CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Along_XX

[Album Baru 2013] Dapatkan Album Terbaru Hafiz Suip Di Pasaran Sekarang!

[Copy link]
 Author| Post time 18-7-2013 09:25 PM | Show all posts
Review Album 'Luahan Hati Anak Seni' Hafiz Suip7/17/2013



Lima tahun perjalanan anak seni kelahiran Kuching, Sarawak ini memberi banyak pengalaman dan pengajaran buat dirinya sebagai seorang penyanyi. Bermula dari bertatih, pelahan-lahan mula berdiri dan kini mampu untuk berjalan, Hafiz Suip kembali dengan album kedua berjudul ‘Luahan Hati Anak Seni’.

Berbeza dengan album pertama Masih Jelas pada tahun 2009, album kedua Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip memilih untuk konsep album berbentuk sebuah majalah mini dengan potret di hapadan yang menunjukkan simbol sshhh atau seperti rahsia yang membawa 1001 maksud.

Luahan Hati Anak Seni mempertaruhkan sembilan buah lagu di mana dua buah lagu hasil ciptaan Hafiz sendiri iaitu ‘Mungkinkah’ dan ‘Deklamasiku’ yang diciptanya untuk menceritakan tentang pengalaman pahit ketika bercinta.

Sembilan buah lagu dalam album ‘Luahan Hati Anak Seni’:

1.       Bahagiamu Deritaku (Baiduri/LY)

2.       Mungkinkah (Hafiz Suip/Idzham)

3.       Hanya Ingin Kau Cinta (Mega Pandawa)

4.       Deklamasikun (Hafiz Suip/Kuncidemak)

5.       Kesimpulan (Ajai/Ajai)

6.       Patah Hati (Satriya Anggun)

7.       Satu Cerita (Mohd Atlas/Aiman)

8.       Muara Hati (Manusia Putih)

9.       Matahari (Ajai)

Masih mengekalkan konsep Balada dan Pop, album ini mengetengahkan komposer dan penulis lirik hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Manusia Putih, Ajai, Ly Baiduri, Mega Pandawa, Mohd Atlas dan ramai lagi.

Single pertama dalam album ini, Bahagiamu Deritaku telah pun menjadi hits dan sering diputarkan di radio-radio tempatan mahupun di Indonesia. Malah muzik video Bahagiamu Deritaku telah pun mencapai 2.1 juta hits sejak ianya dilancarkan pada 18 Mac 2013.

Selain Bahagiamu Deritaku,  Muara Hati turut mendapat perhatian setelah ianya menjadi lagu tema untuk drama bersiri popular Astro, Adam & Hawa dan turut menampilan Dato’ Siti Nurhaliza yang berduet turut dengan Hafiz Suip.

Jadi Apa yang menarik tentang album terbaru Hafiz ini? Ianya terletak kepada kematangan mutu vokal Hafiz yang tidak perlu dipertikaikan lagi selain mutu pemilihan lagu dalam melengkapkan senaskah ‘mini magazine’ khas buat para peminat setianya.

Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia dengan kerjasama Astro  dan boleh dimua turun lagu-lagu dalam album ini menerusi telefon bimbit secara digital. Harga sebuah album ‘Luahan Hati Anak Seni’ dengan hanya RM24.90!

Jom kita tonton video ulasan untuk album kedua dan yang terbaru Hafiz Suip, ‘Luahan Hati Anak Seni’ untuk lebih informasi!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 09:55 AM | Show all posts
Along_XX posted on 18-7-2013 09:25 PM
Review Album 'Luahan Hati Anak Seni' Hafiz Suip7/17/2013

best2 belaka lagu hafiz
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:49 PM | Show all posts
baru perasan lirik hanya ingin kau cinta dalam album tu salah. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 09:45 AM | Show all posts
Harap-harap album ni boleh menang satu atau 2 awards AIM bulan Disember ni.....insyallah.....amin!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
hafeeza posted on 19-7-2013 09:55 AM
best2 belaka lagu hafiz

Betul...semua lagu2 best...dah berapa keping terjual?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2013 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Teh_90 posted on 29-11-2013 01:29 AM
Betul...semua lagu2 best...dah berapa keping terjual?

Kan?seme leh layan lg dlm album br ni...x pasti plk dh brp terjual....hehe...teh dh beli?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hafeeza posted on 29-11-2013 07:30 AM
Kan?seme leh layan lg dlm album br ni...x pasti plk dh brp terjual....hehe...teh dh beli?

Dah...dah lebam2 CD tu dmainkan...he..he...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2013 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh_90 posted on 29-11-2013 02:47 PM
Dah...dah lebam2 CD tu dmainkan...he..he...

Hahahahaha sampai lebam tu...same la hari2 cd tu dimainkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 03:24 AM | Show all posts
CONGRATS HAFIZZ... MENANG AIM 20..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 02:22 PM | Show all posts
Along_XX posted on 26-11-2013 09:45 AM
Harap-harap album ni boleh menang satu atau 2 awards AIM bulan Disember ni.....insyallah.....amin!!  ...

Menjadi kenyataan lah Along
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.127574 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list