CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22623|Reply: 177

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
Post time 7-5-2013 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum

I'm back!! kikiki poyo plak rsnya.. lama giler kot rsnya momey x mengarang ni..  tgh ada idea rugi plak kalu x luah
Mcm biasa, kalu ada sebarang komen, leh komen mcm biasa. Cerita momey ni tiada kena mengena ngan yg hidup atau mati.. enjoy!!!
Last edited by momey on 3-6-2013 04:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 04:39 PM | Show all posts
wksalam...errrr....mn citernya...:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2013 04:45 PM | Show all posts
awanjingga posted on 7-5-2013 04:39 PM
wksalam...errrr....mn citernya...:

hahahaha jap2.. dh nak post la ni hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2013 04:45 PM | Show all posts
Hakikat Sebuah Cinta~


Setelah selesai membaca Al-Quran yang menjadi rutinnya setiap kali selepas solat, wajah Dayana muncul difikirannya.

"Selalu sangat aku teringatkan dia. Padahal tak sampai sebulan kot aku kenal dengan dia. Selesa betul bila berbual dengan dia. Macam dah kenal lama. Dia ke yang aku cari selama ni? Tapi, Umi dan Abi setuju ke kalau dia jadi isteri aku? Adakah ini yang dinamakan cinta?"

Qaliff bercakap sendirian. Sebelum Dayana, dia ada juga berkawan dengan perempuan lain tetapi perasaan itu tidak sama macam mana perasaannya bila bertemu dengan Dayana. Pertemuan mereka kerana kebetulan adik Qaliff, Qairina yang ingin membeli cd terbaru Siti Nurhaliza penyanyi pujaannya itu. Disitulah bermulanya titik permulaan.

"Qaliff!! Buka pintu ni sayang.." panggil umi, ibu Qaliff seorang surirumah sepenuh masa di banglo mewah milik Haji Qarim.

Qaliff dengan cepat mengelap airmatanya lalu membuka pintu. Dia tersenyum memandang wajah ibunya itu.

"Ada apa, umi?"

"Teman ibu beli barang dapur jap.. bole?"

"Bole.. Tapi sekejap ya, umi.. nak tukar pakai seluar kejap."

"Ok.. Umi tunggu dekat bawah ye.."

Qaliff mengangguk lalu terus mencapai seluarnya berganti dengan kain pelekat yang dipakainya masa solat tadi.


                                                                          *****************

Dayana menyusun kepingan cd mengikut susunan abjad. Sesekali dia memandang handphonenya. Masih belum masuk mesej.

"Mana abang ni? Kata nak jumpa.. hmmm" bisik hati Dayana resah.

Tiba-tiba handphone berdering. Tertera nama 'my sweetheart'. Dengan senyuman yang lebar Dayana menjawab panggilan itu.

"Abang dah sampai ke? Yana dah lapar dah ni.." rayu Dayana yang manja itu.

"Yana, abang minta maaf.."

"Nape, abang?" Dayana mula merajuk.

"Abang nak kene teman umi pegi beli barang jap.."

"Abis tu Yana macam mane?"

"Qaliff!!! Cepat sikit, sayang.. Nanti lambat pulak Umi nak masak.." jerit Umi yang sudah berada di depan pintu.

"Yana, abang dah nak pergi ni. Apa-apa abang mesej k.. Assalammualaikum.."

"Tapi abang.."

Panggilan terputus. Dayana dengan perlahan menghembuskan nafasnya.

"Waalaikummussalam.." jawab Dayana dalam hati.

"Oiitt!!! Tengah-tengah hari buta macam ni orang pegi makan, ko plak duk berangan? hahaha" teguran Amani itu mengejutkan Dayana dari lamunan.

"Adoi ko ni.. Terkejut aku.."

"Berangan naik pelamin dengan Qaliff ke dengan Raziq?"

"Dua-dua sekali..boleh?"

"Amboi tamaknye hahaha.. Macam ni la, Yana. Aku rasa ko dengan Qaliff agak kureng sesuai.."

"Nape plak?"

"Dia dah la anak orang kaya. Keje Timbalan Pengarah tuuuu... Alim, solat tak tinggal. Mana padan ngan ko beb! Keje kedai cd je pun. Solat pun kejap wat kejap tak..hahaha.. Lagipun dia keturunan Syed kan? Dah sah-sah mak dia nak menantu keturunan Syed jugak kan?"

"Kalau jodoh tak ke mana.."

"Tapi kan, aku tabik la kat ko! Kau bole madukan si Qaliff dengan si Raziq tu tanpa pengetahuan mereka plak tu.."

"Haaaa..ko patut belajar dari aku tau!

