CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4241|Reply: 58

[Tempatan] BN guna Imam Masjid Nabawi dalam kempen PRU13

[Copy link]
Post time 25-4-2013 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Hari ni Najib berkempen di Kuantan berkongsi pentas bersama Imam Masjid Nabawi.
Hendak menunjukkan yg kerajaan pimpinannya dapat pengiktirafan dari Imam Masjid Nabi di Arab Saudi?
Apa pandangan tuan-puan sekalian?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar lpas kluar penjara dpt naik jet Saudi...   org nak bagi.

Najib???? Imam tu gigih dtg sendiri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:16 PM | Show all posts
bn... buat apa pun boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:18 PM | Show all posts
pi laa belajar abg jib....setakat bawa dok tengok melopong baik tak yah.....pi masuk kelas pengajian kat masjid nabawi lagi baik.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:19 PM | Show all posts
Imam tu kalau nak nilai politik Malaysia memang x boleh laa...
di bukan dok sini, dia taktau apa terjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:20 PM | Show all posts
brownstone posted on 25-4-2013 12:14 PM
Anwar lpas kluar penjara dpt naik jet Saudi...   org nak bagi.

Najib???? Imam tu gigih dtg sendir ...

dia siap tolak kann?dia pi jerman naik commercial flight je.lupa lak yg mana satu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2013 12:20 PM | Show all posts
syiar umno sudah sampai ke bumi madinah...hamdalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 12:22 PM | Show all posts
umno sudah mesra wahabi ka?

apa kata jakim?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 12:23 PM | Show all posts
Biography of Salah Al Budair - dari uncle google

Salah Al Budair, born Salah Ibn Mohamed Al Budair in Al Hafhouf in Saudi Arabia, is the permanent Imam of the Prophet's Mosque in Medina, Saudi Arabia. He is the eldest brother of Cheikh Nabil.

Salah Al Budair started leading prayers while he was still in the high school, in 1406 hijri (1985). Salah’s academic cursus took him to Al Oum Mohamed Ben Saud Islamic University for Sharia’s studies. Fresh out, he enrolled in the High Institute of Magistracy.

Cheikh Salah Al Budair hold the post of imam in Addamam, Arryad and finally in Al Madina, the Prophet’s Mosque.

Salah Al Budair is one of the most fascinating reciters of the Holy Qur’an.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:24 PM | Show all posts
najib nak berkempen dlm masjid ??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:26 PM | Show all posts
tepek la gambo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 12:32 PM | Show all posts
Sebelum ni dgn Muhyiddin di Wangsa Maju

http://www.mykmu.net/?p=29299

Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah Kagum Dengan Usaha BN
April 23, 2013

Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mendaulatkan Islam. Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam.

Menurut Syeikh Solah, BN telah berjaya meningkat dan mengembangkang syiar Islam serta berjaya mengimarahkan masjid dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan amalan saleh.

Kenyataan tersebut sekali gus merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan BN dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan di sebuah Negara Islam.

Jangan nanti ada pula puak PAS yang menghukum Syeikh Solah sebagai sesat kerana memuji kerajaan Malaysia. Dan jangan pula puak PAS menuduh beliau tidak faham politik kerana memang patut pun beliau tidak faham politik, sepertimana seorang Ulama yang sebenar.

Hakikatnya, Syeikh Solah bukan satu-satunya Ulama tersohor yang mengiktiraf kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan negara Islam yang baik, tetapi hampir kesemua ulama-ulama tersohor dunia memandang tinggi terhadap Malaysia.

Tiada siapa yang mampu menafikan bahawa tidak ada negara Islam yang mampu berdiri teguh, aman dan makmur walaupun bermasyarakat majmuk seperti Malaysia. Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar menghayati konsep kesederhanaan dalam Islam. Malaysia berpegang kepada asas yang padu namun terbuka tetapi di masa yang sama, tidak mungkin bertoleransi dengan sebarang amalan songsang yang bertentangan dengan Islam.

