KUALA LUMPUR – Penyokong tegar pakatan pembangkang kini menjadi pembuli siber apabila mereka menjadikan internet sebagai medan untuk memaki hamun pelakon Azhar Sulaiman gara-gara pengumuman selebriti itu menyokong Barisan Nasional (BN).
Azhar, 41, mendakwa, beliau bukan sahaja dicaci, malah akaun Facebook miliknya turut digodam.
“Sampai sekarang akaun Facebook saya masih tidak dapat berfungsi,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin kerana melihat perbuatan itu sebagai ancaman keselamatan.
Menurut Azhar, kenyataan menyokong BN yang dibuat di dalam akaun Facebook miliknya bukan bermakna beliau mahu menjadi ahli politik, sebaliknya sekadar melaksanakan hak sebagai rakyat di negara demokrasi.
Sebelum ini, aktres antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Seri Michelle Yeoh turut dikecam dalam Facebook selepas beliau menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
p/s stetmen tiada daya penarik wlupun diluahkan oleh seorang artis...
|