CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
 Author| Post time 28-5-2013 04:23 PM | Show all posts
Qaliff masuk ke dalam bilik Haji Qarim. Mereka duduk bertentangan.

"Ada apa Abi nak jumpa Qaliff?"

"Yana ngandung ke?"

Qaliff bagaikan dipanah petir! Begitu cepat sekali Qairina menceritakan segalanya.

"Mmm..macam mana Abi tahu?"

"Terus terang dengan Abi.. Abi tak pernah ajar anak Abi bercakap bohong dan membelakangkan keluarga.."

Qaliff terdiam. Adakah sudah sampai masanya dia menceritakan segalanya pada ayahnya itu?


                                                                     **************

Dayana membuka pintu pagar letrik itu. Kemudian dia berjalan ke arah Raziq.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana kalau suami saya tahu?"

Raziq terus mendapatkan Dayana. Tangan Dayana digenggam kuat.

"Saya rindu sangat kat awak. Awak tengok muka saya yang penuh berjambang ni. Semuanya sebab awak!! Saya tak boleh hidup tanpa awak, Yana.."

Dayana cuba menarik tangannya namun genggaman Raziq terlalu erat.

"Tolong lupakan saya.."

"Manakan saya boleh lupakan awak, Yana. Dah bertahun kita bersama.. Saya nak kita kembali seperti dulu."

"Tak boleh!"

"Kita kahwin nak? Saya dah ceraikan Maria.."

"Ha?"

"Saya akan bertanggungjawab ke atas anak kita ni.." Raziq terus memegang perut Dayana.

"Stop it!!" Dayana menangis dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

Raziq memang terlalu sayangkan Dayana. Dia akan cuba dapatkan Dayana semula!


                                                                          ***************

Haji Qarim tenang mendengar kisah sebenar dari anak tunggal lelakinya itu. Nafas dilepaskan.

"Qairina datang jumpa Abi dan Umi dalam bilik malam tadi. Habis semua dia cerita apa yang dia dengar. Mengamuk Umi dibuatnya. Tapi mujur Abi dapat tenangkan Umi. Sebab tu Abi panggil Qaliff untuk ceritakan perkara sebenarnya.."

"Cepat betul adik sebarkan cerita ni. Qaliff ingat Qaliff sendiri yang jadi orang pertama yang ceritakan segalanya pada Abi dan Umi.."

"Apa yang Abi dan Umi bincang semalam, demi jaga hati Umi..Abi nak Qaliff dan Yana pindah keluar dari rumah Abi. Mulakan hidup baru. Belajar berdikari sebagaimana Abi dan Umi dahulu. Tapi ingat! Abi dan Umi bukan halau Qaliff dan Yana, tetapi ABi dan Umi nak Qaliff bina hidup berumah tangga sendiri bersama isteri Qaliff.. Belajar! Sudah tiba masanya.."

"Qaliff nak minta maaf dengan Abi..Umi.."

Haji Qarim bangun lalu memeluk Qaliff dengan eratnya.

"Abi tahu anak Abi boleh bezakan yang mana baik, yang mana buruk. Dan keputusan yang anak Abi buat ni adalah keputusan dari akal fikiran yang masih waras. Ingat! Keputusan kita hari ini adalah penentu masa depan.. jaga Yana dan anak dalam kandungan tu baik-baik walaupun itu bukan zuriat dari kita. Dah menjadi tanggungjawab Qaliff untuk menjaga Yana dan kandungannya dengan sehabis baik.."

"Insyaallah, Abi.. Qaliff akan menjadi ketua keluarga yang terbaik.."

"Malam ni kita bincang bersama. Biar semua keadaan kembali tenang."