"Yelaaa ko tu kan cantik..comel tapi kan, aku macam tak percaya Qaliff bole pilih perempuan macam ko ni!"

Dayana hanya ketawa kecil.

"Ko tak takut kantoi ke?" tanya Amani lagi.

Perkenalannya dengan Raziq lebih lama dari Qaliff. Kedua-duanya dia sayang tetapi cintanya hanya pada Qaliff tapi perasaannya sukar untuk melupakan Raziq.

"Hai sayang.." ucap Raziq manja tiba-tiba muncul lalu memeluk Dayana dari belakang.

"O'oo.. aku blah dulu ye..tak nak ganggu" kata Amani lalu beredar dari situ.

Dayana dan Raziq bertentangan mata.

"Dah makan ke?" tanya Raziq sambil mengusap rambut Dayana.

"Belom.."

"Jom! Saya belanja!"

"Yeayy!! Jom. Amani, aku kuar makan dulu erk!" jerit Dayana lalu beredar keluar dengan Raziq.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 07:49 AM | Show all posts
Semasa di dalam kereta..

Umi sesekali memandang anak kesayangannya, Qaliff itu. Qaliff perasan tetapi sengaja dia mendiamkan diri.

"Qaliff sihat ke?" Umi memulakan perbualan.

"Qaliff sihat. Nape umi tanya macam tu? Pucat erk muka Qaliff?"

"Umi rasa macam ada sesuatu yang Qaliff sembunyikan dari Umi.."

"Alamak! Betol la kata orang, naluri ibu yang sentiasa rasa dan memahami apa yang anak yang dikandungnya itu.."bisik hati Qaliff.

"Qaliff boleh kongsi cerita dengan Umi kalau Qaliff sudi.." Umi masih tidak berputus asa untuk mengetahui apa yang sedang membelenggu fikiran anaknya itu.

Qaliff dengan perlahan-lahan menghembuskan nafasnya.


                                                                   **************************


Di sebuah kedai makan berdekatan..

Dayana dan Raziq duduk bertentangan. Tangan Dayana digenggam rapat.

"Yana nak makan pe?" tanya Raziq yang sudah beristeri itu.

"Wife awak tak de kat rumah la ni erk?" Dayana seolah-olah memerli Raziq.

"Saya hantar dia dan Mimi balik kampung.."

"Balik kampung? Nape?"

"Mimi tak sihat. Demam campak. Sebab tu ingat nak berubat cara kampung."

"Hmmm.. so?"

"So sekarang tinggal kita berdua aje la." Raziq mula mengukir senyuman 'nakal' pada Dayana.

Dayana mula mengenali Raziq semasa di bangku sekolah lagi. Oleh kerana Dayana bukan pilihan keluarga Raziq, Raziq terpaksa mengahwini gadis pilihan keluarga Raziq. Namun, hubungan mereka berdua tidak putus begitu sahaja. Malah hubungan mereka lebih dari hubungan suami dan isteri walaupun Dayana tahu dan sedar Raziq sudah menjadi suami orang. Yang penting Raziq sentiasa beri apa yang dia mahukan termasuk rumah apartmen yang menjadi tempat mereka melepaskan rindu setiap kali ada peluang.


                                                                       ****************

Di kampung sebelah utara..

Pak Hassan memandang cucunya, Mimi sedang terbaring lemah di katil yang sengaja di letakkan di ruang tamu. Maria, isteri kepada Raziq hanya diam membisu. Sesekali Mak Bedah memandang Maria yang dari semalam hanya diam membisu sebaik sahaja ditinggalkan sekejap oleh Raziq sehingga Mimi sembuh.

"Raziq duk kawan lagi ka dengan pompuan tu, Maria?" Mak Bedah terus bersuara.

Maria masih diam membisu. Airmata yang bertakung dari tadi mula jatuh membasahi pipi.

"Abah kesian dekat hang, Maria. Cuba bawa bincang baik-baik. Masalah hampa dua ni perlu selesai dengan cepat. Hampa tak kesian ka tengok Mimi ni. Duk asyik tengok hampa dua gaduh jaa.. Mau tak nya asyik sakit ja Mimi ni.." terang Pak Hassan.

"Maria dah tak tahan la, abah..mak.. Maria dah buat keputusan nak minta cerai dengan Raziq." Maria bersuara.

"Jangan macam tu, Maria. Kesian kat anak..pertahankan perkahwinan hampa sebaik boleh. Perkara macam ni boleh selesai.." Pak Hassan cuba memujuk.

