CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - Puteri Wirawati Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 28-5-2013 08:16 AM | Show all posts
nobito posted on 26-5-2013 10:17 PM
nama Melayu Kapir lagi Kebinatangan

so? apasal lak..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 11:51 PM | Show all posts
secawankopi posted on 28-5-2013 08:16 AM
so? apasal lak..............

cuba lidah ko tanya lidah ko sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 05:36 AM | Show all posts
gila ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 06:54 PM | Show all posts
pernah jumpa nama puteri wijayamala dlm buku exam SRP (sebelum PMR diperkenalkan).. rasanya mmg berkait dgn sejarah Kelantan tp tk ingat sgt la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 11:10 PM | Show all posts
Artikel ni berbaur antara fakta sejarah dengan sedikit tokok tambah dan juga klaim2x tertentu yg tak tepat..contoh cerita tasbih dan orang tua yg beragama islam tu...zaman ni adalah era hindu budha sekitar awal abad 11..walau pun sudah ada hubungan dagang dgn org arab, parsi dan india muslim tapi...majoriti org asia tenggara termasuk puak2x melayu masih belum islam..catatan ibnu battuta sendiri katakan mereka bukan islam pada waktu itu..dan sekaligus isu pakaian sudah terjawab..zaman ni masih ada unsur hindu buddha yg lelaki pakai sarung atau kain serasah paras perut kalau yg bangsawan dorang akan pakai baju yg perempuan pun sama..selalunya dorang berkemban..tulah public attire zaman tu..jgn ingat org melayu pakai baju melayu bersongkok dan berbaju kurung saja..fesyen sebegitu hanya muncul selepas zaman org melayu memeluk islam dan menadikannya sebagai agama dominan di asia tenggara sekitar abad 14 dan 15..haah jgn pulak ingat bila islam pakaian mcm arab berkelubung..tidak wanita melayu hanya berselendang saja zaman tu..budaya ini kekal hinggalah abad ke 20..masuk era 70-an dan 80-an proses islamisasi giat diterapkn..sebelum tu..berselendang adalah identiti wanita melayu islam.

byk lagi kesilapan atau mungkin percanggahan tarikh..trutama tempoh hidup adruja..takkan hanya dr 1335-1345..hidup 10 tahun je?..mustahil..lagi satu dinyatakan tarikh ram khamheang tahun 1317 mati dlm pertempuran dan kepalanya dipenggal oleh adruja..tpi kalo ikut sumber rasmi ram khamhaeng hidup dr tahun 1247-1298..jad tarikh dah tak betul..hanya ada 2 kemungkinana..memang ramkhamhaeng yg di bunuh pada 1317 ato memang org lain..

dan klaim yg mengatakan arduja adalah satu2xnya wirawati di asia tenggara yg ada pasukan tentera wanita sendiri..ini fakta yg salah..ratu2x aceh terkenal dgn tentera inong balee yg dipimpin oleh kuemalahayati..hingga kini pemberontak aceh ada unit inong balee yg dianggotai oleh wanita bagi meneruskan budaya mereka..lagi pun fenomena pemerintahan wanita di kerajaan2x nusantara bukanlah satu rahsia..byk catatan org2x eropah, cina arab dan tempatan tenntang mereka..mcm mana fenomena ini boleh berlaku dulu tapi sekarang tidak?

jawapannya ialah masyrakat2x di asia tenggara atao manusia2x yg digelar orang2x austronesia ini mengamalkan budaya mathriachal...yg mana wanita diberi keutamaan dlm kehidupan sosial dan ekonomi negara..kalo org barat baru nak mendapatkan hak wanita bermula dr abad 19  dan terus ke era moden..di asia tenggara..org2x melayu, jawa, bugis dan minang sudah lama bersikap terbuka kepada wanita mereka..kalau mereka berkebolehan mereka akan disokong utk bergiat membantu masyarakat baik dlm politik ekonomi dan sosial...wanita zmana ini pun byk yg pandai bersilat dan bermain senjata..ini budaya asal org rumpun melayu/austronesia..tetapi setelah masuknya agama2x luar yg bersifat pathriachal yg mementingkan lelaki akibatnya wanita di asia tenggara mula di asingkan dari kehidupan seharian dan penglibatan mereka hanya di rumah dgn membuat kerja2x dapur. Di mulakan dgn agama hindu, budha dan kemudian islam..pengamalan agama2x ini byk mengubah corak sosial asal org2x melayu...tpi hakikatnya dr segi budaya sifat pathriachy itu menjejaskn melayu secara perlahan2x..tengoklah org arab melayan perempuan mereka..itu bukan islam tapi budaya arab badwi..islam sebenar ada dlm quran..tpi pentafsiran mengikut budaya..