Qaliff mengangguk. Sekarang dia perlu mengambil hati Uminya untuk betul-betul menerima Dayana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2013 04:25 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-5-2013 03:59 PM
alaaaa knp sikit sgt...x panas mata nk membacanya....anyway tq dear...

hihihi..apa yg terlintas tulis je..nnti momey smbung lg erk.. tq sbb setia menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 04:37 PM | Show all posts
momey posted on 28-5-2013 04:25 PM
hihihi..apa yg terlintas tulis je..nnti momey smbung lg erk.. tq sbb setia menunggu

huhuhuhu sian plak qaliff...tp apakan daya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 04:43 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-5-2013 04:37 PM
huhuhuhu sian plak qaliff...tp apakan daya...

cerita ni dh nk abis dh..ckit je lg nk smbung
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 05:00 PM | Show all posts
abes kan je terus lah
hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 06:29 PM | Show all posts
Terima kasih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-5-2013 07:29 AM | Show all posts
naszryn posted on 28-5-2013 05:00 PM
abes kan je terus lah
hehehehehe

tgh otw nk abiskan ni hihii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 07:30 AM | Show all posts
cegitu posted on 28-5-2013 06:29 PM
Terima kasih....

sama2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2013 08:27 AM | Show all posts
Pada malam itu..

Sesudah makan malam bersama di rumah, mereka berjalan menuju ke ruang tamu. Dayana dan Qaliff saling berpandangan. Dari airmuka Dayana menunjukkan dia betul-betul dalam keadaan gelisah.

"Jangan risau..abang ade.."pujuk Qaliff lalu mengucup dahi Dayana.

Haji Qarim, Umi dan Qairina sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Manakala Qaliff dan Dayana duduk bersebelahan. Dayana menjadi tumpuan pada malam itu.

"Abi panggil semua berkumpul malam ni bukan nak mengaibkan sesiapa atau nak keruhkan lagi keadaan. Niat Abi hanyalah mahu keadaan menjadi tenang dan bahagia kembali. Tapi sebelum tu Abi harap tak terlambat Abi ucapkan selamat datang pada Yana kerana telah menjadi sebahagian dari keluarga kami. Abi dan Umi menerima Yana dengan hati yang terbuka sebagaimana anak kami, Qaliff menerima Yana sebagai isterinya." ucap Haji Qarim panjang lebar.

Dayana hanya mengangguk dan tersenyum.

"Sayang, abang dah ceritakan semuanya pada Abi..Umi dan adik apa yang telah berlaku pada kita sebelum ini..termasuk anak dalam kandungan tu" kata Qaliff lembut.

"Ha? Bila abang bagi tahu?"

"Yana, memang pada mulanya Abi terkejut sangat dan berasa marah tapi Abi tak boleh lupakan pepatah bahawa manusia bukannya sempurna dalam setiap apa yang dia lakukan.." terang Haji Qarim.

"Abi dan Umi maafkan Yana?"

Umi bangun lalu dia duduk sebelah Dayana. Tangan Dayana digenggamnya. Dayana hairan! Begitu cepat Umi berubah.

"Umi minta maaf, sayang. Umi terlalu berkasar dengan Yana sebelum ni. Umi faham perasaan anak yatim sebab Umi pun anak yatim juga macam Yana. Umi tak patut buat Yana macam tu. Umi pun ada anak dan Umi juga faham keadaan Yana sekarang macam mana dengan kandungan macam ni. Cuma pada awalnya yang Umi tak dapat menerima Yana sebab setiap ibu sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk anak dia dan Umi terlupa bukan semua yang kita nak kita akan dapat apa yang kita nak sebenarnya.."

"Maafkan Yana, Umi.."

Dayana dan Umi terus berpelukan.

"Yana dah jadi sebahagian dari keluarga ni.. Sudah menjadi tanggungjawab kami sekarang untuk jaga Yana dan kandungan tu. Tapi.." Belum sempat Haji Qarim mengabiskan ayatnya, Qaliff memberi syarat untuk dia meneruskan ayat ayahnya itu.

"Yana, kita pindah. Abang dah sediakan rumah untuk kita berdua tinggal bersama untuk memulakan hidup baru.."

Sekali lagi Dayana terkejut dengan apa yang suaminya cakap itu.

"Pindah?"

"Qaliff, Umi rasa korang berdua tak payah la pindah. Tinggal aje la dengan Umi kat sini.."jawab Umi sambil mengesat airmatanya.

