CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - Puteri Wirawati Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 2-7-2013 02:51 AM | Show all posts
mundu posted on 2-7-2013 12:04 AM
tak perlulah defensif sgt?...boleh bgi jawapan yg lbih spesifik...kalao sy boleh pilih satu contoh ...

Kalo kelantan saja disahkan berkemban maka melayu kelantan saja lah yang pernah berkemban sepanjang sejarah. Tak boleh anggap itu cara berpakaian negara melayu lain.

Wang Dayuan serta Fei Xin mencatatkan bahawa wanita Melayu pakai baju

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 10:16 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:26 PM | Show all posts
mundu posted on 2-7-2013 10:16 PM
terima kasih

Sama-sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:39 AM | Show all posts
sekngucing posted on 10-4-2013 08:30 PM
adruja? bukan arduja ke?

Sebutan yang betul ialah ‘A-dru-ja’ (Adruja) - singkatan bagi sebutan “adhiraja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang.

Ibn Battuta pula menyebut nama Adruja sebagai ‘Urduja’.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 01:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:41 AM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
byk lagi kesilapan atau mungkin percanggahan tarikh..trutama tempoh hidup adruja..takkan hanya dr 1335-1345..hidup 10 tahun je?..mustahil..

Adruja memerintah selama 10 tahun iaitu dari tahun 1335 sehingga 1345. Itu BUKAN tempoh kehidupan Adruja di dunia ini. Tolong faham betul-betul ya… Adoi!

Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 01:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:44 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 9-4-2013 11:24 PM
Bullshit la weyh.

Grahi adalah wilayah etnik khmer.

Grahi BUKAN wilayah etnik Khmer. Grahi merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kedudukan kerajaan Grahi terletak di wilayah Surat Thani iaitu bersebelahan dengan kerajaan Tambralinga yang berpusat di wilayah Nakhon Si Thammarat.

Menurut manuskrip Yuan Shih, Maharaja China (dinasti Yuan) telah bertitah supaya wilayah Phetchaburi-Ratchaburi dijadikan sempadan kekal bagi orang Melayu dengan orang Siam (Thai).

Baginda juga memberi amaran keras kepada Raja Rama Khamhaeng supaya jangan menyerang orang-orang Melayu (Grahi dan Tambralinga) di utara Semenanjung Tanah Melayu lagi.

Maka, jelaslah di sini bahawa Grahi adalah wilayah etnik Melayu dan BUKANnya Khmer.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:01 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 01:50 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 19-4-2013 05:29 PM
Itu semua dongeng saja.

Urduja dalam catatan ibnu Batutta telah melancarkan banyak serbuan ke dalam wilayah siam.
Saya ada buku manuskrip ‘Pengembaraan Ibn Battuta’ dalam bahasa Melayu. Puas saya rujuk manuskrip tersebut tapi saya tak jumpa pun kisah tentang Puteri Urduja yang kononnya melancarkan banyak serbuan ke dalam wilayah Siam.

Biar saya ulang semula petikan ayat dari manuskrip Yuan Shih. Pada tahun 1294, Maharaja Yuan telah mengeluarkan amaran keras kepada Kam-ra-teng (utusan kerajaan Siam Sukhothai):

“Oleh kerana orang Sien (Siam) dan Mali-yu-erh (Melayu) sering berbunuhan sekian lama, maka kamu (Siam) hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”.

Menurut Mohd. Zamberi A. Malek di dalam bukunya yang berjudul Pensejarahan Patani:

“Menurut sarjana, pada abad kesembilan orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu cuba menyekat kemaraan orang Siam dengan bertindak menyerang Kota Lopburi. Pada tahun 1,000 Masihi, mereka (Siam) telah diserang oleh orang Mongol; memaksa rakyatnya berpindah semakin ke selatan dan ini sekaligus turut memberi ancaman kepada orang Melayu di utara Semenanjung”.

