CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5820|Reply: 33

Pembantu bot pisang mati lemas

[Copy link]
Post time 3-6-2013 09:14 AM | Show all posts |Read mode

Bukan main syok lg dorang ek!


PORT DICKSON – Seorang pembantu bot pisang atau banana boat maut dipercayai lemas selepas bot dinaiki terbalik di Pantai Cahaya Batu 4 Port Dickson, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd Syahir Hashim, 34, membawa enam penumpang dari Pantai Saujana ke Pantai Cahaya yang dipandu Muhamad Fadil Muhamad Zain, 21.

Muhamad Fadil berkata, kejadian berlaku apabila tali penghubung antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.

“Ketika itu saya memandu bot, Mohd Syahir duduk di belakang. Sebaik tiba di Pantai Cahaya, saya membuat pusingan untuk pulang ke Pantai Saujana tetapi tiba-tiba tali pengikat antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.

“Semua penumpang terjatuh ke dalam laut termasuk Mohd Syahir,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, air pasang dan semua penumpang memakai jaket keselamatan termasuk dia dan Mohd Syahir.

“Sebaik melihat penumpang terjatuh ke laut, saya segera terjun untuk menyelamatkan mereka.

“Selepas kesemua enam penumpang naik ke atas bot, saya menyedari Mohd Syahir tidak ada bersama kami dan mendapati hanya jaket keselamatannya sahaja terapung tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya yang memberitahu Mohd Syahir baru sebulan bekerja sebagai pembantunya.

Menurutnya, selepas gagal mencari Mohd Syahir, dia pulang ke Pantai Saujana dan memaklumkan kepada rakan-rakan serta pihak berkuasa sebelum operasi menyelamat dilakukan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela serta pengusaha sewa bot, bermula petang kelmarin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Ahmad Nizam Sapaiee  berkata, mangsa ditemui rakan-rakannya yang menyertai operasi menyelamat di perairan PD Marina, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemui sekitar 2.15 petang, semalam dalam keadaan masih lengkap berpakaian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Meleleh, malam tadi.

Dalam pada itu, abang sulung mangsa, Rohaizat, 46, berkata, adiknya bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) dan gemar melakukan kerja sampingan.

“Saya pernah menasihatkan dia agar tidak bekerja berkaitan dengan laut dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya nasihatkannya begitu,” katanya.

Mohd Syahir yang merupakan anak keempat daripada lima beradik meninggalkan seorang balu, Zaini Zakaria, 26, dan seorang anak perempuan berusia lima tahun.


Anggota bomba membawa mangsa untuk dihantar ke Hospital Port Dickson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:17 AM | Show all posts
ngeriii

ngeriii

pasnehhh tak mo naik bos pisang...


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:21 AM | Show all posts
Syd posted on 3-6-2013 09:17 AM
ngeriii

ngeriii

jaket keselamatan tak dipakai ngan betul ke.... mcm mana leh tercabut??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:33 AM | Show all posts
Aku pernah sekali naik bot ini. Cuak sungguh apabila bot ini melompat-lompat atas air. Masih berasa cemas walaupun sudah pakai jaket keselamatan.Dahlah aku duduk yg paling belakang.Kalau terlepas tali sah-sahlah terhumban dalam laut. Trip yg aku naik tak ada siapa yang terjatuh. Tapi trip lain yang member aku naik semua orang terjatuh sebab bot pisang tu terbalik. Rasa macam disengajakan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:35 AM | Show all posts
dino posted on 3-6-2013 09:21 AM
jaket keselamatan tak dipakai ngan betul ke.... mcm mana leh tercabut??

kalau dia dah tenggelam,

sapo laks nak bantu kalau ada apa2




Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:36 AM | Show all posts
Syd posted on 3-6-2013 09:35 AM
kalau dia dah tenggelam,

sapo laks nak bantu kalau ada apa2

motif gambo tu syd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 09:37 AM | Show all posts
dino posted on 3-6-2013 09:36 AM
motif gambo tu syd

tukar laaa gambo..


kot yer nak surfing, pakai jaket keselamatan bebetul
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:38 AM | Show all posts
Syd posted on 3-6-2013 09:37 AM
tukar laaa gambo..

yg tu mmg tak tenggelam punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:42 AM | Show all posts
dari dulu nak naik tapi tak pernahnya berani. lagi-lagi kalu yang bawak bot tu suka + sengaja bagi orang jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:50 AM | Show all posts
aku penah naik kat pd ni ha..tp kitaorg ckp kat driver boat tu jgn terbalikkan kitaorg..so dia bwk ronda je pastu pusing balik dgn sopan santun
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:52 AM | Show all posts
ultra78 posted on 3-6-2013 09:33 AM
Aku pernah sekali naik bot ini. Cuak sungguh apabila bot ini melompat-lompat atas air. Masih berasa  ...

memang sengja la..
baru fun terbalik..
aku penah naik skali..
sembang ngan abang bot tu, die yang cakap sengaja tebalikkan haha

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:07 AM | Show all posts
pengalaman menakutkan time naik banana bot ni.. 1st & the last la aku naik.. dah la aku ni tak reti brenang.. time die jatuhkn sume org tu safety jaket aku t'bkak.. dah rosak agk nye.. mmg panik la.. pastu yg bwk bot tu pon bongok taknak tlg.. mmber2 yg dok tlg naikkn..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:23 AM | Show all posts
bukan ke klu naik mende alah ni.. mmg diaorg akan terbalikkan ker?.....
sorry mmg tak penah naik.... fobia ngn air ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:31 AM | Show all posts
awal taun aritu ada pegi jugak tp x naik. mmg dorang sengaja jatuhkan, tapi masa nampak aritu dorang jatuhkan bila dah nak sampai kat pasir tu, so xde la nampak teruk sgt..semua pakat gelak jee..tp ada satu lagi bot mcm org gilerr bole masuk kawasan org ramai mandi manda..biasa budak2 muda sekarang, time seronok mmg x pk keselamatan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:35 AM | Show all posts
memang sengaja dorang terbalikkan..tp bukan la kat kaw dalam
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:36 AM | Show all posts
tada ciri keselamatan.. pembantu pom buleh lemaih apalagi pelanggan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 10:40 AM | Show all posts
i like banana boat
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:28 AM | Show all posts
takziah.. sape yang naik banana boat tu mesti trauma dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:49 AM | Show all posts
ultra78 posted on 3-6-2013 09:33 AM
Aku pernah sekali naik bot ini. Cuak sungguh apabila bot ini melompat-lompat atas air. Masih berasa  ...

Memang pakej dia sengaja depa konar utk bagi bot pisang tu terbalik
Semua org kena
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:09 PM | Show all posts
pawangBuaya posted on 3-6-2013 09:52 AM
memang sengja la..
baru fun terbalik..
aku penah naik skali..

Oh begitu..nampaknya trip yg saya naik tu kurang fun lah

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.118902 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list