Maria diam. Dia sedar selama dia hidup dengan Raziq, tubuhnya sahaja digunakan untuk melepaskan nafsu. Dia bukan pilihan hati dan cinta Raziq. Memang dia menjadi mangsa keadaan sekarang. Difikirkan jodoh yang ditentukan keluarga akan membawa kebahagiaan namun apa yang disangkanya langsung tidak tepat!

Maria sudah menyedari hubungan suaminya itu dengan Dayana sebelum mereka berkahwin lagi. Memang dia mengambil risiko tetap mengahwini si Raziq. Diingatkan Raziq akan berubah setelah beristerikannya, namun meleset sama sekali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 09:39 AM | Show all posts
Qaliff masih tidak menjawab persoalan ibunya itu. Dibiarkan ibunya memilih sayur-sayuran segar di pasar basah itu. Qaliff mengeluarkan handphone dari poket kanan seluarnya. Tiada mesej yang masuk dan tiada 'miss call'.

Qaliff mula mendail no telefon Dayana. Panggilannya tidak dijawab. Qaliff cuba menghantar mesej.

[ Assalammualaikum, Yana.. Buat ape tu? Dah makan belom? ]

Setelah menghantar mesej pada Dayana, disimpannya handphone itu di dalam poket kembali.


                                                                  ********************

Sebelum turun dari kereta, Dayana masih sempat melihat handphonenya. Dia mula membuka dan membaca mesej yang di hantar Qaliff itu.

"Siapa yang hantar mesej tu?" tanya Raziq yang wajahnya seiras Remy Ishak.

"Ha? Err.. Amani. Dia..dia minta kita tapaukan dia nasi goreng ayam.." jawab Dayana hati-hati.

"Laaaa..dah terlambat la nampaknya! Say sorry to her..kita dah sampai pun kat kedai awak ni.."

"Tu la.. Ok la, awak."

Sebelum Dayana keluar dari kereta, Raziq sempat menarik tangan Dayana.

"Malam ni macam mana?" tanya Raziq dengan penuh lembut.

"Macam tak biasa.." jawab Dayana sambil menyentuh janggut Raziq lalu keluar dari kereta.

Raziq tersenyum nakal. Ditukarnya gear kereta lalu berlalu pergi. Dayana hanya memandang.

"Perghh!! Nyaris kantoi..nasib baik kau, Yana!!" bebel Dayana sendirian.


                                                          ***********************

Raziq yang sedang melayan lagu yang sedang berkumandang rancak diputarkan DJ radio itu terkejut dengan panggilan telefonnya. Tertera nama Maria di skrin.

"Apa lagi perempuan ni nak..adoiii!!" Raziq menjawab panggilan itu.

"Hello!" jerit Raziq.

"Abang.." Maria panggil dengan penuh lemah.

"Ada ape? Mimi macam mana?"

"Mimi macam tu jugak. Mak tengah tengok-tengokkan dia.."

"Abis tu, yang call ni kenapa?"

"Abang tak nak balik kampung ke?"

"Soalan ape ni? Ko duduk diam-diam kat kampung tu sampai Mimi sihat. Nanti dah sihat betul-betul baru call aku ok? Dah..dah! Aku busy ni!" Raziq terus mematikan talian telefon.

Raziq adalah anak tunggal pemilik Syarikat Maju Holdings. Dia juga adalah waris tunggal yang menguruskan syarikat itu setelah kematian ayahnya. Sekarang Raziq hanya tinggal bersama ibunya. Raziq menerima Maria kerana permintaan terakhir arwah ayahnya kerana arwah ayahnya terhutang budi dengan ayah Maria. Untuk membalas jasa, Raziq terpaksa mengahwini Maria yang langsung tidak dicintainya itu.

Telefonnya sekali lagi berdering. Tertera nama 'my mom' di skrin. Dia menjawab.

"Ada ape, mummy?"

"Malam ni mummy tak balik rumah tau.." jawab Datin Khaty dengan penuh ceria.

"Jantan dari mana pula yang mummy dapat tu? Macam happy jeee"

"Ade laaa.. Boleh buat bussines baik tau! Hihihihi"

"Nakal mummy ni erk.. Jangan sampai kene tangkap basah plak.."

"Alaaa..mummy dah biasa la! Don't worry my dear.."

"Yela..yela.. take care, mummy.."

"Oright! U too.."

Talian dimatikan. Setelah kematian Datuk Rahman, hidup Datin Khaty dan Raziq memang jauh terpesong dari landasan agama. Mereka bebas melakukan apa sahaja! Penuh dengan aktiviti kemaksiatan. Seolah tiada malaikat kiri kanan yang mencatit amalan baik buruk mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 09:43 AM | Show all posts
adoiiiaii mak ngn ank sama je perangai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 10:16 AM | Show all posts
awanjingga posted on 8-5-2013 09:43 AM
adoiiiaii mak ngn ank sama je perangai...

hihihihi sabar2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2013 10:58 AM | Show all posts
Setiba sampainya di rumah..

