KUALA LUMPUR 21 April - Rezeki sebagai pelakon, tidak selamanya nama berada di puncak populariti.
Menyedari hakikat itu, pelakon paling popular, Shaheizy Sam memulakan bidang kerjaya baru dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya.
Diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.
"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," jelas Sam yang pertama kali membuka premis perniagaan makanan. - UTUSAN ONLINE
dia buka area mana ye? kt carrefour btho? atau belakang JJ jaya jusco? setakat ni lot shop banyak kt carrefour dengan belakang jaya jusco aeon cheras selatan...
restaurant adam belakang jj.. nama restaurant ct cafe.. serve masakan kampung, western food dan catering...
hari ni dia buat opening kan?? siap ajak fans club + makan2 utk anak yatim kalo tak silap..
untung la fans sam, kali ke berapa ntah dah bole rs air tgn sam
Post time 22-4-2013 12:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kat umah aku ni..ptt tghari td aku nmpk ad khemah kt area tu.aku mkn sbrg jalan.rupa2nya kedai sam.sok lusa aku nk try la..tp bkn nk kte ape la..situ dh ad steak house texas.dan kedai makan pyh sket nk survive.tp klo msk sdp,xde mslh aa..