CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: honeybee1802

[Tempatan] Perlantikan Menteri KAbinet

[Copy link]
Post time 11-5-2013 04:06 PM | Show all posts
jgn la gabung kementerian pelajaran ngan kementerian lain...yg ada pun dh ckup besar..susah nk urus..kalo digabung lak...makin besar la..lg byk kerenah nk kene handle..penat ooo..birokrasi pun byk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 04:06 PM | Show all posts
buat 13 menteri aje to reflect 13 states in malaysia

lagi kecik lagi baguih lagi episen lagi senang jaga, small is beautiful, petite gitu

kabinet yang ada ari tu besorrrrrr..dah ler beso lepeh tu PM sendiri jaga menteri wanita..tak ke bowdow?

setahu aku mesia bertambah pesat penduduk, macam tadak manusia nak buat keje2 yang ada ..kan?

pm jadi pm je udah ler, jangan macam dolah sangap tu..seme dia nak jadi, menteri duit, menteri dalam negeri, pm pun dia lepeh tu oang tanya apa kes ecm libra tu bleh dia jawap aiiiiiiii dono aiiiii not envolved...kepala otak ko laa dolah ! kesaayang PR tuh ahahaha

paling utama MENTERI PENERANGAN ! si botak buleh blah lamaaaaa dah..rais orphan tuuuuu.. hangpa tau dak betapa penting nya menteri penerangan ni? di zaman informasi, zaman internet, zaman youtube twitter instagram etc?  adaaaaaaa ka buat pilem lepeh tu takmo tayang tanda putra? ahahahaha ye naaaaaaaaaaaaaaaa dei..apaaaaaaa ponya manusia dalam dunia macam ni haaaaaa?

abis berjota jota rmmmmmmm..kendian dah siap takmo tayang? lepeh tu tayang selektif kat itm..ahahaha bodoh bin sengal nya kelabu asap

menteri kewangan kasik kat mca, depa tu dewan niaga cina..depa handal bab2 ekonomi niih

menteri sukan kasik kat mic. pasei depa terer sukan, jalan kaki tadak kasut pun selamba aje

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 04:07 PM | Show all posts
Yang aku mahu lihat, ialah bukannya seorang menteri memegang sampai 2 portfolio.
Contohnya, dia lah Menteri Kewangan, dan dia jua lah Perdana Menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 04:14 PM | Show all posts
RedDevils posted on 11-5-2013 04:07 PM
Yang aku mahu lihat, ialah bukannya seorang menteri memegang sampai 2 portfolio.
Contohnya, dia lah ...



cuba doktor fikir, menteri2 ni mostly depa educated, ada tu ada umah oberc dan anak2 blajo oberc malah oiidei dengan bini dengan gundik or skendel pun overc

so menteri2 or oang politik ni salu ke oberc..tapiiiiiiiiiiiii pasai pa PEMIKIRAN or otak depa tumpul or sangap? pasai pa depa tak tenguk macam mana negara maju tu operating? pasai pa depa takmo tiru yang baik baik dari sana, macam apa muhamad abduh kata dia nampak islam di barat tapi tak nampak pun orang islam haa..

pasai pa yang pandai2 tu di mesia depa tetap tak nampakkan kebaikan yang depa nampak di barat tu , di tanam di mesia, di mana depa ada kuasa, depa ada amanah? pasai pa doktor?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:00 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 11-5-2013 04:14 PM
cuba doktor fikir, menteri2 ni mostly depa educated, ada tu ada umah oberc dan anak2 blajo obe ...

Menteri2 ni Abe Aji, depa semua dah ada aset kat oberseeee tu
At least rumah ...
Kalau apa apa hal jadik, depa cabut lari aja gi oberseee tu....the nearest obersee yg depa byk invest harta, ialah Ostolia tu

Saya cakap ni bukan main tuduh buta2 Abe Aji...
Memang ini pengakuan menteri tu sendiri..masa duduk minum2 kopi dgn dia

Memang lah saya pun nampak Islam di Ostolia itu lebih dari di Malaysia ni  
Gi jamban pun kita dah nampak kan Abe Aji Saya relax aja berak kat jamban kat Ostolia tu...kalau jamban kat malaysia ni, saya selagi boleh tahan, saya tahan dan balik rumah cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa menteri pelancongan buat?? Tourism miniatry tu patut jadi agency ja letak bawah JPM.