so adruja memang wirawati melayu kuno..jgn ingat sejarah melayu hanya bermula setelah masuk islam..atao zaman melaka saja..itu karut..melayu punya sejarah 2000 tahun sebelum islam dan selepas islam..semua melayu..sudah tentu cara hidup , pakaian, senibina berubah mengikut masa..tak dah yg kekal..sekarang ramai lebih selesa pakai jeans dan t-shirt dr berbaju melayu atau berkemban saja di tempat awam..walhal itulah the intrend di kalangana melayu dlu..ada pulak seolah2x cuba memaksa perempuan melayu pakai tudung mcm arab...kalau tak pakai jahat, berdosa..padahal ini ajaran arab yg cuba menukar budaya melayu secara halus dan perlahanx utk menjadi lebih arab di sebalik nama agama islam..kalo ko kaji surah annur ayat 31 kau mesti paham maksud sebenar surah tu..tapi org berdakwah kene pandai putar..heheh..isunya jgn paksa..nak pakai pakailah tudung tapi jgn memburukkan org yg tak nak pakai dan berharap mereka mengikut pakai tudung setelah dicaci.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 11:49 PM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
Artikel ni berbaur antara fakta sejarah dengan sedikit tokok tambah dan juga klaim2x tertentu yg tak ...

Bangsa melayu tak pernah ada pakaian berkemban walau pun sebelum masuk Islam. Wanita melayu berkemban semasa mandi saja

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2013 01:52 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 20-6-2013 11:49 PM
Bangsa melayu tak pernah ada pakaian berkemban walau pun sebelum masuk Islam. Wanita melayu berkem ...

jangan menafikan sejarah..ini berdasarkan fakta yg benar & apalah yg nak dimalukan dgn kemban itu...takut sangatkah dgn kenyataan yang wanita melayu zaman dulu ketika era pra-kesultanan melaka majoritinya berkemban dalam kehidupan harian mereka dan bukan saja ketika nak mandi saja..ato lelaki melayu dah mula cepat terangsang nafsunya dengan hanya memikirkan bahawa bile terlihat sedikit kulit di bahagian bahu dan lengan perempuan? itu belum tengok depan mata lagi..macam manalah agaknya tindak balas lelaki sebegini bile berjumpa dgn si pemakai kemban?..lelaki melayu dulu lebih hebat sikapnya dan tidaklah taksub dgn kekolotan terhadap cara wanita mereka berpakaian..tidak keterlaluan mengongkong..bukan macam sekarang byk yg kuat sikap cemburu mcm org arab..kalau anda rasa ingin memakai tudung bawal ke,ala arab, ala syria dan mcm2x lagi silalah kalao anda selasa imej sebegitu..tiada halangan..tapi jgn menjadikannya satu dogma yg harus diikut oleh org lain..rambut nampak sikit pun dah mula mengugut dgn cerita syurga neraka..adakah rambut perempuan satu KEAIBAN ATO KEMALUAN(aurah)?..fikirkan..betapa jahilnya dorang bile dorang merasa lebih MULIA dan dekat dgn tuhan kalau bersikap sebegitu..berbalik kepada isu pakaian, cube tengok sendiri baju cik siti wan kembang...rekaan dia...majoriti wanita kelantan zaman dulu pun memakai fesyen kain sarong 3 lapis...kain panjang dipakai paras pinggang..sarong dibuat kemban membalut badan hingga paras dada...dan kain semacam shawl dr kain sarong batik ato songket...dipakai pada bahu ato di pakai semacam selendang penutup kepala sampai cecah bahu (bukan mcm tudung bungkus kepala sekarang)..pakaian sebegini masih dipakai hingga awal abad ke 20 di kelantan dan patani...sudah tentu berbeza dgn pakaian wanita melayu di selatan semenanjung seperti di johor yg mana lebih dominan adalah baju kurung ato pada masa itu dipanggil baju panjang..ini fakta.

