CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - Puteri Wirawati Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 5-7-2013 04:59 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 7-5-2013 12:30 PM
Zaman Pra Islam....
Ya, betul...

Adruja hidup pada zaman PRA-ISLAM – satu zaman di mana berlakunya proses pertukaran agama dari kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha kepada Islam di kalangan penduduk tempatan. Proses pertukaran agama ini biasanya mengambil masa yang lama dan melalui beberapa peringkat tertentu.

Orang Melayu-Islam yang hidup pada zaman ini masih menggunakan nama-nama yang berunsurkan Hindu-Buddha dan bahasa Sanskrit. Raja-raja Melayu yang hidup pada zaman ini pula mempunyai dua nama - nama asal (Hindu-Buddha) dan nama Islam. Contohnya:

  • Raja Sakranta (Raja Aminuddin) – datuk Adruja.
  • Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) – ayah Adruja.
  • Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) – abang Adruja.
  • Raja Singhadiraja (Raja Sulaiman) – abang Adruja (ada diceritakan dalam Sejarah Melayu).
  • Dewi Sudaksini (Siti Zubaidah) - anak saudara Adruja melalui abangnya, Raja Bharubhasa.

Pada zaman pra-Islam juga, budaya dan adat resam orang Melayu masih kuat dipengaruhi dengan kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha. Walaupun sudah memeluk Islam, namun mereka masih lagi minum tuak (arak), tidak mengerjakan solat dan masih buta Al-Quran.

Menyebarkan ajaran Islam dan 'mengIslamkan' orang Islam adalah dua perkara yang jauh BEZANYA. Fahamkan maksud dua perkataan tersebut...

Lagi satu - umat Islam TIDAK pernah diwajibkan untuk memberi nama-nama Arab kepada anak-anak mereka. Islam hanya menyuruh umatnya supaya memberi nama-nama yang membawa maksud yang elok kepada anak-anak, tidak kira dalam bahasa apa sekalipun.

Oleh itu, janganlah kita menghukum tokoh-tokoh seperti Adruja Wijayamala Singa atau Raja Sang Tawal sebagai orang kafir hanya kerana mereka memiliki nama yang berunsurkan Hindu-Buddha atau Sanskrit. Apa yang membezakan seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain ialah iman dan takwa, bukan namanya.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 05:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 05:42 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 10:15 PM
Lakaran dari Zhi Gong Tu pula memang boleh diterima sebab ia berdasarkan pemerhatian pelukis sendiri. Tapi soalnya betul ka itu lakaran seorang duta dari langkasuka ? Macam ada orang dalam internet sengaja buat terjemahan salah saja. Gambar hamba abdi orang asli yang dihadiahkan oleh pihak langkasuka cuba ditampilkan sebagai 'duta' langkasuka.
Gambar hamba abdi Orang Asli?

Sumber dari Zhí Gòng Tú itu sendiri sudah menyatakan dengan jelas bahawa gambar itu adalah gambar seorang DUTA dari Langkasuka. Ini diakui sendiri oleh Profesor Liang Liji dari Universiti Peking, China.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 05:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 05:48 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 11:33 PM
Menurut seorang duta china bernama Chang Chun (607) ibu kota Chih Tu ialah Seng Chih yang membawa maksud kota singa. Maka negara Chih-Tu sudah pastinya adalah Singora dan bukan Kelantan.
Yang ini baru betul dan tepat…

Profesor Liang Liji dari Universiti Peking, China juga ada menyatakan bahawa “Chih-Tu Guo” (Negeri Tanah Merah) itu letaknya di wilayah Songkhla (Singgora).

Menurut Tarikh Patani, ada sebuah kerajaan lama yang disebut sebagai Sanjura. Tidak syak lagi bahawa “Chih-Tu Guo” itu merujuk kepada Sanjura.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 05:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 05:57 AM | Show all posts
nobito posted on 7-5-2013 05:03 PM
Original Melayu berkemban dan menutup bahu dengan kain yg diletak atas bahu/selendang...
Kain yang diletakkan di atas bahu itu namanya Kain Sibar, bukan selendang.

