CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
Post time 31-5-2013 03:17 PM | Show all posts
huhuhuh kan dah ckp...dayana bukan pompuan yg baik...kdg kala org jahat...selamanya jahat.... errrkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 03:31 PM | Show all posts
Tak kenang BUDI.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 04:31 PM | Show all posts
Setelah selesai Qaliff mengambil kunci bilik hotel, dia terus naik lif menuju ke biliknya. Letih! Masuk sahaja ke dalam bilik, dia terus merebahkan badannya. Handphone dikeluarkan dari poket seluarnya. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Dan satu panggilan pun tidak masuk ke taliannya.

"Yana tak call aku? Hmmm busy agaknya.." bisik Qaliff sendirian.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Naufal!

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam. Qaliff.."

"Ya!"

"Kau kat mana ni?"

"Outstation..penang mariii!!"

"Sorang?"

"Ya! Napa soal aku pelik semacam je ni?"

"Kau balik bila erk?"

"Insyaallah esok pas lunch aku balik. Nape ni, Naufal? Macam ada sesuatu ja kau nak bagi tau aku"

"Memang ada pun. Erm.. Kau sampai KL esok call aku terus erk! Aku nak jumpa kau."

"Dalam telefon tak boleh cakap?"

"Aku rasa lebih baik kita jumpa.."

"Yelah."

Talian dimatikan. Qaliff melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

"Apa yang Naufal nak bagi tahu aku ni? Pasal Yana ke?" Qaliff terlelap sendiri.


                                                                         *************

Raziq mengeluarkan sebatang rokok dari poket seluarnya. Dinyalakan lalu dihisap. Asap dikeluarkan melalui hidung. Kemudian dia memandang Dayana yang sedang memakai pakaian dalam.

"Nah!" jerit Raziq sambil membaling baju dalam Dayana ke atas katil.

Dayana hanya ketawa kecil. Setelah mengenakan pakaian, dia berjalan ke arah Raziq lalu duduk di atas riba kekasih gelapnya itu. Sesekali mereka berkucupan.

"Kan best macam ni setiap hari kan? Dapat hidup bersama dengan awak.."kata Dayana yang sudah lupa diri itu.

"Boleh! Awak minta cerai dengan Qaliff! Pastu kita kahwin.."

"Kalau dia tak ceraikan Yana?"

"Mesti dia cerai punya la kalau tahu kita dah ehem-ehem dah..hihihi"

Dayana tersenyum namun di dalam fikirannya masih ingat akan kebaikan yang dilakukan Qaliff pada dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 04:41 PM | Show all posts
Setelah selesai bermesyuarat, Qaliff dengan segera pulang ke Kuala Lumpur. Hatinya begitu gelisah semenjak dua, tiga hari. Selalu dia berdoa moga dijauhkan dari berita buruk. Qaliff mencapai handphonenya lalu mendail nombor telefon Dayana. Masih off!! Semenjak semalam sehingga ke hari ini tiada panggilan langsung daripada Dayana.

"Jangan mainkan perasaan abang, Yana.."

Qaliff kemudian mendail nombor telefon Naufal.

"Pal, aku dah on the way balik KL ni.."

"Bagus..bagus! Sampai KL je terus call aku tau! Kita jumpa kat tempat biasa pun tak pe.."

"Tapi aku rasa macam nak balik rumah dulu la. Dari semalam sampai ke hari ni Yana tak call cari aku pun. Risau laa"

"Jangan! Jumpa aku dulu.."

"Ha? Kau ni biar betul?"

"Betul la ni. Jumpa aku dulu tau. AKu ada hal mustahak nak bagi tahu kau.."

"Yelah. Jumpa nanti"

Talian dimatikan.


                                                                   ***************

Setelah penat berjalan-jalan di shopping kompleks ternama di Kuala Lumpur itu, Raziq menghantar Dayana pulang ke kondo semula.

Setelah sampai di halaman kondo itu, Dayana memastikan Qaliff belum pulang ke rumah.

"Rasanya Qaliff tengah on the way balik kot.."

"Tak nak saya masuk dulu ke?" tanya Raziq manja.

"Risau Qaliff balik je"

"Belum lagi tu. Kita masuk dulu erk.. Lapar la."

"Lapar? Bukan ke kita baru lepas makan tadi?"

"Bukan lapar tu..lapar lain! Hiihihi"

"Amboi! Nakal erk.."

Dayana dan Raziq turun dari kereta. Mereka seiringan masuk ke dalam kondo itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 04:52 PM | Show all posts
Bibik Mona hanya memandang adengan mesra suap menyuap bertih jagung antara Dayana dan Raziq di ruang tamu itu. Dia menggelengkan kepala.

"Tuan cukup baik orangnya! Kasihan dia..dapat isteri yang tidak pandai hargai kasih sayang seorang suami.." kata bibik Mona sendirian.


