CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
 Author| Post time 21-5-2013 07:27 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 20-5-2013 05:06 PM
Best cerita momey ni..teruskan berkarya....

tq cik_andak biasa2 je pun..ramai lg yg lebih hebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2013 07:27 AM | Show all posts
awanjingga posted on 20-5-2013 05:24 PM
tu la kannn...

tp pompuan cntik , wat perangai macm tu pon ada jga lelaki nak.. kannnnnnn...:cu ...

kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 07:29 AM | Show all posts
awanjingga posted on 20-5-2013 05:26 PM
jeng jeng jeng..

Qalif kwen dgn Maria...

waaaaaa shhhhhh hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 08:35 AM | Show all posts
Setibanya di rumah agam Haji Qarim..

Dayana terlopong memandang rumah agam itu. Mewahnya hidup Qaliff! Dia memandang Qaliff.

"Kenapa pandang abang macam tu?"

"Takut.."

"Takut nape?"

"Abi dan Umi.."

"Laaaa tak de ape-ape laa.. Qaliff kan ade. Jom masuk dalam!" ajak Qaliff.

Dayana dan Qaliff keluar dari kereta. Haji Qarim sudah berada di muka pintu menyambut kedatangan mereka.


                                                                    *****************

Setibanya sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Raziq terus menghubungi Datin Khaty. Panggilannya dijawab.

"Mummy kat ne? Tak nampak pun.."

"Pandang belakang!"

Raziq menoleh ke belakang. Datin Khaty tersenyum. Raziq membalas senyuman itu lalu memeluk ibunya.

"Macam mana seminggu kat europe? Ok?"

"Ok je, mummy."

"Jom kita pergi makan dulu. Banyak benda yang mummy nak bincang.."

Raziq hanya mengangguk. Kemudian mereka berlalu pergi ke restoran berhampiran.


                                                                         ****************


Di ruang tamu..

Haji Qarim, Umi, Qaliff dan Dayana saling berpandangan. Umi dari tadi asyik memandang Dayana dari atas sampai ke bawah. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada diri Dayana. Dayana kurang selesa namun dia cuba berlakon seperti tiada apa-apa berlaku. Qairina muncul lalu duduk di sebelah Uminya.

"Makanan dah siap.." kata Qairina lembut.

"Kita makan dulu la, ya! Sambil-sambil tu boleh borak-borak sikit kan?" ajak Haji Qarim mempelawa Dayana sekali.

Dayana hanya mengangguk. Dia akan cuba mengeluarkan kata-kata yang sehabis baik supaya menjaga hati Qaliff di depan ibu bapanya. Perlahan-lahan dia berjalan ke meja makan. Sesekali dia berasa mual namun ditahan!

Qaliff menarik kerusi untuk Dayana. Umi menjerling tajam memandang perlakuan Qaliff itu. Dayana duduk. Kemudian Qaliff menyenduk nasi dan lauk untuk Dayana.

"Rina rasa macam pernah jumpa akak la.." Qairina mula bersuara sambil menuang air ke dalam gelas.

"Memang pernah jumpa pun." jawab Qaliff.

"A'ah laaa.. kat kedai cd kan? Masa tu Rina nak beli cd Siti Nurhaliza tak silap kan?"

"Waaa kuat betul ingatan adik erk?"

"Tengok orang la! Akak keje situ lagi ke?" tanya Qairina pada Dayana.

"A'ah. Masih keje di situ.." jawab Dayana hati-hati.

"Kenapa akak tak keje tempat lain je? Keje macam tu tak ada masa depan la, kak.."

"Rina.." Haji Qarim menegur Qairina supaya lebih bersopan bila bercakap.

"Betul juga cakap Rina tu! Yana kelulusan ape? Belajar sampai tahap mane?" Umi pula menyampuk.

Dayana tersentap! Qaliff pula seperti tidak percaya dengan apa yang ditanya Uminya itu. Keadaan sunyi sepi! Semua mata tumpu pada Dayana sekarang.

"Makan la ikan siakap tu, Yana. Umi masak tu. Sedap!" Haji Qarim cuba ubah topik.

