View: 2574|Reply: 7
|
DAP Selangor: Calon MB mesti wakil PKR
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - DAP Selangor memutuskan calon menteri besar negeri itu mestilah dari PKR.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun calon yang layak untuk posisi itu bakal diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh terdekat ini dan spekulasi mengenai perkara itu tidak wajar wujud.
“Menteri Besar sekarang PKR, oleh itu tidak perlu wujud sebarang spekulasi mahupun teka teki kerana yang pastinya Menteri Besar akan datang juga adalah dari PKR.
“Bagaimanapun, komponen PR masih dalam penelitian calon PKR yang layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan penggal sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Suee Lim berkata, DAP sebagai komponen akan menyokong calon Menteri Besar yang difikirkan benar-benar layak menerajui kepimpinan Selangor.
“Kita tidak boleh mendedahkan lagi calon berkenaan kerana tindakan ini akan mengundang kontroversi.
“Kita masih punya masa untuk memutuskan calon yang layak, tunggu saja keputusan Mesyuarat PR dalam tempoh terdekat ini,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada kepercayaan rakyat Selangor kerana memberi mandat besar kepada PR untuk terus menerajui kepimpinan Selangor.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dalam nada sama berkata, Pas menolak untuk menghantar wakil calon menteri besar.
Oleh yang demikian, sudah tentu Menteri Besar Selangor adalah dari PKR.
"Mesyuarat PR akan berlangsung hari ini dan esok, selepas itu kita akan umumkan Menteri Besar Selangor," katanya.
* ke mana hilangnya satu parti yg mengaku ISLAM tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pas menolak untuk menghantar wakil calon menteri besar
Tadi rasanya saya baca, PAS pun dah hantar nama untuk calon menteri besar Selangor. DAP cakap bagi pihak pas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Eva_yy_Ellin posted on 9-5-2013 12:26 PM
Tadi rasanya saya baca, PAS pun dah hantar nama untuk calon menteri besar Selangor. DAP cakap ba ...
saksikan apa wayang yg akan disembahkan oleh pakatann
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 9-5-2013 12:29 PM
saksikan apa wayang yg akan disembahkan oleh pakatann
Oh, ini semua fitnah BN.
Tunggu ayat tu je nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Eva_yy_Ellin posted on 9-5-2013 12:31 PM
Oh, ini semua fitnah BN.
Tunggu ayat tu je nanti...
UMNO...itu aja alasan fitnah puak2 jahanam itu..
|
|
|
|
|
|
|
|
TT....Dok diam2 je la......dari dulu thread ko bukak asyik kantoi dan adakah kali ini ko mengharapkan akan membuahkan hasil? Sampaikan salam simpati aku kepada Ibrahim Ali dan Zul Nordin....... |
|
|
|
|
|
|
|
,,,,,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
TT trying to provoke .... but failed !!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|