CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5296|Reply: 31

Takkan tak faham kot.

[Copy link]
Post time 8-4-2013 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Tadi masa ambik anak dari sekolah, tiba di simpang nak masuk ke tempat saya selalu parking untuk tunggu anak adalah satu kereta ni di hadapan saya ..saya ingatkan pada mulanya dia macam saya lerkan nak masuk parking tapi tidak rupa-rupanya dia parked kat jalan masuk.  Sudahnya saya honk...dia tak berganjak jugak.  Okaylah sabar lagi dan tunggu kot dia realized ler kan yang dia tutup jalan masuk.

Sebelah jalan keluar memang kereta meluru aje sebab budak sekolah dah mula keluar.  Dia boleh buat tak reti lagi...walhal di dalam sudah beransur kosong ruang parking sebab ramai dah keluar.  Saya berkira-kira nak keluar dan pergi ke kereta dia ...siap dah ready dengan dialog lagi hahaha.

Tup tup ada sorang abang ni menaiki motor pergi ke sebelah kereta dia dan bagitau...itupun dia berganjak sikit saja ...takpe saya sabar lagi...kira dia ni ikut suka dialah nak bergerak.  Tak fikir jalan luar dah jam pasal kebodohan dia.

Yang saya nak adukan dan tanya pendapat di sini...sebab dia ni memang pemandu sebuah kereta Honda City greyish color yang setiap hari memang akan parking di jalan masuk atau di atas jalan ..atau masuk jugak simpang sedangkan jalan penuh.  Kiranya setiap hari saya (dan rasanya orang lain yang menunggu di area situ) perasan dengan perangai minah ni.  

Apa patut saya buat?  Patutkah saya diam dan bersabar saja...atau patutkah saya beritahu dia?  

Dan yang saya tak faham tu..pasal apa perangai dia macamni...tak aware ker dengan keadaan jalan dan takkan tak faham bahasa yang dia tutup jalan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 03:03 PM | Show all posts
1) amik no.plate & report kat pak guard.
2) kalau pak guard x take action maka anda pergila sound minah itu dgn cara berhemah.
3) Kalau masih berterusan sila report di pejabat sekolah plak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 05:13 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 8-4-2013 03:03 PM
1) amik no.plate & report kat pak guard.
2) kalau pak guard x take action maka anda pergila sound m ...

Bolehker buat macam yang Cammie bagitau ni?

Sebab dia tu buat hal luar dari kawasan sekolah.   Plate no tu dah boleh cam sebab hari-hari dia buat hal...

Takpelah tengok esok macamana pulak..kalau dia buat perangai tak faham bahasa ..saya akan ajar dia tatarakyat aka sivik.  

Tadi tak keluar kereta sound sebab dah honk and then boleh pulak terfikir kot driver Honda greyish kaler AHD **44 ni pekak.  So takdelah nak keluar.  

Terima kasihlah kat abang yang bermotor tu menginformkan kat dia yang tak faham bahasa tu.

FYI area perumahan tu dulu ada tampal notis kat tepi tu minta orang tak parking situ, tapi notis tu dah hilang.  Masa tu pun dia parked jugak kat situ...maybe tak pernah orang maki kot.  Itu yang hari-hari sama aje..selamba badak aje parked situ.  

And one mo thing ..masa saya lalu sebelah dia dan 'pandang' kat dia ..boleh buat muka selamba poyo dia macam takde apa-apalah...adoyai!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:45 PM | Show all posts
akai xdak tu.
or, die x reti nk bc signbod yg melarang kete park kt laluan sbuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 04:47 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 9-4-2013 10:45 PM
akai xdak tu.
or, die x reti nk bc signbod yg melarang kete park kt laluan sbuk.

Yelah masa saya hon tu terfikir gak kot dia OKU...tapi of courselah tak buta kan...?  Takkan dia tak nampak orang nak masuk tak boleh..nak keluar pun payah dah dia tercongok macam orang takde akal sedangkan depan dia dan ke dalam lagi dah 'clear'.

Nak kena tunggu jugak orang pergi kat sebelah tingkap itupun macam nak tak nak aje gerakkan kereta tu...ingat anak dia sorang aje ker nak balik rumah..adoyai!



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 04:51 PM | Show all posts
kalau masalah macam ni, adu je pada pejabat traffic dan pihak majlis. beritahu apa masalah dan minta pihak berkuasa ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2013 04:57 PM | Show all posts
Rasanya ini jenis kalau sekolah benarkan kereta masuk kawasan sekolah...dia akan park kat lobby sekolah tuu..tunggu anak dia keluar.  Takpun kalau pergi kedai ..dia akan park betul-betul depan pintu masuk kedai.