"Eh, awalnya Abi sampai.. Bukan sepatutnya flight Abi esok ke?" tanya Qaliff lalu mencium tangan ayahnya sebaik membuka pintu rumah.

"Rindu kat Umi kamu lee" jawab Haji Qarim sambil tersenyum memandang isterinya.

Umi berjalan dengan penuh senyuman lalu duduk di sebelah suaminya. Haji Qarim mencium dahi isterinya.

"Nakal ye Abi ni.. Dah tua-tua ni malu la sikit cakap depan anak tu.." kata Umi yang sudah kemerahan mukanya.

Qaliff ketawa kecil melihat gelagat ibu dan ayahnya. Dia cukup bahagia di didik oleh kedua ibu bapa yang penuh dengan kasih sayang dan yang paling penting hidupnya berlandaskan syariat agama.

"Qaliff, bole Abi tanyakan satu soalan tak?" tanya Haji Qarim dengan penuh sopan.

"Abi, Umi ke dapur ye nak masak.. Nanti bole kita makan sama-sama k.." Umi mencelah lalu beredar ke dapur.

Qaliff duduk bersebelahan ayahnya. Wajah ayahnya yang sudah berumur itu ditatapnya. Cukup tenang wajahnya!

"Abi nak tanya ape?" Tanya Qaliff dengan penuh debar.

Haji Qarim memegang bahu Qaliff.

"Qaliff sudah ada pilihan hati ke? Maksud Abi, bakal isteri.. Dah ade ke?"

Qaliff seolah dipanah petir! Dia tidak menjangkakan soalan itu yang akan ditanya ayahnya.

"Kenapa ya, Abi?"

"Jawab dulu soalan Abi.."

"Ermm.. jujur Qaliff katakan yang Qaliff sedang berkenal kenalan dengan seorang gadis.."

Haji Qarim sedikit terkejut dengan jawapan Qaliff.

"Dah lama?"

"Eh, belum sampai sebulan pun kami kenal..Abi.."

"Owh yeke.."

"Nape, Abi?"

"Macam ni.. Kalau Qaliff belum ada sesiapa lagi Abi ingat nak satukan Qaliff dengan anak kawan baik Abi yang dekat Arab Saudi tu. Cantik sangat anak gadis dia. Sopan santun..pandai jaga hati orang tua.."

Qaliff diam. Apa yang perlu dia jawab?


                                                                  ********************

Sebaik sahaja waktu kerja tamat, Dayana terus 'punch out' dan keluar dari kedai musik itu. Kereta BMW Raziq sudah berada di hadapan kedai. Dayana tersenyum keriangan memandang Raziq. Sebelum masuk ke dalam kereta, Dayana sempat mengambil handphonenya lalu di'off' kan telefon itu.

"Hai sayang.." ucap Raziq yang segak berkaca mata hitam itu.

"Hai.." Dayana terus mengucup pipi kiri Raziq.

"Kita balik rumah kita terus la erk.."

"Alaa awak ni!! Sabar la sikit.. Saya tengah lapar ni. Kita makan dulu erk??" jawab Dayana manja.

"Tak nak makan saya dulu ke??"

"Sabar la kejap erk.." Dayana mengusap rambut Raziq dengan penuh goda.

"Yelaa.." Raziq terpaksa akur dengan permintaan Dayana itu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 03:37 PM | Show all posts
Qaliff merebahkan badannya di atas di atas katil yang empuk itu. Diambilnya handphone yang sudah berada di sisinya itu.

"Nape Yana tak balas mesej aku? Merajuk ke? Jap aku try call dia.."

Qaliff mula menghubungi Dayana. Dayana mematikan talian telefon. Qaliff risau. Adakah sesuatu sedang berlaku pada Dayana?

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk. Qaliff perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Muncul wajah tenang ibunya di muka pintu.

"Eh, Umi.. Ada ape?"

"Kawan Qaliff.. si Naufal ade kat ruang tamu bawah tu.."

"Naufal? Apa yang dia nak malam-malam ni?"

"Pergi la jumpa dia kat bawah tu.. Umi buatkan air jap.."

Qaliff mengangguk lalu menuruni tangga menuju ke ruang tamu.



                                                                          ***************


Raziq memberhentikan keretanya betul-betul berhadapan dengan sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur ini. Dayana hairan. Mereka sepatutnya terus pulang ke apartmen setelah selesai makan malam.

"Kata lepas makan nak terus balik rumah?" Dayana musykil.