Menurut Nisriwani Yahaya dan Syed Zulflida S.M. Noor, peperangan di antara Sukhothai-Grahi (atau Siam-Melayu) ini telah pun bermula ketika Grahi masih di bawah pemerintahan Raja Sakranta (1253-1267). Raja Sakranta ialah datuk kepada Adruja Wijayamala Singa (yang digelar sebagai Puteri Urduja oleh Ibn Battuta).

Timbul satu persoalan di sini – Siapa yang serang siapa dahulu?

Jawapannya – Orang Siam yang mula-mula sekali menyerang orang Melayu. Sebab itu Maharaja Yuan bertitah, “…jangan mengganggu lagi orang-orang Mali-yu-erh (Melayu)”.

Sepanjang hidup Adruja Wijayamala Singa (Puteri Urduja), baginda TIDAK pernah melepasi sempadan wilayah Phetchaburi-Ratchaburi. Orang Melayu Grahi tetap berpegang teguh dengan janji mereka kepada Maharaja Yuan. Mereka hanya mahu mempertahankan tanah air mereka sahaja dan tidak pernah berniat untuk menjajah Siam Sukhothai.

Sebaliknya, orang-orang Siam di bawah pemerintahan Raja Rama Khamhaeng pula telah bertindak melanggar perjanjian tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Melayu Grahi.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 01:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:11 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 10-4-2013 12:15 AM
Anaknya Urduja diberi jawatan gabenor salah satu bandar terpenting negara iaitu Kaylukari setelah berjaya menewaskan satu lagi musuh dengan membunuh rajanya.

Kaylukari sudah pastinya  = Ligor

  • Puteri Urduja’ merujuk kepada Adruja Wijayamala Singa.
  • ‘Raja Tawalisi’ merujuk kepada Raja Sang Tawal (ayah Adruja).
  • China’ merujuk kepada kerajaan Siam Sukhothai (bukan dinasti Yuan / Mongol di China).
  • Raja China’ merujuk kepada Raja Siam Sukhothai (bukan Maharaja dinasti Yuan).
  • Negeri Tawalisi’ merujuk kepada negeri Serendah Sekebun Bunga – sebuah kesultanan Melayu yang diasaskan oleh Adruja pada tahun 1335. Oleh kerana Ibn Battuta tidak tahu berbahasa Melayu, maka sukar bagi beliau untuk menyebut nama negeri tersebut. Bagi memudahkan dirinya, maka beliau menggelar negeri tersebut sebagai ‘Tawalisi’ iaitu bersempena dengan nama Raja Sang Tawal.
  • Kaylukari’ merujuk kepada Kuala Krai - pusat pemerintahan Kesultanan Serendah Sekebun Bunga (negeri Tawalisi) yang terletak di jajahan Kuala Krai, Kelantan.
  • Pelabuhan Kaylukari’ merujuk kepada Pelabuhan Kuala Krai. Pada zaman dahulu, air Sungai Kelantan sangat dalam dan luas, sehingga kapal-kapal besar pun boleh mudik sampai ke hulu Sungai Kelantan (di Jajahan Kuala Krai).

Ibn Battuta ada menyatakan bahawa Puteri Urduja (Adruja) mempunyai seorang saudara lelaki yang sedang memerintah di sebuah negeri yang lain. Saudara lelaki tersebut merujuk kepada Raja Bharubhasa (abang kandung Adruja) yang pada ketika itu sedang memerintah Langkasuka.

Ibn Battuta ada menyatakan bahawa Puteri Urduja (Adruja) pernah membunuh seorang raja dengan memancung kepalanya. Raja tersebut merujuk kepada Raja Rama Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai yang mati dipancung oleh Adruja.

Satu lagi - Adruja Wijayamala Singa (Puteri Urduja) BUKAN seorang gabenor! Baginda adalah seorang RAJA PEREMPUAN dan PENGASAS negeri Serendah Sekebun Bunga. Ketika memerintah, Adruja menggunakan gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang I’.