"Aik? Semalam Umi yang bagi cadangan kan nak mereka berdua ni belajar berdikari.." Haji Qarim menyampuk.

"Batalkan aje la niat tu.."

"Umi jangan risau. Setiap minggu kami akan datang jumpa Umi dan Abi ya. Qaliff memang bertekad nak pindah untuk mulakan hidup baru bersama isteri tersayang.."ucap Qaliff sambil mengusap kepala Dayana.

"Kesian Umi, abang.."

"Kita belajar berdikari ye, sayang.." pujuk Qaliff lembut sekali.

Dayana akur dengan permintaan suaminya itu. Dan dia bersyukur sangat-sangat kerana keadaan sudah kembali tenang. Betapa bahagianya dia sekarang tetapi wajah Raziq sentiasa bermain difikirannya.

Qairina hanya tersenyum. Kemudian dengan sengaja dia batuk. Semua mata tertumpu padanya saat ini.

"Alahai..Umi lupa anak Umi yang sorang ni..sian dia..meh sini Umi peluk dia.." Qairina terus datang dan peluk Umi.

Yang lain ketawa kecil melihat gelagat mereka.


                                                               ***************

Habis berselerak bilik Raziq kerjakan. Tunggang langgang seperti kapal pecah!

"Arghhhhhhhhh!!!!" jeritan Raziq itu mengejutkan Datin Khaty yang sedang memadu asmara bersama lelaki negro yang bakal menjadi suaminya itu di dalam bilik sebelah.

Datin Khaty dengan pantas mengenakan pakaian lalu berlari anak menuju ke bilik Raziq. Pintu bilik anaknya itu dibuka.

"Raziq..kenapa ni?" tanya Datin Khaty sambil memandang keadaan sekeliling yang sudah berselerak itu.

"Raziq nak Yana, mummy.. Raziq nak dia dalam hidup Raziq.." kata Raziq yang sudah menangis itu.

Datin Khaty menghampiri Raziq lalu dipeluk erat anaknya itu. Raziq memang degil orangnya!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:08 AM | Show all posts
Salam....ada lagi tak sambungan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 10:13 AM | Show all posts
cegitu posted on 29-5-2013 10:08 AM
Salam....ada lagi tak sambungan?

ada dear.. jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:20 AM | Show all posts
Seminggu kemudian..

Setelah memasukkan barang-barang terakhir ke dalam kereta, Qaliff dan Dayana bersalaman dengan Haji Qarim dan Umi.

"Qaliff, jaga menantu Umi ni baik-baik tau.."kata Umi lalu mengucup dahi Dayana.

"Insyaallah, Umi.."

"Nanti ada masa Abi dan Umi pegi rumah korang ye.."kata Haji Qarim sambil menepuk bahu Qaliff.

"Boleh sangat-sangat.. Kami pergi dulu ya.." Qaliff dan Dayana masuk ke dalam kereta.

Abi dan Umi melambai tangan ke arah Qaliff dan Dayana. Kebetulan Raziq datang dan nampak Dayana berlalu pergi bersama Qaliff. Apalagi, dia pun mengekori kereta Qaliff dari belakang tanpa disedari Dayana.


                                                                       *************

Raziq terus mengekori kereta Qaliff dari belakang. Kelihatan sesekali Dayana cuba mengusap rambut Qaliff. Ini membuatkan Raziq bertambah cemburu.

"Nak ke mana mereka berdua ni?" Raziq cakap sendirian.

Kemudian dia mengambil handphonenya lalu mula mendail nombor telefon Dayana.


                                                                        **************

Handphone Dayana berdering. Dayana mengambil handphonenya itu dari dalam beg tangan. Dipandangnya skrin handphone.

"Raziq? Adoii..time macam ni la plak dia call.."bisik hati Dayana.

Dayana kemudian memandang Qaliff. Qaliff perasan.

"Sape call tu?" tanya Qaliff.

"Raziq." Dayana jujur.

"Jawab!"

"Ha?"

"Jawab!" arah Qaliff.

Dayana jawab panggilan itu sambil memandang Qaliff.