"Aik? Siapa yang tak sabar sebenarnya ni? hihihi.. kita enjoy dulu la erk? Nak balik pun macam awal lagi." jawab Raziq sambil membetulkan rambutnya.

"Tapi esok Yana keje laaa.."

"Alaaaa jom la! Please sayang..." Raziq keluar dari kereta. Kemudian dia tolong membuka pintu kereta untuk Dayana.

Dayana terpaksa! Kalu tidak diturutkan, mau lebam lengannya dicubit. Itu baru cubit, kalau ditendangnya? Mau kena tahan wad 2,3 malam di hospital. Raziq memang terkenal dengan panas barannya. Dayana terpaksa akur dan menerima Raziq kerana Raziq la lelaki pertama yang telah meragut daranya!


                                                                     ***********************


Naufal tersenyum sebaik sahaja wajah Qaliff muncul dihadapannya. Mereka kemudian berjabat tangan dan saling berbalas pelukan.

"Kau sihat ke, Naufal? Lama tak jumpa kau.." Qaliff duduk bertentangan dengan Naufal.

"Aku alhamdulillah sihat. Makin sihat kot! Hahaha tengok perut aku yang boroi ni."

Qaliff dan Naufal berbalas ketawa. Mereka berdua sahabat rapat sudah 15 tahun.

"So, sekarang kau dah habis study la kan? apa rancangan kau lepas ni?" tanya Qaliff tenang.

"Ntah la. Aku tak fikir lagi pun. Letih study pun tak abis lagi kot hahaha.. Eh! Kau tak kuar dating ke? Dengan sape pompuan tu? Haaa..Dayana kan? Baiknya kau duduk kat rumah.."

Qaliff dan Naufal tidak pernah merahsiakan apa-apa jua dalam setiap perkara. Mereka sentiasa kongsi bersama dan sentiasa bertukar pendapat.

"Aku ade mesej dia petang tadi. Dia tak balas. So, tadi aku ada cuba call dia. Tapi dia off handphone la plak.."

"Dia ada lelaki lain kot.."

"Yeke? Aku rasa tak laa.."

"Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?"

Tiba-tiba Umi datang dengan membawa sedulang air.

"Jatuh cinta apa ni? Siapa yang jatuh cinta? Naufal ke?" Umi menyampuk lalu ketawa kecil.

Qaliff dan Naufal saling berpandangan. Naufal faham bahawa Qaliff belum bersedia untuk menceritakan hal ini pada kedua orang tuanya.

"Saya yang jatuh cinta, Umi.. Jatuh cinta dengan kopi panas Umi yang kaw ni!!" Jawab Naufal lalu meneguk sedikit air kopi itu.

Naufal tersembur. Air kopi itu panas!

"Mak aiii..panasnya, Umi!" Naufal mengelap mulutnya yang basah itu.

Umi dan Qaliff sudah berbalas ketawa. Qaliff lega! Naufal penyelamat dirinya. Qaliff belum bersedia untuk berterus terang buat masa sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 04:18 PM | Show all posts
Dayana hanya duduk di sofa sambil memandang Raziq yang kusyuk menari rancak di pentas utama bersama gadis-gadis yang mengelilinginya. Kemudian dia memandang air kencing syaitan itu dihadapannya. Dia terasa sungguh berat hendak menyentuh air kotor itu tidak seperti malam sebelumnya. Diikuti wajah Qaliff yang sesekali muncul di kotak fikirannya.

"Kalau Qaliff tahu aku bukan perempuan yang suci, adakah dia terus tinggalkan aku?" bisik hati Dayana.

Raziq tersedar Dayana keseorangan. Dengan terhoyong-hayang dia berjalan ke arah Dayana. Kemudian dia mengambil air arak di meja hadapannya itu lalu dihulurkan pada Dayana. Dayana hanya memandang.

"Nape tak minum? Penuh lagi ni.."

"Belum haus.."jawab Dayana ringkas. Padahal dia mula rasa kurang selesa pada malam itu.

"Nape ni? Yana dah ngantok ke?"

"Ntah la.. Jom balik! Tak sedap badan plak rasa.."

"Yela. Jom.. "

Raziq dan Dayana keluar dari kelab malam tersebut. Raziq masih pelik dengan perangai Dayana yang tiba-tiba berubah itu. Selalunya pantang diberi air kencing syaitan itu, habis ditunggangnya seperti menelan air teh o ais!


                                                                   *******************

Setelah Umi berlalu pergi ke dapur semula, Qaliff dan Naufal sambung bercerita.

"Thanks, Naufal. Aku bukan tak cerita tapi aku belum bersedia.."

"Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?"