Negeri tersebut telah dihadiahkan oleh Raja Sang Tawal sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan puteri tersebut yang telah memancung kepala Raja Rama Khamhaeng yang zalim. Ibn Battuta menyebut nama negeri tersebut sebagai ‘negeri Tawalisi’.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:16 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 02:20 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 10-4-2013 12:15 AM
Menurut ibnu Battuta (1344) negara yang diperintah raja Tawalisi ini telah berjaya memaksa maharaja mongol negara china untuk berdamai setelah berperang beberapa kali di laut.
Negara yang diperintah oleh Raja Tawalisi = kerajaan Grahi di utara Semenanjung Tanah Melayu.

Raja Tawalisi = Raja Sang Tawal, ayah kandung Adruja Wijayamala Singa (Puteri Urduja).

Negara yang diperintah oleh Puteri Urduja (Adruja) = Kesultanan Serendah Sekebun Bunga (negeri Tawalisi).

Maharaja Mongol Negara China = Raja Siam Sukhothai.

Bangsa Mongol Negara China = Bangsa Siam Sukhothai.

Laut (lokasi berlakunya peperangan) = Teluk Siam di Laut China Selatan.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:23 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 9-4-2013 11:24 PM
Tawalisi pulak raja melayu Tambralingga.

‘Raja Tawalisi’ yang disebut oleh Ibn Battuta sebenarnya merujuk kepada Raja Sang Tawal, Maharaja Grahi yang terakhir. Raja Sang Tawal ialah ayah kepada Adruja Wijayamala Singa (Puteri Urduja).

Tambralinga dan Grahi adalah dua kerajaan Melayu yang berbeza. Tambralinga terletak di wilayah Nakhon Si Thammarat manakala Grahi pula berpusat di wilayah Surat Thani.

Jangan keliru~

Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:28 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
Sebagai bandingan negara Melayu Tamralingga yang kecil banyak kali tewaskan mongol di laut hingga maharaja mongol terpaksa berdamai.

Dinasti Yuan (Mongol) di tanah besar China pernah (dan hanya) menyerang tiga buah kerajaan di Asia Tenggara:
  • Champa (di Vietnam)
  • Singhasari (di Pulau Jawa)
  • Kediri (di Pulau Jawa).

Ketiga-tiga ekspedisi ini telah GAGAL kerana gabungan kuasa ketenteraan Champa-Singhasari. Selepas itu, tiada lagi ekspedisi ketenteraan dihantar ke Asia Tenggara (termasuklah ke Tambralinga).

‘negara Melayu Tamralingga yang kecil’  = Kerajaan Melayu Grahi (bukan Tambralinga).

‘mongol’ = orang Siam Sukhothai.

‘Maharaja Mongol’ = Raja Siam Sukhothai.

‘Laut’ (lokasi berlakunya peperangan) = Teluk Siam di Laut China Selatan.

Jika benar kerajaan Tambralinga pernah diserang oleh tentera Dinasti Yuan (Mongol), sila berikan sumber pensejarahan dari negara China untuk membuktikannya.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:41 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 10-4-2013 12:15 AM
Tak ada serbuan oleh musuh dicatatkan oleh ibnu Batutta. Bahkan menurut beliau tentera di bawah pimpinan Udruja lah yang melakukan serbuan ke atas musuh.
Segala kisah tentang peperangan di antara Puteri Urduja (Adruja Wijayamala Singa) dengan musuhnya itu berlaku ketika zaman di mana Adruja masih lagi bergelar Puteri Grahi. Ibn Battuta mengetahui semua cerita tersebut melalui perbualannya dengan nakhoda kapal Pasai dan mencatatkannya di dalam buku Rihlah Ibn Battuta (Pengembaraan Ibn Battuta).

Selepas Grahi dimusnahkan oleh Siam Sukhothai, Adruja dan keluarganya telah berundur ke selatan Semenanjung Tanah Melayu. Kemudian, Adruja telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Serendah Sekebun Bunga (negeri Tawalisi) manakala abangnya, Raja Bharubhasa pula menjadi Raja Langkasuka.

Demi keselamatan, Puteri Urduja (Adruja) telah membina bandar Kaylukari (Kuala Krai) di kawasan pedalaman. Begitu juga dengan Raja Bharubhasa yang membina Kota Mahligai jauh di kawasan pedalaman Langkasuka. Tujuan mereka ialah untuk mengelakkan serangan dari tentera musuh, khususnya Siam Sukhothai.

