
Along_XX posted on 6-6-2013 11:36 PM
Beli la album baru Hafiz di pasaran skrg.....semua lagu best!! Tapi aku paling suka lagu Kesimpulan  ...

Betul, semua lagu best dan sayapun dah jatuh cinta dgn lagu kesimpulan... best sgt2 selain satu cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 05:41 PM | Show all posts
Adalah lagu lagu ini terdapat di apps singlemp3 android?

Saya mahulah mendonlod

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-6-2013 07:51 PM | Show all posts
kurunsing posted on 7-6-2013 05:41 PM
Adalah lagu lagu ini terdapat di apps singlemp3 android?

Saya mahulah mendonlod

Ntah la Kuruns......tapi ada a few lagu2 dr album ni yg ada dlm Itunes.....sila la donlod.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 11:50 AM | Show all posts
Along_XX posted on 9-6-2013 07:51 PM
Ntah la Kuruns......tapi ada a few lagu2 dr album ni yg ada dlm Itunes.....sila la donlod.....hehe ...

yeke?

lalalalala   
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:20 PM | Show all posts



Anda peminat HAFIZ? Anda dijemput ke majlis pelancaran album terkini HAFIZ! Jom ke Wisma Bentley, Mutiara Damansara jam 3 petang ini untuk menyaksikan pelancaran album dan "Showcase" Luahan Hati Anak Seni. Masuk adalah percuma!



~~~ FB Astro Gempak ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:05 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 07:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051749s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list