|
Amboi. Makin tinggi nampaknya saham pemain bola sepak negara kita dikalangan selebriti-selebriti wanita tempatan.. Abang Nara memang dahlama suka dengan cara permainan Mahali Jasuli. Gandingannya dengan WanZack di bahagian kanan memang hebat.
Dan apabila Mahali Jasuli memberitahu yang dirinya meminati TashaShila, dia telah dijemput ke majlis hari jadi Tasha sebagai tetamuistimewa. Bermula dengan pertemuan tersebut, hubungan Mahali dan Tashasemakin rapat menerusi SMS dan telefon
Kata Mahali kepada Berita Minggu semalam:-
Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kamipergi makan di Nandos, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudianbila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berduasaja. Kalau tak silap pada awal Mac lalu
Amboi nampak macam sudah ada bibit-bibit cinta gitu. Tasha Shilla turutmengakui selesa berkawan dengan Mahali Jasuli. Kata Tasha:-
Saya selesa berkaan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bolasepak, dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang,kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kamisedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra,mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu.
Abang Nara pasti Mahali sekarang lebih bersemangat untuk memberi yangterbaik di dalam bola sepak apabila ada kawan seperti Tasha Shilla yangtidak putus-putus memberikan semangat. Kalau anda berdua bercinta punok jugak. Sama cantik sama padan. Cuma diharap Tasha Shilla tak ajakMahali pergi clubbing. Tak gitu?
nih tasha shilla
nih mahali jasuli
credit to beautiful nara...
Last edited by annehuda on 10-4-2013 10:22 AM
|
|