"Mak ayah Yana tinggal mana? Tak ada adik beradik lain ke?" Umi terus bersoal siasat.

"Haji.. Umi.."

"Panggil saya Hajjah.." tegur Umi pada Dayana yang belum sempat menghabiskan ayatnya.

Qaliff dan Haji Qarim saling berpandangan.

"Maafkan saya. Yana anak yatim piatu. Dibesarkan dirumah anak yatim. Yana anak tunggal. Mak dan ayah meninggal masa Yana masih kecil lagi. Yana memang tak kenal adik beradik yang lain. Masa Yana duduk rumah anak yatim tu, tiada siapa pun datang melawat Yana.." cerita Dayana satu persatu.

"Kesiannya. Di sini Yana tinggal dengan siapa?" Haji Qarim pula bertanya.

"Dengan Amani.. kawan setempat kerja. Dengan dia la Yana bergantung sekarang. Yana pun memang dah rapat dengan keluarga dia.."

"Yana dengan Qaliff bukan baru lagi ke berkenalan? Apa yang membuatkan Yana tertarik sangat dengan Qaliff? Sebab dia anak orang kaya ke?" Soalan Umi itu sedikit sebanyak menyentuh perasaan Dayana.

Seperti dalam drama melayu pula Dayana rasakan. Namun dia cuba bersikap sabar dan cuba sedaya upaya menjawab setiap soalan ibu dan ayah Qaliff.

"Akak beruntung dapat abang.. Abang memang lelaki yang baik!" Qairina cuba menenangkan keadaan.

Umi terus memandang anak perempuannya itu. Qairina hanya mengukir senyuman.

"Ya. Abang Qaliff memang lelaki yang baik. Yana sendiri pun.." tiba-tiba belum sempat Dayana menghabiskan ayatnya, dia terasa seperti hendak muntah.

Ditutup mulutnya dengan tangan kanannya. Dia cuba bertahan namun sisa-sisa makanan itu semakin kuat menolak hendak keluar! Dayana terus berlari ke sinki. Habis dimuntahkannya!

Haji Qarim dan Umi terus memandang Qaliff.

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:21 AM | Show all posts
errrkkk...yana masih mengandung lagi kee....bukan dah gugur ke...adehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 10:34 AM | Show all posts
suria74 posted on 21-5-2013 10:21 AM
errrkkk...yana masih mengandung lagi kee....bukan dah gugur ke...adehhh

yana x gugur
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2013 11:20 AM | Show all posts
Di restoran..

Raziq memandang ibunya yang kusyuk membalas mesej itu.

"Udah la tu, mummy. Mee rebus ni dah nak sejuk dah.." tegur Raziq lalu meneguk teh tarik sehingga habis.

"Mummy nak kahwin!" Datin Khaty teruja.

"Ha? Ape, mummy?"

"Mummy nak kahwin! Hujung bulan ni.."

"Dengan siapa? Macam tergesa-gesa je ni.."

"Dengan Richard!"

"What?!!!! Negro Afrika tu ke?!! Mummy ni biar betol ni???? Adoii"

"Dalam banyak-banyak lelaki yang mummy kenal, dia lah yang paling caring.. Mummy nampak dia betol-betol sayang dan cintakan mummy.."

"Tolonglah, mummy.. Adoi! Geli kot!!!"

Datin Khaty memegang erat tangan Raziq. Raziq dah mengeluh.

"Tolonglah, Raziq. Tolong faham perasaan mummy. Tolong doakan kebahagian mummy dengan dia.."

"Dia dah masuk islam ke?"

"Dah. Minggu lepas.."

"Suka hati mummy la.. Raziq tak leh cakap lebih-lebih. Pilihan mummy kan? Raziq doakan mummy bahagia.."

"Thanks, sayang.. Eh! Macam mana dengan permohonan cerai dengan Maria tu?"

"Esok kami jumpa di pejabat agama. Raziq dah tak sabar nak bebaskan Maria. Raziq kesian dengan dia. Dia tak layak jadi isteri Raziq. Dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dari Raziq.."

"Bunyi macam sedih je ni? Come on, dear! Lepas dah ceraikan dia, Raziq bebas ke mana aja dengan mana-mana perempuan!"

