CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 11

Wanita gempal tidak subur?

[Copy link]
Post time 9-4-2013 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kopipes from Utusan.

SOALAN: Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur.

Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?
- Mawar, Johor

Jawapan:
Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan.

Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Penurunan berat badan bagi puan amat penting sebagai langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani rawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan bekerjasama dalam rawatan yang akan dijalani nanti. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan adalah setelah setahun berkahwin iaitu dalam masa itu berusaha gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik adalah berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu.

Tentang niat untuk mengambil anak angkat, mungkin boleh ditunda dahulu. Saya agak teknik hubungan kelamin puan bersama suami sudah betul. Kalau perlu, puan dan suami boleh dapatkan buku-buku teknik hubungan kelamin yang banyak di pasaran.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan

Seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan.

Selain pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).

Bagi lelaki, sejarah perubatan, pemeriksaan klinikal dan ujian air mani perlu dijalankan.

Antara yang boleh menyebabkan benih suami kurang bilangannya, tidak aktif atau tidak normal bentuknya adalah penyakit-penyakit jangkitan kuman yang mungkin berlaku pada umur kanak-kanak seperti deman beguk (mumps). Virus beguk boleh menyerang buah zakar dan merosakkan kilang benih lelaki.

Rawatan yang bersesuaian akan diberikan mengikut penyebab infertiliti.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 02:05 PM | Show all posts
setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:48 PM | Show all posts
ketidaksuburan @ haid yg tidak regular adalah salah satu punca kesukaran utk mendapatkan cahaya mata...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 09:38 AM | Show all posts
Haid sy teratur setiap bulan dh hampir 2 tahun berkahwin tp maih belum ada zuriat. Baru2 ini berjmpa doktor, stelah mbuat pmeriksaan didapati ada 3 ketumbuhandlm rahim + rahim kebelakang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:23 PM | Show all posts
Lara2584 posted on 4-7-2013 09:38 AM
Haid sy teratur setiap bulan dh hampir 2 tahun berkahwin tp maih belum ada zuriat. Baru2 ini berjmpa ...

....
sy simpati dgn situasi yg sis alami...harap bersabar...
doa yg berterusan agar di berikan jalan utk cepat sembuh...dan diberikan rezeki...aamiin....
ikhtiar la berubat..samada moden dan tradisional...
insyaallah..kita mencuba..hanya DIA yg menyembuhkan...


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:01 PM | Show all posts
Lara2584 posted on 4-7-2013 09:38 AM
Haid sy teratur setiap bulan dh hampir 2 tahun berkahwin tp maih belum ada zuriat. Baru2 ini berjmpa ...

Rahim ke blkg xde mslh...aku pun rahim kebelkang tp anak dh 2...selesaikan ketumbuhan tu dulu ok...semoga ada rezeki lpas ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2013 12:06 PM | Show all posts
lurve82 posted on 8-7-2013 02:01 PM
Rahim ke blkg xde mslh...aku pun rahim kebelkang tp anak dh 2...selesaikan ketumbuhan tu dulu ok.. ...

InsyaAllah, selepas raya ni baru buat  pmbedahan..doktor xdpt lakukan ujian pap smear sbb rahim sy kebelakang, then doktor pelik uterus sy berbelit2 dia siap lukis lg.. Sy percaya pd ketentuan Ilahi , insyaAllah tdk akan berputus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 12:21 PM | Show all posts
Lara2584 posted on 9-7-2013 12:06 PM
InsyaAllah, selepas raya ni baru buat  pmbedahan..doktor xdpt lakukan ujian pap smear sbb rahim sy ...

Xpe...usaha je mcm mana pun...setelkan satu2...klu tak nanti stress...klu ko Islam la kan...jgn jemu2 berdoa...ramadhan ni klu blh buat la solat wajib,sunat,taubat,hajat hari2...mengadu pada Allah...nanti dh ada anak kecik masa tu sgt limited nk buat benda2 ni tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 12:25 PM | Show all posts
lurve82 posted on 9-7-2013 12:21 PM
Xpe...usaha je mcm mana pun...setelkan satu2...klu tak nanti stress...klu ko Islam la kan...jgn je ...

Betul tu, masa bujang & selepas kahwin pun dh byk perbezaany inikan klu dh ada anak.. Sbg seorg Islam sy xjemu berusaha , berdoa & bertawakal. Setiap yg berlaku ada hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 12:37 PM | Show all posts
haid tak teratur ni orang kurus pun ada masalah kan...esp . yang kurus sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 05:57 PM | Show all posts
Perlu suplemen utk betulkan haid yg x teratur tu. saya amek GLA shaklee. Period jd teratur. . Boleh pm sms atau wassap saya 019-7775895. Julai ni ada harga promo.
Kebaikan GLA
- kesuburan
- kegatalan kulit
- syndrome pra haid
- maslaah jerawat
-  mengurangkan tumit merekah
- mengatasi period yg x teratur.
nurzistayhealthy.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:22 PM | Show all posts
saya ada 2 kes..
seorang biras..badan besar masih tiada zuriat walaupun 7 thun kawin..
seorang lagi kawan badan pun sama besar tp dah 2 orang anak dia..
semua ketentuan Allah untuk kita bersabar.
saya juga ada saudara yang suaminya pakar sakit puan..tp still xde anak walaupun 15 tahun kawin. Dia dah cuba pelbagai cara dari seting2 harga sehingga semurah2..luar negara, moden dan tradisional..still xde.
Pernah dgr cerita, bila kita bela anak angkat, rezki untuk zuriat mudah..masalahnya..takut kita abaikan dia bila ada anak sendiri, atau dari segi aurat bila dia dah besar selain masalah menjelaskan padanya dan perasaannya..sanggup?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.059098 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list