"Tidur tak lena..mandi tak basah.."

"Berak lepas tak?"

"Hahahaha..siot je kau ni! Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia la, Naufal.."

"Tak sampai sebulan kau kenal dia kan? Tu pun baru 2 kali kau keluar dengan dia. Tu pun sembang dekat kedai dia je kan?"

"AKu pun tak faham dengan perasaan aku ni.."

"Aku takut laa.."

"Kau takut apa, Naufal?"

"Aku takut dia hanya mainkan perasaan kau. Dari ciri-ciri yang kau ceritakan kat aku tu, nampak macam dia bukan perempuan yang baik.."

"Insyaallah aku boleh ubah dia.."

"Makan masa kot! Silap-silap dia yang ubah kau..hahahaha hancur!"

"Aku tak boleh lupakan dia.."

"Pelik la! Apa yang ada pada perempuan tu?"

"Tu la pasal..aku pun tak tahu kenapa dia yang aku pilih! Kalau kau nak tahu, Naufal.. Abi aku nak aku kahwin dengan anak kawan baik dia. Mati la aku! Apa aku nak jawab ni?"

"Terus terang je la. Apa susah?"

"Nak ke Umi dan Abi aku terima menantu macam Dayana tu?"

"Kau tanya aku plak? Bukan perempuan tu pilihan kau ke? Kalau betol-betol nak, serius la sikit beb!"

Qaliff terdiam. Apa yang perlu dia buat?


                                                               **********************

Sejurus sampai di rumah, Dayana terus merebahkan punggungnya di sofa. Raziq datang lalu mengucup bertalu-talu pipi gebu Dayana itu. Dayana kurang selesa. Dia menolak Raziq lalu berdiri.

"Yana nak tido.." kata Dayana lalu beredar masuk ke dalam bilik namun sempat tangannya direntap Raziq.

"Nape ni? Apa yang tak kena?" Raziq mula meninggikan suaranya.

"Tak ada apa-apa..Yana letih"

"Tipu! Baik cakap kenapa?!"

"Boleh tak jangan paksa Yana? Yana cakap tak ada apa-apa..tak ada apa-apa laaa!!!"

Raziq tanpa banyak soal terus menampar pipi kiri Dayana. Dayana jatuh terduduk. Dia menangis. Raziq sudah hilang sabar. Ditanya baik-baik tetapi Dayana seolah tidak membalas layanannnya. Dibukak tali pinggangnya disusuli zip seluarnya.

"Yana tak nak laa!!!!"

"Aku nak!! Bila aku nak, kau mesti kena bagi!!"

"Yana tak nak!!!!!"

Sekali lagi Dayana ditampar. Dirinya lemah. Raziq mengambil kesempatan. Tubuh Dayana diratah lagi. Dayana tidak terdaya untuk melawan. Dia kaku! Wajah Qaliff muncul di fikirannya. Airmata mula mengalir membasahi pipi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 04:46 PM | Show all posts
Pada keesokkan pagi..

Qaliff menuju ke meja makan. Abi dan Uminya sedang menjamu selera.

"Assalammualaikum Abi.. Umi.." Qaliff memberi salam lalu menarik kerusi di sebelah Uminya lalu duduk.

Umi menyenduk nasi goreng lalu dihulurkan pada Qaliff.

"Nak Umi suapkan tak?"

"Eh, tak pe.. Qaliff leh makan sendiri.."

"Abi, tengok tu! Dah besar malu pulak bila Umi nak suapkan makan.." Umi seperti merajuk.

"Alaaa..Umi merajuk la pula. Yela..yela. Umi suapkan Qaliff.."

"Hahaha..tak payah layan sangat Umi kamu tu, Qaliff. Dia merajuk dengan Abi sebenarnya.."

"Nape Umi merajuk ni, Abi?"

"Umi ajak Abi pegi shopping hari ni tapi hari ni kan Abi ada meeting kat Taiping.."

"Laaa yeke? Kalau macam tu biar Qaliff yang wakilkan Abi. So, boleh la Abi temankan Umi shopping k.."

"Betol ke ni, Qaliff?" Umi sudah tersenyum kembali.

"Betol.." Qaliff terus mengucup pipi ibunya itu.

"Amboi! Suka la tu.." Abi turut tersenyum melayan karenah isterinya masih seperti kebudak-budakan itu.

"Abi..Umi.. Bila adik nak balik erk?"

"Rasanya cuti semester start minggu depan. Minggu depan la baru dia balik.." jawab Haji Qarim.

"Hmmm bagus la macam tu. Boleh la adik temankan Umi nantikan?"

"Boleh sangat-sangat.."

Mereka berbalas ketawa.