"Raziq nak dapatkan Yana!"

Datin Khaty terdiam. Ada apa pada Dayana?


                                                                        *************


Di ruang tamu..

Qairina menghulurkan segelas air suam kepada Dayana. Dayana meneguknya perlahan-lahan.

"Yana ok ke? Kalau tak, Qaliff boleh hantar Yana pergi klinik.." tanya Haji Qarim yang betul-betul mengambil berat itu.

"Yana ok, Haji. Cuma rasa macam nak demam pula tiba-tiba.."

"Demam ke mengandung?" Umi menyampuk.

"Umi.." Haji Qarim terus memandang tajam ke arah isterinya.

"Abi..Umi, Qaliff nak minta izin bawa Yana pergi klinik juga la.. Apa-apa nanti Qaliff mesej.." Qaliff mengubah topik. Lebih baik dia bawa Dayana keluar dari rumah itu sebelum Umi tanya lebih-lebih lagi.

"Yelah. Hati-hati.." jawab Haji Qarim.

Dayana dan Qaliff bersalaman sebelum keluar dari rumah itu.

"Terima kasih, Haji.. Hajjah.." ucap Dayana lemah.

Haji Qarim hanya tersenyum mengangguk manakala Umi hanya diam seribu bahasa tanda protes!


                                                                             *************
Semasa di dalam perjalanan..

Dayana menangis. Qaliff menghulurkan sehelai tisu pada Dayana.

"Maafkan Umi ya, Yana.." Qaliff bersuara.

"Umi tak salah. Abang, Yana rasa Yana tak dapat teruskan hubungan ni.."

"Nape ni, Yana?"

"Yana dah tak sanggup berlakon lagi. Abang dari keluarga yang baik-baik.. Yana dah tipu Abi dan Umi."

"Jangan macam ni, Yana. Abang betul-betul ikhlas untuk ambil Yana jadi isteri abang."

"Yana dapat rasa Umi tak restu hubungan kita! Dan Yana rasa Umi dapat bau yang Yana ngandung.."

"Perkara ni boleh bincang. Percaya dengan abang k.. Insyaallah kita tetap akan kahwin"

"Ada apa pada Yana ni, abang? Yana tak nak abang menyesal miliki Yana.."

"Insyaallah abang tak akan menyesal. Ini keputusan abang!"

Dayana diam. Qaliff begitu tekad mahu memilikinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 01:13 PM | Show all posts
Hari berganti hari, minggu berganti minggu..

Akhirnya tepat tarikh 21 Mei 2013, Qaliff dan Dayana akan disatukan! Sanak saudara Qalif sudah tiba di masjid manakala keluarga Amani mewakili keluarga Dayana pun sudah tiba untuk meraikan merpati dua sejoli itu.

Qaliff dan Dayana segak dan cantik memakai pakaian pengantin serba putih itu. Sesekali Qaliff menoleh memandang Dayana yang tidak lama lagi akan menjadi miliknya.

Dengan sekali lafaz..

"Aku terima nikahnya Intan Dayana binti Ahmad Danial dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai!"

Maka dengan itu, Qaliff dan Dayana sudah sah menjadi suami isteri. Dengan tenang, Qaliff menyarung cincin ke jari manis Dayana dan terus mengucup dahi Dayana. Dayana yang sudah terharu itu mengucup tangan Qaliff yang sudah sah menjadi suaminya.

Umi terpaksa! Demi kebahagiaan anaknya, dia terpaksa redha dengan keputusan itu.

"Sudah la tu, Umi.. Dia dah jadi menantu kita dah. Doakan yang terbaik untuk mereka.." ucap Haji Qarim yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

Umi hanya diam. Terus memandang Qaliff yang terus mengukir senyuman di hari bahagianya itu.


                                                                    ************

Akhirnya Raziq dan Maria berpisah dengan talak 1. Maria langsung tidak menangis. Dia sudah puas menangis selama ini! Dia berjalan ke arah Raziq. Mereka berdua bertentangan mata.

"Maafkan segala kesalahan Maria selama Maria bersama abang. Halalkan makan minum Maria.." pinta Maria dengan nada yang cukup lembut.

