|
CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam.
Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup.
Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada itu.
Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21.
“Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062,” katanya.
Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. “Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti,” katanya.
Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol,” katanya. Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah.
Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa.
Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang.
Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan.
Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun.
Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan “pertembuangn kuasa baik dan jahat.” - AP
sumber : myMetro
|
|