Ini ada berita panas ! Hadi telah arahkan secara terang-terang meminta pengundi agar menyokong calon Bebas Koh Boon Heng di DUN Damak Pahang.
Ini sudah membuatkan PKR marah! Dah la hari tu Hadi kata calon PKR edar Pil Kuda, penyokong Komunis. Sekarang mereka betul-betul marah kerana mereka mengharapkan calon PKR disitu, Dr Jamaluddin menang besar.
http://3.bp.blogspot.com/-8EdDed61dqE/UX1Bw4B1A8I/AAAAAAAALOg/e1mcGRH_8r0/s320/ktnhadisokong.jpg
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) menzahirkan sokongannya terhadap Dr Hamzah Jaafar (kiri)
dan calon Bebas DUN Damak and Koh Boon Heng (kanan).
Sokongan secara terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Mstar.
DUN Damak menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon BN yang penyandang, Datuk Lau Lee telah ditentang oleh Jamaluddin Abd Rahim (PKR) dan dua orang calon bebas, Mohd Nor Jaafar dan Koh Boon Heng.
Ini bukti tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakus. Dengan seminggu lagi menjelang hari pengundian, PKR, PAS dan DAP masih lagi bertelagah mengenai siapa yang berhak untuk bertanding di kerusi DUN Damak.
|