"Hello.."

"Sayang, saya nak jumpa awak sekarang boleh?" Sengaja Raziq tanyakan soalan itu untuk tahu apa jawapan dari Dayana.

"Nak jumpa saya? Untuk apa lagi?"

"Rindu!"

Dayana terus mematikan talian. Dia memandang Qaliff.

"Dia nak ape?" tanya Qaliff.

"Dia cakap nak jumpa Yana.."

"Nanti abang bawa Yana jumpa dia."

"Abang ni biar betul! Langsung tak ada rasa cemburu ke? Marah ke? Yana isteri abang tau.."

"Nape plak nak cemburu..nak marah? Dalam perut tu anak siapa? Anak dia juga kan?"

"Pelik betul la laki aku ni! Betul ke dia sayangkan aku? Ke dia ada niat lain sebenarnya??" bisik hati jahat Dayana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:42 AM | Show all posts
Qaliff memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan sebuah rumah kondo yang dibelinya atas nama Dayana. Begitu sayang sekali Qaliff terhadap Dayana. Qaliff membuka pintu kereta untuk Dayana. Kemudian mereka berdua memandang satu sama lain. Qaliff mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket seluarnya lalu dihulurkan pada Dayana.

"Rumah ni abang hadiahkan untuk Yana atas dasar cinta abang pada Yana.."

Dayana terharu. Tidak pernah selama ini dia dilayan seperti puteri. Tetapi disudut hati kecilnya masih ada lagi perasaan was-was akan kebaikan suaminya itu. Dia memandang rumah kondo di hadapannya itu. Kemudian dia memandang suaminya.

"Kenapa abang terlalu baik sangat dengan Yana?"

Qaliff hanya tersenyum mendengar soalan dari isterinya itu.

"Jom kita masuk dalam!" ajak Qaliff sambil memegang erat tangan Dayana.

Raziq memandang dari jauh. Cukup cemburu!

"Oooo dah pindah rumah baru yee.. Lagi besar peluang aku nak jumpa kekasih hati ni..hahahaha" Raziq bercakap sendirian sambil mengetuk jarinya ke stereng kereta.

                                                               ***************

Dayana dan Qaliff masuk ke dalam kondo itu. Memang mewah! Beruntung perempuan yang bernama Dayana ini. Qaliff memandang Dayana.

"Yana sebut sahaja Yana nak ape? Insyaallah abang akan tunaikan.."

"Yana nak kereta! Boleh tak, abang?"

"Boleh. Nah!" Qaliff menghulurkan kunci kereta yang ada lambang 'H' itu.

"What?! Serius ke ni, abang?"

"Abang tak akan sakitkan hati orang yang abang sayang.."

"Terima kasih abang!!!" Dayana terus memeluk suaminya itu sambil menggenggam erat kunci keretanya.

"Tapi dengan syarat."

"Syarat? Syarat ape, abang?"

"Jangan tipu abang.."

"Yana janji! Yana akan jadi isteri abang yang terbaik.."

Qaliff tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 12:20 PM | Show all posts
Segala kemahuan Dayana, Qaliff turutkan. Yang terbaru, Dayana mahukan handbeg Prada yang dia tengok di Pavilion ketika keluar bersiar-siar bersama Qaliff dua hari yang lalu. Pun dibelinya Qaliff untuk Dayana. Dayana pun sekarang sudah tidak kerja lagi. Hanya duduk di rumah masak dan mengemas. Itupun Dayana sudah mula malas hendak buat semua kerja itu.

Suatu hari di atas katil..

"Abang.." panggil Dayana manja.

"Ye, sayang.."

Dayana mengucup manja dada suaminya itu. Kemudian mereka berdua berkucupan.

"Kandungan Yana dah nak masuk 5 bulan dah.." kata Dayana sambil mengusap perutnya.

"Ok, so?"

"Bole abang ambil orang gaji untuk masak dan kemas rumah kita?"

"Hmmm.. boleh! Tapi.."

"Tapi ape pula?"

"Nak yang muda ke tua?" Qaliff berseloroh.