sikap org melayu sekarang mula bias ato tidak jujur dan berubah terhadap sejarah mereka sebagai contoh dlm hal isu pakaian yg pernah dipakai oleh nenek moyang mereka..ini adalah hasil ledakan pengaruh pemahaman amalan beragama yg terlalu berpaksi BUDAYA kearaban sehingga semua yg bersifat nusantara senang2x saja dillabel "pengaruh hindu"...dengan label itu menjadikan org melayu secara terang membunuh warisan mereka sendiri kerana fobia dgn panggilan hindu itu..bagi dorang apa yg segalanya bersifat arab adalah ISLAM...sedarkah kalian semua agama dr luar nusantara yg pernah bertapak di asia tenggara spt hindu budha dan islam..semuanya adlah mengikut acuan org nusantara..amalan hindu budha org nusantara bukanlah spt org hindu india..islam di nusantara asalnya bukanlah seperti di timur tengah...kenapa macam itu kerana BUDAYANYA berbeza...orang melayu perlu belajar apa itu amalan BUDAYA dan apa itu amlan ILMU AGAMA..walaupun keduanya saling berkait tapi jgn tersilap jahit nanti nampak kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 03:02 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 20-6-2013 11:49 PM
Bangsa melayu tak pernah ada pakaian berkemban walau pun sebelum masuk Islam. Wanita melayu berkem ...

coli pakai tak?

Megah x rasa bila pakai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 03:04 PM | Show all posts
mundu posted on 23-6-2013 01:52 PM
jangan menafikan sejarah..ini berdasarkan fakta yg benar & apalah yg nak dimalukan dgn kemban itu. ...
to lelaki melayu dah mula cepat terangsang nafsunya dengan hanya memikirkan bahawa bile terlihat sedikit kulit di bahagian bahu dan lengan perempuan? itu belum tengok depan mata lagi
lelaki Melayu megah dengan perempuan bercoli kerana nampak utuh dan mantap sekali...kalau kemban tu nampak cam biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 10:40 PM | Show all posts
nobito posted on 23-6-2013 03:04 PM
lelaki Melayu megah dengan perempuan bercoli kerana nampak utuh dan mantap sekali...kalau kemban t ...

lelaki zaman moden tak kira melayu ato bukan semua suka melihat perempuan bercoli....hehehe..melainkan kalau dia melayu gay
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 11:55 PM | Show all posts
mundu posted on 23-6-2013 01:52 PM
jangan menafikan sejarah..ini berdasarkan fakta yg benar & apalah yg nak dimalukan dgn kemban itu. ...

"Fakta" kamu ini semua berpandukan apa ? Imaginasi pelukis ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 12:10 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 24-6-2013 11:55 PM
"Fakta" kamu ini semua berpandukan apa ? Imaginasi pelukis ?

eh tak..ape kate ko baca buku dr MBRAS (malaysian branch of royal asiatic studies)..buku-buku richard o. winstedt, antony reid, slamet muljana, buku2x syed naquib..susah sgt ko p kat PNM sana ade naskah manuskrip melayu..bile ko baca ko akan faham..dan kalao ade rezeki kena search lebih cari koleksi catatan tome pires, godinho eredia, jacob van neck(terutama tentang ratu2x yg memerintah patani)..tpi gambaran awal senang je ko tgok ukiran pada borobudur..yg membinanya adalh dr jalur dinasti sailendra yg ada kaitan dgn grahi dan adruja..ukiran2x kat monumen tu melihatkan attire umum zaman itu...dan kalao ko kate dorang bukan melayu..mmh silap besarlah engko..melayu bukan duduk negara malaysia mcm skrg ni ye..dulu srivijaya adalah empire melayu..yg terbesar dan pertama mencapai tahap gah..melaka ketika zaman gemilangnya pun tak mampu meluaskn jajahannya sebesar srivijaya..pendiri melaka parameswara pun mengaku dia pewaris srivijaya utk meningkatkan prestijnye bile mula2x mengasaskan melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 10:39 PM | Show all posts
mundu posted on 26-6-2013 12:10 AM
eh tak..ape kate ko baca buku dr MBRAS (malaysian branch of royal asiatic studies)..buku-buku rich ...

ramai Melayu Kini kehairanan macam mana Melayu boleh melupakan pakaian asal mereka dan kini berpakaian adat seperti orang2 di Sulawesi dan Laut Sulu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 12:31 AM | Show all posts
mundu posted on 26-6-2013 12:10 AM
eh tak..ape kate ko baca buku dr MBRAS (malaysian branch of royal asiatic studies)..buku-buku rich ...