"Abang dah lama maafkan Maria.. Sepatutnya abang yang minta maaf dengan Maria. Banyak dosa dan kesalahan abang pada Maria. Maafkan abang.. Jaga Mimi baik-baik. Setiap bulan abang akan bank in duit pada Maria. Kalau abang terlupa, tolong ingatkan abang."

"Baiknya mamat ni! Ke pura-pura aje ni?" bisik hati Maria.

"Jaga diri baik-baik.." pesan Raziq.

"Abang mesti nak dapatkan Yana juga kan?" tanya Maria yang masih ada perasaan cemburu itu.

"Hal ni dah tiada kaitan antara kita. Maria dan abang sudah boleh bawa haluan masing-masing. Abang doakan Maria dapat suami yang lebih baik dari abang.."

Maria diam. Raziq memandang Mimi. Kemudian didukungnya.

"Kalau Mimi rindukan papa, call aje. Nanti papa datang jumpa Mimi. Duduk dengan mama elok-elok. Jangan nakal tau!" Raziq terus mengucup pipi anaknya.

Mimi hanya diam dan terus menangis. Kesian!

"Abang pergi dulu.."

Belum sempat Raziq mengundur diri, Maria sempat mencapai tangan Raziq.

"Maria masih sayangkan abang. Maria sudi menerima abang kembali.."ucap Maria lalu mengesat airmatanya.

Raziq hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa lalu beredar pergi dari situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 01:26 PM | Show all posts
dah selamat kawin pulak si qaliff nih...hhhmm mesti lg best sbb yana akan bersalin awal... bermulalah konflik keluarga qaliff terutama umi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 02:14 PM | Show all posts
Pada malam itu..

Sebelum Amani pulang ke rumahnya, dia sempat mengajak Dayana sembang di halaman rumah bapa mertua Dayana itu. Mereka berdua bertentangan mata.

"Aku dah sah jadi milik Qaliff, Amani.. Dia lelaki yang cukup baik! Sanggup terima aku yang kotor ni.."

"Shhh..jangan cakap macam tu, Yana. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Baby kau dah berapa bulan dah ni? Nasib baik perut kau tak nampak besar kan?"

"Baru nak masuk 3 bulan. Tu la, kecik lagi ni. Aku tak tau la nanti macam mana.. AKu dapat rasa macam akan berlaku peperangan besar dalam rumah ni kalau dapat tahu anak ni bukan anak Qaliff.."

"Banyakkan berdoa. Benda dah berlaku.."

"Minggu depan aku ada check up.. Mungkin aku pergi sendiri kot.."

"Ajak la Qaliff sekali."

"Tak nak la! Aku berasa malu sangat-sangat dengan dia.. "

"Nak malu apanya? Kau kan dah jadi isteri dia. Dan tanggungjawab dia jaga kau lepas ni.."

Dayana memandang Qaliff yang sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Cabaran besar sedang menanti dirinya selepas ini!


                                                                 ***************

Raziq merebahkan punggungnya di sofa. Kemudian dia mengambil handphonenya.

"Perlukah aku call dia?" Raziq memandang no telefon Dayana.

Tanpa teragak-agak dia terus menghubungi Dayana. Panggilannya tidak dijawab. Raziq kecewa. Tapi dia tidak putus asa. Dia cuba menghubungi Amani pula.

                                                                    **************

Amani memandang Dayana. Kemudian menunjukkan handphonenya yang tertera nama Raziq. Dayana dengan cepat menggelengkan kepalanya mengarahkan Amani supaya tidak menjawab panggilan itu.

"Kalau urgent macam mana?"

"Jangan jawab, please..."

Amani degil! Dia tetap menjawab panggilan itu.

"Hello.."

"Hello Amani.. Aku ada call Yana tadi. Dia off handphone la. Yana ada kat situ ke?"

"Yang kau sibuk cari dia kenapa?"

"Aku tanya baik-baik ni, boleh tak kau jawab elok-elok?"

"Mulai dari hari ni, kau jangan sekali-kali cuba hubungi dia lagi! Dia sudah jadi hak milik Qaliff!"

Dayana terus menutup mulut Amani. Dia geram dengan tindakan Amani itu.