"Qaliff, macam mana dengan cadangan Abi semalam tu? Dah fikir ke?" tanya Haji Qarim lalu meneguk air masak.

Qaliff tersentap! Ingat ayahnya sudah lupa. Qaliff diam.


                                                               **********************


Sebaik sahaja Dayana sampai di kedai musik, Amani terus mendekati dirinya.

"Nape dengan muka kau ni, Yana? Abis lebam! Ni mesti Raziq yang belasah ko kan?"

"Tak ada apa-apa laa.." jawab Dayana sambil menyimpan begnya di dalam loker yang telah disediakan untuk pekerja disitu.

Dayana mula memegang perutnya. Sesekali dia terimbas waktu Raziq mengkasari dirinya pada malam semalam.

"Aku rasa baik kau tinggalkan suami orang tu!! Dia tak layak untuk ko.."

"Kau tak tau ape-ape baik kau diam.."

"Kau ni dah kenapa?"

"Aku preggy!! Kau tahu tak aku preggy!!!"

"Ha??? Ko ni biar betol?"

"AKu check sendiri pagi tadi..double!! Patut la aku rasa tak sedap badan semenjak dua menjak ni.. Dah la semalam Raziq leh 'balun' aku kasar gile kot!!"

"Nak pegi check doktor tak?"

"Aku nak gugurkan kandungan ni!"

"Jangan!! Jangan, Yana.. Baby ni tak bersalah.."

"Habis tu? Kau nak aku usung perut ni kehulu kehilir seorang diri?"

"Macam mana leh terbabas ni?"

"Patutla period aku lewat! Adoiiiii!!!!!!"

"Qaliff?"

"Qaliff? Hmmm.. Aku macam dah dapat idea bila kau sebut nama Qaliff.."

"Haaa kau pikir ape plak ni? Ko jangan nak macam-macam sangat, Yana.. Qaliff tu budak baik!"

Dayana tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2013 07:57 AM | Show all posts
Qaliff memandu sendiri ke Taiping. Sekali lagi dia cuba menghubungi Dayana namun masih belum dijawab. Qaliff seolah-olah dibomohkan Dayana. Setiap hari makin kuat perasaan dan ingatannya pada Dayana.

"Adakah Kau sedang mengujiku, Ya Allah..." bisik hati Qaliff.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Dayana di skrin telefonnya. Qaliff tersenyum. Diberhentikan keretanya di bahu jalan. Kemudian panggilan itu dijawab.

"Assalammualaikum.." Qaliff memberi salam.

"Waalaikummussalam. Hai abang.."

"Yana pegi mane? Abang mesej Yana tak balas pun. Yana ada masalah ke?"

"Yana ok aje.. cuma ada hal sikit semalam."

"Hal ape?"

"Err..tak ada ape-ape laa..pasal kerja!"

"Owh yeke.."

"Tengah hari ni kita jumpa nak?"

"Tengah hari ni? Alamak, sorry la Yana.. Abang on the way pegi Taiping ni. Ada mesyuarat.."

"Alaaaa.. Abis tu, bila abang balik?"

"Lewat petang ni baru on the way balik KL semula.."

"Owh..tak tidur sana la erk?"

"Tak de laa.. Bukannya jauh pun ulang alik KL ke Taiping ni."

Dayana diam. Qaliff merasakan ada sesuatu yang Dayana hendak luahkan padanya.

"Yana.. Yana ok ke ni?" tanya Qaliff.

"Yana nak jumpa abang la.. Ada sesuatu yang Yana nak tanya pendapat abang.."

"Boleh je kalau nak jumpa tapi bukan sekarang la. Nanti abang dengan Yana sama-sama free kita jumpa k?"

"Yelah. Abang hati-hati drive tu.."

"Insyaallah. Yana jaga diri ye.."

"Ok.."

Talian dimatikan. Qaliff tersenyum sendirian. Adakah sudah sampai masanya Qaliff bertindak?


                                                            ********************

Raziq menuju ke ruang tamu rumah ibunya itu. Punggung direbahkan di atas sofa. Dipandangnya ibunya yang keletihan melayan tidur di sofa sebelahnya. Ibunya, Datin Khaty masih tampak muda, bergetah seperti anak dara. Tidak hairanlah setiap malam ada sahaja lelaki yang ingin mendampinginya. Perubahan itu berlaku sebaik suaminya itu meninggal dunia. Harta yang banyak ditinggalkan dihabiskan dengan memenuhi tuntutan nafsu yang serakah itu!

"Mummy..bangun! Dah nak masuk tengah hari dah nii.." kejut Raziq dari jauh.

Sesekali Datin Khaty membuka matanya.

"Mummy letih laaa.."