"Dah tentu yang muda. Kalau tua boleh buat keje ape?"

"Esok abang akan carikan pembantu rumah untuk isteri abang ni.." Qaliff memicit hidung isterinya itu.

"Thanks, abang.."

Dayana semakin dimanjakan. Segala kemahuannya tak pernah ditolak Qaliff.


                                                                          ************

Seperti biasa, sebelum Qaliff bergerak ke tempat kerja dia akan bersarapan pagi di rumah terlebih dahulu. Dan sepanjang berada di rumah baru itu, Dayana tak pernah lupa masakkan sarapan pagi dan makan malam untuk suaminya. Dan Dayana akan pastikan dia yang akan suapkan suaminya makan pagi.

"Kita jumpa malam ni ya, sayang. Abang gerak dulu.." ucap Qaliff lalu mengucup dahi Dayana dan terus keluar dari kondo itu.

Dayana hanya tersenyum memandang suaminya. Kemudian Dayana mengambil handphonenya. Ada mesej! Dia membuka mesej itu. Raziq lagi?

[ Please sayang.. saya nak sangat-sangat jumpa awak..]

Dayana tersenyum. Dia membalas mesej itu.

[ Datang rumah saya tengah hari ni]


                                                                    ***************

Qaliff nampak agak kelam kabut pagi itu. Naufal yang baru datang ke pejabat Qaliff terus masuk ke dalam bilik sahabat baiknya itu. Qaliff terkejut.

"Tak reti ketuk bagi salam dulu ke?" teguran Qaliff itu agak sedikit serius. Qaliff sebelum ini tidak seperti itu.

"Maafkan aku. Busy ke?" tanya Naufal yang nampak Qaliff sedang mencari sesuatu.

Qaliff diam. Masih terus mencari.

"Aku keluar dulu la.. Apa-apa nanti aku call.."

"Jap, Naufal!" panggil Qaliff. Dia mengeluh!

Dia bersalaman dengan Naufal.

"Sorry. Aku tak berniat nak cakap kasar dengan kau tadi. Aku tengah cari handphone aku.. Takkan tertinggal kat rumah pula..adoii"

"Handphone ke? Ingat apa la yang penting sangat tadi.."

"Handphone pun penting kott.."

"Call la wife kau kat rumah tu.."

"Jap lagi la aku call dia."

"Apa-apa pun, tengah hari ni teman aku makan! Lama kita tak berborak panjang ni.."

"Boleh je! Tunggu tempat biasa"


                                                            

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:33 PM | Show all posts
dayana nk buat perangai ke?...
mengamoklah Qalif nnti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 02:07 PM | Show all posts
Tengah hari..

Dayana mengetuk pintu bilik orang gajinya. Dalam 3 minit baru pintu dibuka.

"Apahal lambat sangat nak bukak pintu ni, bibik?!! Jangan sampai saya penampar muka kamu ye" Dayana mula bersikap kasar dengan orang gajinya.

Baru merasa hidup mewah sudah berubah kelakuannya. Di hadapan Qaliff dengan sabaik mungkin dia akan berkeluakuan baik. Orang gajinya yang bernama Mona itu hanya tunduk diam membisu.

"Tengah hari ni kawan saya nak datang ke rumah. Jangan sesekali kamu keluar dari bilik sampai saya arahkan kamu keluar. Faham tak?!!!" jerkah Dayana.

Bibik Mona itu hanya mengangguk tanpa bersuara. Dayana menjerling tajam lalu beredar ke ruang tamu.


                                                                          ************

Qaliff ke restoran seperti yang dijanjikan. Dia manarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Naufal.

"Dah jumpa ke handphone tu?"

"Belum. Aku rasa tertinggal kat rumah la tu. Tak pe la.. Eh, lama tak jumpa kau erk semenjak aku kahwin hari tu.."

"Memang lama pun. Kau macam mana sekarang?"

"Alhamdulillah bahagia. Abi dan Umi pun dah dapat terima wife aku seadanya.."

"Syukur.. beruntungla Yana tu dapat suami sebaik kau!"