"Kenapa kau bagi tahu dia?!!!" Dayana mula membesarkan matanya pada Amani.

"Hello.. Amani! Suara Yana tu kan?!! Bagi aku cakap dengan dia!!!"

Amani terus mematikan talian.

"Biarla dia tahu!!!"

"Sekurangnya, biarla aku yang bagi tahu dia sendiri.."

Amani diam.


                                                                          **************

Raziq mati akal. Betul ke apa yang dia dengar dari mulut Amani tadi?

"Yana dah kahwin ke? Yana tak boleh buat aku macam ni!"

Raziq dengan laju menghantar mesej pada Dayana.

[ Sayang, betul ke apa yang Amani bagi tahu saya tadi? Ingat awak! Awak tak akan jadi milik sesiapa pun kecuali saya!]

Mesej itu terus dihantar tanpa berfikir dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 02:27 PM | Show all posts
Sambung lagi yer hari ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 03:55 PM | Show all posts
Di dalam bilik..

Qaliff tersenyum memandang Dayana yang sedang duduk di atas katil itu. Dia yang baru keluar dari bilik air itu terus berjalan ke arah Dayana. Dengan suasana dan keadaan yang tenang itu membuatkan suasana dalam keadaan yang cukup romantik. Perlahan-lahan Qaliff menarik tangan Dayana lalu mengucupnya.

"Insyaallah, abang akan jaga Yana sehabis baik. Yana sudah jadi tanggungjawab abang mulai hari ini. Dan abang nak Yana tahu yang abang terlalu sayangkan Yana..."

Mata Dayana mulai berkaca.

"Tolong jangan sembunyikan apa-apa pun dari abang walau sakit macam mana pun yang abang akan terima! Abang tak suka orang tipu atau berpura-pura dengan abang.."terang Qaliff lagi.

"Terima kasih, abang.. terima kasih sebab sudi jadikan Yana isteri abang walaupun abang sudah tahu keadaan Yana sekarang.."

Qaliff dengan cepat meletakkan jarinya ke mulut Dayana.

"Shhhhh.. Kita buka buku baru. Yang lepas tu biarlah jadi kenangan. Yang penting, Yana kena jaga diri baik-baik. Yana kan ngandung. Yana dan baby kena sihat.."

"Bila kita nak ceritakan semua ni pada Umi dan Abi?"

"Yana jangan risau. Abang akan ceritakan semua ni nanti.. Berikan abang masa.."

Dayana terus memeluk erat suaminya itu. Tangisan dalam pelukkan yang mendamaikan. Dia berasa cukup selamat sekarang!


                                                                         ******************

Pada keesokkan harinya..

Raziq bangun awal hari ini. Bersiap untuk bertemu dengan Dayana. Dia masih ternanti-nanti balasan mesej dari Dayana. Sampai sekarang masih belum terjawab. Raziq turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Kelihatan Datin Khaty tengah mengunyah roti bakar.

"Aik? Awal anak mummy bangun hari ni.."

"Believe it or not, Yana dah kahwin!" kata Raziq lalu menuang air oren ke dalam gelas dan terus meneguknya.

"Ha??"

"Sampai sekarang dia tak reply mesej Raziq!"

"Macam mana Raziq tahu?"

"Amani.. Siap warning jangan ganggu Yana lagi! Dia ingat dia siapa nak arahkan Raziq macam tu? "

"Habis tu Raziq nk buat apa ni?"

"Nak jumpa Yana. Nak dengar dari mulut dia sendiri.."

Raziq terus pergi begitu sahaja membiarkan ibunya sendirian.


                                                                ******************

Qaliff dukung Dayana keluar dari bilik air itu sesudah mereka mandi bersama. Kemudian Dayana mengambil tuala kecil lalu mengeringkan rambut Qaliff. Mereka berbalas ketawa.

"Comel! Geram tau.." kata Dayana lalu mencuit manja dagu Qaliff.

"Sayang abang tak?"

"Sayang sangat-sangat!!"

Kucupan manja terus hinggap di dahi Dayana. Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Qaliff dan Dayana saling berpandangan.