Kesederhanaan inilah yang membawa Malaysia ke tahapnya hari ini. Di kala negara Islam lain masih ragu-ragu untuk mengamalkan ajaran Islam yang meletakkan wanita di tempat yang sama dengan lelaki dalam pendidikan dan pekerjaan, Malaysia tidak pernah meraguinya. Di kala negara Islam lain masih bergelut dengan soal keturunan, mazhab, puak dan sebagainya, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu dan ekonomi ummah.

Walaupun masih tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan dalam usaha melahirkan ummah yang mampu menepati tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi, namun sekurang-kurangnya Malaysia telah berada di landasan yang pasti.

Malaysia tidak keliru antara adat dan agama dan Malaysia tidak terpedaya bahawa yang ekstrem itu adalah lebih baik. Di bawah Barisan Nasional, InsyaAllah, kedudukan Islam di Malaysia akan terus utuh di bawah naungan Raja-raja Melayu.

Yang mungkin menjadi masalah ialah kedudukan umat Islam yang sering dikelirukan oleh berbagai kelompok manusia yang menyamar menjadi Ulama mahupun pejuang kebebasan dan hak asasi manusia.

Malangnya, selain memahatkan perlembagaan dan undang-undang bagi memelihara agama dan akidah umat Islam, menyediakan platform dan prasarana bagi pembangunan Islam serta memberi segala macam peluang, bantuan dan ruang untuk menegak dan mengembangkan Islam, kerajaan tidak mampu mengetuk setiap satu rumah keluarga muslim di Malaysia untuk memelihara iman mereka.

Ini kerana, pembentukan peribadi murni dan kekuatan iman adalah tanggungjawab keluarga masing-masing, termasuk guru-guru agama yang mempunyai akses langsung kepada masyarakat.

Syeikh Solah secara tidak langsung telah mengakui hakikat ini apabila beliau mengiktiraf pencapaian Malaysia dari segi Islam. Maka, kata-kata beliau sewajarnya sudah cukup untuk menyatu-padukan kembali ummah yang telah terpecah.

Oleh itu, yakinlah bahawa kerajaan berada di landasan yang betul. Walaupun mungkin ada kepincangan di sana sini, namun destinasinya adalah tepat dan pasti. Justeru, perlu apa kita mengubah haluan yang mana arahnya juga belum pasti hatta landasan juga belum lagi dibina?

Ayuh kukuhkan landasan yang ada dan bergerak bersama kerajaan ke arah sebuah negara Islam bermasyarakat majmuk yang terus aman makmur dan sejahtera!

Beruang Biru
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:33 PM | Show all posts
aih..tiru tektik anwart nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:34 PM | Show all posts
tukar la lambang BN tu untuk najib/rosmah

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:35 PM | Show all posts
PM bawak PSY datang salah, bawak Imam masjid Nabawi datang pun salah...apa yang betulnya?? mustapa ali? nik najis?? peliwat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 12:36 PM | Show all posts
ataupun lim kit siang yang anti melayu pro zionis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:37 PM | Show all posts
tiru tektik pambangkang parti bebas gambar jam loceng
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:40 PM | Show all posts
umno dah sokong wahabi ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:40 PM | Show all posts
thessailly posted on 25-4-2013 12:35 PM
PM bawak PSY datang salah, bawak Imam masjid Nabawi datang pun salah...apa yang betulnya?? mustapa a ...

x der pemimpin dalam dunia nih yang naik pentas memperkenalkan penyanyi sebelum buat persembahan seperti Malaysia nih tapi macai mana kisah semua tuh

Imam masjid nabawi tuh x der masalah pun nak datang ... dia nak kata BN baik ... kami OK ajer sebab dia mungkin x dapat fakta yang tepat .. kalau dia tau UMNO nih suka songlap duit rakyat maka dia x akan memberi pendapat begitu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062601 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list