Tak ada apa yang ko berjaya buktikan dengan hanya sekadar menyebut segala nama & buku itu semua.

Tentang Borobodur pula, berpandukan batu bersurat Sojomerto penjajahan Melayu Sailendra beragama Hindu bermula pada akhir kurun ke-7 .
Maka beberapa generasi kemudian apabila Borobodur dibina sudah banyak asimilasi genetik dan budaya antara bangsawan melayu sailendra dan bangsa jawa. Justeru pakaian berkemban yang terpahat di borobodur hanya memperlihatkan pengaruh jawa dan bukannya pakaian asal wanita melayu.

Seperkara lagi, penjajah melayu sailendra ini berasal dari negara melayu beragama hindu iaitu kedah dan bukan sriwijaya . Sepanjang kewujudannya sriwijaya sentiasa beragama buddha.
Kedah sudah punya empayar sendiri yang merangkumi semenanjung & jawa tengah sebelum menakluk sriwijaya sekitar 690an. Saya ulang : empayar kedah telah menelan empayar sriwijaya pada tahun 690an dan kemudian telah menggunakan identiti sriwijaya untuk seluruh empayarnya. Lepas seratus tahun lebih baru nama empayar kedah ditukar pula kepada Zabag.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 01:54 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 27-6-2013 12:31 AM
Tak ada apa yang ko berjaya buktikan dengan hanya sekadar menyebut segala nama & buku itu semua.
...

aku cuma nak share sumber pendapat aku..dr kajian2x yg dijalankan oleh org lain..utk berjaya membuktikan sesuatu kena dgn kajian bukan setakat taip dlm forum..kat forum kita boleh bincangkan saja..kalau ko ada sumber silalah nyatakan..aku pun ingin menambah ilmu...lagi pun sejarah ni berdasarkan bukti saksi bisu...pengkaji hanya sehabis baik membuat andaian dan mencantumkan puzzle yg berselerak

mcm teori batu seojomerto engko mengandaikan setelah beberapa generasi  percampuran melayu dan jawa si melayu hilang budayanya ditelan si jawa..selalulnya org yg menjajah akan mempengaruhi budaya artistik msyrkt yg dijajah..harus diingat org2x asia yg mengamalkan agama2x yg bersifat politiestik yg tiada masalah mencampur baurkan elemen agama mereka..ini diterjemahkan dlm adat dan juga seni binaan msykt itu..jadi kalao ko nak kata pd borobudur itu jawa..ya tidak salah tapi tidak juga tepat..nak kata melayu juga boleh..kita ambil contoh lain..seperti keris..bukti fizikal byk menunjukkan mulanya di jawa..pada borobudur juga ada ukirannya..tapi keris juga dominan dlm budaya melayu..melayu boleh klaim ianya sbhgian budaya mereka kerana sailendra adalah dinasti melayu..org jawa boleh klaim kerana borobudur terdpt dijawa..dan kalau ikut teori anda akibat bercampur budaya dijawa..melayu terus hilang dan adaptasi budaya jawa..ya memang jawalah keris itu..jadi keris itu melayu tak boleh nak klaim dia punya ke?...melainkan kalao anda nasionalis jawa totok ye memanglah anda kata melayu curi budaya jawa ...tetapi dulu percampuran budaya bukanlah masalah kpd melayu ato jawa..lagipun dlm pencantuman budaya ada 2 elemen yg bergabung utk mencipta sesuatu..dan utk menafikan ukiran di borobudur bukannya melayu dan ianya jawa total adalah andaian berat sebelah..lihat baba nyonya sbgai contoh..mereka mencantumkan elemen cina, melayu dan jawa..tak ada satu yg lebih dominan..walaupun ianya menjadi isu antara malaysia dan indonesia terutama pakaian kebaya..kajian sejarah asia tenggara dan orang melayu yg selama ini tidak dijaga dgn begitu baik oleh bangsanya sendiri..jadi byk misteri utk diselongkar lagi..itu yg bes psl sejarah..kita kena menilai tanpa menurut sentimen kenegaraan ato nasioanalisme era moden kita..dan berdasarkan bukit yg ada..kalo ada bukti kukuh ianya dari malaysia maka sanalah bermulanya..kalao ada di indonesia maka di sanalah bermulanya..aku percaya melayu dan jawa adalah dr jalur keturunan yg sama satu bangsa yg lebih lama..cuma sesetengah org kite sekrg bile mengkaji sejarah asyik terperangkap dlm perasaan romantism nasionalism ngara bangsa era moden warisan penjajahan belanda dan british dan asyik terperangkap dgn dogma keagamaan warisan arabisasi.