Selepas kejatuhan Grahi, Puteri Urduja (Adruja) TIDAK pernah menyerang mana-mana negeri lagi kerana negeri ‘Tawalisi’ (Serendah Sekebun Bunga) masih berada dalam kedudukan yang lemah dan sedang dalam proses kebangkitan semula. Begitu juga dengan Langkasuka.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:47 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 13-4-2013 08:08 PM
Ketika ibnu batuta melawat mereka masih kafir

Ketika Ibn Battuta melawat negeri ‘Tawalisi’ (Serendah Sekebun Bunga), Puteri Urduja (Adruja) dan golongan pembesarnya sudah pun beragama Islam tetapi majoriti penduduknya masih lagi kafir. Pada masa yang sama, jumlah penduduk yang memeluk Islam juga semakin meningkat.

Pada mulanya, Ibn Battuta enggan pergi menghadap Puteri Urduja (Adruja) di istananya kerana beranggapan raja perempuan itu seorang kafir dan juadah yang dihidangkan tidak halal. Setelah mengetahui Adruja itu beragama Islam, baharulah Ibn Battuta sudi menjamah juadah yang dihidangkan.

Ada juga sejarawan yang berpendapat, kebanyakan penduduk negeri ‘Tawalisi’ pada ketika itu sudah pun beragama Islam tetapi mereka masih lagi menjalani cara hidup orang kafir. Ini terbukti apabila Hikayat Patani  ada menyatakan – walaupun orang Melayu Patani sudah beragama Islam dan tidak lagi makan babi tetapi mereka masih mengamalkan cara hidup dan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah minum tuak (arak).

Perkara yang sama diyakini turut terjadi di negeri ‘Tawalisi’ (Serendah Sekebun Bunga). Mungkin kerana majoriti penduduk Islam di negeri ‘Tawalisi’ masih lagi menjalani cara hidup orang kafir, maka tidak mustahil Ibn Battuta yang TERKELIRU terus menganggap mereka sebagai orang kafir.

Sebenarnya, bukan mudah nak ‘mengIslamkan’ orang Islam yang masih menjalani cara hidup orang kafir. Proses Islamisasi ke atas penduduk Nusantara mengambil masa puluhan hingga ratusan tahun lamanya.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 02:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:56 AM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
Artikel ni berbaur antara fakta sejarah dengan sedikit tokok tambah dan juga klaim2x tertentu yg tak tepat..contoh cerita tasbih dan orang tua yg beragama islam tu... zaman ni adalah era hindu budha sekitar awal abad 11..walaupun sudah ada hubungan dagang dgn org arab, parsi dan india muslim tapi...majoriti org asia tenggara termasuk puak2x melayu masih belum islam.

Sebenarnya, Islam sudah pun tersebar di Nusantara ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi). Baginda telah berjaya mengIslamkan Sri Maharaja Srindrawarman iaitu seorang maharaja Melayu yang memerintah kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi. Peristiwa itu berlaku pada tahun 718 Masihi. Malangnya, proses Islamisasi di Nusantara telah terbantut apabila empayar Srivijaya telah menakluk kerajaan Malayu pada tahun 730 Masihi.

Menurut Muhammad Hassan di dalam manuskrip Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Maharaja Durbar (atau Raja Phra Ong Mahawangsa) telah memeluk Islam pada tarikh 531 Hijrah bersamaan 1136 Masihi. Baginda menggunakan gelaran Sultan al-Muzaffar Syah dan merupakan nenek-moyang kepada semua Sultan Kedah.

Menurut Nisriwani Yahaya dan Syed Zulflida S.M. Noor di dalam buku 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda, Maharaja Grahi yang kedua iaitu Raja Sakranta (1253-1267) telah memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Raja Aminuddin. Baginda merupakan bapa kepada Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) dan datuk kepada Adruja Wijayamala Singa.