"Abang!! Kak Yana!! Meh turun makan! Umi panggil.. Jangan lewat sangat! Kang kena bebel plak.." kata Qairina dari luar bilik.

"Yela!"

Qairina berlalu turun ke bawah semula. Dayana masih dalam dakapan Qaliff.

"Pergi pakai baju.."

"Nak pakai macam mana kalau abang asyik peluk Yana je.."

"Owh yeke?" Qaliff meleraikan pelukkannya.

Baru sahaja Dayana hendak bangun, Qaliff sekali lagi memeluk Dayana dan sekali lagi mereka hanyut di lautan asmara. Hmmm confirm kena bebel dengan Umi nanti!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 08:56 PM | Show all posts
Berkali-kali Raziq cuba hubungi Dayana namun langsung panggilannya tidak dijawab!

"Arghhhhhhh!!!!!" jerit Raziq sambil memandu itu.

Dihentak-hentaknya stereng kereta. Setibanya di perkarangan apartment Dayana itu, terus dia mencari parking. Dengan cepat dia turun dari kereta lalu menuju ke lif. Punat tingkat 9 ditekannya.

Berlari-lari dia menuju ke pintu rumah Dayana. Tok! Tok! Tok!

"Bukak pintu ni, Yana!!!" jerit Raziq sambil mengetuk pintu.

Sunyi sepi! Raziq terus tendang pintu grill rumah Dayana itu. Kemudian dia bergegas turun semula.


                                                                  *********************


Dayana dan Qaliff berjalan seiringan menuju ke meja makan. Umi mula mengerling tajam memandang mereka berdua. Berpeluk-pelukan lagi! Qaliff menarik kerusi untuk Dayana lalu Dayana duduk.

"Yana nak makan roti ke nasi goreng?" tanya Qaliff sambil menuang air kopi panas.

"Mana-mana pun tak pe.."

"Amboi..amboi! Mesra betul ni! Alaaa baru kawen macam ni la kan?"perli Umi lalu memasukkan sesudu nasi ke dalam mulut.

Haji Qarim hanya menggelengkan kepalanya. Umi masih belum redha untuk menerima Dayana sebagai menantunya.

Qaliff dan Dayana terus diam.


                                                      ********************


Raziq memberhentikan betul-betul di hadapan kedai musik tempat kerja Dayana itu. Amani perasan. Dia mula mengambil handphonenya untuk menghubungi Dayana. Namun tak sempat. Rziq cepat mendapatkannya.

"Yana mane?" tanya Raziq sambil membetulkan rambutnya.

"Yang kau cari dia nape?!" jerit Amani.

Raziq terus menarik rambut Amani.

"Aku tanya elok-elok kau kurang ajar dengan aku erk?!!! Yana mane?!!!!!"

"Sakitlah bodoh!!" Amani menolak Raziq.

"Dia ada kat rumah suami dia lah! Kau tak payah la susah-susahkan diri lagi nak dapatkan Yana tu... Dia dah ada suami yang boleh jaga dia.."

Pekerja-pekerja yang lain hanya memandang malas hendak masuk campur.

"Bagi aku alamat dia"

"Kau ingat aku nak bagi ke?"

Raziq mengeluarkan pisau belit dalam poketnya lalu diacukan ke perut Amani. Amani cuak!

"Kau nak bagi ke tak??" ugut Raziq.

Tertelan air liur Amani dibuatnya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:30 PM | Show all posts
Setelah kenyang bersarapan pagi, Qaliff dan Dayana berjalan menuju ke taman di halaman rumah mereka itu, Tangan Dayana digenggam erat.

"Perut Yana makin lama makin besar, abang.. Yana risau" Dayana mula memegang perutnya.

Qaliff mengusap manja rambut Dayana.

"Dalam masa terdekat ni abang akan cuba ceritakan pada Umi dan Abi.."

"Macam mana kalau Umi tak dapat terima?"

"Jangan buat sebarang tafsiran sebelum kita mencuba. Sekarang kita sama-sama berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.."

"Eh, abang..minggu depan Yana ada check up!"

"Yeke? Nanti pegi dengan abang laa.."

"Tapi hari check up tu waktu keje la, abang.."