                                                                         **************

Dalam masa 4 jam sahaja Qaliff sudah boleh sampai di Kuala Lumpur. Sungguh laju dia memandu di lebuhraya itu. Semata-mata mahu tahu apa yang ingin disampaikan sahabat baiknya itu.

Mereka bertemu di restoran yang selalu mereka bertemu. Qaliff bersalaman dengan Naufal. Kemudian mereka duduk bertentangan.

"Laju gile kau drive!"

"Yelah! Semata-mata nak jumpa kau. Aku rasa tak sedap hati laa.."

"Yana ada call tak?"

"Tak! Dia off kan handphone. Tak fahamlah aku. AKu memang risau sangat-sangat dah ni. Nak aje aku balik rumah dulu tapi dah kau suruh aku jumpa kau dulu.."

"Qaliff.. Aku jumpa Yana kelmarin."

"Ha? Jumpa kat mane? Dia keluar tak bagi tahu aku pun.. Dengan siapa? Sorang?"

"Sabar, Qaliff. Aku harap kau bertenang.."

Jantung Qaliff sudah berdegup laju.

"Kelmarin aku ada sikit perbincangan la dengan kawan-kawan arwah ayah aku dekat hotel 5 bintang. Pastu, aku tertoleh ke arah kaunter. So, aku ternampak Yana.."

"Yana pegi hotel?"

"Dengan seorang lelaki.."

Pang!!!! Tamparan hebat yang tidak disangka Qaliff. Qaliff sentap! Diam.

"Aku rasa lelaki tu orang yang dia kenal lama. Mesra sangat mereka berdua. Dan mungkin juga lelaki tu Raziq yang kau ceritakan pada aku dulu.." tambah Naufal.

Qaliff diam. Matanya mula berkaca.

"Aku tak reka cerita ni, Qaliff. Aku sayangkan kau sebagai sahabat aku dunia dan akhirat. Aku tak nak kau tertipu dengan perempuan tu. Aku kesiankan kau, Qaliff.."

Qaliff terus bangun lalu keluar dari restoran itu.

"Qaliff!! Qaliff!" panggilan Naufal itu langsung tidak diendahkan Qaliff.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian Qaliff..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 11:46 AM | Show all posts
sambung lagi la momey....huhuhu nk tau apa jd pd yana...sempat ke mereka memadu asmaradana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 12:11 PM | Show all posts
cegitu posted on 31-5-2013 08:26 PM
Sian Qaliff..

sian kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2013 12:11 PM | Show all posts
suria74 posted on 3-6-2013 11:46 AM
sambung lagi la momey....huhuhu nk tau apa jd pd yana...sempat ke mereka memadu asmaradana...

jap2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 12:33 PM | Show all posts
Dengan pantas Qaliff berjalan menuju ke tempat tempat parking kereta. Dia masuk ke dalam kereta lalu mengambil handphone dari poket seluarnya. Kemudian dia menelefon Dayana.

"Angkat Yana!!!" Qaliff yang sebelum ini seorang yang penyabar menjadi baran selepas apa Naufal ceritakan padanya tadi.

Panggilannya tidak dijawab. Qaliff melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

"Astaghfirullahalazim.. Berikanlah aku kesabaran yang tinggi, Ya Allah.."

Qaliff menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak pulang ke rumah. Mengharapkan Dayana ada di rumah ketika itu!


                                                                          ***********

Di dalam bilik utama..

Raziq merapatkan tubuh badannya dengan Dayana. Diusapnya rambut Dayana. Mereka berdua bertentangan mata. Nampaknya mereka berdua masih tidak serik melakukan maksiat! Peluang ada tunggu apa lagi kan?

Masing-masing sudah tidak dapat lagi menanggung nafsu yang sedak membuak itu. Mereka berdua sekali lagi hanyut di lautan asmara. Masing-masing berbalas membuang pakaian sehelai demi sehelai. Dan akhirnya katil milik Qaliff dan Dayana menjadi saksi perbuatan curang Dayana bersama lelaki lain!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 12:46 PM | Show all posts
Setibanya Qaliff di halaman rumah kondonya itu, memang tidak syak lagi dan sahabatnya Naufal tidak pernah bohongi dirinya. Kereta mewah Raziq bersebelahan dengan kereta Dayana. Qaliff memejamkan matanya seketika. Berdoa agar dirinya kuat setelah apa yang akan dilihatnya selepas ini.

Qaliff turun dari keretanya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kondo itu dengan penuh debaran. Sebaik sahaja dia membuka pintu, kelihatan bibik Mona yang kelihatan berdiri berhampiran sedang menangis. Dia sedar akan kepulangan Qaliff kerana terdengar bunyi enjin kereta.

"Bibik.."panggil Qaliff perlahan sambil berjalan ke arah bibik Mona.

Bibik Mona terhangguk-hangguk menangis.

"Kenapa ni, bibik?"

"Tuan, saya tak sanggup nak bersubahat dalam rumah ni."