Apa yang nobito katakan itu memang betul, cuma pemakaian kain sibar pada zaman dahulu hanya terhad kepada golongan istanawati sahaja. Contohnya - permaisuri, puteri raja, isteri para pembesar dan dayang-dayang istana. Orang perempuan dari golongan kebanyakan (rakyat jelata) hanya memakai kain kemban biasa sahaja, di mana bahagian bahu mereka terdedah.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 06:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 06:03 AM | Show all posts
nobito posted on 7-5-2013 03:40 PM
Baju kurung tu asal dr busana Bugis....

Baju kurung juga mungkin dibawa masuk dari Pakistan dan Bangla melalui Aceh (aku tak nak bias)
Orang Bugis TAK pakai baju kurung. Mereka pakai Baju Bodo.

Baju kurung dipercayai telah diadaptasi dari pakaian tradisional orang Mesir iaitu Jellabiya, yang bermaksud ‘baju longgar’. Potongan leher berbentuk tunik pada baju kurung adalah bukti pengaruh Timur Tengah, kerana bentuk leher tersebut dicipta dan dipakai oleh orang Arab zaman silam.

Pakaian ini dipercayai hanya wujud selepas kedatangan Islam di Alam Melayu. Nama ‘kurung’ itu bermaksud mengurung (menutup) badan, sesuai dengan syariat Islam yang mengajar umatnya supaya memakai pakaian yang tidak mendedahkan tubuh badan.

Menurut manuskrip Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), baju kurung ketika zaman Kesultanan Melaka merujuk kepada sejenis busana yang dipakai oleh lelaki dan perempuan Melayu. Menurut protokol diraja Melaka, sesiapa yang hendak menghadap Sultan Melaka perlu memakai baju kurung.

Bentuk baju kurung yang asal adalah ketat dan singkat. Tun Hassan Temenggung merupakan tokoh yang bertanggungjawab melonggar dan melabuhkan baju kurung. Dari situlah lahirnya Baju Kurung Cekak Musang (lelaki) dan Baju Kurung Cekak Musang (perempuan) yang berkolar.

Ketika Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar, baginda telah mencipta baju kurung versinya sendiri yang dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga (lelaki) dan Baju Kurung Teluk Belanga (perempuan). Jenis baju kurung ini tidak berkolar.

Baju Kurung Cekak Musang (lelaki) = Baju Melayu Cekak Musang.
Baju Kurung Teluk Belanga (lelaki) = Baju Melayu Teluk Belanga.

Istilah ‘Baju Melayu’ hanya digunakan di Malaysia sahaja sedangkan orang-orang Melayu di Indonesia dan Singapura masih menggunakan nama 'baju kurung' bagi merujuk kepada busana lelaki dan perempuan Melayu.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 06:09 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 06:16 AM | Show all posts
nobito posted on 16-5-2013 09:59 AM
Baju kebaya asli milik Jawa dan dipakai dengan menonjolkan payudara...

Ramai pengkaji sejarah percaya bahawa baju kebaya hanya wujud selepas kedatangan Islam di Alam Melayu. Nama ‘kebaya’ itu sendiri dikatakan berasal dari nama ‘abaya’ – sejenis pakaian orang Arab. Baju kebaya wujud hasil dari gabungan budaya Nusantara, Arab dan Cina (dinasti Ming). Hasil dari gabungan tersebut, maka lahirlah sejenis busana yang dikenali sebagai Baju Kebaya.

Itu bermakna baju kebaya bukan dicipta oleh orang Melayu. Sebaliknya, ia merupakan sejenis busana yang telah mengalami proses asimilasi selepas bergabungnya budaya tempatan dengan budaya asing.

Sumber pensejarahan terkini telah membuktikan bahawa kaum Baba dan Nyonya di Melaka merupakan golongan terawal yang memakai baju kebaya. Itulah pakaian harian mereka sejak dahulu lagi. Kemudian, busana tersebut turut mendapat perhatian segelintir wanita Melayu (khususnya golongan bangsawan) lalu memakainya dalam kehidupan seharian mereka.

Kaum Baba dan Nyonya sudah wujud ketika zaman Kesultanan Melaka lagi. Ketika zaman dinasti Ming, orang perempuan Cina tidak dibenarkan keluar merantau ke negara lain. Oleh kerana itu, para pedagang Cina di Melaka yang terdiri daripada lelaki telah mengambil wanita tempatan sebagai isteri mereka. Wanita-wanita tersebut merupakan hamba-hamba kafir yang terdiri daripada orang Jawa, Batak, Bali dan Orang Asli yang dibeli di pasar hamba.