"Tak pe. Abang kuar kejap temankan Yana"

Dayana mengangguk lalu memeluk suaminya itu. Rupa-rupanya perbualan mereka itu didengari oleh Qairina.


                                                 *************************


Raziq dengan pantas mencari Dayana seperti alamat yang diberikan oleh Amani itu. Akhirnya dia jumpa!

"Waaaaa..besarnya rumah! Kalah rumah aku ni..hmmmm"

Raziq memandang rumah agam Haji Qarim itu dari dalam kereta sahaja.

"Aku dah tahu mana kau tinggal,Yana.. Nanti aku datang jumpa kau.."

Raziq menghidupkan enjin kereta lalu beredar pergi dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 08:11 AM | Show all posts
Terima kasih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 09:31 AM | Show all posts
jeng jeng jeng....qairina dah dgr semuanya...apakah yang akan berlaku seterusnya....dan razif dah tahu dimana tmpt tinggal yana skrg....aduh....konflik gaban lps nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 02:00 PM | Show all posts
Hari ni tak dak sambungan ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 03:41 PM | Show all posts
Qairina memandang abangnya, Qaliff berlalu seorang diri ke dapur. Qairina dengan pantas mengikut abangnya dari belakang. Kemudian dia memegang lengan Qaliff. Qaliff hairan dan terkejut.

"Nape ni?" tanya Qaliff yang letak kembali gelasnya di atas meja.

"Betul ke apa yang adik dengar tadi?"

"Apa yang adik dengar?"

"Kak Yana ngandung?"

Gulp!! Qaliff sentap! Apa perlu dia jawab?


                                                                             **************


Dayana masuk ke dalam bilik. Direbahkan punggungnya di atas katil. Nafas dilepas perlahan-lahan. Dia mengaku dirinya cukup lemah semenjak mengandung. Dan dia cukup bahagia sekarang hidup bersama Qaliff.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Raziq???? Dayana panik. Perlu jawab atau pun tak? Panggilan terputus namun Raziq tak putus asa terus menghubungi Dayana. Dayana terpaksa jawab.

"Hello.."

"Hai sayang.. Sihat ke?"tanya Raziq lembut.

Dayana diam. Langsung tak menjawab.

"Bahagia hidup dengan suami tercinta? Tentula bahagia kan? Mewah di rumah agam atas puncak bukit tu.."perli Raziq.

Jantung Dayana berdegup laju. Raziq sudah tahu di mana dia tinggal sekarang.

"Nape diam ni? Cakapla, sayang.."

Dayana terus diam.

"Cuba tengok kat luar tingkap sekarang.." arah Raziq lembut.

Dayana bertambah panik. Seperti jantung nak luruh! Perlahan-lahan dia berjalan ke tingkap biliknya itu. Diselak langsir. Lalu nampaklah kereta mewah Raziq itu sambil Raziq melambai-lambai manja. Dayana terduduk. Airmata mula mengalir membasahi pipinya.

"Saya rindu sangat-sangat kat awak. Kita jumpa kejap!" rayu Raziq.

"Saya dah jadi isteri orang. Saya dah tak nak jumpa awak!"

"Jangan macam ni, sayang..please.."

"Jangan ganggu saya lagi. Saya dah cukup bahagia sekarang.."

"Jangan sampai saya paksa awak, Yana!! Dah la awak curang dengan saya! Tergamak awak buat saya macam ni!!" Raziq mula meninggikan suaranya.

Dayana terus mematikan talian dan terus off handphonenya.

"Jangan buat saya macam ni, Raziq..jangan..jangan.."rintih Dayana sendirian sambil memeluk bantal menutup mukanya.


                                                           *************

Qairina dan Qaliff bertentangan mata. Qairina masih setia menunggu jawapan dari abangnya itu.

"Anak siapa tu, abang?"

"Biar abang yang urus hal ni. Dan abang rasa adik tak perlu masuk campur.."

"Kenapa tak perlu? Dia dah jadi kakak ipar adik.."

Qaliff hendak pergi tetapi Qairina masih sempat menahan Qaliff.

"Kesian abang sampai sanggup jadi pak sanggup!"

"Stop Qairina!! Yana bukan macam tu. Abang yang pilih dia.."