Menurut Syeikh Daud Abdullah al-Fatani (Tok Raja Faqih) di dalam manuskrip Tarikh Patani  - “Syahdan, maka adalah orang-orang Melayu Islam (di Langkasuka) pun berbantahan dengan orang-orang Melayu-Buddha kerana menyalin agama tidak serupa kedua-duanya. Akan tetapi, tiada (ter)jadi peperangan besar (di antara) kedua-duanya”.

Menurut Worawit Baru (Ahmad Idris) - “Di sekitar abad ke-10, orang Islam sudah ada di Patani (Langkasuka), dan di sekitar tahun 1150 ada mubaligh dari Patani (Langkasuka) pergi menyebar agama Islam ke Kelantan”.

Menurut Mohd. Zamberi A. Malek - “Abad ke-10 hingga ke-13, dianggap sarjana sebagai abad penyebaran Islam di Semenanjung. Sejak zaman Langkasuka, terdapat banyak saudagar Islam memulakan kegiatan dakwah dalam kalangan masyarakat tempatan”.

Menurut Godinho de Eredia (1613) - “Moreover the faith of Maumeth (Islam) was accepted in Pattane (Langkasuka) and Pam (Pura, located in Pahang) on the eastern coast of Ujong Tanah (Malay Peninsula),…. Later, it was accepted and encouraged by Permicuri (Parameswara) at Malacca (Melaka) in year 1411”.

Hakikatnya di sini – Islam sudah tiba di Nusantara sejak tahun 718 Masihi lagi dan proses penyebaran Islam menjadi semakin rancak pada abad ke-10 hingga ke-13, apabila munculnya beberapa buah kerajaan Islam seperti Samudera-Pasai, Kedah, Grahi, Langkasuka dan Serendah Sekebun Bunga. Proses penyebaran Islam kemudiannya telah diambil alih oleh Kesultanan Melaka.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 03:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:15 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
Selain Tambralinga ada satu lagi kuasa melayu di semenanjung bergelar Jawa yang dikhabarkan oleh Odoric of Pordenone (1323) sebagai telah mengalahkan negara mongol china setiap kali mereka bertempur.
Kerajaan ‘Jawa’ yang dikhabarkan oleh Odoric of Pordenone (1323) itu sebenarnya berasal dari nama ‘Javaka’ dan ia merujuk kepada Grahi – sebuah kerajaan Melayu yang berjaya mengalahkan kerajaan Siam Sukhothai (negara Mongol China) beberapa kali di medan perang.

Selepas Raja Chandrabhanu dari Tambralinga berjaya menakluk kerajaan Jaffna di utara Pulau Sri Lanka, muncul satu istilah baharu iaitu ‘Javaka’ dan ia mempunyai beberapa maksud:
  • Raja Javaka = gelaran yang diberikan kepada Raja Chandrabhanu dan puteranya, Raja Savakanmaindan (Raja Tambralinga terakhir). ‘Raja Javaka’ bermaksud Raja Melayu.
  • Orang Javaka = gelaran yang merujuk kepada orang Melayu atau sesiapa sahaja yang berasal dari Asia Tenggara. ‘Orang Javaka’ bermaksud Orang Melayu.
  • Kerajaan Javaka = gelaran yang merujuk kepada kerajaan Tambralinga - negeri kelahiran Raja Chandrabhanu dan Raja Savakanmaindan. ‘Kerajaan Javaka’ bermaksud kerajaan Melayu.

Oleh kerana Raja Savakanmaindan mangkat tanpa meninggalkan pewaris takhta, maka kerajaan Tambralinga telah dijajah oleh Grahi - sebuah kerajaan Melayu yang berpusat di wilayah Surat Thani, Thailand. Secara tidak langsung, gelaran ‘kerajaan Javaka’ juga turut diambil alih oleh Grahi.