Pada zaman tersebut juga, majoriti orang Jawa masih lagi kafir dan mereka diperintah oleh kerajaan Majapahit yang mana agama rasminya adalah Hindu. Pakaian harian kaum wanita Jawa pada zaman Majapahit adalah fesyen berkemban. Oleh itu, baju kebaya juga bukanlah busana ciptaan orang Jawa.

Baju kebaya itu seksi? Itu bergantung kepada jenis baju kebaya yang dipakai.

Pada zaman dahulu, baju kebaya masih lagi mengekalkan ciri-ciri kesopanan wanita Melayu-Islam. Antara contoh baju kebaya versi sopan ialah Kebaya Nyonya, Kebaya Panjang, Kebaya Riau-Pahang, Kebaya Chitty dan Kebaya Kota Bharu. Hanya baju kebaya tertentu sahaja yang menampakkan bentuk badan dan payudara seperti kebaya Saloma dan kebaya moden.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 06:39 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 06:44 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
jawa hanya pernah tewaskan mongol sekali saja. Itu pun dengan cara menikam dari belakang setelah terlebih dahulu dikalahkan tentera mongol.
Pada tahun 1292, angkatan laut dinasti Yuan (Mongol) telah menyerang kerajaan Singhasari di Jawa Timur. Pada ketika itu, Raja Kertanegara masih belum bersedia menghadapi serangan tersebut kerana baginda telah tewas dalam pergolakan di negerinya sendiri.

Selepas meraih kemenangan di Singhasari, angkatan laut dinasti Yuan (Mongol) telah menghadapi beberapa masalah:
  • Jumlah tentera yang sedikit (majoriti telah terkorban);
  • Bekalan makanan yang semakin berkurangan; dan
  • Bekalan senjata yang semakin berkurangan.

Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk berundur dan kembali pulang ke Beijing. Para sejarawan melihat pengunduran mereka itu sebagai suatu KEKALAHAN. Jika mereka terus menetap di Pulau Jawa, lambat-laun mereka pasti akan dikalahkan oleh angkatan tentera Raja Kertajasa atau Raja Jayakatwang dari kerajaan Kediri.

Pada tahun 1293, dinasti Yuan (Mongol) telah melancarkan serangan kedua ke atas Pulau Jawa. Raden Wijaya iaitu menantu kepada Raja Kertajasa (Raja Singhasari terakhir) mengambil keputusan untuk bersekutu dengan pihak Mongol dengan tujuan untuk mengalahkan Raja Jayakatwang dari Kediri.

Setelah Raja Jayakatwang berjaya dikalahkan pada 24 April 1293, Raden Wijaya memulakan langkah yang kedua iaitu menghalau keluar tentera Mongol dari bumi Jawa. Pada 31 Mei 1293, tentera Mongol di Pulau Jawa telah berjaya dikalahkan dan Raden Wijaya mendirikan kerajaan Majapahit.

Kesimpulannya - dua serangan tentera Mongol ke atas Pulau Jawa telah berakhir dengan KEKALAHAN. Pendek kata, Pulau Jawa TIDAK pernah dikalahkan oleh tentera Mongol (dinasti Yuan). Begitu juga dengan Champa. Selepas tiga kali gagal, tiada lagi ekspedisi ketenteraan dihantar ke Asia Tenggara.

Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 06:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 06:52 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-5-2013 05:55 PM
Menurut Dimasqi (1325) Kalah terdiri dari bandar Malayur, Lawri, Jawa, Fansur dan Kalah. Berukuran 800 x 350 batu. Nuwayri (1332) menyenaraikan satu kumpulan negara terdiri dari Fansur, Lawri, Malaiyur dan Kalah manakala ibnu Said di pertengahan abad ke-13 juga menyebut Fansur, Lawri, Malayur, Jawa dan Kalah sebagai satu gabungan.
‘Gabungan’ yang BotakChinPeng sebutkan ini sebenarnya merujuk kepada Empayar Chermin – sebuah persekutuan yang diasaskan oleh Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) – abang kandung Adruja Wijayamala Singa. Persekutuan ini merangkumi beberapa buah kerajaan iaitu:

  • Langkasuka;
  • Serendah Sekebun Bunga;
  • Kedah (Kalah);
  • Samudera-Pasai;
  • Lamuri (Lawri);
  • Barus (Fansur); dan
  • Champa.