"Adik tak paham la dengan abang ni! Memang dah sah perempuan tu bukan perempuan yang baik. Memang betul la apa yang Umi cakapkan tu.."

"Jangan cakap kalau kita sendiri pun tak tahu cerita yang sebenarnya. Nanti jatuh fitnah!"

"Sudah la, abang.. Adik kesiankan, abang. Abang boleh dapat perempuan yang lebih baik dari dia! Umi dan Abi tahu ke hal ni?"

"Sudahlah, Qairina.. Biar abang selesaikan masalah abang ni. Abang rasa adik tak perlu masuk campur" kata Qaliff lalu pergi meninggalkan Qairina sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 03:59 PM | Show all posts
alaaaa knp sikit sgt...x panas mata nk membacanya....anyway tq dear...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 04:02 PM | Show all posts
Pada malam itu..

Qaliff keluar dari bilik air. Kemudian dia terpandang isterinya, Dayana yang tengah baringkan dirinya di atas katil. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Dayana. Diselimutkan isterinya itu. Dikucupnya ubun-ubun dan kemudian diusap rambut Dayana yang ikal mayang itu. Dayana menoleh memandang Qaliff. Airmatanya masih mengalir.

"Nape ni, sayang?" Qaliff terus mengelap airmata Dayana.

Dayana terus memeluk Qaliff. Qaliff diam. Dia membalas pelukan isterinya itu. Adakah Dayana dengar perbualannya bersama adiknya, Qairina petang tadi?

"Yana takut Yana tak boleh jadi isteri abang yang terbaik.."

"Yana jangan cakap macam ni. Semua manusia ada buat kesilapan. Tak ada sesiapa pun yang sempurna, sayang.." Qaliff memegang tangan Dayana.

"Macam mana kalau Umi dan Abi tak dapat terima Yana lepas tahu anak yang Yana kandung ni bukan anak kita? Yana takut kehilangan abang.."

"Shhhhh.. kan abang dah cakap hari tu hal ni biar abang yang uruskan. Yana tak payah pikir-pikir sangat. Yana kan ngandung. Sian, baby.."

Dayana terus memandang perutnya. Kemudian dengan serta-merta wajah Raziq mula bermain difikirannya. Semuanya sebab Raziq kembali menonjolkan diri dan membuatkan Dayana sedikit goyah! Dayana masih sayangkan Raziq.


                                                                     **************

Pada keesokkan harinya...

Haji Qarim dan Qaliff pergi bekerja seperti biasa. Qairina pula keluar bersama kawan baiknya ke KLCC. Sekarang di rumah hanya tinggal Umi dan Dayana.

Umi memandang Dayana yang tengah menyiram pokok bunga itu. Dalam hati yang masih belum menerima Dayana sebagai menantunya, tetapi dia masih ada perasaan kasihan melihat Dayana sebagai anak yatim piatu. Umi berjalan ke arah Dayana.

"Jangan siram pokok-pokok Umi ni guna air banyak sangat! Kang mati pulak.."tegur Umi.

"Maaf, Umi.." Dayana dengan pantasnya terus menutup pili air.

Umi masih memandang Dayana. Dayana mula berasa tidak selesa.

"Tak keje ke hari ni?"

"Tak, Umi. Yana cuti hari ni.."

"Jaga rumah. Umi nak keluar jap.." kata Umi lalu terus berjalan ke arah keretanya.

Dayana hanya mengangguk. Tiba-tiba Umi menoleh memandangnya semula.

"Yana nak pesan ape-ape tak?!" jerit Umi seperti mahu berbaik-baik dengan menantunya itu.

Dayana macam sedikit terkejut.

"Tak ade ape-ape, Umi.. Umi hati-hati yaa!"

Umi mengangguk lalu masuk ke dalam kereta. Dayana sedikit lega. Mungkin ini permulaan dirinya sudah boleh diterima oleh keluarga Haji Qarim.

Sebaik sahaja Umi berlalu pergi, Dayana berjalan masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia hendak menutup pintu, sebuah kereta telah berhenti di pintu pagar rumah. Kemudian hon kereta dibunyikan.

"Raziq?"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.086111 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list