"Tanggungjawab aku pastikan yang terbaik untuk wife aku"

"Aku dengar cerita kau dah pindah rumah baru erk?"

"Yup!"

"Dan aku dengar cerita juga, rumah yang kau duduk sekarang ni rumah yang kau hadiahkan dekat Yana erk?"

"Ya! Hahahaha mana kau dapat cerita ni? Dah amik alih jadi paparazi plak ke?"

"Jangan manjakan sangat isteri ni, Qaliff.. Riso naik tocang je nanti"

"Dia berhak dapat semua tu, Naufal.."

Naufal menggelengkan kepalanya manakala Qaliff hanya tersenyum. Bagi Qaliff, apa yang diminta isterinya itu hanyalah bersifat sementara. Dan selagi dia mampu, dia akan tunaikan segala kemahuan orang yang dia cintai!


                                                                              ****************

Raziq cukup gembira dapat bertemu dengan Dayana. Dengan wajah yang ceria dia melangkah masuk ke dalam kondo Dayana itu.

"Duduk la!" pelawa Dayana lembut.

Raziq tersenyum lalu duduk di sofa yang empuk itu. Mereka kemudian bertentangan mata.

"Ada apa awak datang cari saya?" tanya Dayana dengan ego.

"Anak kita sihat sayang?"

"Untuk apa lagi awak nak ambil berat pasal anak ni? Bukan ke awak dulu yang tinggalkan saya? Saya sayang awak..saya cinta awak! Sampai hati awak buat saya macam ni.."

Raziq terus bangun dan dapatkan Dayana. Dia menggenggam erat tangan Dayana.

"Maafkan saya, sayang.. Saya buntu sangat masa tu! Tapi sekarang saya dah fikir masak-masak yang saya tak boleh lupakan awak. Saya perlukan awak dalam hidup saya."

"Tapi saya dah jadi isteri orang! Mustahil awak nak dapatkan saya"

"Minta cerai! Dan kita terus boleh kahwin. Saya akan jaga awak dan anak kita"

"Begitu senang sekali awak cakap ya! Masa awak tinggalkan saya dulu awak tak fikir pun semua ni!! Saya tanggung semua ni sorang-sorang tau"

"Jangan macam ni, sayang.." Raziq menarik tubuh badan Dayana lalu memeluk dengan erat sekali.

Dayana lemah. Dia masih sayangkan Raziq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 08:08 AM | Show all posts
Thank you darling.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 08:31 AM | Show all posts
Qaliff kembali semula ke pejabatnya. Dia duduk lalu mencapai ganggang telefon. Dia mula mendail nombor telefon Dayana. Panggilannya tidak berjawab.

"Mana plak pergi Yana ni?"

Qaliff cuba mendail sekali lagi namun tetap jugak tidak dijawab!

"Sambung buat keje dulu la.." Qaliff terus menyambung membuat kerja.


                                                                             **************

Raziq mengucup dahi Dayana. Kemudian kucupan itu turun ke pipi, dagu dan leher. Nafsu Dayana semakin membuak! Sudah lama dia tidak merasa belaian dari Raziq. Syaitan sudah menguasai nafsu dua makhluk ini. Dayana dan Raziq bertentangan mata. Suasana sunyi sepi! Seperti yang diarahkan oleh Dayana tadi, bibik Mona hanya diam membisu di dalam biliknya. Peluang terbuka luas untuk memadu asmara yang sekian lama disimpan!

"Saya rindukan belaian awak, Yana.." rayu Raziq manja.

"Saya tak boleh..saya isteri orang"

Raziq terus mengucup lembut bibir Dayana. Dan sekali lagi!

"Suami awak takkan tahu.. Kita simpan sama-sama rahsia ni, k? Alaaa kalau dia tahu pun, dia hanya boleh ceraikan awak je. Dan jangan risau! Saya sedia ambil awak sebagai isteri saya!" Raziq menyentuh paha Dayana.