Semua negeri di atas menjadi akrab kerana terjalinnya ikatan persaudaraan melalui perkahwinan diraja. Pusat pemerintahan Empayar Chermin terletak di Kota Mahligai, Langkasuka. Selepas Langkasuka dimusnahkan oleh tentera Siam Sukhothai pada tahun 1370, pusat pemerintahan Empayar Chermin telah dipindahkan ke Jiddah – sebuah kota yang terletak kira-kira tiga batu dari Bukit Panau, Kelantan.

Agama rasmi bagi Empayar Chermin ialah Islam. Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) menjadi Raja Chermin yang pertama. Selepas baginda mangkat, jawatan Raja Chermin telah diberikan kepada puteranya – Sultan Baqi Syah (anak saudara Adruja). Taraf kedudukan Raja Chermin adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan raja-raja tempatan yang lain.

Persekutuan Empayar Chermin juga telah bersekutu dengan Majapahit – sebuah kerajaan Jawa-Hindu di Pulau Jawa. Pada masa yang sama, kerajaan Malayu (Malayur) yang berpusat di Jambi merupakan wilayah jajahan Majapahit.

Kesimpulannya - apa yang dinyatakan oleh Dimasqi (1325), Nuwayri (1332) dan ibnu Said itu sebenarnya merujuk kepada Persekutuan Empayar Chermin yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 06:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 07:11 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 20-6-2013 11:49 PM
Bangsa melayu tak pernah ada pakaian berkemban walau pun sebelum masuk Islam. Wanita melayu berkemban semasa mandi saja
Fesyen berkemban merupakan pakaian perempuan Melayu yang PALING ASAS. Itulah pakaian asal bagi perempuan Melayu pada zaman dahulu sebelum wujudnya Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Puteri Perak, pakaian Zarith Gangga, busana Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Kaum wanita di Asia Tenggara pada zaman dahulu berkongsi satu persamaan – busana berkemban. Mereka menggunakan sehelai atau beberapa helai kain sarung atau batik untuk menutup badan mereka, di mana bahagian bahu akan terdedah.

Bagi golongan kerabat diraja, mereka akan berkemban dengan beberapa aksesori lain seperti:

  • mahkota atau kecopong (di kepala);
  • kain sibar (di bahu);
  • bunga malai (di leher);
  • sunting malai (di belakang telinga);
  • gelang kaki;
  • gelang tangan;
  • anting-anting atau subang;
  • rantai atau kalung;
  • sapu tangan; atau
  • kipas tangan.

Pemakaian aksesori yang ‘meriah’ ini sesuai dengan darjat mereka yang berasal dari golongan pemerintah. Bagi golongan inang dan dayang istana pula, mereka berkemban dan hanya memakai beberapa aksesori tertentu sahaja seperti kain sibar (di bahu) dan sunting malai (di belakang telinga).

Pakaian kemban versi sopan seperti Zarith Gangga (Perak) dan Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) pula berasal dari istana dan hanya wujud selepas kedatangan Islam.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 07:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:16 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 20-6-2013 11:49 PM
Pakaian berkemban seharian adalah sesuatu yang hina. Itu sebabnya orang kelantan dipndang rendah oleh melayu negeri lain.

Ia cuma pakaian melayu kelantan sahaja.

Ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, majoriti wanita Melayu di negeri Johor masih lagi berkemban. Sultan Abu Bakar yang tidak gemar dengan fesyen berkemban ini telah mencipta sejenis baju kurung yang dikenali sebagai ‘Baju Kurung Teluk Belanga’ yang tidak berkolar.

Sultan Abu Bakar mewajibkan semua wanita Melayu di negeri Johor supaya memakai Baju Kurung Teluk Belanga dalam kehidupan seharian. Sesiapa yang didapati mengingkari arahan tersebut, badan mereka akan disalut dengan lumpur dan diarak ke seluruh bandar atau kampung dengan tujuan untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Tindakan Sultan Abu Bakar ini sekaligus menyebabkan wanita Melayu Johor berasa takut untuk berkemban ketika berada di luar. Akhirnya fesyen berkemban dalam kehidupan seharian telah digantikan dengan pemakaian Baju Kurung Teluk Belanga.