Ini menjelaskan bagaimana tiga orang Maharaja Grahi iaitu Raja Surendra, Raja Sakranta dan Raja Sang Tawal mendapat gelaran ‘Maharaja Jawaka’. Orang Melayu menyebut ‘Javaka’ sebagai ‘Jawaka’.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 03:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:22 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
Untuk makluman, seawal kurun ke lima lagi semenanjung tanah Melayu pernah juga dikenali sebagai Jawa.
Kurang tepat. Sebenarnya SELURUH ASIA TENGGARA, bukan Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

Orang Arab pada zaman dahulu merujuk Asia Tenggara sebagai “Al Jazair Al Jawi” yang bermaksud Kepulauan Jawi. Orang Sinhala di Sri Lanka pula merujuk Asia Tenggara sebagai “Javaka”. Mengapa orang Arab dan Sinhala merujuk Asia Tenggara sebagai ‘Jawi’ dan ‘Javaka’?

Kedua-dua nama ini berasal dari “Javadvipa” – nama purba bagi Pulau Jawa. Sejak zaman dahulu hingga ke hari ini, orang Jawa merupakan kaum yang terbesar di Asia Tenggara. Maka, sesiapa sahaja yang berasal dari Asia Tenggara (walaupun orang itu bukan orang Jawa), dia tetap akan digelar sebagai 'orang Jawi' atau 'orang Javaka'.

Lama-kelamaan, istilah ‘Jawi’ dan ‘Javaka’ (yang berasal dari nama Pulau Jawa) itu tidak lagi merujuk kepada orang Jawa. Sebaliknya, kedua-dua nama tersebut telah digunakan bagi merujuk kepada orang Melayu. Dari sinilah, tulisan jawi (yang bermaksud ‘tulisan Melayu’) mendapat namanya.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 03:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 04:06 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
Negara Jawa semenanjung yang dimaksudkan adalah empayar Kedah. Setelah runtuhnya empayar Zabag Kedah di pertengahan kurun ke 13 , Kedah telah menukar nama untuk saki baki empayarnya kepada Jawa.
Sekali lagi, saya ulang...

‘Negara Jawa Semenanjung’ yang anda sebutkan itu sebenarnya merujuk kepada Tambralinga dan Grahi – dua buah kerajaan Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu. Sebutan yang tepat ialah ‘Javaka’ manakala orang Melayu pula menyebutnya sebagai ‘Jawaka’.

Istilah tersebut dicipta oleh penduduk Sri Lanka bagi merujuk kepada Raja Chandrabhanu (Raja Javaka), orang Melayu (orang Javaka) dan kerajaan Tambralinga (kerajaan Javaka).

Selepas Tambralinga dijajah oleh Grahi, gelaran ‘kerajaan Javaka’ itu juga turut diambil alih oleh Grahi. Pada zaman pemerintahan Raja Sang Tawal, Grahi merupakan sebuah empayar yang luas. Sempadan empayar Grahi di sebelah utara ialah wilayah Phetchaburi-Ratchaburi manakala sempadan di sebelah selatan pula ialah jajahan Kuala Krai (Kelantan). Kedah juga adalah sebahagian daripada empayar ini.

Pada pertengahan kurun ke-13, Kesultanan Melaka sudah pun wujud. Oleh itu, adalah terlalu lewat untuk mengatakan wujudnya ‘empayar Zabag Kedah’ di negeri Kedah pada ketika itu. Lagipun, kisah ‘empayar Zabag Kedah’ ini tidak pula dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Sejarah Kedah atau Tarikh Patani.

Kedah TIDAK pernah menukarkan namanya kepada ‘Jawa’, ‘Jawaka’ atau ‘Javaka’ mahupun dikenali sebagai ‘Zabag’. Sebutan ‘Zabag’ itu berasal dari nama sebuah tempat di wilayah Jambi iaitu Kuala Sabak. Dari nama Kuala Sabak itulah, para saudagar Arab pada zaman dahulu merujuk kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi sebagai ‘Zabag’.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 04:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 04:15 AM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
lagi satu dinyatakan tarikh ram khamheang tahun 1317 mati dlm pertempuran dan kepalanya dipenggal oleh adruja..tpi kalo ikut sumber rasmi ram khamhaeng hidup dr tahun 1247-1298..jad tarikh dah tak betul..hanya ada 2 kemungkinan..memang ramkhamhaeng yg di bunuh pada 1317 ato memang org lain..
Sebenarnya, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng dan tarikh 1317 itu ada dinyatakan di dalam salasilah raja-raja Kelantan zaman silam dan kisah-kisah riwayat lama di negeri Kelantan. Antara tokoh-tokoh yang pernah merujuk kepada sumber-sumber di atas ialah Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S.M. Noor, (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman dan Christopher Buyers.