oh yeah  psl kemban aku nak tau apa pendpt engko psl pakaian siti wan kembang..sedangkan lapisan kain yg digunakan utk membalut tubuhnya dipanggil kain berKEMBAN jantan..mcm mana tu?..adakah pakaian tradisi warisan dr patani-kelantan itu bukan melayu? dan kalo mcm tu bagaimana rupa pakaian awal org melayu...dlm buku hugh low in court and kampong dia sendiri melihat pakaian harian wanita2x kelantan yg majoriti berkemban?..ini di era akhir abad 19 dan awal abad 20 dan psl empayar kedah boleh sy tau sumber pendpt anda? ...psl byk pendt lain..lgipun srivijaya penuh misteri ada kata dr india..ada kata dr champa..ada kata dr sumatra sendiri dll..anda mengandaikan ianya telah dijajah empayar kedah...tpi dr pendapt majoriti kedah hanyalah sbahagian kota pelabuhan dlm takluk sri vijaya yg berpusat di kedatuan di palembang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 01:57 PM | Show all posts
nobito posted on 26-6-2013 10:39 PM
ramai Melayu Kini kehairanan macam mana Melayu boleh melupakan pakaian asal mereka dan kini berpak ...

takde ape yg nak dihairan...melayu, bugis sulu, jawa, minang,banjar,aceh...kongsi byk persamaan budaya baik dr segi pakaian dan adat..bahasa pun dlm rumpun yg sama agama pun majoriti sama...dulu semua animis, hindu budha dan sekrag islam..nampa tak mainan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2013 11:24 PM | Show all posts
mundu posted on 29-6-2013 01:54 PM
aku cuma nak share sumber pendapat aku..dr kajian2x yg dijalankan oleh org lain..utk berjaya membu ...

Penjajah melayu sailendra banyak berkawin campur dengan bangsawan  jawa yang dijajah. Maka banyaklah budaya yang tercantum seperti pakaian berkemban jawa dan keris ciptaan melayu.

Keturunan baba nyonya pula hanya tiru pakaian melayu. Mereka tak ada langsung darah melayu. Cuma wanita indon serta orang asli yang kawin dengan cina kapir. Di tanah melayu dulu orang cina dipandang macam haiwan saja.

Hugh Clifford ada menyatakan tentang wanita kelantan berkemban tapi beliau juga menegaskan bahawa melayu kelantan dipandang hina oleh melayu negeri lain disebabkan cara berpakaian mereka serta beberapa isu lain. Maka pakaian berkemban tak boleh dikatakan sebagai pakaian bangsa melayu. Ia cuma pakaian melayu kelantan sahaja.

Palembang sebagai pusat sriwijaya hanya pendapat dari minda dungu George Coedes .
Banyak fakta bertentangan yang tak mampu ditangkis oleh teori lemah ini. Termasuk lah perbezaaan agama antara melayu sailendra hindu dan sriwijaya buddha yang telah saya timbulkan terdahulu.
Hujah -hujah lain yang membenamkan teori palembang sebagai pengasas sriwijaya adalah seperti berikut.

Batu bersurat Kedukan Bukit dengan jelas menyatakan bahawa palembang ditakluk dan dibina oleh penjajah dari Minanga Kamwar yang bermaksud 'Muara Kamwar'. Kamwar sudah tentulah nama lama bagi Kampar. Suatu sungai yang terletak di wilayah Riau sekarang.
Seorang biarawan buddha dari china bernama Yiching yang telah  bermastautin di srwijaya di zaman kebangkitannya menyatakan bahawa negara Malayu telah menukar namanya kepada Sriwijaya. Beliau juga telah mencatat kesemua 11 negara-negara buddha  di rantau itu dan Malayu adalah antara negara yng tersenarai manakala Palembang langsung tak tercatit.