"Letih yee.. Brapa orang sekali mummy 'balun' semalam?"

"3 orang kot! Hahahaha"

"Mak aiii! Ganas siot! Hahahaha Dah..dah pegi mandi la, mummy. Raziq ingat nak keluar jap ni.."

"Jumpa Yana la tu!"

"Macam biasa la.. Eh, mummy! Yana pregnant la!! Macam mana ni?"

"Adoi ko ni. Macam tak pernah handle.. Pergi la jumpa doktor yang mummy tunjuk hari tu.."

"Kalau dia tak nak gugur?"

"Tinggalkan dia la! Hahaha..apa susah?"

Raziq diam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 01:46 PM | Show all posts
best...best harap ada smbgn lagi yee........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 10:01 AM | Show all posts
suria74 posted on 9-5-2013 01:46 PM
best...best harap ada smbgn lagi yee........

tq suria74
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 11:16 AM | Show all posts
Bestnya cerita ni...harap2 ada sambungan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2013 11:20 AM | Show all posts
cegitu posted on 10-5-2013 11:16 AM
Bestnya cerita ni...harap2 ada sambungan lagi.

tq cegitu harap2 mghiburkan.. insyaallah ptg ni momey smbung ckit lg.. pg ni busy sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 11:55 AM | Show all posts
igtkan dh smbng..3x ahkak check in..

Yana nk perangkap Qaliff ke..?
biasa sgt dah jln cerita tu..buat yg lain eh momey..ahh pepandai je haku ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 03:46 PM | Show all posts
Sebaik sahaja Raziq keluar dari rumah, muncul wajah Maria di hadapan pintu. Raziq terkejut.

"Kau buat apa kat sini? Mimi mana?" Raziq mula meninggikan suara.

"Maria tinggalkan Mimi kat kampung. Mak tolong tengokkan."

"Yang kau tinggalkan Mimi sorang-sorang kenapa?" tanya Raziq lalu menolak kasar kepala Maria.

Maria hanya diam. Langsung tidak dilawannya. Raziq menarik Maria masuk ke dalam kereta.

"Abang nak bawa Maria pegi mana ni?" Maria meronta-ronta minta dilepaskan.

"Aku nak hantar ko balik kampung la!"

"Maria tak nak! Maria nak jaga abang.."

"Bodoh punya perempuan! Jangan nak banyak cakap sangat! Mimi tu tak sihat..duduk pula kat kampung!"

"Mak boleh tengokkan Mimi.."

"Mimi tu anak kita perempuan oiii!!!!" marah Raziq sekali lagi menolak kepala Maria.

Maria menangis. Raziq memang seorang yang panas baran.

"Maria nak jaga abang.. Nanti Mimi dah sihat mak akan call dan kita balik la kampung ambil Mimi.." terang Maria teresak-esak.

"Amboi..amboi! Kau pulak yang mengajar aku erk? Nak kena penendang dengan aku ke??"

"Raziq!!! Apa yang bising-bising kat luar ni??" tanya Datin Khaty lalu terpandang wajah Maria, perempuan dari keluarga miskin itu.

Datin Khaty menjerling tajam memandang Maria.


                                                                  ********************


Dayana termenung. Kemudian dia memandang perutnya. Jujur sebenarnya Dayana sayang untuk gugurkan bayi dalam kandungannya itu.

"Yana.. kau ok ke?" tegur Amani lembut sambil mengusap rambut Dayana yang halus mengurai panjang pinggang itu.

Dayana sebak. Terus dia nangis dan memeluk Amani. Amani membalas pelukan itu.

"Sabar, Yana.."

"Aku bodoh! Sampai sekarang Raziq tak kahwin dengan aku. Dia hanya pakai badan aku je.."

"Kan dari dulu lagi aku dah cakap?"

"Tapi aku sayangkan dia.."

"Kau sayang je tapi kau tak cintakan dia kan?"

"Anak ni pengikat kasih sayang kami.." kata Dayana sambil mengusap manja perutnya.

"Aku rasa baik kau kahwin je dengan Raziq sebelum baby ni besar.."

"Kalau dia tak nak?"

"Apa sebab dia tak nak pula? Bukan kau sorang je ke buah hati cinta dia? Walaupun si Maria tu isteri dia, tapi dia tak peduli pun kan?"

Dayana diam. Apa harus dia buat? Bayi dalam kandungannya itu makin lama akan makin membesar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 03:48 PM | Show all posts
awanjingga posted on 10-5-2013 11:55 AM
igtkan dh smbng..3x ahkak check in..

Yana nk perangkap Qaliff ke..?

hahaha..dah biasa erk? hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.192764 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list