Dayana terdiam. Macam mana dia boleh lemah dengan lelaki yang bernama Raziq ini?? Dayana dan Raziq sama-sama berdiri mengadap masing-masing. Raziq dengan perlahan-lahan membuka butang baju kemeja yang dipakai Dayana satu persatu. Dayana seperti dipukau. Dibiarkan sahaja diperlakukan sedemikian. Kemudian Raziq merangkul tubuh badan Dayana. Dia tidak kisah Dayana berbadan dua pada waktu itu, janji nafsunya dapat dilepaskan!

"Nak masuk bilik mana ni?" bisik Raziq ke telinga Dayana.

"Jom!" Dengan mudahnya Dayana jatuh ke tangan Raziq. Dia sendiri menarik tangan Raziq masuk ke dalam bilik tidurnya yang digunakan tidur bersama suaminya itu juga.

Manusia..manusia..


                                                                            ************

Kedua-dua tapak tangannya disapu ke muka. Selesai sudah solat Zohor pada hari itu. Qaliff bangun dan mengadap ke luar jendela. Hatinya berasa begitu gelisah dan tidak tenang. Seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Astaghfirullahalazim.. Jauhkanlah aku dari bisikkan syaitan.."

Qaliff kemudian memandang gambar perkahwinannya yang diletakkannya di atas meja. Diambilnya frame gambar itu. Jantungnya berdegup laju!

"Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni?"  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 10:58 AM | Show all posts
Dayana menarik selimut tebal itu lalu menutup dadanya. Kemudian dia memandang wajah Raziq yang tersenyum puas itu. Kemudian perasaan rasa bersalahnya pada Qaliff mula terjah difikiran.

"Saya dah curang dengan Qaliff, awak.." Dayana lemah.

"Sayang..awak bukan orang pertama yang buat macam ni. Dan saya tahu, awak tak pernah rasa puas bila bersama Qaliff sebagaimana awak bersama saya tadi kan?"

Dayana terus memandang Raziq.

"Kalau Qaliff tahu saya curang?" Dayana mula sebak.

"Sayang..jangan la macam ni. Awak tak curang pun. Awak kan milik saya.. Sekarang ni macam ni. Apa kata kita enjoy? Lagipun dah la kita tak kuar sama-sama macam dulu kan?"

"Awak tak takut ke?"

"Nak takut apanye? Macam saya cakap tadi kalau dia ceraikan awak, saya akan terus ambil awak jadi isteri saya! Saya rasa lebih cepat dia ceraikan awak lagi baguskan? Boleh saya hidup bersama orang yang saya cinta dengan anak kita ni sekali.." kata Raziq yang cukup bijak berkata-kata.

Dayana diam.


                                                                 ***************

Tepat jam 5.30 petang Qaliff tiba di kondonya. Pintu rumah dibuka. Sunyi sepi! Dia meletakkan brifcasenya di atas meja. Sambil membuka butang di lengan bajunya, dia berjalan menuju ke dapur. Tiada siapa di situ. Kemudian dia berjalan ke belakang rumah kemungkinan bibik Mona ada sedang basuh baju mungkin! Pun tiada sesiapa di situ. Qaliff mula memandang ke arah biliknya di sudut atas itu.

"Sunyi je ni.." Qaliff berjalan perlahan ke arah bilik bibik Mona.

Tok!Tok!Tok! Qaliff mengetuk pintu bilik bibik Mona. Pintu dibuka.

"Mana puan?" tanya Qaliff yang sudah memberitahu awal-awal pada orang gajinya itu bahawa sentiasa membahasakan dirinya dan isterinya dengan panggilan tuan dan puan.

"Ngak tau, tuan.. Saya dari tadi asyik duduk aja dalam bilik ni.."

"Ha? Habis tu, awak buat apa dalam bilik ni?"

"Puan Yana bagi tahu sama saya duduk diam-diam dalam bilik ni sampai dia arahkan saya keluar dari bilik ini, tuan.."

"Macam tu pula? Hmmm.." Qaliff terus beredar naik ke atas lalu terus memulas tombol pintu biliknya.

                                                               
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:21 PM | Show all posts
Suspennya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072130 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list