Maka kesimpulannya ialah Malayu adalah pengasas empayar Sriwijaya dan negara Malayu terletak di satu satunya wilayah melayu di sumatra iaitu propinsi Riau.


Tapi empayar ini tak bertahan lama. Pada tahun 695 Yiching melaporkan sesuatu telah berlaku antara Kedah dan Sriwijaya.

Bila diungkap isi kandungan batu bersurat dari Chola (Larger Leyden Plate) pula kita boleh dapati bahawa wangsa Sailendra di Kedah adalah penguasa empayar Sriwijaya. Kedah merupakan satu-satunya negara yng pernah dikaitkan dengan wangsa sailendra oleh sumber sejarah sezaman dengannya.

Sementara itu catatan beberapa penulis Arab seperti :
1)Edrisi 1154 "raja Kalah Zabag dan pulau pulau berhampiran dengannya tinggal di bandar kalah",
2)Haraki 1132 pernah menulis tentang  ''zabag kalah"
3)manakala ibn al Fagih 902 menyebut "zabag kalahbar"
4)Sulayman 851 "zabag dan kalah ditadbir oleh raja yang sama"
kesemuanya memberi  gambaran jelas bahawa Zabag adalah empayar milik Kedah dan Raja Kedah adalah maharaja Zabag.

Selain itu terdapat kenyataan bahawa Sri Nata Kalah (Kedah) merupakan raja Zabag di dalam suatu buku oleh Tibbetts .

Sementara ibn Said  916 menyatakan bahawa Sribuza (Sriwijaya) adalah sebahagian dari empayar Zabag.

Dari kesemua  hujah di atas kesimpulan yang boleh diambil ialah Sriwijaya telah ditelan bulat bulat oleh empayar Kedah Sailendra dan empayar Kedah ini segera menukar namanya kepada sriwijaya dan seterusnya kepada Zabag.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 01:37 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 29-6-2013 11:24 PM
Penjajah melayu sailendra banyak berkawin campur dengan bangsawan  jawa yang dijajah. Maka banyakl ...

Terima kasih di atas pandangan anda berkaitan kedah dan sriwijya..tapi yg soal pakaian tu sy masih musykil..bagaimana utk tidak mengatakan kemban bukan pakaian melayu sedangkan org melayu kelantan memakainya secara meluas suatu ketika dulu..dan untuk menolak hujah itu dgn sekadar menjadikan faktor sentimen kenegerian melayu lain sebagai modal penafian realiti sebenar iaitu pakaian berkemban memang sebahagian dr warisan melayu suatu ketika dulu..kelantan adalah antara negeri terakhir yg mengamalkannya kerana masih kuatnya budaya melayu pra islam di sana..sekrg ni pun wayang kulit yg merupakan warisan era hindu budha msih ada di kelantan...walhal mengikut kajian dulu wyg kulit amat wujud & popular di serata semenanjung..jadi tak adil utk mengatakan pakaian berkemban bukan pakaian melayu...pakaian sebegitu adalah sebahagian dr cerminan warisan budaya lama org melayu sebelum era kesultanan islam..warisan2x lain ada pada tarian, permainan, adat, bahasa dll.