Saya memang tunggu aje dia buat hal lagi..memang saya akan bahasakan!

Kalau kotlah dia terbaca thread ni...

'Sedarlah diri tu sikit ..tengok-tengok sikit keadaan jalan tu jangan ikut suka kepala lutut kau nak parking mana-mana..dah lama aku peratikan dari awal tahun lagi...memang sengal betul perangai kau...'  Masa aku lalu sebelah kereta kau tu..kalau reti bahasa angkat tangan maaf takpe jugaklah ..sejuk jugak hati aku..ini haramjadah punya manusia...tak reti bahasa'

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 05:01 PM | Show all posts
Saya sejak pindah ke bandar ni...memang tension betul dengan cara pemanduan di sini...giler lah!

Memang suka suki parking mana boleh..ada tu beli burger boleh di parkingnya keta dia depan stall tu ...dahler kat laluan masuk...adoyai!

Belum lagi cerita terserempak dengan driver letak anak/baby di riba!

Parking senget...parking ambik dua space...bla bla bla...

Driving lagilah...langgar traffic light dah biasa nampak dah.   Potong queue kat traffic light sampai kacau orang yang nak terus tu ..perkara biasa aje sini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 12:26 PM | Show all posts
beli lori dan parking atas keta dia - tampal notis - "kau parking ikut suka kan? aku pun sama"

**panas jeee - sebab kat kawasan rumah ni pun ada mahluk yg perangai samaaa - tensi betullll
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 03:42 PM | Show all posts
vios eh?

byk betul aku baca yang pemandu vios nie byk yang perasan keta diorang tu menunjukkan bahawa dia org yang kaya dan suka ati dia lah nak buat apa...

sedangkan duit gaji abi sbayar keta tu jah

ok..aku ada satu pendapat...apa kata len kali campak jer telur atas keta dia...

tapi sebelum itu, harus cakap bek2 kat that arrogant lady, sela jgn parking depan jalan masuk...sebab org lain pun nak jugak lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:06 AM | Show all posts
salam

suka nak quote ayat TT dibawah..

"Dan yang saya tak faham tu..pasal apa perangai dia macamni...tak aware ker dengan keadaan jalan dan takkan tak faham bahasa yang dia tutup jalan?"

TT patut ubah ayat "perangai dia" kepada "perangai orang malaysia" macamni..

kalau dalam sehari kat atas jalan raya, pelbagai kesalahan yang aku boleh senaraikan. tak payah sehari, dalam sejam pun InsyaAllah ada yang 'tersenarai'..bukan nak jaga tepi kain pemandu lain, tapi percayalah, menyusahkan pengguna yang lain..

1) potong jalan ikut laluan kecemasan.

2) tukar laluan tak bagi lampu isyarat. sayang, kereta mcm hebat, tapi signal 'rosak'.

3) langgar lampu isyarat. rasanya kalau masa langgar lampu merah tu, kalau kemalangan, bermatian2 kata dia tak bersalah..

4) potong que. yang ni dah selalu sangat dalam kehidupan harian suka 'potong' orang dari segala segi..

5) parking kereta depan kedai. walhal parking berlambak yang kosong. kalau diizinkan Tuhan, mahu je pemandu2 yang macam ni parking kat dalam kedai. ala2 'drive thru'..

6) pemandu yang double parking. walhal ada je parking yang kosong. malas nak jalan jauh katanya..

7) pemandu2 kereta mewah atau super mewah tapi parking kat luar kawasan membeli-belah. jimat katanya..atau kejap je..bebulan bayar beribu untuk kereta tapi sehengget sejam pun tak boleh nak bayar..

8) pemandu yang berhenti tepi jalan tapi tak bagi signal..yang ni aku suka..macam ha$%#m. siap berborak dengan rakan yang berhenti tepi jalan utama pun ada. dua lane je plak tu..boleh bayang?!

9) yang nak masuk bulatan tapi dok ikut lane kiri sekali. menyusahkan pengguna yang nak masuk ke kiri@jam 9.

10) di plaza tol plak, pemandu yang ikut lane paling kanan tapi potong hampir 90 darjah ke lorong tunai bila kurang dari 100 meter nak sampai ke tol. menyusahkan dan membahayakan pemandu yang lain.

11) yang melebihi had laju bila nak sampai tol, masuk lorong smart tag. malangnya sistem tak dapat kesan. dah yang lain sangkut.