Sebelum zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, pemakaian Baju Kurung Cekak Musang (lelaki dan perempuan) hanya terhad kepada golongan istana sahaja seperti kerabat diraja, keluarga para pembesar, dayang-dayang, awang-awang dan para tentera. Golongan kebanyakan (rakyat jelata) masih berkemban. Kod etika pemakaian ini telah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka dahulu.
Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 07:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:36 AM | Show all posts
nobito posted on 23-6-2013 03:02 PM
coli pakai tak?
Wanita Melayu pada asalnya TIDAK memakai coli.

Istilah coli berasal dari “choli” – sejenis pakaian yang dipakai bersama sari.

Choli pula mendapat namanya dari dinasti Chola.

Coli dibawa masuk ke Nusantara ketika zaman Hindu-Buddha.

Last edited by Sigap86 on 5-7-2013 07:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 12:11 PM | Show all posts
Terima Kasih Sigap86..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:30 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 07:36 AM
Wanita Melayu pada asalnya TIDAK memakai coli.

Istilah coli berasal dari “choli” – sejenis pak ...

Penjelasan yang bagus...harap mereka sedar teknologi Coli tu dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 07:24 AM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 06:52 AM
‘Gabungan’ yang BotakChinPeng sebutkan ini sebenarnya merujuk kepada Empayar Chermin – sebuah per ...
Kesimpulannya - apa yang dinyatakan oleh Dimasqi (1325),

salam. nama penuh dimasqi ni apa ye, pastu apa nama kitab dia yang masyhur tentang sejarah/sirah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:04 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 07:16 AM
Ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, majoriti wanita Melayu di negeri Johor masih lagi berk ...

Boleh bagi bukti ?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:07 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 07:11 AM
Fesyen berkemban merupakan pakaian perempuan Melayu yang PALING ASAS. Itulah pakaian asal bagi perem ...

Fesyen berkemban hanya paling asas di kelantan saja. Wanita di negeri melayu lain tak berkemban melainkan ketika mandi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 10:09 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 06:16 AM
Ramai pengkaji sejarah percaya bahawa baju kebaya hanya wujud selepas kedatangan Islam di Alam Mel ...

Baju kurung dan baju kebaya adalah rekaan melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:10 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 06:52 AM
‘Gabungan’ yang BotakChinPeng sebutkan ini sebenarnya merujuk kepada Empayar Chermin – sebuah per ...

Empayar Jawa naungan Kedah dicatat dengan terang dan jelas oleh tiga orang ahli geografi Arab yang sezaman dengannya terutama sekali Dimasqi.

“Empayar” Chermin anda pulak disahkan oleh siapa ? Lamunan sendiri ?


Last edited by BotakChinPeng on 6-7-2013 10:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:13 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 06:44 AM
Pada tahun 1292, angkatan laut dinasti Yuan (Mongol) telah menyerang kerajaan Singhasari di Jawa Tim ...

Apabila angkatan mongol mendarat di jawa, pihak singasari/majapahit terus tunduk dan membantu mereka menyerang Kediri. Setelah Kediri dimusnahkan tentera mongol, tentera Singhasari/Majapahit meminta izin untuk pulang  dan kemudian melancarkan serangan gerila keatas tentera mongol. Maka betul la apa yang saya kata . Jawa hanya pernah tewaskan mongol sekali saja. Itu pun dengan cara menikam dari belakang setelah terlebih dahulu dikalahkan tentera mongol.

Last edited by BotakChinPeng on 6-7-2013 10:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:19 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 05:42 AM
Gambar hamba abdi Orang Asli?

Sumber dari Zhí Gòng Tú itu sendiri sudah menyatakan denga ...

Ya. Sama ada hamba abdi atau wakil dari negara lain . Di satu halaman Zhi Gong Tu terdapat tiga gambar dengan ulasannya sekali. Salah satu daripadanya ialah gambar hamba abdi yang dibincangkan di sini. Jika benar ada lakaran duta langkasuka dalam halaman yang sama sudah tentu terdapat teks yang mengulas mengenainya. Masalah timbul apabila ada pihak yang hanya menerbitkan sebahagian sahaja halaman terbabit agar cuma gambar hamba abdi serta ulasan berkenaan duta langkasuka sahaja dapat dilihat.Tujuan mereka ialah umtuk memberi gambaran palsu. Kononnya orang kulit hitam berpakaian primitif itu adalah duta langkasuka.



Last edited by BotakChinPeng on 6-7-2013 10:22 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.084220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list