ya saya faham sentimen sesetgh melayu sekrg melihat kemban itu sbgi hina atao tidak sopan tapi harus diingat kajian sejarah haruslah bersandarkan bukti nyata bukan sentimen kita..pakaian sbegitu memang dominan seluruh asia tenggara baik bahagian tanah besar atao kepulauan..itulah sisa tinggalan pengaruh hindu budha yg dominan suatu ketika dulu..ianya mungkin memalukan pada mata org melayu islam yg jiwanya telah sebati dgn dogma agama2x ibrahim (judaisme,kristian dan islam)yg mementingkan penutupan tubuh badan utk menjadi sopan dan layak dipanggil bertamadun tpi tidak pada mata org melayu animis, melayu hindu dan melayu budha satu ketika dulu..tpi mcm sy kata kalao anda berpegang bahawa tamadun dan warisan melayu itu diukur dgn mengunakan perspektif islamnya..maka sejarah melayu hanyalah setakat dr mulanya era kesultanan islam melayu spt melaka..pakaian menutup tubuh spt baju kurung adalah pengaruh timur tengah yg dtg bersama agama islam..sebenarnya kepercayaan mereka saja tukar tapi bangsa atao etniknya tetap sama...lagipun anda tak jawab lagi mcm mna agaknya pakaian awal org melayu seblum memeluk islam..tak kan trus pakai baju kurung...kerana baju kurung lahir selepas era islam nusantara...lagi byk persoalan lain akan timbul...yalah kita boleh "cherry picking" tpi itu penafian sejarah namanya...anda boleh pilih
a) kemban ciptaan jawa dan keris ciptaan melayu
b) kemban ciptaan jawa dan keris pun ciptaan jawa
c) kemban ciptaan melayu dan keris pun ciptaan melayu
d) kemban ciptaan melayu dan keris ciptaan jawa
e) kemban ciptaan melayu & jawa, keris pun ciptaan melayu dan jawa.

papepun pilihan kita andaian dan tafsiran perlu dibuat berdasarkan bukti nyata bukan sentimen peribadi kita. warisan melayu terlalu luas..ni taip pakai aksara rumi ni pun akan jadi warisan melayu sribu thun lagi...katakanlah org zaman akan dtg yg ultra moden dan tidak tahu bagaimana cara hidup msyrkt kita kini terjumpe papan tanda bertulis rumi dlm bahasa melayu..ia tetap warisan melayu..intinya..rohnya..semangatnya masih melayu..biar pun pakai aksara rumi yg dicipta bangsa lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:45 PM | Show all posts
mundu posted on 30-6-2013 01:37 AM
Terima kasih di atas pandangan anda berkaitan kedah dan sriwijya..tapi yg soal pakaian tu sy masih ...

Pakaian berkemban seharian adalah sesuatu yang hina. Itu sebabnya orang kelantan dipndang rendah oleh melayu negeri lain.

sejarah haruslah bersandarkan bukti nyata bukan sentimen kita..

Yang ini saya setuju sangat.
Maka jangan jadi macam golongan jumud yang  sewenang wenangnya mendakwa kononnya melayu sebelum Islam semua berkemban.

Ulasan berkenaan cara berpakaian orang melayu telah direkodkan oleh pihak asing seperti cina sejak alaf pertama lagi. Tak ada langsung menyatakan bahawa wanita melayu berkemban. Jka anda boleh buktikan sebaliknya , sila kemukakannya di sini.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 12:04 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 1-7-2013 05:45 PM
Pakaian berkemban seharian adalah sesuatu yang hina. Itu sebabnya orang kelantan dipndang rendah o ...

tak perlulah defensif sgt?...boleh bgi jawapan yg lbih spesifik...kalao sy boleh pilih satu contoh buku dr era yg paling hampir dgn kita tentang amalan berpakaian org melayu di kelantan...boleh tak encik bagi sy catatan cina ato orang asing mana yg jadi rujukan..sebab byk mengikut dr komen saudara mereka telah MEREKODKAN cara berpakaian org melayu dan tak kata org melayu berkemban..jadi bagaimana pakaian mereka tu..ya kalau nak kata saya jumud tak apalah..dah memang ada bukti menyokong pndpt yg sy pegang ini..tapi ia boleh berubah asalkan ada bukti kuat..sy tak ikut sentimen..saya tak nak hipokrit..kalo ikut sentimen sy nak je ckp org melayu ni punye sejarah mcm org turki ottoman..lagi megah..lepas tu cube sedaya upaya memutar belit fakta dan buatlah salasilah raja ini dr keturunan raja tanah arablah yg ada kaitan dgn sultan muhamad al fatih..lepas tu yg paling bes putar lagi dia ada susur galur darah sahabat ato rasullullah..byk kat internet ni mcm tu takde sources yg sahih..main bedal je ikut suka dia..passion dan semangat dorang mengkaji sejarah bagus tapi method dan tujuan utk apa dikaji itu salah..sy tak nak syok sendiri..so sy nak tambah ilmu, boleh bagi sources sahih ato catatan ato buku yg boleh sy rujuk spt yg anda nyatakan tu?.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.354763 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list