CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4391|Reply: 27

[Tempatan] Perlantikan Menteri KAbinet

[Copy link]
Post time 11-5-2013 11:18 AM | Show all posts |Read mode
http://www.astroawani.com/news/show/10-kementerian-cukuplah-norizan-sharif-13808

TAHNIAH kepada Barisan Nasional kerana diberikan mandat untuk kali ke-13 bagi terus membentuk kerajaan.

Cabaran seterusnya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang berwibawa, inklusif dan responsif kepada rakyat.

Pelbagai cadangan diberikan oleh rakyat sama ada melalui media massa atau massa sosial. Saya percaya Perdana Menteri akan mengambilkira aspirasi rakyat dalam membentuk kabinet.

Saya berpendapat untuk meningkat kecekapan pengurusan kerajaan, eloklah anggota kabinet dikecilkan melalui penyatuan kementerian. Dengan cara ini koordinasi antara kementerian dan jabatan yang selalu melambatkan sistem penyampaian dapat diatasi.

Apabila fungsi jabatan disatukan di bawah sebuah kementerian dan menteri, keputusan dapat dibuat dengan lebih pantas dan fungsi yang bertindih dalam disatukan. Ia merupakan satu proses rasionalisasi sektor awam. Jawatan baru dalam sektor awam diwujudkan manakala jawatan bertindih dimansuhkan.

Maka, timbul persoalan mampukah menteri yang sedikit melakukan kerja yang banyak? Di sinilah saya fikir kepada keperluan untuk menghakupayakan (empower) penjawat awam. Berikan mereka kuasa penuh kepada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah untuk membuat keputusan sementara menteri fokus kepada memberikan kepimpinan saja.

Selain itu, Najib juga boleh melantik lebih ramai timbalan menteri bagi membantu tugas-tugas menteri. Di Sarawak, ini sudah lama dilakukan. Saya juga mencadangkan agar diwujudkan semula jawatan Setiausaha Parlimen (dimansuhkan selepas pilihanraya 2008) untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen yang sesuai dilantik bagi membantu tugas-tugas menteri di Parlimen.

Berikut ialah cadangan 10 kementerian (tidak termasuk Jabatan Perdana Menteri):

Dikekalkan kementerian berikut:

(1) Kementerian Kewangan

(2) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

(3) Kementerian Pertahanan

(4) Kementerian Luar Negeri

Kementerian baru diwujudkan hasil gabungan kementerian-kementerian sedia ada:

(5) Pendidikan dan Modal Insan (Education and Employment)

Gabungkan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Sumber Manusia.

(6) Pertanian, Perladangan dan Makanan

Gabungkan Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Industri.

(7) Sains, Teknologi dan Komunikasi

Gabungkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

(8) Pembangunan Negara

Gabungkan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, dan Kementerian Kerja Raya.

(9) Pembangunan Usahawan

Gabungkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna.

(10) Pembangunan Sosial

Gabungkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar.

Saya juga mencadangkan agar diwujudkan jawatan baru iaitu "jurucakap kerajaan" (government spokeman) bagi meningkatkan komunikasi dengan rakyat dan jawatan "menteri penerangan" dimansuhkan. Jawatan yang dicadangkan ini boleh dipegang oleh Ahli Parlimen yang sesuai.

YAB Perdana Menteri, mohon dipertimbangkan!

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/10-kementerian-cukuplah-norizan-sharif-13808?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2013 11:18 AM | Show all posts
so anda bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:22 AM | Show all posts
tak baik gabungkan portfolio banyak-banyak dalam 1Gerup, tak teurus nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 11:46 AM | Show all posts
Hidupkan semula mecd.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 12:07 PM | Show all posts
najib tgh demam ni..mlm ngigau tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
apa pun titlenya, org yg dilantik musti geng najib aka penjilat tegar. Kalo plh kualiti, tkt ada penolakan pada pau akan dtg hasil kegagalan total produk bodek rakyat 1m. 133 , 7 kerusi lebih buruk dari rekod mantan pm pak lah. Pak lah stepdown jd najib nk buat apa?

Oh ya najib kan pakar. Pakar buat tak tau je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2013 12:39 PM | Show all posts
remove menteri penerangan................ supaya no bias vendor a vendor b.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 01:45 PM | Show all posts
Pastikan kaum negro diberi jawatan menteri kalau tdk aku angkut puak2 mongolia pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 02:21 PM | Show all posts
I have changed my mode -Rais Orphan-



http://youtu.be/Ts_87zEZFqk
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 02:25 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 11-5-2013 11:46 AM
Hidupkan semula mecd.

yes. mecd.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 02:29 PM | Show all posts
tak perlu gabungan ... pendidikan tinggi dari dulu lagi tak patut digabungkan dengn pendidikan
lebih fokus kalau di asingkan   Last edited by LEES on 11-5-2013 02:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 02:34 PM | Show all posts
Kementerian kesihatan pun rasanya jgn digabung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 02:47 PM | Show all posts
sila lantik menteri yang betul-betul berkelayakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 03:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-5-2013 02:25 PM
yes. mecd.....

ye. bowdow laa sapa yg pandai2 tutup agensi tu dulu. bowdow 18k kali. konon cina india sokong dia kalau tutup agensi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 03:51 PM | Show all posts
ini nak undi berdasar laut dalam ...popular ke atau ...kredibility....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 03:55 PM | Show all posts
di nugara maju, mana ada ramai ahli jemaah muntry...paling maksimum kena 20 ja baru gomen tu efektif
US hat 300 juta lebeh penduduk pong 23 saja ahli kabinet..muleysia sampai 29, penduduk 28 jotaa
satu muntry bg satu jota penduduk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 03:57 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 11-5-2013 03:55 PM
di nugara maju, mana ada ramai ahli jemaah muntry...paling maksimum kena 20 ja baru gomen tu efektif ...

kementerian jamban

kementerian pili air syabas..

kementerian kira kira org berhimpun..

pada mesia banyak menteri
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 03:59 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 11-5-2013 03:57 PM
kementerian jamban

kementerian pili air syabas..

kementerian kira org berhimpun, wkakaka mcm syaithon,,,menteri metemetik

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 04:05 PM | Show all posts
Gabungkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar.

- kelakar apakah ini?

Bagaimana isu isu kesihatan rakyat, mahu di satukan sekali di bawah satu bumbung dengan isu isu belia & sukan?
Sedangkan selama ini pun, hal ehwal kesihatan di Malaysia masih terlalu byk yg tidak di tangani..

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 04:05 PM | Show all posts
Jawatan Perdana Menteri sepatutnya diberikan kepada wakil dari Sabah/Sarawak.

Tanpa mereka, BN tidak mampu membentuk kerajaan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.157495 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list