CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3590|Reply: 19

[Tempatan] Lagi kejadian tembak (Buruh tidak sedar ditembak)

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2013 09:27 AM | Show all posts |Read mode

Gambar di petik dari repoter.


BACHOK – Seorang buruh tidak menyedari dia adalah mangsa tembak walaupun dua das tembakan dilepaskan ke arahnya ketika dia sedang menikmati sarapan di sebuah warung di Kampung Gong Batu, berdekatan Pantai Kemayang kira- kira jam 8 pagi semalam.

Mangsa, Azmi Ismail, 38, hanya menyedari dirinya ditembak selepas mendapati darah mengalir di anggota badannya dan terus rebah sebelum dihantar ke hospital.

Pemilik warung tersebut, Idayu Mustafa,30, berkata, ketika kejadian, suspek menaiki sebuah motosikal Yamaha LC dan berkeliaran di sekitar warungnya sebelum berhenti melepaskan tembakan.

“Ketika itu ada empat pelanggan di warung saya termasuk mangsa. Kami tak sangka dia datang untuk tembak orang sebab pakaiannya hanya berkain batik dan baju kemeja. Sebelum lepaskan tembakan, suspek ada kata pada mangsa, ‘mu ni meto telajok’.

“Lepas tu seorang pelanggan menyergah suspek dan dia terus larikan diri. Ketika itu kami masih bertanya sama sendiri adakah suspek benar- benar tembak guna pistol sebenar sebab mangsa masih tak perasan dia yang ditembak. Lepas dia tengok darah pada tangannya, barulah dia kata rupanya dia yang ditembak dan terus rebah,” katanya kepada pemberita dekat sini semalam.

Idayu berkata, mangsa yang cedera pada lutut dan bahagian kanan belakang badannya dibawa ke hospital selepas seorang penduduk menghubungi ambulan.

Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Pantai Senak singgah ke warungnya hampir setiap hari untuk bersarapan.

“Saya tak tahu dia bermusuh dengan siapa tetapi sepanjang dia datang bersarapan di sini, gayanya tak nampak macam jenis orang yang kasar atau kurang ajar.

“Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Lepas mangsa rebah, saya terus bawa anak kecil yang berusia setahun lebih ke rumah kakak kerana bimbang suspek berpatah semula ke warung. Bila saya datang semula ke warung, orang ramai dah penuh kerumuni mangsa,” katanya.

Manakala, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan, Ab Rahim Che Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Katanya, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan dalam keadaan stabil.

“Kes berkenaan akan disiasat  di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh. Siasatan masih diteruskan bagi memberkas suspek,” katanya.

Ini adalah kes tembakan kedua di daerah Bachok tahun ini dan semalam genap tiga bulan selepas kes pertama yang berlaku di Kampung Kemasin pada 15 Februari lalu.

Dalam kes 15 Februari lalu, seorang  lelaki, Sauti  Muda, 57, tidak sempat menghabiskan sarapannya apabila ditembak dua lelaki bermotosikal di sebuah warung.

Mangsa yang ditembak dan ditetak mati di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 09:32 AM | Show all posts
ramai gedebe di kelate nun..tu yg mai area2 urban nak tunjuk gedebe jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:33 AM | Show all posts
'meto' tu menda apa erk?
degil ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:35 AM | Show all posts
meto terlajok tu menatang gapo? tak paham la bhasa sakai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:36 AM | Show all posts
‘mu ni meto telajok’..... tolong terangkan apa yg dia ckp...x paham lah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:37 AM | Show all posts
teringat itu burung cakap bunohe bunohe dalam bunohan... Last edited by OmJualGas on 17-5-2013 09:41 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2013 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
urban tu yg tembak kene tangan je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 09:38 AM | Show all posts
jonlabu posted on 17-5-2013 09:35 AM
meto terlajok tu menatang gapo? tak paham la bhasa sakai ni.

naksud nya>>>>>> hormati la bahasa atau loghat org lain... budi bahsa kan budaya kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 09:43 AM | Show all posts
OmJualGas posted on 17-5-2013 09:37 AM
teringat itu burung cakap bunohe bunohe dalam bunohan...

yaaaa, baru nk cakap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:44 AM | Show all posts
berun posted on 17-5-2013 09:38 AM
naksud nya>>>>>> hormati la bahasa atau loghat org lain... budi bahsa kan budaya kita.

terbaik la bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 09:58 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 17-5-2013 09:44 AM
terbaik la bro

BEREHHHH. boh!!! hehehe minuh teh dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:02 AM | Show all posts
meto telajok=meter terlajak kot..

cam bahasa kiasan gitu la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:05 AM | Show all posts
berun posted on 17-5-2013 09:58 AM
BEREHHHH. boh!!! hehehe minuh teh dlu..

nah kopi secawen




Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:18 AM | Show all posts
senang ja dapat pistol skrg kan.. aku pun nk blei jugak lah simpan, kalu ada pencuri masok umah aku.. aku tembak kt kepala dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:26 AM | Show all posts
senangnya dapat bedil
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:33 AM | Show all posts
'kamu ni belagak'

itu lah maksudnye...
(translation dlm berita smlm)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 10:42 AM | Show all posts
Sudah tinggal di Malaysia lama tapi masih tak ckp BM yg betul. Baik balik SIam jer lah... atau balik mana2 pon boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:53 AM | Show all posts
jonlabu posted on 17-5-2013 09:35 AM
meto terlajok tu menatang gapo? tak paham la bhasa sakai ni.

srupo mu lah meto terlajok...x reti nok hormat loghat negeri lain

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:55 AM | Show all posts
sila jgn guna bhasa sakai dlm forum bahasa melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 03:40 PM | Show all posts
banyak bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077241 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list