Jantung Qaliff berdegup laju.

"Puan ada di atas. Di dalam bilik tuan dengan seorang lelaki lain."

Qaliff lemah! Jantungnya seperti terhenti seketika. Kemudian dia memandang ke atas ke arah bilik tidurnya. Dengan lemah dia berjalan menuju ke bilik tidur utamanya.


                                                                     *************

Raziq takut! Darah mula mengalir laju membasahi katil itu. Dayana lemah.

"Awak..saya sakit..sakit sangat.." kata Dayana lemah yang tanpa seurat benang itu.

Seluruh tubuh Raziq menggeletar. Ganas! Itu lah akibatnya.

"Tolong saya, awak.. Sakit ni, awak.." Dayana merayu.

Raziq mengambil boxernya di atas lantai. Sebaik sahaja dia hendak mengenakan boxernya itu, pintu bilik utama itu dibuka. Muncullah muka Qaliff!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:34 PM | Show all posts
herb rasa, budak yana ni kata dia kena rogol.  si bibik tu pun dikatakan sama subahat

ish, menyampah betul dgn si yana ni.

qaliff ni pulak... letih nak komen Last edited by produkherba on 3-6-2013 01:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:50 PM | Show all posts
produkherba posted on 3-6-2013 01:34 PM
herb rasa, budak yana ni kata dia kena rogol.  si bibik tu pun dikatakan sama subahat

ish, menyam ...

kannn...please momey jgn plot gitu yee...x sanggup nk tgk pembohongan demi pembohongan yana nih...x patut dikasihani...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 01:51 PM | Show all posts
produkherba posted on 3-6-2013 01:34 PM
herb rasa, budak yana ni kata dia kena rogol.  si bibik tu pun dikatakan sama subahat

ish, menyam ...

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 01:53 PM | Show all posts
suria74 posted on 3-6-2013 01:50 PM
kannn...please momey jgn plot gitu yee...x sanggup nk tgk pembohongan demi pembohongan yana nih... ...

dh nk abis dh cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 02:07 PM | Show all posts
momey posted on 3-6-2013 01:53 PM
dh nk abis dh cite ni..

tak sabar nak tunggu abes ni momey
heheheheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 02:13 PM | Show all posts
sikit sgtlah... suspen sgt nie....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 02:20 PM | Show all posts
clatiniey79 posted on 3-6-2013 02:13 PM
sikit sgtlah... suspen sgt nie....

kannnnnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 02:25 PM | Show all posts
ntah2 yana mati.. bleeding....
waaaaaaaaa.. betul x..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 02:30 PM | Show all posts
Di Hospital Kuala Lumpur..

Dayana dimasukkan ke wad kecemasan. Qaliff dan Raziq turut ada bersama di hospital itu. Naufal dan Amani muncul kemudian. Qaliff memandang Raziq yang berdiri sendirian di balkoni. Sebaik Qaliff hendak mengatur langkah berjalan ke arah Raziq, Naufal menahannya.

"Aku perlu bincang hal ni.." kata Qaliff lalu berjalan ke arah Raziq.

Naufal diam. Qaliff berjalan ke arah Raziq. Raziq berserabut. Airmata jantannya kelihatan mengalir membasahi pipi.

"Raziq." panggil Qaliff.

Raziq terkejut. Dia menoleh ke arah kanannya. Wajah Qaliff kelihatan marah tetapi masih ada wajah tenang yang dilihatnya.


                                                                         ************

Amani duduk di sebelah Naufal.

"Saya Amani. Kawan Yana.." Amani memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk dijabat.

"Saya Naufal.." kata Naufal sambil menggangguk kepala isyarat bahawa dia tidak berjabat tangan dengan bukan muhrim.

"Kawan Qaliff?"

"Ya.."

"Saya sebenarnya rasa kesian sangat dengan Qaliff. Saya tak sangka Yana boleh buat macam ni dekat Qaliff.."

Naufal diam dan hanya tersenyum. Dia malas hendak menambah cerita. Lebih baik diam!


                                                                       ************

Qaliff dan Naufal ke taman berhadapan dengan hospital itu. Mereka berdua berdiri bertentangan.

"Qaliff, aku.."

"Aku rasa dah sampai masanya."

"Aku sedar salah aku! Maafkan aku, Qaliff.."

Tangan Qaliff menggeletar. Tangannya digenggam. Tanpa banyak bercakap dia terus menumbuk ke arah wajah Raziq. Raziq jatuh terduduk. Orang ramai yang lalu lalang di situ tengok wayang free la nampaknya.

Darah sedikit keluar dari mulut Raziq. Namun Raziq diam tidak membalas.

"Maafkan aku. Itu 'hadiah' dari aku! Dan untuk makluman kau, aku akan ceraikan Yana."

"Tapi kau perlu dengar penjelasan aku dulu!"

"Dah terlambat."

Qaliff terus beredar meninggalkan Raziq sendirian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.621764 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list