Pernah tak saudara terfikir – dimana letaknya lokasi makam Raja Rama Khamhaeng? Sebagai seorang raja yang namanya dijulang tinggi menggunung, mengapa makamnya tidak pernah ditemui?

Sebenarnya, tiada makam untuk Raja Rama Khamhaeng kerana jasadnya sudah dihanyutkan di Teluk Siam (Laut China Selatan) oleh Adruja.

Thailand adalah di antara beberapa buah negara di dunia ini yang paling banyak memesongkan fakta sejarah. Kisah Raja Rama Khamhaeng yang mati dipancung oleh Adruja langsung TIDAK diceritakan di dalam mana-mana buku sejarah di negara tersebut.

Seorang raja Siam yang dikatakan sangat berani tetapi mati dibunuh oleh seorang puteri Melayu. Bagi pihak tertentu, peristiwa itu sangat memalukan. Itulah sebabnya mereka mengubah tahun kemangkatan Raja Rama Khamhaeng dari tahun 1317 kepada 1298, dengan harapan tiada siapa pun yang tahu tentang kisah raja tersebut yang mati dipancung oleh seorang puteri Melayu.

Malangnya, perbuatan mereka itu TIDAK BERJAYA SEPENUHNYA kerana nenek-moyang kita sudah pun mencatatkan peristiwa bersejarah itu di dalam manuskrip-manuskrip lama. Begitu juga dengan Ibn Battuta yang mencatatkan peristiwa tersebut di dalam buku Rihlah Ibn Battuta (Pengembaraan Ibn Battuta)

Sebenarnya, banyak lagi ‘fakta’ tentang Raja Rama Khamhaeng adalah palsu belaka. Kajilah sendiri…
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 04:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 04:37 AM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
dan klaim yg mengatakan arduja adalah satu2x nya wirawati di asia tenggara yg ada pasukan tentera wanita sendiri.. ini fakta yg salah..
Orang yang menulis artikel tentang Adruja ini sudah menyedari kesilapan tersebut. Sebenarnya, dia merujuk kepada satu sumber lama yang menyatakan Adruja sebagai satu-satunya wirawati di Asia Tenggara yang ada pasukan tentera wanita sendiri.

Selepas dia “post” artikel tersebut di internet, dia merujuk pula kepada pelbagai sumber baru. Dari situlah, dia terbaca tentang Keumalahayati dan pasukan tentera Inong Balee.

Itulah salah satu KEBURUKAN / KELEMAHAN bila kita merujuk kepada sumber lama dan tak “update” dengan sumber pensejarahan yang terkini.

Terima kasih kerana memberi teguran dan membetulkan ‘fakta’ yang salah ini…
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 04:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 04:54 AM | Show all posts
mundu posted on 20-6-2013 11:10 PM
ratu2x aceh terkenal dgn tentera inong balee yg dipimpin oleh kuemalahayati..
Fakta ini kurang tepat…

Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani (1636–1641), Aceh telah diperintah oleh empat orang ratu yang lemah. Ketika zaman pemerintahan mereka, pasukan tentera Inong Balee sudah TIADA lagi kerana Keumalahayati sudah lama meninggal dunia.

Keumalahayati hidup ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin II Mansur I Syah (1577–1589) sedangkan empat orang Ratu Aceh tersebut pula mula memerintah dari tahun 1641 sehingga 1699.

Begitu juga dengan pasukan tentera Seri Wijayamala yang dipimpin oleh Adruja Wijayamala Singa. Selepas Adruja mangkat, pasukan tersebut telah dibubarkan kerana tiada orang yang mengambil alih jawatan ketua pasukan tersebut.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 04:56 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.089072 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list