Menteri penerangan x perlu di zaman teknologi...najib bole hire org mass com jd spokeperson...rtm letak bawah JPM.

Menteri wilayah?? Dbkl dah ada cukup la...blom kira MP lagi. Tambah dah ade kpkt.

Kementerian komoditi gabung jelah dengn pertanian...buat semak aje..

Miti biar jadi agency bawah MOF senang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2013 05:32 PM | Show all posts
walaupun x diminta, minta org2 najib compile le permintaan rakyat, dan buat barisan kabinet yg terbaik.

Kabinet: Satu lagi nasihat tidak diminta
A KADIR JASIN
11 Mei 2013


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin
KITA pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan “prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.

Pembaca dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas juga membuat cadangan.

Berikut adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri tubuhkan.

1. Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri. Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.

2. Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain kerana beliau adalah “adjucator of last resort”. Lagipun tugas Perdana Menteri sudah cukup berat.

3. Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.

4. Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.

5. Tambah bilangan menteri dan timbalan menteri di kalangan YB muda dan wanita. Saya ulangi cadangan agar YB Khairy Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh dan diberikan portfolio Luar Negara. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah pertandingan Pemuda diberikan jawatan timbalan menteri dan kini Menteri Besar Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairy.

6. Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan menteri yang hilang apabila ketua mereka, Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak 100 peratus komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara kita adalah antara yang terhambar di dunia.

7. Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

9. Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam hal pekerja adalah kerana kita menghantar menteri “junior” berunding dengan mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.

10. Tamatkan amalan mengekhaskan kementerian tertentu kepada kaum atau parti tertentu. Jangan kosongkan kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana parti dan kaum tertentu tidak diwakili.

11. Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri itu adalah unik.

12. Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik, misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.

Itulah yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

* Dipetik dari blog The Scribe A Kadir Jasin
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:43 PM | Show all posts
RedDevils posted on 11-5-2013 05:00 PM
Menteri2 ni Abe Aji, depa semua dah ada aset kat oberseeee tu
At least rumah ...
Kalau apa ...

menteri bn ka menteri pkr doktor? hihih alaaaaaa tu seme cite basi

aku bukan cite pasal tuu..aku dok cite apa tok menteri and seme bijak pandai yang dah balik malaya tu buat untuk mesia, dalam meniru apa yang baik dan jauhkan yang tak baik..kalo barat nak legal euthansia takleh laa ikut..tapi kalo barat pentingkan road safety gila2 sampai ketat..dan turun kadar kematian eksiden so itu baik..sama macam kempen anti smoking depa dan lelaiin

tapi yang heran nya dah abiss pru dok masih nak berkumpoi nak berbantah2 lagi..ni pangai oang berpelajaran ka doktor? sedangkan depa tu seme dengonya educated cam dak izzah tuh haa..nuo tu katanya nak jadi pesyarah jemputan lagik

macam di perak ari tu..u dah lost majoriti, dah lost konpiden in dun..so surrender aman je laa..nanti lawan la lagi masa pru , kalo nasib baik menang lah lu..pasai pa sampai nak panjat meja teriak sana sini bergaduh sampai raja muda kene tunggu berjam2 nak open session adun perak tuh..depa ni tadak rasa malu ka

sepatutnya ORANG BERILMU ler paling tinggi rasa malu depa, malu buat pangai tak senonoh, esp malu kat pencipta dia, btui dak dok? tapi apa jadi sebaliknya?

tadak malu dah kalah tak reti resign sampai kene push,

tak tahu malu dah kalah pru masih nak berbantah2 lagik

smentara tu rakyat makin ramai mati di jalanraya, mati kenser isap rokok, mati kene jenayah macam2..

apa cite dok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.351766 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list