12) yang cucuk rapat kat lorong smart tag walhal ada papan tanda mengingatkan supaya jarakkan lima meter ke hape..lepas tu dok hon2 yang depan kunun2nya yang depan tu tak bawak smart tag. mcm ha&*%m.

13) dll.

TT, banyak2kan bersabar dan AWAS. jangan sebarang tegur pemandu2 yang perangai mcmni.
bila perkara yang luarbiasa dianggap biasa..Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:20 AM | Show all posts
Semasa  kejadian berlaku, terus ajer beritahu pada penguatkuasa tempatan ( bahagian trafik ) atau polis trafik yang berdekatan ...
Tindakan akan segera di ambil ... termasuk saman jika pemandu tersebut engkar ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 04:11 AM | Show all posts
Aku cadangkan buat camni..sebab aku pun buat pd sakai yg tak reti bahasa.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 05:31 PM | Show all posts
encikWawad posted on 11-4-2013 12:26 PM
beli lori dan parking atas keta dia - tampal notis - "kau parking ikut suka kan? aku pun sama"

* ...

Uwaaaa kalau report kat Majlis Bandaran karang ..orang chop kita ni jahat ..dengki tengok kereta orang tu banyaak!  

Habis tu?  Kenalah tunggu ada accident situ ..baru okay kot.  Harap bukan saya or ahli keluarga saya yang accident situ.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 05:39 PM | Show all posts
katakpuruz posted on 13-4-2013 12:06 AM
salam

suka nak quote ayat TT dibawah..

Adoyai!  Apa yang dalam list tu memanglah hari-hari boleh terserempak...tensionlah!

Sebab setakat yang saya sedar dan jaga ..saya adalah driveryang bertimbangrasa dan bersabar mengikut undang-undang jalanraya.  Saya marah bila terkena dan terpaksa menghadapi perangai-perangai driver lain yang seakan tidak ada lesen, beli lesen terbang atau sebagainya.

Haah yang pasal parking tu betullah you cakap tu ..kalau boleh sume nak dibuat 'drive thru'..hehe.

Sabar boleh sabar tapi pernah sekali saya meletup jugak..habis sorang mamat ni kena sembur dengan saya...nak buat macamana?  Memang dia tak reti bahasa..dah beam dah hon..takde response sudahnya ku maki.  Sekian.  But I am not proud doing it ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 05:42 PM | Show all posts
tungkai posted on 14-4-2013 04:11 AM
Aku cadangkan buat camni..sebab aku pun buat pd sakai yg tak reti bahasa.

Ok..saya nak standby marker pen and paper in my car.  

Best jugak sekali sekala buat macam dalam gambar tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2013 05:46 PM | Show all posts
leylapple posted on 11-4-2013 03:42 PM
vios eh?

byk betul aku baca yang pemandu vios nie byk yang perasan keta diorang tu menunjukkan ba ...

Nope..bukan Vios but City.  

Lately tak buat dah sengal yang selama 3 bulan lebih dia buat sebelum hari kena tegur dengan abang motor tu.  

Kalau semua orang bertimbang rasa takde masalah.  Takkan kita yang disusahkan nak kena bertimbang rasa kot..nak bersabar dengan orang yang buat salah?  Biar kita dipijak-pijak..yang buat salah lepas aje..


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:13 PM | Show all posts
leylapple posted on 11-4-2013 03:42 PM
vios eh?

byk betul aku baca yang pemandu vios nie byk yang perasan keta diorang tu menunjukkan ba ...

erkkk.... honda okey...

driver Honda greyish kaler AHD **44

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:17 PM | Show all posts
tungkai posted on 14-4-2013 04:11 AM
Aku cadangkan buat camni..sebab aku pun buat pd sakai yg tak reti bahasa.

bagus gak idea ko nih...
leh tiru sbb kete opis KDN slalu paking tmpat aku...
kalu dh xde parking basement p le parking kat luar... jgn le amik lot parking org len...
ada nama kot.. bodow bertingkat xreti baca...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 08:51 AM | Show all posts
aku pernah kena mcm ni..org paking sembarangan sampai menyusahkan orang lain..apa yang aku buat aku tulis notis dan tampal kat keta dia "HOI BABI, KO NI TAK RETI PAKING KE SIAL"..pastu aku calarkan sikit keta dia tu dgn dawai besi..padan muka

tp ni citer dulu la sewaktu muda2..skrg ni dah insaf
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085153 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list